Banyak kali KECEWA CINTA

2

Dalam bercinta, tidak ada orang yang nak kecewa, apatah lagi diperdaya dan akhirnya ditinggalkan begitu saja. Malah kita semua sentiasa ingin mengelak dari kekecewaan. Betul kan? Sebabnya, terlalu banyak kali kecewa cinta, dalam hidup kita ni, memanglah akan membuatkan kita semakin lemah dan sampai tak tahan lagi peritnya.

  • Sedih sangat bila dikecewakan, ya saya tahu kerana saya juga pernah dikecewakan cinta. Ya Brother Love sendiri, selalu dikecewakan… BANYAK KALI! Dari kekecewaan yang banyak kali inilah telah mengubah diri menjadi siapa saya hari ini.

Mungkin ada yang berkata, “Elehhh, Bro Razzi tak apalah, lelaki. Pastu memang seorang yang strong dan tabah lak”

Strong lah sangat 😀  …saya sebenarnya, juga asal adalah seorang yang lemah. Ya saya juga pernah menangisi kekecewaan yang telah saya alami. Saya pernah dikecewakan gadis yang amat saya cintai… perit sangat! Konon tak nak makan, tak nak mandi, berjalan di tengah jalan macam zombie! Huhuhu…
Hina sangat saya masa tu, kawan-kawan pun kutuk dengan kelemahan saya. Gadis-gadis, wanita di sekeliling saya juga semakin bosan dengan sikap saya yang asyik bercerita tentang ex yang telah meninggalkan saya.

Usah kata saya menarik dan memikat lagi kepada wanita, jauh bagai langit dan bumi, malah saya bagaikan a joke to them, even kawan pun tak nak mengaku kawan lagi kerana malu dengan diri saya yang tidak bernilai ini. Saya ingat lagi bagaimana mereka memulau saya dari keluar dengan mereka…

man1

Saya hampir-hampir berputus asa untuk tidak akan mencari cinta lagi…

Tetapi Alhamdulillah saya telah menemui seorang lelaki yang kemudiannya menjadi rakan baik saya dan membawa saya ke ‘hujung tunnel yang gelap itu’ menuju cahaya yang terang. Apa lelaki ni buat? Dia menunjukkan kepada saya, bagaimana kekecewaan yang dialaminya selama ini, telah menjadikan dia seorang yang sangat menarik!

Honestly, dia bukan dalam kategori lelaki hensem… malah mukanya juga penuh dengan parut-parut jerawat, besar-besar! Tubuhnya juga kurus kering, tak ada shape ‘body’ langsung. Tetapi, bagaimana seorang pramugari MAS, yang cun melecun boleh jatuh cinta dengan dia? – Well, asalnya adalah KEINGINANNYA! Keinginannya yang amat tinggi untuk berjaya memiliki sebuah cinta sejati, telah mendorong dia untuk berusaha dengan gigih.

Dia ambil setiap sebab dari perpisahan cintanya, kemudian jadikan ia satu target untuk dia atasi.

  • Bila gadis ini tinggalkan dia kerana dia tak cukup kuat dan tak minat lari dalam marathon, dia atasinya bersungguh-sungguh dengan training sehingga menjadi seorang marathon yang hebat!
  • Bila gadis ini tinggalkan dia kerana dia selekeh dan tak pandai bergaya, dia belajar tentang fesyen terkini secara mendalam sehingga dia layak menjadi model. Malah kini penampilannya amat segak sekali.
  • Bila gadis ini benci dengan caranya yang agak kurang bijak di dalam ilmu pengetahuan semasa, dia kembali belajar sehingga dia memiliki ijazah saujana.

AKHIRNYA? Setiap kali dia berjaya mencapai targetnya, the girl is already left! Kesian… tetapi dia tidak serik, tidak give up. Dia terus berusaha untuk memperbaiki dirinya sehingga menjadi seorang yang cukup hebat! TERNYATA, semakin banyak dia kecewa dan ditinggalkan semakin baik pilihan hatinya. The girl yang minat kat dia pun semakin cantik-cantik. DAN kini? YA, dia telah mengahwini pramugari itu dan telah pun memiliki 3 orang anak yang comel-comel.

MORAL OF THE STORY
JANGAN TAKUT dengan kekecewaan dalam cinta. JANGAN RISAU jika dikecewakan, atau ditinggalkan oleh dia yang anda cinta. Ini adalah kerana dengan kekecewaan itu, kita sebenarnya menjadi lebih hebat JIKA kita ambil ikhtibar darinya. JIKA kita belajar darinya, ambil pedoman dari perhubungan yang lepas. Perubahan diri anda, juga mempengaruhi tahap mana, mereka yang akan berminat dengan anda.

INGAT, lagi banyak kecewa, lagi bagus kerana anda akan lagi bijak membuat keputusan. It’s better kecewa sekarang daripada kecewa selepas kahwin esok.

SAYA? Ya, memang saya telah terlalu banyak kecewa dalam hidup saya. Tapi itulah yang buat saya stronger! And now, I’m happy with my life. Jika Bro Razzi yang banyak kecewa ini boleh lakukan, anda yang setakat 3-4 kali kecewa tu, lagilah boleh. Anda cuma perlu percaya pada jodoh dari Allah swt dan tidak putus asa untuk memperbaiki diri sendiri agar lebih baik dan lebih hebat dari sebelumnya.

JANGAN pula hanya percaya saja, kena ubah diri tu. Sekali kecewa, cari apa yang tak kena dan ubahkan jadi terbaik. Kecewa lagi, cari kelemahan dan hebatkannya. Sehingga anda dapat rasakan perubahan yang anda lakukan, membuatkan anda sendiri pun rasa boleh jatuh cinta pada diri anda sendiri… InsyaAllah dengan cara ini, anda akan menemui kebahagiaan yang diidam-idamkan tidak lama lagi. Test tengok!

p.s. : Pelajari 101 CARA yang membantu anda untuk MEMIKAT CINTA lelaki agar terus kekal menyintai dan menyayangi anda SELALU! – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

hellorazzirahman@gmail.com | Bersama tajuk: Attn – Brother Love

Leave a Reply

Info Penting!

“Mulakan perjalanan healing anda dengan  Ebook 30 Hari Jaga Hati, lengkap dengan Hadiah + Bonus bernillai RM1,280! PERCUMA hari ini

Razzi Rahman Creative © 2025-2026 Copyrights Reserved

Ebook Terbaru! 30 hari Jaga Hati

Khas buat yang pernah terluka, dan mahu kembali bangkit dengan lebih tenang dan bahagia.

Milikinya hari ini dan dapatkan RM1,280 Nilai Pemberian Percuma untuk anda!

About Me

Razzi Rahman

Director

Author | Designer | Singer

“Lebih 10 tahun pengalaman dalam menangani persoalan cinta”
Fb followers
0 +
Pembaca Blog
0 Juta
Published ebook
0
Telah baca ebook
0

ebook 101 Cara
Memikat Lelaki

Ketahui 101 CARA Untuk Memikat hati pasangan anda. Pastikan LELAKI, KEKASIH, SUAMI ANDA,  kekal CINTA dan menjadi MILIK ANDA SELAMANYA!
BELI SEKARANG!

Testimoni 01

“Saya tak sabar untuk mendapatkan karya bro Razzi Rahman yang seterusnya!. MEMANG BEST!!

Saya telah beli 5 koleksi ebook Cinta untuk hadiahkan kepada kawan-kawan dan juga kepada yang tercinta. Semuanya kerana tulisan santai dan mengusik jiwa dari Brother love! ❤️

Noorfazlina Ibrahim
Pegawai Pusat Kesihatan

Razzi Rahman
Designer

(Digital Graphic Designer, Content creator, Internet Marketing Expert, Business Branding, Web Design Development)

Expertise
0 %
Skills
0 %
Passion
0 %
Commitment
0 %

My Design Portfolio

See more here : Klik Di Sini

Artikel Terbaru

  • All Posts
  • Brother love
  • Cinta 101
  • Kisah Cinta
  • Making e-Cerpen
  • Muzik
  • My Life
  • PENYANYI
  • Special News
  • Tips Cinta

ebook 101 Cara
Mencari Cinta

Ketahui 101 CARA Untuk Memikat hati pasangan anda. Pastikan LELAKI, KEKASIH, SUAMI ANDA,  kekal CINTA dan menjadi MILIK ANDA SELAMANYA!
BELI SEKARANG!

Testimoni 02

Gaya penulisan bro Razzi Rahman ala jiwa remaja, mencuit hati saya untuk meneroka setiap hasil sentuhan tangannya yang dapati, sungguh mengasyikkan sekali.”

Nama penyanyi Razzi Rahman sememangnya sudah tidak asing lagi bagi peminat seni tanah air. Dan kini, hasil penulisan beliau yang santai pula mengejutkan saya. Malah kadang tulisannya menggelikan hati, memang menakjubkan! Saya yang dulu sering merasa rendah diri serta segan bercampur terutama lelaki, kini telah mula berkeyakinan! Thanks Bro ❤️

Norzuwainah bt Abd Hamid
Owner of Contractor Company

Edit Template

Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved

Information

hellorazzirahman@gmail.com

019 5537088

SOVO, A-19-15, Denai 128 Habitus, 19th Floor, Persiaran Metafasa,
Section U16, 40160 Denai Alam, Selangor