Razzi Rahman bukan sekadar nama lama dalam dunia muzik.
Hari ini, beliau dikenali sebagai seorang penulis aktif dengan lebih 400 artikel yang diterbitkan di blog peribadi beliau, merangkumi pelbagai topik berkaitan kehidupan, emosi dan refleksi diri.
Selain itu, beliau turut menghasilkan karya penulisan seperti 30 Hari Jaga Hati, sebuah ebook yang menyentuh perasaan dan memberi ruang untuk sembuh kepada mereka yang pernah terluka.
Dalam masa yang sama, Razzi Rahman juga aktif sebagai pereka web yang membantu jenama membina identiti digital yang lebih tersusun dan berimpak tinggi
Dari pentas nyanyian ke dunia penulisan dan reka bentuk, perjalanan ini bukan tentang berubah arah… tetapi tentang berkembang.
Secebis kisah hidup saya, Razzi Rahman, bagaimana bermula, dari mana asal saya.
Dan apa yang telah membawa saya ke sini, di sini hari ini. Sebagai,
AUTHOR, DESIGNER, SINGER
Section Above
Section Below
Income RM80,000 sebulan pun lenyap begitu saja? Itulah bila Allah swt nak tarik, tak kira dah berada di puncak dunia ke, berjaya tinggi ke menara gading ke… “When your time is up… it’s over!”
Orang selalunya bermula dari Zero ke Hero, tapi saya, akibat EGO, tak berpengalaman dan masih muda sudah kecapi sedikit kemewahan sebegitu, yaa…saya terus jadi Hero dan berakhir dengan ZERO. Zero sungguh!… I’ve lost everything!
Asalnya, saya bersama Penerbangan Malaysia (MAS) dulu selama 5 tahun. Di sana, saya menyertai Bakat MAS, yang disertai peserta pekerja MAS dari seluruh dunia.
Saya hanya dapat tempat ke 3 sahaja. Juara dimenangi oleh peserta dari Los Angeles. Namun mungkin sebab ramai penonton bersorak time saya nyanyi, kira ‘Peserta favourite’ la kut ya, saya dapat 6 tawaran kontrak untuk merakamkan album.
“Apa lagi Razzi, berhenti kerjalah” itulah suara – suara teman dan sahabat handai…Mau tak teracun 😆
Setiap kali tengok rancangan hiburan, saya selalu berangan-angan jadi penyanyi dan dapat wang banyak, hidup kaya raya.
Mungkin bakat dari anugerah Allah s.w.t saya boleh menyanyi dan mudah ingat setiap lagu, walaupun baru 7 tahun.
Dan setiap kali acara apa-apa, cikgu-cikgu mesti panggil saya buat persembahan dari semenjak sekolah tadika lagi hingga sekolah menengah.
Hidup terus penuh susah, tanpa masa depan cerah.
Syakila, Final Juara lagu 1992.
Masa berlalu, tak sangka dari bakat MAS, saya terpopular mendadak sekejap. Akibat kontroversi lagu ‘Syakila’, lagu album pertama saya, ‘Cerpen’.
Lagu Syakila saya, terpilih ke Final Juara lagu 1992.
Kemudian, ‘Rembulan Kesiangan’ pula jadi hit di seluruh carta-carta radio Malaysia, Singapore dan Brunei. Tawaran menyanyi semakin bertambah, pendapatan meningkat hingga puluhan ribu sebulan. Pernah dibayar Rm2000 setiap 1 lagu dinyanyi.
Hidup mulai glamour, diminati ramai gadis-gadis. Hidup dengan kemewahan, MAS dan kawan-kawan saya tinggalkan. Malah saya hanya tinggal seorang diri di sebuah bunglow dan miliki 3 kereta mewah. Hujung minggu buat show, setiap malam, saya enjoy!
MasyaAllah… menyesalnya saya, sedih dan tak sanggup nak ingat…
Kekurangan pengalaman, membuatkan kemewahan itu tidak kekal lama. Tawaran show di seluruh Malaysia yang selalu diterima, hilang begitu saja. Terpaksa jual kereta-kereta saya dan kelengkapan rumah habis licin terjual demi nak menampung hidup.
Akhirnya saya buat keputusan pulang ke kampung, Kota Bharu dan mula berniaga bersama ibu. Dengan bantuan ibu dan kakak tersayang, kami sama-sama menguruskan butik pakaian dan juga spa. Alhamdulillah, walau tak banyak mana income, tetapi stabil, dan dapatlah mendirikan rumahtangga.
Namun, tahun-tahun awal perkahwinan itu adalah tahun mencabar buat saya kerana kami sekeluarga hampir jatuh tersungkur. Bisnes semakin slow dan kian merosot. Lalu Isteri buat keputusan untuk menyambung belajar buat ‘Master’ di UITM. Terpaksalah saya jaga anak sendirian sementara.
Begitulah pengorbanan isteri saya Anor, terpaksa berjauhan dari suami dan anak pertama kami, Adam Zikry, demi masa depan keluarga.
Namun, Alhamdulillah syukur, akhirnya isteri dapat pekerjaan yang stabil dan menjaminkan. Beliaulah yang telah banyak membantu saya sepanjang jatuh bangun hidup saya. “Terimakasih sayang”
2006, Alhamdulillah, saya terbaca tentang Workshop Jutawan Internet Irfan Khairi. – Kemudian kakak saya hadiahkan buku ‘Rahsia Internet Terbongkar’ oleh Irfan Khairi.
Dalam hati saya… “This is it!…mungkin inilah peluang terakhir aku untuk berjaya”
Saya terus buat keputusan untuk menyertainya. Pinjam duit Rm1000 dari kakak, untuk yuran workshop dan drive 7 hours ke KL. Dan itulah detik permulaan saya mengenali perniagaan ONLINE. Dapat pula bimbingan terus dari Pakar Jutawan internet Malaysia, Irfan Khairi. Kebetulan beliau pernah meminati lagu-lagu saya. 😆
Alhamdulillah, saya telah berjaya berniaga di online dan menjual ke seluruh pelusuk dunia.
Kemudian saya belajar pula bidang grafik secara online dari kursus di luar negara dan dari Irfan Khairi sendiri. Satu bidang yang menjadi kegemaran sejak dulu.
Sehingga kami dapat mengeluarkan sendiri MAJALAH Inspirasi Kejayaan. Saya yang bertindak sebagai Ketua Editor amat berbangga dengan Majalah IK, sebuah majalah tentang kewangan, perniagaan dan internet.
Di sinilah juga bermulanya era “BROTHER LOVE” by Razzi Rahman
Alhamdulillah akhirnya, saya ditawarkan untuk join Irfan Khairi Sdn Bhd syarikat milik Irfan Khairi dan menjadi Designer, Editor dan akhirnya dilantik sebagai CEO & Head Designer IKSB selama lebih 10 tahun.
Sepanjang di IKSB saya menguruskan pelbagai perkara, termasuk menjadi speaker dan trainer untuk kelas-kelas pengajian Internet Marketing kelolaan Irfan Khairi Sdn. Bhd.
Dalam masa yang sama banyak ilmu yang telah saya pelajari dari Irfan Khairi.
Kepuasan sebenar yang dirasai adalah apabila saya dapat menjadikan minat dan kegemaran dalam bidang penulisan dan designing, sebagai satu lagi cabang pendapatan buat saya.
di mana kini Razzi telah dapat menerbitkan 2 buku motivasi dan 12 ebook di online, hasil dari bimbingan rapat dan mentoring sifu, Irfan Khairi. Dan mengendalikan kelas grafik.
Inilah perjalanan sebuah kehidupan “Anda tidak akan tahu sehingga anda mencubanya. Jangan putus asa, KEEP ON TRYING…pasti akan ada sinar di penghujung jalan mu!”
Success isn’t overnight. My 15-year journey from beginner to expert in graphic design and writing taught me to trust the process. Every sketch, every layout, every line of copy brought me closer to mastering my craft — and I’m still learning.
Begitulah sedikit sebanyak kisah saya, Razzi Rahman — penyanyi tanah air yang memiliki 3 album dan 6 single, termasuk lagu-lagu ikonik seperti Syakila dan Rembulan Kesiangan yang terus mekar di hati peminat hinggalah ke hari ini.
Lebih sedekad lalu pula, saya dikenali sebagai “Brother Love” yang pernah mencetus fenomena melalui karya penulisan santai, funny, sedikit cheeky, dan direct — yang terus mencuit hati pembaca. Kini, dengan ebook terbaru, as usual, Brother Love Style ni, tak serius sangat 😄… santai-santai, gelak-gelak je, tapi tetap ada mesej yang menyentuh hati.
👉 ketahui lebih lanjut tentang eBook 30 Hari Jaga Hati
Tahun 2024, Alhamdulillah, Syukur rezeki Allah s.w.t, akhirnya saya menubuhkan syarikat sendiri, Razzi Rahman Creative, selepas membuat keputusan untuk berhenti kerja di IKSB yang semakin sibuk. Sudah tibalah masanya untuk bergerak sendiri dan mewujudkan sesuatu yang lebih berimpak.
Di bawah Razzi Rahman Creative, kami:
Sila pilih halaman yang anda ingin lawati di bawah ini dan mari kita wujudkan sesuatu yang luar biasa bersama.
Terima kasih kerana membaca kisah saya — saya amat menghargainya. Let’s work together!
AKSES ANDA KINI MUDAH, hanya klik button mana untuk kemana dituju,
AUTHOR (Ebook + Blog Brother Love) | DESIGNER (Web Design by Razzi) | SINGER (Song + Music by Razzi Rahman)
Section Above
Section Below
19th Floor, Persiaran Metafasa, Section U16,
40160 Denai Alam, Selangor
Ada persoalan? Whatsapp kami