10 cara lelaki DISUKAI wanita

gambar_blog12

Sebenarnya, wanita mungkin berkata dia TAK KISAH sangat tentang cara lelaki. Macam-macamana pun asalkan dia jujur, baik, pengasih, penyayang, setia, ingat kat mereka selalu, ‘CUKUPLAH’ …hehehe, itu pun dah banyak dah tu 😀

Well, secara logiknya, wanita memang ada banyak perkara yang tidak puas hati dengan lelaki. Banyak perkara yang dibenci tentang perangai dan cara lelaki. KECUALI lelaki-lelaki ini ada beberapa SIKAP, tabiat atau CARA yang pastinya akan memikat wanita dan tentu sekali menjadi idaman wanita.

Today, Bro Razzi nak beri 10 cara/sikap lelaki yang disukai wanita, hopefully jika lelaki ingin berubah mungkin ianya dapat memikat wanita yang diidam-idamkan. ATAU Jika wanita ingin membuat pasangannya lebih faham tentang kesukaan wanita, tip-tip ini mungkin boleh membantu : –

  • Cara 1 – Wanita suka Lelaki TIDAK mengongkongnya – Ya wanita sememangnya suka kepada lelaki yang boleh menjaga dia, bertanggungjawab terhadapnya. TETAPI jangan terlampau sehingga mengonkong mereka ketat. Sehingga nak buat apa, nak pergi mana semuanya atas arahan lelaki! Wanita akan mudah lemas dan rimas bercinta dengan lelaki yang terlalu mengawal. Ini boleh membuatkan wanita lari dari lelaki. SEBALIKNYA, wanita lebih menghormati lelaki yang memberi kebebasan kepadanya dan menganggap lelaki itu berkeyakinan tinggi dan matang.
  • Cara 2 – Wanita suka Lelaki serius nak kahwin! – Yang ni tak yah cakap pun sure la semua orang tahu kan hahaha… semua wanita suka lah kalau lelaki itu bukan main-main tetapi serius mahu mencari isteri. Mungkin di awal perhubungan wanita tidak kisah sangat jika lelaki tidak mahu berbincang atau memikirkan soal kahwin. BUT believe me when I say, wanita BENCI sangat dengan lelaki yang tidak tahu pun bila nak kahwin. Mereka akan merasa dipergunakan apabila bercinta serius kemain tetapi nikahnya tah bila!
  • Cara 3 – Wanita suka Lelaki ‘gentleman’ – Wanita mudah bosan dengan lelaki yang takut untuk membuat keputusan. Agak pengecut untuk bertindak… dan tidak menghormati wanita. Wanita suka lelaki yang gentleman, menghormati wanita, memberi pujian yang ikhlas, suka mendengar ceritanya, menjaganya dengan sepenuh hati dan mengambil berat tentang wanitanya, baik kepada semua orang di sekelilingnya dan menjaga keperibadiannya.
  • Cara 4. – Wanita suka Lelaki penyayang BUKAN pemarah – Kalau baik je cakap, lembut je caranya, sopan-santun layanannya, ianya akan dikaitkan sebagai seorang yang penyayang! Tidak ada wanita yang tak suka. Mereka pasti akan terpikat kepada lelaki yang baik dan penyayang itu. Wanita teramat benci kepada lelaki yang suka memaki hamun di kala marah, tetapi romantik giler bila tengah baik. Don’t make them confused man! – Kalau betul-betul cinta, kalau sayang… takkan boleh senang-senang maki hamun orang yang kita sayang?
  • Cara 5. – Wanita suka Lelaki yang banyak idea – Maksud banyak idea di sini adalah, idea untuk lebih progress dan menjalani kehidupan seharian dengan lebih menarik lagi. Pandai membuat keputusan untuk melakukan perkara-perkara yang memotivasikan minda agar lebih ceria, terbuka dan meluas. Bijak mencari peluang untuk perhubungannya lebih exciting! BUKAN hanya tahu melakukan perkara sama sahaja, tanpa ada sebarang progress dalam hidup. Kalau makan asyik makan gerai tuuu saja, kalau keluar asyik pergi shopping complex saja. Topik perbualan juga sama, janji-janji juga hanya yang sama, tidak ada peningkatan dalam hidup.
  • Cara 6. – Wanita suka Lelaki terurus – Ya memang wanita berkata, “Asalkan jujur dan ikhlas cukup dah…tak hensem pun tak pa asal sedap mata memandang!” – Nak sedap mata memandang macamana kalau pengotor? Penampilan tak jaga, body tak terurus… Memang yang sayang akan menjadi benci! Lelaki terurus, akan dianggap hidupnya juga terurus dan teratur. Ini memberi keyakinan kepada wanita untuk menjadikan lelaki itu sebagai seorang berpotensi untuk menjadi suaminya.
  • Cara 7. – Wanita suka Lelaki pandai selesai masalah – Adakah anda lelaki yang suka cari salah pasangan anda? Anda pastinya akan dibenci wanita! – Apa sahaja yang dilakukan pasangan wanita anda, dianggap salah! Apa saja yang dicakap semuanya ditegur. Setiap pendapat dibangkang, setiap keputusan dibentak. Susahlah nak disukai wanita kalau macam tu. Wanita akan lebih suka kepada lelaki yang PANDAI MENYELESAIKAN masalah, bukan menuding jari mencari siapa salah. Dalam perhubungan pastinya akan ada kesilapan yang dilakukan. Daripada marah-marahkan kesilapan itu, cuba cari jalan untuk selesaikan masalah itu.
  • Cara 8. Wanita suka Lelaki meluangkan masa untuknya – Jika benar lelaki itu sayangkan wanitanya, bukankah seluruh masa dia mahu luangkan bersama wanita yang disayanginya? Jika anda banyak meluangkan masa untuk wanita itu, pasti dia akan amat menyukai anda. Sebaliknya jika anda hanya mementingkan masa untuk kawan-kawan saja, asyik-asyik dahulukan sahabat baik, hingga jauh lewat malam, kemudian jarang pula meluangkan masa untuk wanita, itu hanya akan memberitahu wanita yang perhubungan itu tidak ada masa depan.
  • Cara 9. Wanita suka Lelaki yang tetap pendirian – Ada lelaki yang rela berkorban apa saja, demi wanita yang dicintainya. Kerana baginya wanita itulah yang TETAP menjadi pilihannya. Lelaki ini pasti akan digilai wanita! Jangan jadi lelaki yang tak tetap pendirian dan suka hilang tanpa berita. Dulu kemain lagi masa memikat, setiap masa contact, sms, nak jumpa selalulah, rindu lah. Sekarang bila dah dapat…diam terus! Call dah tak ada, sms jarang sekali, hilang tah kemana. Kadang-kadang muncul melepas rindu, lepas tu hilang lagi tanpa berita. Lelaki sebegini AMAT dibenci wanita kerana tidak tahu apa yang dia mahu dan suka tukar-tukar pendiriannya.
  • Cara 10. Wanita suka Lelaki penuh keyakinan – Tanpa keyakinan diri, lelaki tidak akan kelihatan menarik pada wanita. Mereka akan nampak lelaki sebegini adalah lelaki yang lemah, insecure, dan tidak akan berjaya di dalam pekerjaan, kehidupan dan apatah lagi di dalam perhubungan cinta. Jadi lelaki perlu ada keyakinan diri yang tinggi. Bagaimana? Kena penuhkan ilmu di dada. Banyakkan membaca, banyak belajar, banyak berusaha, banyak bergaul, banyak menimba ilmu pengetahuan semasa, banyak bertanya pengalaman-pengalaman orang yang lebih matang. InsyaAllah keyakinan akan mudah ada nanti.

Itulah dia 10 type of man yang pastinya akan disukai wanita. (Jika anda mahu wanita menyukai anda) – Pasti ada banyak lagi sikap dan cara lelaki yang boleh memikat wanita. Kalau tulis kat sini tak muat la kan, siap boleh jadi buku hehe… BUT ini pun sudah cukup untuk membuat wanita tergila-gilakan anda. Jika anda mahu wanita menyukai anda dan mahu menjadikan anda sebagai lelaki berpotensi menjadi kekasih sejatinya dan seterusnya suami yang disayanginya… amal-amalkan lah cara-cara ini.

NAMUN kepada lelaki yang tak mahu berubah dan mahu mengikut cara anda sendiri pun boleh juga… tak ada salahnya. Whatever it maybe, my advise jangan terlalu berpegang sangat kepada prinsip tak mahu berubah kerana wanita, tetapi cuba ambil mahu berubah untuk kebaikan dan kebahagiaan bersama, itu lebih going to make you feels better.

KEPADA WANITA : Dah baca tu, hadiahkan artikel ini kepada pasangan lelaki anda dan sebarkan pada kawan-kawan, share kat facebook dengan harapan lelaki akan lebih memahami wanita.

all the best and good luck…

Note : – Sekiranya anda berminat untuk membaca lebih lagi penulisan saya tentang cinta, bolehlah anda layari laman ebook + buku-buku Brother Love, klik di sini sekarang!

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Klik like and Share this article at your facebook…

hellorazzirahman@gmail.com | Bersama tajuk: Attn – Brother Love

5 Comments

  • mainstream love

    nak tnye,klau kita ajak perempuan tu kahwin tp dya xnk actualy pe yg ad dlm ati dya eh?kate syg,sngup 2 ny,tp bila ask for a marriage xnak

    thanks dr.LOv-E-

  • q

    untuk laki yang jenis no 6 to ade tips untuk ubah tak?

  • Situasi Berbeza

    Masalahnya bukan lelaki yg mcm tu..kdg2 ada prmpuan yg act @ btindak mcm itu..ada tips nak mgubah nya?

  • NGEE

    MCM MNE KALAU LELAKI TU BETUL2 SAYANG .. TP DIA SELALU MAKI KITA >?

Leave a Reply

Info Penting!

“Mulakan perjalanan healing anda dengan  Ebook 30 Hari Jaga Hati, lengkap dengan Hadiah + Bonus bernillai RM1,280! PERCUMA hari ini

Razzi Rahman Creative © 2025-2026 Copyrights Reserved

Ebook Terbaru! 30 hari Jaga Hati

Khas buat yang pernah terluka, dan mahu kembali bangkit dengan lebih tenang dan bahagia.

Milikinya hari ini dan dapatkan RM1,280 Nilai Pemberian Percuma untuk anda!

About Me

Razzi Rahman

Director

Author | Designer | Singer

“Lebih 10 tahun pengalaman dalam menangani persoalan cinta”
Fb followers
0 +
Pembaca Blog
0 Juta
Published ebook
0
Telah baca ebook
0

ebook 101 Cara
Memikat Lelaki

Ketahui 101 CARA Untuk Memikat hati pasangan anda. Pastikan LELAKI, KEKASIH, SUAMI ANDA,  kekal CINTA dan menjadi MILIK ANDA SELAMANYA!
BELI SEKARANG!

Testimoni 01

“Saya tak sabar untuk mendapatkan karya bro Razzi Rahman yang seterusnya!. MEMANG BEST!!

Saya telah beli 5 koleksi ebook Cinta untuk hadiahkan kepada kawan-kawan dan juga kepada yang tercinta. Semuanya kerana tulisan santai dan mengusik jiwa dari Brother love! ❤️

Noorfazlina Ibrahim
Pegawai Pusat Kesihatan

Razzi Rahman
Designer

(Digital Graphic Designer, Content creator, Internet Marketing Expert, Business Branding, Web Design Development)

Expertise
0 %
Skills
0 %
Passion
0 %
Commitment
0 %

My Design Portfolio

See more here : Klik Di Sini

Artikel Terbaru

  • All Posts
  • Brother love
  • Cinta 101
  • Kisah Cinta
  • Making e-Cerpen
  • Muzik
  • My Life
  • PENYANYI
  • Special News
  • Tips Cinta

ebook 101 Cara
Mencari Cinta

Ketahui 101 CARA Untuk Memikat hati pasangan anda. Pastikan LELAKI, KEKASIH, SUAMI ANDA,  kekal CINTA dan menjadi MILIK ANDA SELAMANYA!
BELI SEKARANG!

Testimoni 02

Gaya penulisan bro Razzi Rahman ala jiwa remaja, mencuit hati saya untuk meneroka setiap hasil sentuhan tangannya yang dapati, sungguh mengasyikkan sekali.”

Nama penyanyi Razzi Rahman sememangnya sudah tidak asing lagi bagi peminat seni tanah air. Dan kini, hasil penulisan beliau yang santai pula mengejutkan saya. Malah kadang tulisannya menggelikan hati, memang menakjubkan! Saya yang dulu sering merasa rendah diri serta segan bercampur terutama lelaki, kini telah mula berkeyakinan! Thanks Bro ❤️

Norzuwainah bt Abd Hamid
Owner of Contractor Company

Edit Template

Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved

Information

hellorazzirahman@gmail.com

019 5537088

SOVO, A-19-15, Denai 128 Habitus, 19th Floor, Persiaran Metafasa,
Section U16, 40160 Denai Alam, Selangor