Dia bukan milik ku

Pernahkah anda merasa teramat sedih dan kecewa, kerana BEKAS KEKASIH anda akhirnya mendirikan rumah tangga?

rr_wedding

Kadang terasa pelik memikirkannya, dia bukanlah kekasih kita lagi. Dia jauh sekali pasangan hidup kita untuk kita sedih-sedih 😀 …tapi itulah hakikat perasaan apabila masih bergelora cinta lama. Tak boleh nak salahkan sesiapa apabila bercakap soal hati… Kerana saya sendiri, juga pernah merasa kepedihan itu, sedangkan perpisahan sudah lama berlalu.

TERINGAT LAGI…

Waktu itu, adalah saat yang paling ‘DOWN’ bagi aku… sungguh tak ku sangka, akhirnya berlaku juga perkahwinan yang tak terduga. Terkedu seketika melihat gambar perkahwinannya, insan yang pernah menjadi gadis paling istimewa dalam hidup aku, …kini tersenyum megah sebagai seorang isteri!

Masa tu, hanya Allah yang tahu betapa terkejutnya aku… dalam diam-diam, rupa-rupanya dia telah mendirikan rumah tangga. Tak pernah aku sangka, akhirnya setelah sekian lama gagal dan gagal lagi, …kahwin juga dia bersama seorang pria kacak. Kegeraman sebenarnya aku, kerana selama ini setiap kali dia bermasalah dalam cinta, boyfriend buat hal, yaa… siapa lagi yang datang memberi pertolongan, nasihat dan kata-kata semangat untuk dia bangkit. Ada je masalah apa-apa, akulah tempat dia mengadu hal… kita ni punya la baik, tunjuk ajar macam-macam. Masa tu happy sangat sebab dapat closed balik, jadi fikir nak bantu je la… hingga terlupa bantuan dan nasihat aku itu untuk dia bahagia bersama lelaki lain bukan dengan aku! 🙁

Aku tahu, memang dia layak bahagia dengan pilihannya. Namun, jauh di sudut hati aku… aku seperti mengharapkan sesuatu. Mungkin aku masih mahu MASA untuk bersamanya? Mungkin juga aku impikan peluang kedua… namun, kebahagiaan dia yang aku ingin lihat, sehingga terlupa kebahagiaan sendiri…

Memang aku amat gembira untuk dia, tetapi entah mengapa jauh di lubuk sanubari, jiwa aku punya secalit duka. Terasa seperti sudah hilang peluang untuk melanjutkan persahabatan kami. Terasa seolah-olah terputus cinta… seperti kehilangan sayang. Sedih sangat kerana, tidak akan ada lagi apa-apa antara aku dan dia,  dan tidak mungkin lagi kami bisa berbual-bual seperti dulu-dulu… Malah, tiada lagi luahan hati sendunya setiap kali gagal di dalam percintaannya…

Ya, mungkin itu sajalah yang aku rindukan… seorang teman yang mengharapkan kata-kata peniup semangat dari ku.. Sedih sangat babe… terkoyak jiwa aku yang dipenuhi lagu-lagu cinta yang meruntun rasa…

“Dah kahwin?!” – Sesuatu yang susah untuk aku terima… Mungkin sebab itulah juga dia telah lama menghilangkan diri… aku sememangnya faham dan menerima permintaan dukanya untuk tidak meneruskan perhubungan kami. Namun, jauh dilubuk hati kami berdua… kami tahu yang kami saling sayang sebenarnya…

Apa lagi yang boleh aku lakukan… inilah dikatakan takdir. Semuanya sudah tertulis… biar berapa banyak usaha kita, biar berapa banyak doa, jika sudah tersurat dia bukan milik kita… terlepas pergi jugalah dia…  jika tertulis dia milik kita, maka kahwin lah kita… Cuma dalam hal ini, saat ini, dia ditakdirkan bukan milik ku…

Aku tahu betapa dia sudah terlalu lama menantikan saat kebahagiaan ini, sudah lama inginkan hidup yang punya kepastian, tahu kemana mahu pulang, tahu siapa yang menanti…

Ya, terkecewa aku kali ini, namun aku tetap mendoakan dia berdua bahagia hingga ke akhir hayat!… Moga kau ingatlah semua kata-kata ku dan segala nasihat yang selalu aku berikan, jadikan azimat dan peneman dalam pengembaraan baru mu, jagalah nyawa baru mu itu dengan sepenuh jiwa manis mu…

Aku? …ya, kadang-kadang aku terfikir, mungkin semua ini adalah  akibat dari dosa-dosa semalam… aku bahagia dalam sunyi,  berdua bagai satu…mungkin masih tidak cukup lagi taubat-taubat ku… ahhhhh… malas aku nak fikir.  Apa yang aku tahu, aku akan terus menghambakan diri menjadi lilin yang membakar diri demi kecerahan cahaya bagi mereka yang di dalam kegelapan dan memerlukan sinar harapan… hati aku? gembira dan duka ku? hanya Allah yang mengetahui khilaf diri hamba…

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love

www.brotherlove.com.my

share this article in your facebook.

hellorazzirahman@gmail.com | Bersama tajuk: Attn – Brother Love

1 Comment

  • Miera

    Kadangkala Allah temukan kita dengan orang yang salah dahulu sebelum ditemukan dengan orang yang sememangnya ditakdirkan untuk kita, agar kita dapat belajar dan menghargai jodoh kita 😉 Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. 🙂

Leave a Reply

Info Penting!

“Mulakan perjalanan healing anda dengan  Ebook 30 Hari Jaga Hati, lengkap dengan Hadiah + Bonus bernillai RM1,280! PERCUMA hari ini

Razzi Rahman Creative © 2025-2026 Copyrights Reserved

Ebook Terbaru! 30 hari Jaga Hati

Khas buat yang pernah terluka, dan mahu kembali bangkit dengan lebih tenang dan bahagia.

Milikinya hari ini dan dapatkan RM1,280 Nilai Pemberian Percuma untuk anda!

About Me

Razzi Rahman

Director

Author | Designer | Singer

“Lebih 10 tahun pengalaman dalam menangani persoalan cinta”
Fb followers
0 +
Pembaca Blog
0 Juta
Published ebook
0
Telah baca ebook
0

ebook 101 Cara
Memikat Lelaki

Ketahui 101 CARA Untuk Memikat hati pasangan anda. Pastikan LELAKI, KEKASIH, SUAMI ANDA,  kekal CINTA dan menjadi MILIK ANDA SELAMANYA!
BELI SEKARANG!

Testimoni 01

“Saya tak sabar untuk mendapatkan karya bro Razzi Rahman yang seterusnya!. MEMANG BEST!!

Saya telah beli 5 koleksi ebook Cinta untuk hadiahkan kepada kawan-kawan dan juga kepada yang tercinta. Semuanya kerana tulisan santai dan mengusik jiwa dari Brother love! ❤️

Noorfazlina Ibrahim
Pegawai Pusat Kesihatan

Razzi Rahman
Designer

(Digital Graphic Designer, Content creator, Internet Marketing Expert, Business Branding, Web Design Development)

Expertise
0 %
Skills
0 %
Passion
0 %
Commitment
0 %

My Design Portfolio

See more here : Klik Di Sini

Artikel Terbaru

  • All Posts
  • Brother love
  • Cinta 101
  • Kisah Cinta
  • Making e-Cerpen
  • Muzik
  • My Life
  • PENYANYI
  • Special News
  • Tips Cinta

ebook 101 Cara
Mencari Cinta

Ketahui 101 CARA Untuk Memikat hati pasangan anda. Pastikan LELAKI, KEKASIH, SUAMI ANDA,  kekal CINTA dan menjadi MILIK ANDA SELAMANYA!
BELI SEKARANG!

Testimoni 02

Gaya penulisan bro Razzi Rahman ala jiwa remaja, mencuit hati saya untuk meneroka setiap hasil sentuhan tangannya yang dapati, sungguh mengasyikkan sekali.”

Nama penyanyi Razzi Rahman sememangnya sudah tidak asing lagi bagi peminat seni tanah air. Dan kini, hasil penulisan beliau yang santai pula mengejutkan saya. Malah kadang tulisannya menggelikan hati, memang menakjubkan! Saya yang dulu sering merasa rendah diri serta segan bercampur terutama lelaki, kini telah mula berkeyakinan! Thanks Bro ❤️

Norzuwainah bt Abd Hamid
Owner of Contractor Company

Edit Template

Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved

Information

hellorazzirahman@gmail.com

019 5537088

SOVO, A-19-15, Denai 128 Habitus, 19th Floor, Persiaran Metafasa,
Section U16, 40160 Denai Alam, Selangor