Nak bercinta pun cover sikit…
😀 Hehe… tajuk macam tu, gambar lauk sedap-sedap pulak. Apa yang nak dituliskan dalam artikel bro Razzi kali ini ni ya? tak tahu nak tulis tajuk apa sebernarnya kut, but ianya berkisar di sebalik berbuka puasa sedap-sedap semalam di sebuah restoran… Kebetulan… amatlah terganggu dengan sepasang ‘burung yang baru berkenalan’…meja deorang lak sebelah je meja saya, habis segala benda yang dicakap sebijik-bijik kita dengar. Lepas tu langsung tak kisah and you all tahu saja la kan, bulan puasa, restoran penuh, memang rapat-rapat je meja… 1st of all… it’s Ramadan month, korang dating! – Tak apa kalau tak over… and 2nd of all… hormatlah sikit orang-orang di sekeliling yang sama-sama berpuasa dan baru nak mengadap juadah berbuka puasa di restoran yang cukup ramai orang itu… Ya I know you all BUKAN berpelukan, bukan bersentuhan… Si lelaki segak sekali dengan memakai baju melayunya… I pun pakai jeans and tshirt je. The girl pula, wah ayu bertudung fesyen gitu… BUT please la…
CINTA yang MERBAHAYA
Pernahkah anda merasa makin lama makin KURANG orang yang minat pada anda. Dulu-dulu ada je yang memuja, ada saja yang kirim salam dan cuba untuk berkenalan. TAPI KINI? …dah kurang yang suka atau minat pada anda atau semakin tiada yang berjalan-jalan dan kemudian berpaling melihat atau menjeling kepada anda. BUKAN terjadi semasa anda masih single, muda remaja… itu dah kes lain hehe… BUT terjadi SELEPAS anda sudah lama berkahwin dan sudah mempunyai anak-anak. LALU anda mulai terfikir, “Apakah sebab aku sudah tidak lawa lagi?” – “Adakah diri aku ni sudah tak laku lagi, sedangkan aku masih muda!” Perasaan inilah yang BAHAYA sebenarnya! Bahaya kerana ianya akan membuatkan anda bertindak untuk TEST samada anda anda masih laku atau tidak,
Hubungan JARAK JAUH, adakah masih relevan?
Perkongsian Bro Razzi hari ini adalah dari kisah benar yang sedang berlaku sebenarnya. Basically saya amat mengkagumi 2 orang kawan saya. Let me tell you their stories :- Kawan 1 – Seorang lelaki dan belum berkahwin. Memiliki seorang kekasih nun jauh di seberang, negeri di bawah bayu sudah 2 tahun kekal bahagia. Sememangnya susah untuk dia berulang alik dari semenanjung ke sana. Jadi sudah tentulah tiada jalan lain melainkan berhubung secara whatsapp, facebook chat dan webcam di Yahoo Messenger. Kawan 2 – Seorang suri rumah. Baru berkahwin setelah bercinta 5-6 tahun. Si suami terpaksa bertugas di negeri kelahirannya, masih di semenanjung. Si isteri pula cikgu, kena hantar la jauh dari negerinya. Tapi dalam 2x sebulan adalah si suami pergi jumpa isteri. NAMUN, media sosial tetap tidak lekang dari kedua-duanya, malah deorang video chat melalui SKYPE setiap hari sebelum tidur. Apakah persamaan perhubungan jarak jauh di antara mereka berdua? I would say KEMAHUAN! Kedua-dua pasangan punya kemahuan, keinginan yang tinggi untuk selalu berhubung, dan bila ditanya, apa mereka rasa having this long distance relationship?
10 tanda CINTA is OVER!
Apabila anda mulai tercari-cari jawapan kepada perhubungan anda, …kemungkinan besar percintaan/perkahwinan anda sudah berada di tahap kritikal. Dan jika anda mulai melayari blog-blog cinta, membaca buku/ebook tentang cinta, mencari jawapan dan penyelesaian perhubungan anda, dan anda juga mulai bertanya soalan-soalan masalah cinta dengan Dr Love la, pakar motivasi la, Brother Love laa… well inilah tanda-tanda perhubungan anda maybe is OVER! 😉 Sebab, kalau everything is good, semua okay. Ada ke anda kisahkan sangat penyelesaian cinta? Maybe ada la kan but tidak semualah. Dan tidak bersungguh sangat. NAMUN menimba ilmu relationship, perhubungan cinta seharusnya kita timba sedari awal agar kita tidak terpedaya atau pun terleka hingga hanyut sendiri yang akhirnya membawa kepada kemusnahan sesebuah perhubungan. Kali ini, Bro Razzi ingin berkongsi beberapa tanda-tanda, perhubungan cinta, mahu pun perkahwinan yang mungkin telah berakhir. 10 tanda CINTA is OVER :-
Ketahui WHY lelaki BERUBAH ARAH!
“Aku muda, lawa, cantik, penampilan menarik, body solid and sexy…dia boleh bercinta dengan yang lain, dah lah tak lawa langsung, tua pulak tu? apa kelas? Pernahkah anda seperti ini, kebingungan dan menjadi pelik dengan tindakan pasangan lelaki anda? Ramai wanita masih tertanya-tanya, WHY lelaki boleh berubah arah, sedangkan she’s the best!? Lelaki yang dalam hebat bercinta, tiba-tiba hilang entah kemana. Tahu-tahu nak putuskan hubungan. PELIK! Bertahun dicurahkan kasih sayang kepadanya tiba-tiba dia berubah arah suka kepada yang lain. PELIK! Malah ada pula lelaki yang mendapat zuriat sempurna dan cantik hasil dari perkahwinannya, tidak berpuas hati pula lantas mulai keluar-keluar dan tinggal-tinggalkan keluarga. PELIK! “Pelik betul rasanya apabila dia kelihatan bahagia selama ini. Dia benar-benar ingin bersama dengan kita. Dia yang beriya-iya mahu bercinta…BUT at the end of the day…dia BERUBAH ARAH!” Paling menyakitkan hati wanita, si lelaki ni boleh jatuh cinta dengan :-
10 cara membuat kekasih MAHU KAHWIN!
Bro Razzi yakin, ramai among girls nowadays SUDAH memiliki kekasih, sudah berpunya kan. Tetapi, Im sure too that, ramai yang facing this problem…, ‘Kekasih tidak mahu kahwin lagi’ right? 😉 Sedangkan MASA tidak menyebelahi anda, ibubapa semakin menekan, “Kau ni tak kahwin-kahwin, bila Abah nak menimang cucu macam ni?” – Setiap orang yang anda jumpa pula selalu bertanya, “Eh you bila nak kahwin?” – Pergi kenduri kahwin, “Awak pulak bilanya?” Jenuh nak menjawab! Sudahlah kawan-kawan lain hampir semua sudah berkahwin. TETAPI kekasih anda tetap ditakuk lama, masih lagi memberi berbagai-bagai alasan… “Sabarlah sayang, kalau ada rezeki kita kahwinlah tu” “I memang nak sangat kahwin dengan you tapi, tak ready lagi ni” “Awalnya nak kahwin, relek dulu, belum masanya lagi” “Duit tak ada macamana nak kahwin?!” “Kita masih muda lagi, nanti kita kahwinlah” Ada kan dia berkata begitu? 😉 –
ISI HATI LELAKI…adakah anda tahu?
“Bro Razzi! …Dengan kadar segera pleasssse!” – Haa, itulah kawan-kawan saya dari kaum hawa nihh, kalau nak tahu sesuatu tu mesti nak segera. Sampai yang duk Australia dan Japan asyik bertanya dan kebetulan, gadis-gadis dari Sabah dan Brunei juga turut curious dan menggesa Bro Razzi menulis tentang Isi hati lelaki… Ok girls, this is special for you! So, adakah anda tahu isi hati lelaki? bagaimanakah anda boleh mengetahui apa yang lelaki fikirkan? Apakah yang terpendam di jiwa lelaki? Apakah anda sebenar-benarnya tahu kemahuan sebenar lelaki? Bagaimana pula dengan kebencian mereka?
Cinta 3 Series
1st of all, Bro Razzi ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua pembaca yang secara tidak sengaja, selalu memberi semangat kepada saya, dan tidak henti-henti mengikuti artikel-artikel dari saya. Alhamdulillah, syukur… bagi my hardcore readers, fans, bloggers, followers and regular visitors, mereka cukup mengenali dan memahami my writings ya. So in case, kalau curious about me for those yang baru-baru mengenali saya tu, baru mengikuti tulisan saya, I would like to say, tiada niat lain selain dari memberi sedikit inspirasi dan membantu! Very sure mereka bersetuju dengan Bro Razzi, betul tak? Same goes with this new article…first thing you all kena ingat, I menyebelahi you! Okay 🙂 You see, bila I renung-renungkan, tak sangka pulak Cinta WANITA 3 series BUKAN hanya tentang wanita yang sudah berumur lebih 30 an ke atas dan masih single, tetapi ianya tentang semua wanita! In fact, paling kritikal untuk wanita yang late 20’s tapi masih tercari-cari cinta! Kritikal dan amat penting waktu ni. Why penting? Penting kerana…merekalah yang paling getir dan perit menghadapi saat melangkah ke alam 3 series, yet still NOT married! Sebab bila dah cecah 30’s dah agak susah kan… “It’s either now, or very late bloom laaa…” Paling mengecewakan dan menyedihkan apabila kena face kawan-kawan yang semua dah kahwin pada usia 20an lagi. Sesetengah dari mereka dah ada anak pun…Paling boring, apabila mereka berbual… Pasal suami, pasal babies, pasal plan masa depan. Adoi!! Yang kita ni, dah lanjut usia, keseorangan, sendirian tanpa teman…nak keluar pun, tak tahu nak keluar dengan siapa lagi dah! Ingat lagi dulu-dulu I kenal one girl ni, kata dia,
Mengapa LELAKI boleh jatuh cinta lagi?
Adakah ini menjadi pertanyaan dan persoalan di minda anda selama ini? MENGAPA? MENGAPA? MENGAPA, walau sudah ada yang punya, walau sudah ada kekasih, sudah bertunang dan akan kahwin tak lama lagi, dan walaupun sudah beristeri tetapi masih boleh jatuh cinta lagi, masih boleh sayangkan wanita lain! MENGAPA? Adakah kerana naluri lelaki ni atau hati kaum lelaki ni sememangnya beku? Tak punya peri kemanusiaan ATAU memang boleh dipecah-pecahkan? Dikongsi-kongsikan? Tidakkah mereka merasa kesihan akan wanita yang sudah bersama dengannya selama ini?
10 perkara PENTING, ‘MEMAHAMI HATI WANITA’
Semua orang mengaku pandai bercinta, pandai berkasih, pandai memainkan kata-kata syahdu. Dan ramai kita lihat yang couple, berkasih dan bercinta. Ramai juga yang dapatkan rasa kasih sayangnya. Malah ramai jugalah girls yang akui amat menyayangi kekasihnya. NAMUN at the end, masih ramai lagi wanita yang dikecewakan. Masih ramai lagi yang pelik dengan perubahan pasangan lelakinya dan hairan dengan cara orang yang disayangi sepenuh hatinya itu sudah tidak melayan mesra, sudah tidak hiraukannya dan tidak memberi kasih dan sayang secukupnya. Di sini Bro Razzi rasa ada baiknya, sebelum you all bercinta awal-awal tu, BERIKAN LIST di bawah ini sebagai panduan kepada lelaki untuk lebih memahami hati wanita. Agar mereka tidak mudah memainkan hati dan perasaan you all, dengan harapan ada lah secebis rasa peri kemanusiaan dalam diri mereka untuk meneruskan perhubungan dengan jujur. 10 perkara asas yang agak penting ini adalah untuk ‘MEMAHAMI HATI WANITA’