Dah kahwin? BILA?!

Terkedu seketika mendengar kisah dari kawan baik saya, dalam penuh hiba bersama tangis halusnya, dia meluahkan perasaan yang amat sedih setelah mengetahui bekas kekasihnya yang kembali rapat tiba-tiba telah menjadi seorang suami yang sah!

Terkejut! Amat terkejut… sebab baru saja mereka kembali mesra dan saling merindu, walau telah break-off tetapi sering bertemu seperti masa masih bersama. Kini, dalam diam-diam, rupa-rupanya mendirikan rumahtangga.

Tak disangka-sangka, akhirnya setelah sekian lama gagal dan gagal lagi, …kahwin juga dia bersama seorang gadis dari kampung pilihan keluarga, saya anggap kemungkinan besar ini adalah demi ketaatan terhadap kedua ibu bapa… namun cara dia “GHOSTING” kawan saya ni, rasanya tak patut… tapi apa boleh buat, mungkin juga dia tak nak kecewakan lagi hati si Rita, “The Sky Angel”.

Saya tahu, memang dia layak bahagia dengan pilihan keluarganya. Namun, jauh di sudut hati, saya juga tahu… hati dan perasaannya masih melekat kepada bekas kekasihnya itu.

Kesihan pulak kat kawan saya ni, hmm… tu lah, kadang lawa macamana pun, flight stewardess pula, kalau dah bukan jodoh, orang pilih yang lain juga. I’m sure she really dan masih mengharapkan sesuatu. Mungkin masih mahu MASA untuk bersama? Mungkin juga impikan peluang kedua…

  • KATA RITA – “Sebenarnya aku gembira untuk Zaff, tetapi aku tak dapat nak membohongi hati aku yang terasa terguris luka dan tercalit duka. Terasa seperti sudah hilang peluang untuk melanjutkan persahabatan kami. Sayang ini… kehilangannya telah menjadi kenyataan.

 

  • Sedih sangat kerana, tidak akan ada lagi apa-apa antara aku dan dia,  dan tidak mungkin lagi kami bisa berbual-bual seperti dulu-dulu… Malah, tidak ada lagi tempat aku meluah rasa, menumpang kasih… aku terasa semakin sunyi… mungkin itu sajalah yang aku rindukan… bersama teman yang sering memberi kata-kata peniup semangat untuk ku… runtuh jua harapan ini akhirnya. Tah bila kan kering basah di pipi ku…

 

“Dah kahwin?!” – Sesuatu yang susah untuk diterima oleh Rita… setelah lama menghilangkan diri tanpa sebarang pesanan, patutlah lama senyap dan persahabatan mereka tiba-tiba je terhenti tanpa sebarang nota. Mungkin juga seksa baginya bila mengenangkan kasih sayang Rita yang terus mengharap. Kerana, I’m very sure both of them masih saling sayang sebenarnya…

Apa lagi yang boleh dilakukan… inilah dikatakan takdir. Semuanya sudah tertulis… biar berapa banyak usaha kita, biar berapa banyak doa, jika sudah tersurat dia bukan milik kita… terlepas pergi jugalah dia…  jika tertulis dia milik kita, maka kahwin lah kita…

  • Kedua-duanya pun sudah terlalu lama menantikan saat kebahagiaan ini, sudah lama inginkan hidup yang punya kepastian, tahu kemana mahu pulang, tahu siapa yang menanti…

 

  • Jadi, Rita… bersabarlah. Hari ini mungkin you terkecewa, namun Razzi doakan you kembali tenang nanti InsyaAllah. Banyak-banyakkan solat dan doa kepada Allah s.w.t mungkin dah lama kita lupakan Yang Maha Esa, masa untuk ‘give Him a call’

 

  • Ingatlah semua kata-kata Razzi dan segala nasihat yang sering I berikan, jadikan azimat dan peneman dalam pengembaraan baru mu, jagalah dirimu itu dengan sepenuh jiwa manis mu ya…

 

Time for healing!

Jom lawati https://razzirahman.com/30harijagahati/

Love ❤️,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

hellorazzirahman@gmail.com | Bersama tajuk: Attn – Brother Love

7 Comments

  • saz

    Hi bro razzi, good article!! I like!
    Yes, memang susah nak terima hakikat yg orang yg kita suka dan sayang dah kahwin. Saya mengalami masalah ini, well im happy for him, tapi tipu lah kalau saya ckp yg saya tak sedih.Tengok gambar kahwinnya di facebook, rasa sedih, marah.. and saya yg sepatutnya berada di sisi dia. hahah!

    Sedih tu ada, tapi saya rasa we have to think positive, mesti ada sebab why Allah tak jodohkan kita dengan dia. Ada hikmah dan kita harus terima..dengan hati terbuka. InsyAllah kita akan dapat jodoh yg lebih baik. Amin 🙂

  • qaseh

    memang sedih sangat2 bila oarng kita cinta mengambil kputusan bkahwin dgn org lain sdgkan dia slalu bersama dengan kita… bila dapt tahu mcm dunia ni nk tbalik hanya Allah sja maha mengetahui betapa hncurnya n kecewanya hati ini bila dia buat kita mcm ni… disaat dia bergembira kita dirundum kedukaan…

  • Suraya Hani

    saya mengalami nasib yg hampir serupa … hanya Allah tahu mcm mana perasaan saya … saya masih kecewa walaupun dia masih mnyayangi saya dan masih bersama dengan saya namun antara kami seolah2 ada dinding penghalang. Macam buang masa pun ada gak rasa… menyesal…

  • khai

    salam bro, saya pun sekejap lagi akan jadi macam situasi di atas. Mak ayah kpd girlfriend saya telah carikan dia lelaki lain. Padahal sebelum ni saya telah pun pergi ke rumahnya berjumpa maka ayah dia kira meminta restu untuk bersama dengan anak mereka, tapi mengapa tiba2 benda ini yg terjadi.
    Saya tanya girlfriend saya, dia cakap, dia susah nak tolak permintaan mak ayah dia.
    dia cakap, teruskan je hubungan yang tinggal.
    bagaimana mungkin saya nak teruskan hubungn ini jika saya tahu yg hujungnya memang perit.

  • KHAI – Feel for you man, I hope ada jalan untuk you mula mengorak langkah pergi dengan tabah… kadang-kadang walau duka dan perit kita rela terima kerana sayang. Tetapi, for sure kita akan kecewa… I tahu kita akan kata…biarlah, tak apa asalkan dengan dia… BUT at the end, you have no DIA… no point juga kan. Banyak2 bersabar bro.

Leave a Reply

Info Penting!

“Mulakan perjalanan healing anda dengan  Ebook 30 Hari Jaga Hati, lengkap dengan Hadiah + Bonus bernillai RM1,280! PERCUMA hari ini

Razzi Rahman Creative © 2025-2026 Copyrights Reserved

Ebook Terbaru! 30 hari Jaga Hati

Khas buat yang pernah terluka, dan mahu kembali bangkit dengan lebih tenang dan bahagia.

Milikinya hari ini dan dapatkan RM1,280 Nilai Pemberian Percuma untuk anda!

About Me

Razzi Rahman

Director

Author | Designer | Singer

“Lebih 10 tahun pengalaman dalam menangani persoalan cinta”
Fb followers
0 +
Pembaca Blog
0 Juta
Published ebook
0
Telah baca ebook
0

ebook 101 Cara
Memikat Lelaki

Ketahui 101 CARA Untuk Memikat hati pasangan anda. Pastikan LELAKI, KEKASIH, SUAMI ANDA,  kekal CINTA dan menjadi MILIK ANDA SELAMANYA!
BELI SEKARANG!

Testimoni 01

“Saya tak sabar untuk mendapatkan karya bro Razzi Rahman yang seterusnya!. MEMANG BEST!!

Saya telah beli 5 koleksi ebook Cinta untuk hadiahkan kepada kawan-kawan dan juga kepada yang tercinta. Semuanya kerana tulisan santai dan mengusik jiwa dari Brother love! ❤️

Noorfazlina Ibrahim
Pegawai Pusat Kesihatan

Razzi Rahman
Designer

(Digital Graphic Designer, Content creator, Internet Marketing Expert, Business Branding, Web Design Development)

Expertise
0 %
Skills
0 %
Passion
0 %
Commitment
0 %

My Design Portfolio

See more here : Klik Di Sini

Artikel Terbaru

  • All Posts
  • Brother love
  • Cinta 101
  • Kisah Cinta
  • Making e-Cerpen
  • Muzik
  • My Life
  • PENYANYI
  • Special News
  • Tips Cinta

ebook 101 Cara
Mencari Cinta

Ketahui 101 CARA Untuk Memikat hati pasangan anda. Pastikan LELAKI, KEKASIH, SUAMI ANDA,  kekal CINTA dan menjadi MILIK ANDA SELAMANYA!
BELI SEKARANG!

Testimoni 02

Gaya penulisan bro Razzi Rahman ala jiwa remaja, mencuit hati saya untuk meneroka setiap hasil sentuhan tangannya yang dapati, sungguh mengasyikkan sekali.”

Nama penyanyi Razzi Rahman sememangnya sudah tidak asing lagi bagi peminat seni tanah air. Dan kini, hasil penulisan beliau yang santai pula mengejutkan saya. Malah kadang tulisannya menggelikan hati, memang menakjubkan! Saya yang dulu sering merasa rendah diri serta segan bercampur terutama lelaki, kini telah mula berkeyakinan! Thanks Bro ❤️

Norzuwainah bt Abd Hamid
Owner of Contractor Company

Edit Template

Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved

Information

hellorazzirahman@gmail.com

019 5537088

SOVO, A-19-15, Denai 128 Habitus, 19th Floor, Persiaran Metafasa,
Section U16, 40160 Denai Alam, Selangor