“Ibu Mertua Ku” masih hidup?


Mak dara : “Siapa dia kasim Selamat? Lawyer? Majistret?”
Sabariah : “Ahli muzik”
Mak dara : “Ahli muzik? memang pantang datuk nenek aku ahli muzik!”

:: “Sabariah! kalau kau mahu kahwin dengan lelaki yang aku suka, harta benda ku terpulang pada kau, tapi kalau kau mahu kahwin dengan lelaki yang kau suka, kau tersingkir dari kaum keluarga ku!”

Sanggup singkir anak ni ya...begitulah sedikit dialog dari filem ‘Ibu Mertua Ku’ yang hampir menyamai kisah yang berlaku baru-baru ini…

Sesungguhnya, Razzi agak sedih buat sepasang kekasih ini apabila cinta mereka terhalang oleh keluarganya sendiri tetapi belah lelaki. Semuanya kerana, gadis yang mahu dikahwininya itu tidak cantik dan gemuk!

  • MasyaAllah… apa ada pada kecantikan wahai manusia??!

Teringat saya sedikit dialog dari filem ‘Ibu Mertua Ku’ hampir menyamai kisah yang berlaku baru-baru ini… sesungguhnya, Razzi agak sedih buat sepasang kekasih ini apabila cinta mereka terhalang oleh keluarganya sendiri tetapi belah lelaki. Semuanya kerana, gadis yang mahu dikahwininya itu tidak cantik dan gemuk!

Namun, syukur Alhamdulillah, walau di usia lingkungan 20an, cintanya kuat kepada gadis pilihannya, jadi lelaki itu tetap juga meneruskan perjuangannya dan mengahwini gadis itu TANPA dihadiri oleh ibu dan adik-beradiknya. Bapanya pula sudah meninggal. Jadi, yang hadir hanyalah ibu saudaranya seorang sahaja. Betapa malunya dia kepada keluarga belah pihak perempuan yang memenuhi masjid tempat akad nikah diadakan…kesian.

Apakah sehingga begitu mentality manusia hari ini? Yang masih memandang harta dan paras rupa? Itu bermakna zaman cerita P.Ramlee “Ibu mertua ku” yang mula ditayangkan pada 7 mac 1962 iaitu semenjak hampir 50 tahun dulu, masih hidup! Masih relevan di zaman serba canggih dan moden ini? Masih menjadi cara pemikiran ibu bapa di 21st century?!

Amat memalukan!

  • Hanya kerana bakal menantu tidak cantik dan berbadan besar, gemuk…maka sampai buang anak sendiri? Dimanakah akal fikiran dan pedoman sebagai sebuah keluarga beragama Islam?
  • Bukan hendak mengatakan kita ini tahu hukum syarak, tidak pernah pula mendabik dada bila bercakap soal hukum Islam. Tetapi jika begitulah caranya anda mendidik anak, buang anak jika anda tidak setuju dengan pilihannya… Nanguzubillah!
  • Minta jauhlah dari terpaksa menempuh orang-orang sebegini!.

Jika pasangan pilihannya itu seorang penagih dadah ke, perompak ke, pencuri, pelacur, mungkin boleh terima laa jika dia tidak mahu menerima anaknya lagi. Tetapi sekarang ni, apa salah gadis itu? Yang hanya menyintai anak lelakinya dengan sesungguh ikhlas hatinya, yang penuh jujur cintakan kekasihnya itu sepenuh kasih sayang yang tidak berbelah bagi?

  • Fikir la sikit… mungkin selama ini anak lelaki nya itu pernah kecewa dengan gadis-gadis cantik dan slim molim ni, lantas dia tidak lagi mahu mencari kecantikan sebaliknya dia dahagakan kebahagiaan dan kejujuran.
  • Mungkin bagi dia, gemuk ke, hitam ke, tak cantik ke…itu TIDAK PENTING, yang penting baginya adalah keluhuran dalam percintaan. Mengapa tidak boleh terima hakikat itu?!
  • Dunia hari ini, sudah jauh berbeza. Ada lelaki yang sukakan wanita yang jauh lebih tua darinya. Lebih gemuk darinya, lebih gelap darinya, macam-macam kesukaan lagi.
  • Nowadays, bukan yang cantik saja mendapat jodoh, yang macam-macamana sekali pun boleh mendapat jodoh, asalkan bertemu dengan orang yang meminati citarasa sebegitu.

That’s why you all nowadays,  “Don’t go out of your league!” faham ke tak faham? Hehe… maknanya “Jangan pilih pasangan yang lebih hebat dari taraf kita” – sebaliknya, pilih yang mahu bersama kita tidak mengira kita cantik atau tidak…tua atau muda, gemuk atau kurus, yang penting KEBAHAGIAAN, KEJUJURAN DAN PENUH KASIH SAYANG!

Pernah tak tengok yang penuh dengan kasih sayang ni?

  • Dia duduk dimana-mana sekali pun dia pasti asyik teringat kat you je dan rindu kat you sentiasa. Itu penuh kasih sayang la tu… kalau asyik hilang dan tak semangat je nak berjumpa tu bukan penuh kasih sayang la tu… so, avoid that!

Like I said earlier, be with someone yang tidak mengira kita cantik atau tidak…tua atau muda, gemuk atau kurus, yang penting dia MAHU BERSAMA ANDA…dan membina KEBAHAGIAAN, KEJUJURAN dan mencurahkan SEPENUH KASIH SAYANG! – Apa ada pada kecantikan, wahai ibu-ibu dan mertua-mertua sekalian??…

“Kecantikan kan pudar jua…kebahagiaan terbina dari kejujuran kan kekal selamanya!”

p.s : Miliki pakej istimewa – Koleksi 3 ebook cinta popular – KLIK DI SINI

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

hellorazzirahman@gmail.com | Bersama tajuk: Attn – Brother Love

Leave a Reply

Info Penting!

“Mulakan perjalanan healing anda dengan  Ebook 30 Hari Jaga Hati, lengkap dengan Hadiah + Bonus bernillai RM1,280! PERCUMA hari ini

Razzi Rahman Creative © 2025-2026 Copyrights Reserved

Ebook Terbaru! 30 hari Jaga Hati

Khas buat yang pernah terluka, dan mahu kembali bangkit dengan lebih tenang dan bahagia.

Milikinya hari ini dan dapatkan RM1,280 Nilai Pemberian Percuma untuk anda!

About Me

Razzi Rahman

Director

Author | Designer | Singer

“Lebih 10 tahun pengalaman dalam menangani persoalan cinta”
Fb followers
0 +
Pembaca Blog
0 Juta
Published ebook
0
Telah baca ebook
0

ebook 101 Cara
Memikat Lelaki

Ketahui 101 CARA Untuk Memikat hati pasangan anda. Pastikan LELAKI, KEKASIH, SUAMI ANDA,  kekal CINTA dan menjadi MILIK ANDA SELAMANYA!
BELI SEKARANG!

Testimoni 01

“Saya tak sabar untuk mendapatkan karya bro Razzi Rahman yang seterusnya!. MEMANG BEST!!

Saya telah beli 5 koleksi ebook Cinta untuk hadiahkan kepada kawan-kawan dan juga kepada yang tercinta. Semuanya kerana tulisan santai dan mengusik jiwa dari Brother love! ❤️

Noorfazlina Ibrahim
Pegawai Pusat Kesihatan

Razzi Rahman
Designer

(Digital Graphic Designer, Content creator, Internet Marketing Expert, Business Branding, Web Design Development)

Expertise
0 %
Skills
0 %
Passion
0 %
Commitment
0 %

My Design Portfolio

See more here : Klik Di Sini

Artikel Terbaru

  • All Posts
  • Brother love
  • Cinta 101
  • Kisah Cinta
  • Making e-Cerpen
  • Muzik
  • My Life
  • PENYANYI
  • Special News
  • Tips Cinta

ebook 101 Cara
Mencari Cinta

Ketahui 101 CARA Untuk Memikat hati pasangan anda. Pastikan LELAKI, KEKASIH, SUAMI ANDA,  kekal CINTA dan menjadi MILIK ANDA SELAMANYA!
BELI SEKARANG!

Testimoni 02

Gaya penulisan bro Razzi Rahman ala jiwa remaja, mencuit hati saya untuk meneroka setiap hasil sentuhan tangannya yang dapati, sungguh mengasyikkan sekali.”

Nama penyanyi Razzi Rahman sememangnya sudah tidak asing lagi bagi peminat seni tanah air. Dan kini, hasil penulisan beliau yang santai pula mengejutkan saya. Malah kadang tulisannya menggelikan hati, memang menakjubkan! Saya yang dulu sering merasa rendah diri serta segan bercampur terutama lelaki, kini telah mula berkeyakinan! Thanks Bro ❤️

Norzuwainah bt Abd Hamid
Owner of Contractor Company

Edit Template

Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved

Information

hellorazzirahman@gmail.com

019 5537088

SOVO, A-19-15, Denai 128 Habitus, 19th Floor, Persiaran Metafasa,
Section U16, 40160 Denai Alam, Selangor