Ada FEEL CINTA ke tak ada?

love7
Sebelum berminat pada sesiapa, satu soalan penting yang kita perlu selalu tanya-tanyakan, “Dia ADA FEEL ke TAK FEEL ni?” – Maksud sebenar, dia yang kita minat tu, ada ke sekelumit RASA SUKA pada kita? RASA CINTA? Atau sekurang-kurangnya ada RASA MINAT pada kita, ada  ke tak ada?

Sebab…memang sedih sangat setiap kali kita sukakan seseorang tu, tapi dia buat tak endah je…dia tak nampak pun kita sikit punya feel kat dia. Dia tak hargai pun cinta kita pada dia. Kecil hati rasa kan… macam kita ni tak berharga langsung pada dia…

Bila kita call dia…langsung dia tak jawab…bila kita hantar message, “Busy? Boleh cakap sekejap…” – LANGSUNG tak ada balasan! Sedih… banyak message yang biasa-biasa saja pun tak ada dia nak reply… ‘Teruk sangat ke kita ni ya’ haaa…begitulah rasa sedihnya kan. TETAPI…

Come to think back…boleh ke kita nak salahkan dia? MUNGKIN dia memang tak ada feel pun kat kita. Dari awal-awal lagi memang dia tak minat pun. So takkan kita nak paksa dia? “Hei, kau kena ada feel kat aku sebab aku suka kat kau!” Adoi mak… takkan cam tu gayanya haha 😀

Mungkin dia tak pernah pun ingat kat kita sebagaimana kita ingat kat dia…mungkin dia tak pernah terfikir pun untuk rasa apa-apa kat kita…bagi dia, kita hanyalah seseorang yang pernah dikenalinya. THAT’S ALL! Nothing more… not even a friend pun! Ayaa … ‘syok sendiri’ la ya 😛

Salahkah dia? Tak salah kan…

Kita yang menaruh hati kat dia ni pasal apa? Dia tak suruh pun kita jatuh cinta kat dia, dia tak minta pun kita cinta kan dia. Kita je yang buat keputusan sendiri dengan harapan dia membalas cinta kita. Sedangkan dia tak ada feel pun kat kita…

That’s why, I selalu cakap… jangan cepat sangat menyimpan perasaan kepada seseorang. Sehingga anda benar-benar tahu dia juga ada perasaan pada kita… Selagi anda tidak tahu…just be friend je la kan. Yang penting kita kena tahu…Untuk tahu perasaan dia…mudah saja. It doesn’t take long…ikut LOGIK je…

rp_10love.jpgList FEEL – Kalau dia feel habis kat you dan berminat dia akan :-

  • Really-really care for you
  • Sanggup buat apa saja yang you minta
  • Selalu menawarkan diri untuk membantu
  • Dia akan nak berbual setiap hari dengan you
  • Dia akan tanya berbagai-bagai perkara tentang you
  • Dan pastinya dia akan nak berjumpa selalu…. and many-manu more lah sign dia.

rp_10love.jpgList NO FEEL – Kalau dia no feel dan tak berminat, dia tak buat semua tu lah :-

  • kadang-kadang dia boring dia call borak-borak sikit.
  • And then dia message pun tanya pasal orang lain…
  • Kalau bercakap dia bukan fokus pada you la kan…
  • Dia selalu menghilang diri
  • Kadang-kadang dia balas your call or message
  • Most of the time, asyik you je yang cari dia
  • Dia tak pernah cari you hehe…itu dia tak berminat la tu. Senang je kan.

My mistake zaman dolu-dolu….lamaaaa dulu,

This girl pernah tak jawab my calls, tak balas email, tak balas sms, ym pun dia ignore, tapi I duk syok jugak kat dia…all because, suka sangat kat dia la kan, kira my kind of girl yang Im looking for la…tapi at the end, selepas dia jawab,

“I tak mintak pun you tunggu I, I tak suruh pun you jatuh cinta kat I” …bamm!! fuuu pedihhh nya hati…sakitnya jiwa, then only I realised, how stupid I am all these years. Sanggup berkorban apa sahaja kat dia, sanggup berjaga 3-4 pagi demi mendengar masalah dia…sanggup berhabis wang ringgit. Padahal to her, dia hanya layan I kerana dia lonely je…bila dia sudah ada orang lain dan sudah strong, dia buat tak tahu je la kat Razzi…

So I find it out through the HARD way, selepas terhina, selepas dah kena atas muka…baru nak sedar. That’s why I wrote this article supaya you all tidak kena seperti I kena…sebelum terkena macam tu, lebih baik kita sedar sedari awal…

So I guess you all get it la now kan…dan before you nak jatuh cinta atau menyimpan hati pada sesiapa, ask yourselves…did he/ did she do all yang kat dalam list Feel or No fell kat atas tu? From there you will know jika dia berminat dengan you atau tidak or you akan dapat agak you ada chance atau tidak dengan dia…okay? All the best!

Jika hati terluka dan perlu healing? 🌹
Take a break. Heal dulu. Razzi ada tulis sebuah ebook khas untuk yang nak healing
Baca Ebook Razzi – 30 Hari Jaga Hati.

Love ❤️ ,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

 

hellorazzirahman@gmail.com | Bersama tajuk: Attn – Brother Love

2 Comments

  • PujanggaCoklat

    Hai bro razzi.. sy ade nak minta pendapat sedikit.. sy dengan kekasih sy sudah lama dalam perhubungan sejak di zaman awl pengajian tinggi.. sehingga sekrang, lebih kurang 4 tahun berlalu. Dia memang jenisnya pendiam, pemalu, tak banyak bercakap.. awal perhubungan kami adalah dari si dia yang meluahkan rasa cintanye kepada sy.. namun begitu, dalam 4 tahun perhubungan, sy sahaja yg seolah2 melakukan segala effort untuk approach dirinya (yg mana ada dalam list NO FEEL).. tidak sy menafikan yang sy jugak sukankan dia.. juga untuk wassap, memang agak lambat untuk dia balas setiap yg saya sent (jugak dalam list NO FEEL), sy juga sudah berjumpa dengan kedua ibu bapa dia..

    sehinggalah satu tahap, baru2 ni, dia mula jujur dengan sy..

    Dia kata yg dia sudah tiada lagi rasa yang sama pada diri saya.. bagi bro razzi, ape tindakan sy yg sepatutnya? Sy sangat keliru.. dia adalah cinta pertama sy, sy amat syangkn perhubungan ini.. dia juga ada berkata yang perasaannya itu mungkin akan datang lagi pada satu masa nanti.. harap bro razzi dapat bantu.. sy sedar sy masih muda, perjalanan hidup masih panjng, sy yakin, dia adalah orang yg tepat untuk sy bina kehidupan berkeluarga.. kata2 yg baik, dan tepat amatlah sy perlukan sekrang..

    • Salam & Hi Pujangga Coklat, very sorry lambat reply. Miss out. Okay i call you PC la ya 🙂 — sekiranya you masih muda lagi, ini adalah satu pengalaman yang baik Razzi rasa. I know it hurts. Tetapi pc terluka awal, so masih banyak ruang dan peluang untuk belajar menghadapi dan menerima cinta dengan lebih bijak.

      Kalau boleh slowly, perhubungan ini jadikan satu pengajaran. Kerana pada pendapat Razzi, untuk diusahakan lagi tu mungkin sudah tipis peluangnya. Boleh jika mahu tapi lebih baik mula NEW RELATIONSHIP yang sama2 ada FEEL.

Leave a Reply

Info Penting!

“Mulakan perjalanan healing anda dengan  Ebook 30 Hari Jaga Hati, lengkap dengan Hadiah + Bonus bernillai RM1,280! PERCUMA hari ini

Razzi Rahman Creative © 2025-2026 Copyrights Reserved

Ebook Terbaru! 30 hari Jaga Hati

Khas buat yang pernah terluka, dan mahu kembali bangkit dengan lebih tenang dan bahagia.

Milikinya hari ini dan dapatkan RM1,280 Nilai Pemberian Percuma untuk anda!

About Me

Razzi Rahman

Director

Author | Designer | Singer

“Lebih 10 tahun pengalaman dalam menangani persoalan cinta”
Fb followers
0 +
Pembaca Blog
0 Juta
Published ebook
0
Telah baca ebook
0

ebook 101 Cara
Memikat Lelaki

Ketahui 101 CARA Untuk Memikat hati pasangan anda. Pastikan LELAKI, KEKASIH, SUAMI ANDA,  kekal CINTA dan menjadi MILIK ANDA SELAMANYA!
BELI SEKARANG!

Testimoni 01

“Saya tak sabar untuk mendapatkan karya bro Razzi Rahman yang seterusnya!. MEMANG BEST!!

Saya telah beli 5 koleksi ebook Cinta untuk hadiahkan kepada kawan-kawan dan juga kepada yang tercinta. Semuanya kerana tulisan santai dan mengusik jiwa dari Brother love! ❤️

Noorfazlina Ibrahim
Pegawai Pusat Kesihatan

Razzi Rahman
Designer

(Digital Graphic Designer, Content creator, Internet Marketing Expert, Business Branding, Web Design Development)

Expertise
0 %
Skills
0 %
Passion
0 %
Commitment
0 %

My Design Portfolio

See more here : Klik Di Sini

Artikel Terbaru

  • All Posts
  • Brother love
  • Cinta 101
  • Kisah Cinta
  • Making e-Cerpen
  • Muzik
  • My Life
  • PENYANYI
  • Special News
  • Tips Cinta

ebook 101 Cara
Mencari Cinta

Ketahui 101 CARA Untuk Memikat hati pasangan anda. Pastikan LELAKI, KEKASIH, SUAMI ANDA,  kekal CINTA dan menjadi MILIK ANDA SELAMANYA!
BELI SEKARANG!

Testimoni 02

Gaya penulisan bro Razzi Rahman ala jiwa remaja, mencuit hati saya untuk meneroka setiap hasil sentuhan tangannya yang dapati, sungguh mengasyikkan sekali.”

Nama penyanyi Razzi Rahman sememangnya sudah tidak asing lagi bagi peminat seni tanah air. Dan kini, hasil penulisan beliau yang santai pula mengejutkan saya. Malah kadang tulisannya menggelikan hati, memang menakjubkan! Saya yang dulu sering merasa rendah diri serta segan bercampur terutama lelaki, kini telah mula berkeyakinan! Thanks Bro ❤️

Norzuwainah bt Abd Hamid
Owner of Contractor Company

Edit Template

Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved

Information

hellorazzirahman@gmail.com

019 5537088

SOVO, A-19-15, Denai 128 Habitus, 19th Floor, Persiaran Metafasa,
Section U16, 40160 Denai Alam, Selangor