Kata dia, “Walau dikeji, tak dipeduli malah ditinggalkan, namun cinta aku tetap padanya. Aku akan terus setia kepadanya sampai bila-bila…”
Ungkapan sebegini, sering kita dengari, mungkin juga kita sendiri pernah memperkatakannya. Maklumlah, “SETIA gitew kann…” 🙂 – tanpa disedari, pasangan sudah lama “GHOSTING”
Bagi yang belum mengetahui makna ghosting ni, ianya bermaksud:
‘Pasangan kekasih sudah menghilangkan diri, dalam erti kata lain, meninggalkan kita tanpa sebarang berita, tanpa bincang nak break ke apa, sedar-sedar hilang cam hantu, haaa, “Kena ghosting la tu” 🙂
Pasangan dia yang ghosted, belah tanpa sebarang perasaan, tapi dia pulak yang masih terus setia menanti.
Apabila bercakap tentang kesetiaan…seolah-olah ada satu suara halus pulak tu dari dalam diri kita berbisik…
“Kau kena setia, kalau kau tak setia…nanti dia juga sama.”
Betapa jujur dan ikhlasnya, hati nurani anda, sedangkan dia dah lama makan aiskrim dengan pasangan baru huhu 🙂
Dalam persoalan ini, tiada siapa yang boleh menyalahkan sesiapa melainkan diri anda sendirilah. Kerana, walau berbuih mulut Brother Love menasihati dan beri pendapat…jawapan yang diseksa separa sedar ini, pasti sama :-
- Saya sanggup tunggu dia sampai bila-bila bro
- Sudah 6 bulan, dia hanya senyap…tapi saya akan tetap setia menanti
- 10 tahun saya cintakan dia, setia kepadanya, tak mungkin saya buka hati pada yang lain bro.
- Biarlah, dia nak hilang. Biarlah dia seksa saya cam ni. Tapi saya akan tetap sayang kat dia.
Apabila Razzi cuba memberi contoh-contoh lelaki yang curang atau sudah memiliki yang lain dan sebenarnya sudah tiada perasaan kepadanya… Si gadis pula yang bersungguh memberi alasan untuk lelakinya yang sudah hilang entah kemana tu :-
- Tak bro…dia tak macam tu…dia baik
- Eh bro…saya tak percayalah apa yang bro kata…dia setia kat saya selama ni
- Selama ni dia selalu call saya bro walau sibuk kerja, walau tak ada line handphone. Dia pasti cari jalan untuk menghubungi saya. Ini mungkin dia penat…
- Saya yang silap kan bro…bukan dia, dia selalu baik terhadap saya
…dan berbagai-bagai alasan lagi diberikan demi dia yang dicintai. Sedangkan, pasangannya sudah lama dan jauh pergi menghilang diri entah kemana. Mungkin sudah bercinta dengan yang lain, mungkin sudah kahwin.
Namun EFFECT bila kena GHOSTING ni dahasyat kawan-kawan… wanita-wanita ini TETAP dengan kepercayaan mereka yang mereka masih mempunyai harapan untuk terus dicintai pasangan lelakinya itu. Hakikatnya, mereka amat terseksa, jiwa terasa kosong, hidup rasa tak berguna lagi dan kebosanan semakin menghimpit jiwa.
Pendapat Brother Love :
Mendapat Closure, atau kepastian, penerangan, mengapa dan mengapa dan mengapa semua ini boleh terjadi, MUNGKIN akan memberi kepuasan kepada kita yang kena GHOSTING. Kerana setiap manusia perlukan JAWAPAN.
Namun, hidup ini sudah terlalu sukar untuk dimengertikan, jadi mengapa kita harus manambahkan kesukaran itu lagi? Sebenarnya, setiap apa yang terjadi, itu adalah jawapannya. Tetapi kita masih berdegil ingin jawapan dan kepastian dari mulut si empunya diri juga. Yang pasti, jawapan darinya adalah jawapan yang sebenar-benarnya kita sudah lama tahu!
- Biasa call tiap hari tiba-tiba senyap dan NO CALLS berhari-hari. — Dah bosan la tu, mungkin sudah ada orang baru dalam hidupnya yang dia call hari-hari. Why senyap? Sebab takut atau nak jaga hati you…
- Bila sering berjumpa (dating), tiba-tiba nak set dating pun susah, apa lagi nak berjumpa. — Sibuklah tu, bukan sibuk kerja, sibuk dengan orang lain! “Beritahulah sepatah!” – Kalau beritahu, you boleh terima ke?
- Pasangan sering keluar sendiri tanpa anda lagi dan entah pergi kemana-mana — Dah pandai hilang-hilang tu, mula jumpa yang lain la tu. Takkan nak bawa awak pulak 😛
Semua jawapan-jawapan ini anda sudah tahu sebenarnya, malah bila kemesraan pun semakin luntur, bahasa yang digunakan mungkin agak keras dan kasar pun kita dah boleh tahu.
Simple thing like, “Kalau you sayang orang mesti nak jumpa selalu. Tapi kalau dah asyik hilangkan diri? sebab apa? takkan sebab masih sayang!”
PERSOALANNYA, mengapa anda masih mahu menyeksakan diri dengan terus mengharap? terus setia kepadanya? Kerana anda suka diseksa??
I know, BERAT UNTUK MENINGGALKAN PERHUBUNGAN YANG TELAH TERBINA SEKIAN LAMA… but beb, dia dah lama tinggalkan dah pun beb… now it’s up to you saja untuk terus berharap atau TERIMA HAKIKAT, IT’S OVER!
Tenangkan diri. Jadilah wanita yang relax, cool & penuh nilai.
Move On today! 🌹
Take a break. Heal dulu.
Baca Ebook Razzi – 30 Hari Jaga Hati.
Kerana bila hati sudah kuat, hanya lelaki yang benar-benar real man akan mampu bertahan di sisi anda. 💎
Love ❤️ ,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com





















