Aku kehilangan sayang…

Sad girl - Razzi Rahman.comBertahun aku berbicara soal cinta, berkurun aku bergelumang dengannya, apakah aku sudah merasainya? Apakah aku pernah diselimut reda dengan sentuhannya, tenang setenang hujan rintik, diam dibalutinya? Kadang aku kaku tanpa sebarang tutur…longlai, lesu seluruh saraf…hati bagai bertanya…jiwa bagai mengintai di balik daun-daun yang menghijau…

Sayang, di mana kah kau ghaib dari kanta? Kasih kemanakah kau lenyap di celah-celah kabus yang mengelilingi aku? Apakah aku harus terus menjenguk, melilau, mendamba, mengungkap tutur basi? Ya…aku sayang pada mu…

Bisakah itu dapat membawa kau pulang ke kelembapan malam, dingin pagi, lemah ombak menampar pantai, lemah lagi jantung yang berdegup. Berzaman pula aku menunggu dan terus menunggu detik dan ketika kau membawa kembali kehangatan cinta. Namun, seperti helang berpindah sarang…takkan kembali serupa silam.

Apakah sudah sampai ajal cinta ini? Sayang, kemana kah kau menghilang? Bagai bari sudah tiada rasa, bagai kalbu sudah tiada resah, bagai telapak tangan hilang deria, bagai rongga tiada bau…aku kehilangan sayang…

Mutiara Cinta :

“Sukar mencari cinta tidak sesukar mengedongnya, mudah bercinta tidak semudah menjaganya!…Jagalah dia sebelum sayang hilang darinya.”

 Razzi Rahman @ Brother Love

hellorazzirahman@gmail.com | Bersama tajuk: Attn – Brother Love

23 Comments

  • “Sukar mencari cinta tidak sesukar mengedongnya, mudah bercinta tidak semudah menjaganya!…Jagalah dia sebelum sayang hilang darinya.”

    sungguh mendalm..sampai bila harus menunggu dn mungkinkah syg dn cinta akn terus kekal..sampai bila..andai terlalu lama menunggu dn cinta itu kembali..mungkin syg itu akn ilang..so hargai lah…

  • Lovely : Memang mendalam…hope you like it.

    To all, artikel pendek dan penuh bererti ini bro tujukan kepada semua. Daily visitor kat sini 80-100 a day, so bro sangat happy berkongsi dengan you all! Harapan bro kita semua dapat sama2 belajar menjaga dia yang milik kita agar sayang terus mekar…

    Thank u for the support. 😉

  • Ema

    Bagaimana rasa sayang tu hendak dijaga? jika hanya sebelah pihak menjaga dan membela rasa sayang?? susah gak tuh…mmm..nk kena pk panjang nih

  • Simple je EMA…

    Kalau kedua-dua sayang, kasih dan cinta… dua-dua kena jagalah. TAPI kalau sebelah pihak aje yang menjaga, buat apa Ema nak kat dia lagi? 😉

    Cari bf baru laa…

  • achikz

    setuju bro… cari bofren baru….

    happy hunting!!!

  • Syuhada

    Bro, mmg lah kita jaga hati bf atau yg trsyg tu, nanti hilang laks. Tapi bleh tak bro list skit cara2 tuk menjaga sbelum hlg die yg kt syg?

  • Achikz : Yeap, Happy Hunting 🙂

    Nissya : Dahsyat ke hehehe…ayat mana yang dahsyat tu? Lama menghilang Nissya, sibuk dgn restoran baru ke? Ingatkan dah lupa blog bro. Eh join forum jugak tau!

  • Syuhada : Dalam menjaga hati si dia, sebenarnya ada berbagai-bagai cara. Kalau bro nak list down kat sini rasanya, panjang benar hehe! Tapi apa yang bro boleh bagi sedikit tip, selalu sangat wanita berkata,

    “I am, what I am…you must love me as I am”

    Pendirian sebegini selalunya tidak akan menjamin perhubungan yang lama. Jauh sekali untuk menjaga perasaan sayang si dia dari hilang. Masa dia tengah suka, tengah cinta…maybe dia willing to accept. Tapi bila dia dah mula bosan…dia akan mulai komplen! Tak nak terima the way you are. You pulak mulailah ungkit balik, “Kan I dah cakap, accept me just the way I am?!”

    Basically, untuk menjaga sayang dari hilang..kita kenalah berubah menyesuaikan diri dengan suami/kekasih kita itu. Sama-sama work it out, jangan sama-sama degil. Kena juga pandai tengok mood dia, bila dia boring, bila pula dia excited, bila dia murung…jangan fikir mood kita je. Ini cukup penting tau, once you dapat tackle mood orang lelaki, dia akan terus sayang kat you punya. Tapi kalau asyik duk fikir mood you je…tak da pun nak fikir mood dia, hilanglah sayang dia sedikit-sedikit tanpa you sedar. Habislah… 🙂

    Banyak lagi kalau bro nak cakap…kita tunggu lagi kalau soalan lain pula dari bloggers yang lain k.

  • Marlina_Lim

    Hi bro, this is my 1st time htr soalan kat you 🙂

    I dah berkahwin 3yrs. In 3 yrs, my hubby very loving. Tp lately die cam kurang loving lg. Camana ek? is it his sayang dah ilang?

    2nd questions, cam mana nk tahu die curang atau tidak? he’s always balik rumah on time, die xpernah ade smbunyi ape2 cuma smnjak sayng die i rase kurang, i risau die ade gf…pls help!

  • Marlina : Hi and welcome. Untuk soalan pertama…Maybe perasaan cinta masih ada tetapi sayang tu kurang dirasakan. Biasalah apabila anda sudah bertahun berkahwin, asyik buat perkara sama sahaja, mungkin boleh membuatkan dia bosan dan mungkin you sendiri bosan jugak kut? So, try to do different thing, sesuatu yang tidak pernah anda berdua lakukan.

    Soalan kedua…itu I tak berani nak jawablah dia curang atau tidak. Tetapi you boleh tengok dari cara dia menyentuh you, atau perasaan dia terhadap you semasa di kamar. Jika masih sama, maybe oklah. Tapi jika hambar…ada kemungkinan dia sudah punya kasih yang lain. Mintak jauh laa…

  • Syuhada

    tq bro…kite cube le cmane bro nasihat tu. tp bro klu kite je yg nk jage die buat xtau je camane laks?!

  • Fatma

    bro sy ni silent reader, entah camana hari ni rasa nak ngomen plak. Maybe teruja dgn topik menjaga bf/laki ni bro. So, bleh tak nasihat lg psl menjaga bf ni bro, best lewrr… 😛

  • Nur

    Hi bro, tumpang lalu 😛 Sowi bro, Fatma tu kwn ngan I, kita sama2 silent reader you. Nyesal la xkenal u awal2, klu tak, I xjadi bodoh cam skrag!!!!!

    Byk tip-tip cinta bro sure dpt tolong Nur klu Nur dpt tahu dului. Skrag, Nur kecewa bro! Tp xpa, Nur xkan jd bodoh lg…

    cam Fat ckp, hrp bro dpt bg lagi nasihat k, tks.

  • andai ia memg jodoh kita insyaallh..tp kita kena cuba perthnkn dn manjaga perhubungn itu sebaeknya..bila ia dh xde bru nk fikr mcmaner..sush juge..bila kaca yg kita syg kita jaga..dn satu saat ia pech..bygkn..mampu ke perasaan itu sama mcmdulu..

  • Fatma & Nur : Thanks for your support. Sebagaimana bro tulis kat atas tu, kalau nak list down bagaimana menjaga pasangan anda…sememangnya terlalu banyak cara dan tip yang boleh bro berikan.

    Tetapi, pelan-pelan ok. Apa kata you all tanya then bro jawab. Simple macam tu kan. Tapi kalau nak simply bagi advise, nanti bro tulis kat Next article lah ya 🙂

  • miss love

    bro miss love tunggu ur latest post…x sabar nk bace…sbb mmg miss love suka cara u tulis….

  • tMot

    salam
    halo..sy ni pn silent reader gak
    ehe
    bro..leh tlg x?
    ari ni tba2 bf sy xde mood
    dia ckp family prob
    pastu dia ckp dia akn bgtau bila ms nya nnti
    so, d question is?
    wat shud i do rite now?
    cmne nk hilangkan bad mood dia tue?
    hmm..risau la gak

  • tMot ~ Nak hilangkan bad mood dia? Hmm…bad mood sebab apa ya? kalau tahu sebab apa maybe bro boleh bagi pendapat…

    Ok the best thing to do kalau macam ni, hindarkan dari bercakap pasal apa2 perkara sekali pun…just ajak keluar, makan, tengok wayang…balik. Thats all.

    Diam je…jangan bercakap banyak, jangan bertanya apa-apa. Thats it.

    Berikan dia space, elakkan dia dari rasa tertekan atau rimas dengan cinta 😉

  • nia

    BRO..
    Nia dah clash dgn dy..
    the probs is
    kteorg clash tnp rela hati
    msg2 still love
    nia dpt tahu dy bawak diri dan sk bsndirian sjak nia pts ngn dy
    skg nia rs bslah sgt2
    nia tataw ptt ke nia kmbl pd dy
    tp xbleh
    parents nia hlg kteorg..
    ape y ptt nia buat?
    nia buntu…

  • Nia – Kalau masih sayang, go on je beb. kalau tidak pun you masih berseorangan kan?

    Kalau takut kan parents, kawan aje lah senyap-senyap dulu, janganlah dating-dating macam girlfriend boyfriend. Tengok betul-betul situasi tu okey atau tak…If ok, ON je 🙂

  • tuah musafir

    hampir 4 bulan ku kehilangan cinta… tapi masih sukar kulupakan… aku x tau apa harus aku lakukan… makin ku nak lupakan.. kenangan manis membuatkan aku mengingatinya…. sesal diriku knp dulu ku tidak menghargainya knp aku bt perasaannya terseksa.. kini tiada peluang kedua… bak kata pepatah dekat x hargai jauh dirindui…begitulah nasib aku…

Leave a Reply

Info Penting!

“Mulakan perjalanan healing anda dengan  Ebook 30 Hari Jaga Hati, lengkap dengan Hadiah + Bonus bernillai RM1,280! PERCUMA hari ini

Razzi Rahman Creative © 2025-2026 Copyrights Reserved

Ebook Terbaru! 30 hari Jaga Hati

Khas buat yang pernah terluka, dan mahu kembali bangkit dengan lebih tenang dan bahagia.

Milikinya hari ini dan dapatkan RM1,280 Nilai Pemberian Percuma untuk anda!

About Me

Razzi Rahman

Director

Author | Designer | Singer

“Lebih 10 tahun pengalaman dalam menangani persoalan cinta”
Fb followers
0 +
Pembaca Blog
0 Juta
Published ebook
0
Telah baca ebook
0

ebook 101 Cara
Memikat Lelaki

Ketahui 101 CARA Untuk Memikat hati pasangan anda. Pastikan LELAKI, KEKASIH, SUAMI ANDA,  kekal CINTA dan menjadi MILIK ANDA SELAMANYA!
BELI SEKARANG!

Testimoni 01

“Saya tak sabar untuk mendapatkan karya bro Razzi Rahman yang seterusnya!. MEMANG BEST!!

Saya telah beli 5 koleksi ebook Cinta untuk hadiahkan kepada kawan-kawan dan juga kepada yang tercinta. Semuanya kerana tulisan santai dan mengusik jiwa dari Brother love! ❤️

Noorfazlina Ibrahim
Pegawai Pusat Kesihatan

Razzi Rahman
Designer

(Digital Graphic Designer, Content creator, Internet Marketing Expert, Business Branding, Web Design Development)

Expertise
0 %
Skills
0 %
Passion
0 %
Commitment
0 %

My Design Portfolio

See more here : Klik Di Sini

Artikel Terbaru

  • All Posts
  • Brother love
  • Cinta 101
  • Kisah Cinta
  • Making e-Cerpen
  • Muzik
  • My Life
  • PENYANYI
  • Special News
  • Tips Cinta

ebook 101 Cara
Mencari Cinta

Ketahui 101 CARA Untuk Memikat hati pasangan anda. Pastikan LELAKI, KEKASIH, SUAMI ANDA,  kekal CINTA dan menjadi MILIK ANDA SELAMANYA!
BELI SEKARANG!

Testimoni 02

Gaya penulisan bro Razzi Rahman ala jiwa remaja, mencuit hati saya untuk meneroka setiap hasil sentuhan tangannya yang dapati, sungguh mengasyikkan sekali.”

Nama penyanyi Razzi Rahman sememangnya sudah tidak asing lagi bagi peminat seni tanah air. Dan kini, hasil penulisan beliau yang santai pula mengejutkan saya. Malah kadang tulisannya menggelikan hati, memang menakjubkan! Saya yang dulu sering merasa rendah diri serta segan bercampur terutama lelaki, kini telah mula berkeyakinan! Thanks Bro ❤️

Norzuwainah bt Abd Hamid
Owner of Contractor Company

Edit Template

Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved

Information

hellorazzirahman@gmail.com

019 5537088

SOVO, A-19-15, Denai 128 Habitus, 19th Floor, Persiaran Metafasa,
Section U16, 40160 Denai Alam, Selangor