Apabila dikecewakan…

  “Penantian dan tiada pengesahan itu amat menyeksakan batin!”

Beberapa soalan yang memenuhi email bro Razzi sepanjang minggu ini, ingin I jawab di sini khas untuk semua wanita yang I sanjungi :-

  • Mengapa saya ditinggalkan tanpa sebarang berita?
  • Mengapa tiada respon? sms/call/email/ym/chat semua tak jawab!
  • Mengapa tak ambil tahu hal saya lagi? tidak mengambil berat? walau saya telah meminta maaf, dan lakukan apa saja?
  • Mengapa biarkan saya kesunyian, kesepian, mengapa menghilangkan diri?
  • Mengapa sudah tidak semesra dulu?
  • Mengapa biarkan saya sendiri merindu cinta yang semakin sepi?
  • Mengapa buat saya menangis sepanjang masa??

Sebenarnya, kesemua soalan ini hanya ada 1 jawapan sahaja. Apakah jawapannya?? I yakin jauh dilubuk hati you all, pun tahu mengapa, kan?

Memahami lelaki adalah cukup senang…kerana, lelaki akan bersungguh-sungguh menunjukkan dia cinta jika dia benar-benar cinta. Jika tidak cinta…berbagai-bagai alasan diberikan untuk menolak sebarang cadangan!

Jika cinta, sayang…dia akan mengambil berat, dia akan sentiasa call berkali-kali, sms, email, chat selalu dan dia akan mahu sentiasa bersama anda. Dia mahu jumpa setiap masa dan dia akan bercakap tentang perhubungan anda berdua pada setiap masa. Jika berjauhan pula, mahu mendengar suara anda setiap hari.

 Jika LELAKI sudah tidak lakukan itu semua?…Jawapan kepada soalan anda ialah…

“…maknanya, dia sudah tidak berminat sangat dengan anda. Sudah TIDAK CINTA …ATAU kemungkinan besar dia sudah mempunyai kekasih yang lain.”

Anda tidak perlu memberi apa-apa alasan lagi. Dan jangan pula menjawab untuk kaum lelaki pula. Cakap dia tak gitu, dia tak gini. NO!!

INGAT…ITULAH LELAKI …that’s it. Tiada jawapan lain, tiada alasan lain lagi. Very simple. Dia nak…dia akan tergila-gila. Dia dah tak nak…dia buat dek, dia hilang, no calls, nothing!

Pendapat Bro Razzi, meratapi si dia yang hilang entah kemana, mengenang segala kenangan manis bersamanya, menanti sehinga bertahun-tahun namun dia tak masuk-masuk meminang…HANYA MEMBUANG MASA!

“Dia dah bahagia dengan hidupnya…percayalah! Lelaki tidak akan menunggu lama seseorang wanita itu jika dia sudah tidak cinta. Kecuali, dia tiada pilihan yang lain.”

In my further opinion :-

Cari yang lain dan jangan berhubung dengan dia lagi. Kerana ianya hanya akan menghancurkan masa depan anda. Ingat, makin lama umur anda semakin meningkat. Mulakan hidup baru…dan lepaskan kenangan lalu.

Memang susah jika anda masih solo. Ianya lebih mudah jika anda mulai membuka hati dan meluaskan pandangan anda. Yang penting, anda mahu. Kena ingat, tidak semesti orang yang berkahwin itu jodoh dia. Mungkin mereka akan terpisah, bercerai dan kahwin baru. Jadi, anda kenalah mencuba, barulah anda tahu itu jodoh anda atau tidak. Kemudian, usahakannya.

Jadi, anda harus memberi peluang kepada diri anda sendiri untuk mengenali orang baru, membina satu perhubungan baru. Please…janganlah duk meratapi cinta yang dah berkulat dan masih di takuk lama.

ANDA MESTI MOVE ON! best thing, make a new friend, thats a start! :-

  • Apabila dia tidak jawab call/sms/email…boom, you cari kawan baru!
  • Apabila dia hilang tah kemana je…you cari teman baru!
  • Apabila tak mengambil berat lagi…cari yang care lebih kat kita!
  • Apabila asyik jawab nanti, nanti, nanti…boom, tinggal dia!
  • Apabila break aje…MOVE ON!
  • Apabila dikecewakan…cepat-cepat mula hidup baru, dunia baru, kawan baru, cari boyfriend baru 🙂

BUT, jangan cepat-cepat nak bercinta balik, sebaliknya, Ingatlah… anda berhak untuk enjoy this moment, berkenalan dengan lelaki dan have fun while you single!…and find your Mr Right!

p.s. : *Untuk mendapatkan berbagai-bagai tip cinta lagi , sila klik http://www.notacinta.com/ebuku.html

Salam hormat,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

hellorazzirahman@gmail.com | Bersama tajuk: Attn – Brother Love

145 Comments

  • Dini

    BRO~ Miss u too… kikiki…. alamak asyik tak jadi je nak kuar date…nih lizz punya pasal la ni ..kacau!! hehe…jangan mare ye lizz…tak sah kalu tak sakat lizz…

    Hm rindu sgt2 kat blog nih…sekali seminggu je boleh jenguk buat masa ni….

    Skang ni family dok BBQ kat laman umah…tapi dini rela kuar datang CC ..tak makan apa2 lagi ni tau…Kuncicinta dan blog abg razzi punya pasal…

    Walaupun jeles dengan u all yg tengah berseronok kat Langkawi…huhu…

  • Ema

    Bro, terima kasih atas nasihat bro. Skrg ni pun ema sedang berusaha tuk melupakan dia dan ema berharap ema tak menyesal meninggalkan dia. Nasihat org tua ema selama ni banyak ema ketepikan kerana rasa sayang dan cinta ema terhadap dirinya. Tapi apabila berlaku sedikit dugaan dia dah melenting sejauh ini, tak salah rasanya utk ema untuk step move forward meninggalkan dia dan perbaiki kelemahan diri ema… Thanks bro, ema benar2 hargai pandangan bro. Hope 1 day ema dapat join gathering bro dan rakan2 yang lain…

  • abby7788

    Selamat Bercuti buat Bro, kak Cat n smua yg m’yertai team kunci cinta…

  • Ema-Bro ngan Cat sedang bergumbira Di Langkawi bersama KC nyer Hard core bloggers…
    P/s sorry ek…terkuar topik skit

  • Demi you all…bro dtg jap kat Internet Cafe di pantai Chenang ni haaa…langkawi, langkawi jugak…blog brother love takkan ku lupa! 😉

    ALI : “Setiap perpisahan yang berlaku adalah kerana anda akan bertemu dengan pasangan yang jauh lebih baik lagi!”

    ANAMI : I think I ingat you yang mana satu ;), I rasa you yang pakai blazer orange kan? 🙂 …I memang dah jual halalgel >> http://www.halalgelatine.com hope you dah jual gamat you tu.

    DINI : Luv u alwiz 😉

    EMA : Congrats Ema, You’ve done a great effort!

    ABBY : Thanks beb! Bercuti sambil berkerja ni.

    NISSYA : What a great Tour Agent you are and Awesome hubby you have, and he is a GREAT TOUR GUIDE TOO. We are really pleased to be in Langkawi!

  • BRO…It’s my pleasure .. kalau ada yg terkurang tu harap dimaafkan.
    Itu sahaja yang dapat kitorang adakan sepanjang u all bercuti di Langkawi.
    Hope u all hv great fun here in Langkawi!!

    Semoga kekecewaan semalam terhakis di sapa deruan ombak Pulau Lagenda…

  • risk

    “lelaki&perempuan2x5 kecuali yg berpesan dengan kebenaran”

  • anami

    not orange but black… it’s ok bro if u don’t remember me….

  • …I sey man Anami hehehe, Bro ingat lah you yang mana satu. You bertudung, duk tengah2, pakai blazer duk menanya IK about your gamat. Betul tak?! Haaaa…

    Risk… macam selalu bro punya soalan, “apa yang kau cakap ni risk? 😆 “

  • ariqa

    Hye brO..
    how r u?
    fine?
    just riqa nk ask la..
    bagaimana nk tahu..
    kalau seseorang tuh benar-benar ikhlas menyayangi mahupun mencintai kita?
    sebab..entahlah,riqa pnh bercinta tapi..
    kali kedua,hati macam dah serik..
    nak percaya setiap yang lelaki cakap pun susah..
    dalam 100percent tu,maybe 1 percent je boleh caye..maaflah but thats truth..
    so,what i m gOnna do now brO??

  • Ariqa : Sebagaimana Ariqa jugak lah. Bagaimana jika anda ikhlas dilamun cinta? Mestinya anda sanggup berkorban apa sahaja terhadap si dia kan?

    Mengambil berat, dan menjadi begitu penyayang. Well…begitulah juga lelaki. Cuma apabila berlaku sebaliknya tu…dia dah ada orang lain lah tu. 🙁

  • Ema

    Huhuhu…seronok bila ema baca nasihat dan ulasan kawan2 di sini…Hilang segala keperitan dan kesakitan dihati…:) chaiyok Bro dan kenkawan lain…

    Nissya-Ema terlambat la tuk join group ni…kalo tidak tentu ema dah join trip ke Langkawi ari tu…huhu

  • bingung

    mcm mana nk tau org yg kt syg tu syg lg x kt kite?

  • BINGUNG : Hehe…Ok, rasanya bro dah tulis dah di dalam artikel tu tentang tabiat dan perangai seseorang itu apabila dia masih cinta dan sayang…

    BUT, jika anda masih bersamanya masih berjumpa, masih in contact… cuba lihat dan rasa apakah renungan matanya masih sama??…apakah ada getaran di jiwa anda?…apakah anda masih berpimpin tangan dengannya? Masih hangat belaiannya? JIKA YA…maka dia masih cinta dan sayangkan anda…BUT jika segala-galanya sudah berbeza, hilang? Maka nyatalah perasaannya terhadap anda juga sudah hilang… 🙁

  • ixora qaseh

    bro

    itu kalo di alam percintaan belum kahwin.mcmane pula jika kes dah kawin 7 tahun?
    sapa tak sayang rumahtangga kan?

    tolong nasihat

  • QyLa

    salam bro….
    nak tanya lah sikit…..
    if perempuan tu masih nak study… tapi lelaki tu nak kahwin….mcmana eK?? lagipun income tak stabil lagik?? apa yang perlu dibuat??

  • Ixora Qaseh : Kepada yang sudah berkahwin, Bro sarankan, both of you kena kembali kepada waktu anda mula-mula bercinta dulu.

    Like your case, 7 years ago! So, mcmanakah perhubungan you semasa 7 tahun dulu?? Penampilan you?…adakah masih sama? Cara perbualan adakah masih sama? Layanan, panggilan, tempat makan, tempat yang selalu dilawati…ADAKAH MASIH DILAKUKAN??!

    Jika YA…maka tiada alasan untuk sebarang perubahan melainkan sudah ada orang ke3. Namun JIKA TIDAK…maka, anda berdua harus berkerjasama untuk mengembalikan semula segala apa yang pernah dilakukan sewaktu dulu…dan amalkan sentiasa.

    Kalau segala-gala sudah berubah, fizikal, mental, dan sebagainya…MUNGKIN itulah sebab utama pasangan anda berubah!

    NAMUN, kita boleh mengusahakan sesungguh yang mungkin. Tapi, jika jodoh kita yang sebenar bukan dia tetapi masih belum hadir…ITU SEMUA KUASA TUHAN LAH!

  • Qyla : Bagi Bro, seelok-eloknya habiskan study dulu lah…kahwin ni, bila-bila masa boleh kahwin. Ada duit kahwin lah…

    Yang takutnya, apabila sudah berkahwin, si suami mengharapkan tanggungjawab isteri lebih-lebih sehinggakan si isteri tak boleh nak concentrate study..habislah beb!

    Nak kahwin boleh, tapi biar kehidupan anda masih seperti sebelum kahwin. Cuma boleh buatlah apa yang tak boleh buat dulu 😉

    besides that…kahwin, but hidup seperti boyfriend ngan girlfriend,..lagi best! Hehehe…

  • ixora qaseh

    wah tq bro

    sedikit sebanyak bagi clue pd saya…..hehehe
    yang pasti

    “diri ini lebih berharga”

    dan yg paling penting semua nak bahagia kan!

    tul tak kata2 mahatma gadhi:

    Cinta tidak pernah meminta

    ia sentiasa memberi

    cinta membawa penderitaan

    tetapi tidak pernah berdendam

    tak pernah membalas dendam

    di mana ada cinta di situ ada kehidupan

    manakala kebencian membawa kepada kemusnahan

  • ixora qaseh

    naper dlayla

    sabar ok.
    ingat
    diri kite berharga!

  • dlayla : Mengapa sedih2 ni…jom luahkan perasaan you kat bro, Insyaallah bro akan cuba mengubatkan hati you yang dalam kesedihan itu. 😉

    ixora : AMAT BENAR SEKALI!… “DIRI KITA AMAT BERHARGA!”

    So, jangan sesekali menganggap diri kita lemah atau mangsa keadaan. Setiap dari kita memiliki keistimewaan tersendiri dan kita layak dicintai dengan sepenuh kesetiaan. 😉

  • ixora qaseh

    teringin nak jupe bro n cat kat alpha angle, tapi hubby outstation, baby kecil lagi, so next timela. area damansara bila plan?

    bro,
    apa pendapat bro

    Ketahuilah bahwa Allah tidak melepaskan perhatianNYA kepada makhlukNYA walaupun sesaat.KAlau Allah tahu setiap helai daun yg gugur ke bumi, mana mungkin Allah tidak tahu apa yg kita hadapi.
    Sabar dan tabah kerana Allah berjanji sesiapa yg sabar akan diberi kemenangan!
    (petikan BH 23/3/08)

    pengalaman ixora, biasala bila kita ada problem malu nak share ngan sapa2 coz MALU
    tapi dgn ada teknologi,

    kita share kerana kita nak bagitau diri kita yg kita tidak keseorangan!

    (meski berapa ramai baca ruangan ini!…..yg silent reader pun ramai kan!)

  • Aie...

    Salam..

    Bro..

    Mungkin apa yang cuba bro jelaskan di atas ade betulnya dan memang betul pun.. Perempuan ni tak perlu nak siksa diri bila si lelaki menunjukkan reaksi2 seperti yang bro nyatakan.. lama tak call… tak selalu tanya khabar dan macam2 lagi…ini mungkin menunjukkan si dia sudah tidak berminat atau tak sayang lagi kat kita..

    Persoalan saya disini.. Bagaimana pula nak berhadapan dengan pasangan yang masih lagi belajar sedangkan kita sudah bekerja.. Seperti mana yang bro tahu.. jika sudah bekerja mungkin dari sudut financial.. si perempuan agak stabil sedikit berbanding dengan pasangannya yang masih belajar dan tiada pendapatan..lebih2 lagi sidia menghadapi masalah kewangan.. Jadi mungkin keadaan begini menyebabkan dia susah sgt nak call..msg dan lebih2 lagi untuk berjumpe memandangkan jarak kedua-duanya yang agak jauh..

    Sebagai seorang perempuan.. bagaimana nak berhadapan dengan situasi begini sedangkan mmg sudah lumrah seorang perempuan yang sentiasa inginkan perhatian (dalam erti kata lain.. sidia call selalu..tanya khabar..care kat kita dan sebagainya). Perkara sebegini membuatkan si perempuan rasa sepi dan seperti tidak dihargai akan kewujudannya lebih2 lagi hubungan yang dibina sudah bertahun2…

    Apa pendapat bro mengenai situasi ini…?

  • ariqa

    thanks bro..
    hmm..sy cube menyayangi dia seadanya..
    wlupun d xdirkn kcewe but inilh hukum karma sbb.. kite mmg akn bertemu beberapa org yg slh sblm menemui yg bnar2 d xdirkn utk kite right?
    hehe..
    maseh bro..
    hmm..mmg tiada hbungn kn kekl andai keprcyaan tak dbina kn?
    sy cube mmpercyainya wlupn tak stahap 100percent..^^

  • IXORA : Bro setuju ngan u. Yup! blog ini paling sikit pun 40-50 orang sehari yang masuk browze. If not, 90-100 org sehari. Syukurlah bro dpt berkongsi dgn semua! 😉

    ARIQA : “Setiap perpisahan yang berlaku, ianya adalah kerana anda akan menemui pasangan yang jauh lebih baik lagi!” Pengalaman ini selalu berlaku di dalam hidup bro sendiri…

    So, you just sabar, jangan putus asa, yakin you akan menemui kebahagiaan itu!

  • AIE : Kalau you boleh bersabar, memahami akan kekurangan bf u. So cantik lah tu. Itulah namanya cinta. Memahami dan menghargai sesama sendiri. Bro suka dgn cara you…

    Tapi, dont tell me, bf u masih beljar takkan tak berdaya nak sms u setiap masa. Paling banyak topup pun berapa je kalau sms, betul tak? 😛

    Secara logiknya, TIADA ALASAN untuk sesiapa sahaja jika ada yg beralasan, tak boleh ctc! Becoz, orang kalau dah IN LOVE…tok sah ckplah…sanggup tak makan, nak beli topup punya. Hehehee…

    Tapi kalau ada yg beralasan lagi tak leh nak ctc, Im sorry to say BUT, “He is not interested with you anymore!” 🙁

  • dlayla

    erm…mcm nih bro razzi…
    mybe pade u ol hbgn i nagn my bf ni pelik..we ol kapel almost 4 year tanpa jumper…we ol kenal pn by sms…then ..after 8 month kwn…we decided tuk kapel..i pn tak tau npe i leh wt kputusan mcm tuh…tp i mmg ske n jatuh cinter ngan die…wlpn tak kenal ruper..
    tp wlpn kapel hanye di alam maya..die penah ckp n mtk izin dr fmly i..dri my mum utk kwn…die brani n npk btl2 ikhlas..
    hubungan kami berlarutan smpi skrg..wlpn berjauhan n hanya skali jer die pnh dtg jumper i..tp i tak kisah..n i leh trime lalui hari2 i tanpa die…
    abis stdy n i kje..i jmper n kenal ramai org.. n ader antare nyer.. wt i btl2 rase disayangi..yelah…yg jauh dgn yg dpn mater…mst yg dpn mate ni lbh kte igt…
    tp sygnyer..i dh berpunyer…
    then..bru i sedar…i tak leh sbnrye nk berjauhan dri my bf..i nk die dkt n sayang i.. n i nk we ol mcm kapel2 yg lain..sentiase bersama…sbb ble die jauh..n now hadir somebody yg caring ngan i..i rase perasaan i hampir berubah..kbtln..somobody tuh mmg ader ht ngan i..tp i masih setie..n kuatkn ht i utk setie..tp…trus trang i ckp..somebody nih mmg seorg llaki y gi idamkan..very caring n understandg….

  • dlayla

    slame lbh kurang 4 taun i ngan my bf kapel..dh brape kali i mitak putus ngan die..cz i tak tahan ngan sikap die yg ske marah i..tp i tau die sayang i, cme perangai i yg kebudak budakan mybe wt die rimas sket..hehe…
    i try berubah,…tp ntah,,,kejap jer i leh cntrol prangai i..then i penah ckp kt die..i nk die trime i..skp i..seadanyer…kalo tak leh time..tak gne wo ol bersame..die mmg syg gler kt i..n takkn lepaskan i..that y hbgn ni bertahan smpi skrg.ikutkn i mmg dah lmer i nk putus..tp i sian kt die…ble gaduh n i mtk clash..die sedie brubah..die jnji mcm2 utk baiki hbgn nih..tp sumer tu kejap jer…

  • dlayla

    n mcm yg i pnh ngadu kt bro razzi laa..spnjang kapel…sush sgt i nk dpt sumthing dri die…pnh la die bg gelang..tu jer laa…skali…pnh gak i tnyer nape jarang bg i aper2…suprise ker..die kate die tak ske.huh..bengang jer i..i bkn la nk bende mhl2..kalo doe petik bunge tepi jalan bg kt i pon i trime tau bro…dh la sejak i kwn ngan die..die tak bg i kwn n kua ngan maner2 llaki..i tai die wt sbb syg i..tp smpikn nk berkawan pn tak leh..jenuh la…die bkwn tak per lak.ble i complain..die kate die pndai jge diri…n die kate die tkt i brubah ht n tgglkn die ble knl org lain..yela..die keje techncn kt otel jer..katenyer…my fmly pnh gak suh ckp kt die cri kje yg bgus sket..bkn die takder kelulusan..tp die kate die tak ske keje yg die tak minat…adui..
    ni la sikap die yg wt i rimas..tak nk lgsg dgr ckp n nsht org lain..my mum bkn tak ske kje tuh..tp kalo leh cri yg mjamin mse dpn ..ye la..nk bagi anak gadie kt org ln jager..kne la cri yg btl2..my mum ckp cmtu kt i…t die nk ikut khendak ht die jer..die akn ikut ckp i pon bler i majuk gler..n nk putuskn hbngn..then..da rede..nt die wt balik prangai lamer tuh..

  • Dlayla : Hehehehe…ambil bunga tepi jalan buat hadiah pun terima ya…senang banyak tuu….

    Nak dengar nasihat bro tak??…

    1. Bercinta dengan orang yang membahagiakan kita. Buat apa duk tunggu dengan yang menyakitkan hati?

    2. Walau 10 tahun anda sudah bercinta sekali pun, jika ia membosankan…ada perkara yang anda benci dan dia tidak mahu berubah, dan jika anda kahwin, anda PASTI bercerai! So, terima lelaki yang anda tidak akan komplen pasal apa2.

    3. Jangan takut dengan perpisahan, kerana setiap kehilangan kasih itu adalah kerana anda akan bertemu dengan kasih yang jauh lebih baik lagi!

    4. Jangan buang masa! Putus hari ni, terus cari lain. Putus lagi, terima cepat-cepat cinta yang lain. ANDA tidak akan tahu sebagus mana cinta itu jika anda hanya tunggu dan lihat tanpa memcuba.

    BERTINDAK HARI INI!

  • dlayla

    broooooooo…layla gram tul la.!!!ntahla..mcm tak kuat jer nk face dis prob..sb….erm…tak ke kejam i nih kalo i tgl kn die?….

  • Balak

    ish! ish! ish!…tul la bro kata. wanita mmg suka diseksa. Tgk..Diri sdiri xhepi, seksa, bosan, tp masih pkir kt bf dia. 😛

  • ariqa

    eheh..
    sis dlayla..
    same la kite..
    brcinta x jmpe..
    bygkn riqa just msj dia pas dia private chat ngan riqa kt channel @15..
    eheh..
    da hmpir dua thn n b4 me spm..
    sy mnta clash..
    riqa pnh gak pk yg tringin nk jmpe..
    but,kalo riqa jmpe dia sti segannn sgt..
    x taw nk habaq lagu mana..
    eheh..
    first day msj ngan dia,
    da knl..
    dia mnta kapel..
    riqa yg bodo2 time tu sbb x pnh kapel..
    sOoo xcited la..
    eheh..
    then,alhamdulillah dia setia even riqa xnk percya lelaki kL..
    dia snggup trime riqa seADAnya..
    yelah,x lawa…
    tp riqa pn x kesah sbb dia brsaiz besar..
    afta dia send pic kt riqa by letter,time kt asrama time tu..
    ummi dtg mlawat n gimme da letter then..
    riqa brsyukur dia x hensem coz kite da nekad if dia lbih ensem or sumthng more better than me..
    sy nk undo dri jew..
    but yes,my heart trime..
    evn kenkwn dlm satu dorm kate ok/x wif me..
    now,cuba sis pk balek???
    its better x jmpe coz..
    sape tahu kalo kite jmpe ia akn lbh mmbawa kite ke arh maksiat?
    right?
    depends on what u think k?
    sbb sy just bg pndpt je..
    eheh..
    sory eh?
    ^^ but now..
    pas brape bln da ptus..mmg ada lg rse syg but..
    its just over..
    wat sis dlayla..
    kalo bnr2 dia mncul dlm mmpi afta solat istikharah..(riqa dn ex pn ada wat gak dlu but mmg ada mimpi tp now da break x taw dia jodoh sbenar or what)
    so,just pray kayh?
    sti dpt ptunjuk but..
    plg3 PENTING..
    mencintai dia krna ALLAH..
    kekl atau x..
    blakang kira k?
    ehehe..
    kte just nk share story n hope sis x kesah..
    ^^

  • dlayla

    ariqa…
    erm…dun knw wat 2 say…tq 4 ur advice…sis hargai..pening la nk pk.tak pk …tak leh gak..
    biarlah mase berlalu..n menentukan…sis da penat sgt….

  • QyLa

    SALAM BRO….

    thanx alot for tthe kata2… tapi masalahnya kalau girl tu nk study lagi..tapi lelaki tu nak kahwin??mcamana ek?? sedangkan perempuan tu tak sedia lagi….
    perlu ke ditinggalkan saja lelaki tu walaupun hati masih sayang?? apa perlu dibuat eh bro??/ hmmmmm….

  • Mungkin bunyinya seperti pentingkan diri sendiri…TETAPI, itulah realiti kehidupan…

    Cintai diri anda terlebih dahulu, sebelum anda mencintai orang lain. Fikirkan diri anda dahulu sebelum anda fikirkan orang lain.

    Bagaimana anda mahu memberi cinta jika cinta anda sendiri masih kabur…bagaimana anda mahu fikirkan orang lain sedangkan hidup anda masih tidak tentu hala?? 😉

  • ixora qaseh

    qyla

    pendapat bro ada tul coz kita kenal diri kita dulu, cinta diri kita coz tul cakap sini senang, namun kita sediri yg kenal diri kita
    kena buat checklist ok.

    ibarat cintakan diri sendiri….buat apa yg kita nak dulu utk diri kita sebelum kita “stranded” di alam kawin!..
    cth nak beli kereta, nak kerjaya tetap, nak itu ini dll

  • ariqa

    yeap..
    btol tu..
    hmm..mmg tak salah nak kawen awal but..
    biar kte kejar apa yg kte nak dlu,
    mimpi yg kte angankn slame ni dlu..
    bru kte pk kn psl ni sbb kawen awl ni trlalu byk cabarn nya.
    kne persiapkan payung sblm hujan sbb rata2 semakin rmi yg jadi janda ktika usia muda.
    so,pk2 kn la..
    kalo bnar dia fhm keadaan qyla sti dia akn fhm dn stia mnanti..
    wlupn sribu thun lama lg..
    heheh..

  • qisqis

    salam bro..
    bro i nk tny la..nape org lelaki ni bile dh terlepas br nak menyesal n then ckp selama ni permata dpn mata dia xnmpk..
    btl ke airmate lelaki itu mbuktikan dia ikhlas or lakonan semata2..

  • mawar pudar

    hi bro… saya nak kongsi masalah dgn bro secara personal… emel info tu blh pakai ke??? Tq….

  • Ema

    ~”Cintai diri sendiri sebelum anda mencintai seseorang”~ simple word tapi sukar tuk dilaksanakan…adakala kita tak kenal diri sendiri tapi kita sibuk nk mengenali insan yang kita cintai…

    Bercinta dengan orang yang membahagiakan kita. Buat apa duk tunggu dengan yang menyakitkan hati? —mengharapkan kebahagiaan melalui penderitaan? sukarnyer tuk melupaakan penderitaan yang dihadapi…

  • ixora qaseh

    semua lontaran sis ada betul dan salah. nape sy ckp gitu?

    hanya individu itu sendiri yg akan belajar utk dirinya.kalo kebetulan sama keadaan, org2 tertentu dpt menolong,sekurang2nya empati.

    namun percayalah, kdgkala kita tak pernah terfikir
    cth:

    a) dah berkasih/kawan 5thn
    b) katakan umur lani 27thn
    c) 27-5thn……dah 22thn dulu….aku happy je tanpa sidia….!

    atau sebaliknya

    a) umur lani 27thn
    b) takdepun Lelaki @ perempuan utk berkasih
    c) percayalah tahun2 ke depan….akan jumpa sidia!

    moral of cth ini

    ALLAH TAK AKAN UJI INSAN2 YG DISAYANGI UTK SELAMA2NYA…..PERCAYALAH BAHAWA UJIAN (BAHAGIA @ DERITA)….UTK KITA RASAI BETAPA KERDILNYA KITA DI SISI ALLAH.

  • Ixora, thank you for sharing your thoughts. Bro hargai sangat. Cool beb!

    qisqis : You kena tengok pengorbanan dia setakat mana. Becoz lelaki susah untuk berkorban dalam berbagai segi. Tetapi jika dia sanggup melakukan apa sahaja demi you…then you boleh percaya dia. Airmata tu…selalunya, lakonan kut wakaka… 😛

    Mawar : You can always email bro di info@razzirahman.com

    Ema : Jangan main-main itu ayat manyak mahal loh…manyat meaningful. 😆

  • Ema

    Hehehe…bro sebab mahal la Ema selalu dok ulang ayat tu berulang-kali..sebagai peringatan kepada diri Ema sendiri…really meaningfull and touch deep inside my heart…

    Ema ni blh dikategorikan dalam golongan pecinta tegar…masih cuba menyayangi seseorang itu meskipun sudah nampak tanda2 retak menanti belah..menunggu akan berlaku satu keajaiban…tapi bila teringat ayat “Cintai diri sendiri sebelum menyintai org lain” buat ema tersedar dari mimpi2 ema…

    Tapi takper…Bro kan ada…ape2 pun masalah..kat sini la ema luahkan rasa… 😆 :p

  • imah

    ellooo…bro love..sja nk luahkan perasaan i nie je..leh kan bro?…i ada knal ngan sorang laki ni dlm fon…tp dia x penah nak jumpa i..tah la atas sebab yg x tntu..family problem la cmtu..i da sayang dia sngt tau..kita knal da da 3 thun bro..cuma tkar2 pic jak..dia penah gak ckp ngan i nk masuk meminang tp i blom sedia g..lgpun i still study g…tp bila i pikir blik i rasa diri i bodoh la..tgu orng yg i sndiri x pasti..dia penah ckp dia setia gila kat i..susah i nk pecaya,now i da break off ngan dia..i ada baca bro tlis “sayangi diri anda sebelum sayang orng lain kan” btul ckp bro wanita nie suka di seksa kan..tp mcm mna klu kita da sayang sngt2 ngan laki tu kan..tp knapa la laki nie x pndai fhm perasaan pompuan kan????…i rasa btul2 trseksa skng..tp i realize now bro yg now i x nk lagi brcinta biar cinta tu yg dtng sndiri kan..i da malas mncri cinta yg x pasti nie..buat i sengsara je kan bro..lebi baik i mntapkan diri i supaya bnyk guys yg nk kat i kan bro…hahahah…welll thanks for your advice..reali touch my heart n make me realize who am i actually..cayang bro loveeee….:)

  • mea

    salam…
    lelaki?? time suke kt, ape pun dia nak wat…
    caring…loving…sume ade
    klau kt xlayan , dikatanya kt jual mahal…
    klau layan…susah gak jadinya..
    bila dah sakit ati sbb dikecewakan lelaki…
    amik jalan selamat…
    FORGIVE & FORGET!!!!
    xguna kt sedih2…xguna kt menangis…
    perkara yg lepas..biar je berlalu..

    “Lelaki yg baik untuk perempuan yg baik dan perempuan yg baik untuk lelaki yg baik”…
    juz berpagang dgn janji Allah, kt hiasi peribadi…insyaALLAH seseorang yg lebih layak menanti….

  • Ema : Bro sedia mendengar luahan Ema tu no problem 🙂

    Imah : Bro happy to know that I have touched your heart. Hope Imah terus tabah 😉

    Mea : Bro setuju dengan you. Well Said!

  • qisqis

    Bro..plz help me.sy nk minta advise or tips utk kuatkan semangat n tabah mhadapi kenyataan.Act sy br pas pts tunang bcoz xtunang sy ade org ke3 n then xtunang sy nk kawen bln8 ni.Oh no!!dia nk kawen dl dr sy…sy xleh trime!!Tu pun sy tau dr mak dia coz parents dia syg giler kt sy.Parents dia pun berat nk trime org br tu but terpakse:(

Leave a Reply

Info Penting!

“Mulakan perjalanan healing anda dengan  Ebook 30 Hari Jaga Hati, lengkap dengan Hadiah + Bonus bernillai RM1,280! PERCUMA hari ini

Razzi Rahman Creative © 2025-2026 Copyrights Reserved

Ebook Terbaru! 30 hari Jaga Hati

Khas buat yang pernah terluka, dan mahu kembali bangkit dengan lebih tenang dan bahagia.

Milikinya hari ini dan dapatkan RM1,280 Nilai Pemberian Percuma untuk anda!

About Me

Razzi Rahman

Director

Author | Designer | Singer

“Lebih 10 tahun pengalaman dalam menangani persoalan cinta”
Fb followers
0 +
Pembaca Blog
0 Juta
Published ebook
0
Telah baca ebook
0

ebook 101 Cara
Memikat Lelaki

Ketahui 101 CARA Untuk Memikat hati pasangan anda. Pastikan LELAKI, KEKASIH, SUAMI ANDA,  kekal CINTA dan menjadi MILIK ANDA SELAMANYA!
BELI SEKARANG!

Testimoni 01

“Saya tak sabar untuk mendapatkan karya bro Razzi Rahman yang seterusnya!. MEMANG BEST!!

Saya telah beli 5 koleksi ebook Cinta untuk hadiahkan kepada kawan-kawan dan juga kepada yang tercinta. Semuanya kerana tulisan santai dan mengusik jiwa dari Brother love! ❤️

Noorfazlina Ibrahim
Pegawai Pusat Kesihatan

Razzi Rahman
Designer

(Digital Graphic Designer, Content creator, Internet Marketing Expert, Business Branding, Web Design Development)

Expertise
0 %
Skills
0 %
Passion
0 %
Commitment
0 %

My Design Portfolio

See more here : Klik Di Sini

Artikel Terbaru

  • All Posts
  • Brother love
  • Cinta 101
  • Kisah Cinta
  • Making e-Cerpen
  • Muzik
  • My Life
  • PENYANYI
  • Special News
  • Tips Cinta

ebook 101 Cara
Mencari Cinta

Ketahui 101 CARA Untuk Memikat hati pasangan anda. Pastikan LELAKI, KEKASIH, SUAMI ANDA,  kekal CINTA dan menjadi MILIK ANDA SELAMANYA!
BELI SEKARANG!

Testimoni 02

Gaya penulisan bro Razzi Rahman ala jiwa remaja, mencuit hati saya untuk meneroka setiap hasil sentuhan tangannya yang dapati, sungguh mengasyikkan sekali.”

Nama penyanyi Razzi Rahman sememangnya sudah tidak asing lagi bagi peminat seni tanah air. Dan kini, hasil penulisan beliau yang santai pula mengejutkan saya. Malah kadang tulisannya menggelikan hati, memang menakjubkan! Saya yang dulu sering merasa rendah diri serta segan bercampur terutama lelaki, kini telah mula berkeyakinan! Thanks Bro ❤️

Norzuwainah bt Abd Hamid
Owner of Contractor Company

Edit Template

Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved

Information

hellorazzirahman@gmail.com

019 5537088

SOVO, A-19-15, Denai 128 Habitus, 19th Floor, Persiaran Metafasa,
Section U16, 40160 Denai Alam, Selangor