ISI HATI LELAKI…adakah anda tahu?

“Bro Razzi! …Dengan kadar segera pleasssse!” – Haa, itulah kawan-kawan saya dari kaum hawa nihh, kalau nak tahu sesuatu tu mesti nak segera. Sampai yang duk Australia dan Japan asyik bertanya dan kebetulan, gadis-gadis dari Sabah dan Brunei juga turut curious dan menggesa Bro Razzi menulis tentang Isi hati lelaki…

Ok girls, this is special for you!

So, adakah anda tahu isi hati lelaki? bagaimanakah anda boleh mengetahui apa yang lelaki fikirkan? Apakah yang terpendam di jiwa lelaki? Apakah anda sebenar-benarnya tahu kemahuan sebenar lelaki? Bagaimana pula dengan kebencian mereka?

True enough many man, makes women became 3 things… confused, confused and yes confused! Hehehe… well, bagi mereka yang sudah memiliki buku-buku dan ebook Razzi, for sure dia orang sudah ada jawapan secara detail.

Tapi bagi mereka yang belum tahu tu…

The truth …LELAKI IS VERY SIMPLE! …ISI HATI LELAKI, lagi lah mudah untuk diketahui. Tetapi ramai wanita hanya mahu memahami dengan cara mereka sendiri apabila ianya bertentangan, lalu dikatakan lelaki itu complicated!

Mana ada complicated? Lelaki is easy to understand, contoh :-

Contoh 1 : Jika lelaki kata, TAK MAHU. Jangan lah pula tanya “Mengapa tak mahu, pelik lah you ni.” – Aik? Tengok, dah buat complicated. Lelaki cakap TAK MAHU. That’s it, and that’s all…

  • Isi hati lelaki : Apa lagi yang nak confused? Dia tak mahu, tak suka, tak berminat… habis cerita lah. Tak ada reason lain, tak perlu pelik-pelik, just terima je, dia TAK MAHU.

Contoh 2 : Lelaki kata, “Kalau kita ada jodoh ada lah, tapi buat masa sekarang I nak fokus pada kerja I. Sekiranya you bertemu dengan lelaki yang lebih baik, I redha” – Okay, simple habis… ini adalah contoh lelaki yang cakap berlapik dan sopan serta mahu menjaga hati wanita.

  • Isi hati lelaki : Yang sebenar dia nak cakap, “I tak nak kat you, jadi you pergi dengan orang lain je lah!”

Contoh 3 : You syok kat mamat ni, dia okay la layan you. Pastu dia sangat rapat dengan you dan you suka sangat dengan cara dia, kemesraan dia pada you. Tetapi, dia tak pernah cakap yang dia nak kat you. Atau dia tak pernah pun bercerita tentang how he felt for you. So you beranikan diri kata you suka dia, and dia pun kata dia suka you. TAPI, you still confused, samada you dan dia ni bercinta ke?, atau akan ada percintaan ke?, atau maybe dia malu nak cakap dia berminat dengan you ke…you confused.

  • Isi hati lelaki – TAK PERLU CONFUSED! – Dia nak kat you dia akan cakap atau dia akan berkorban apa saja kat you. Dan dia akan jadi giler-giler nak berkepit dengan you setiap masa. Dia akan kelam kabut nak berhubung dengan you setiap hari That’s it! – Kalau dia tak cakap, that means dia tak nak kat you lah… Simple! Segala kemesraan dia hanyalah sekadar kawan biasa, of all you know, dengan all girls kenalan dia pun, dia macam tu.

Contoh 4 : Lelaki ni selalu call you, dia juga selalu ajak you keluar, makan-makan, minum-minum dan sometimes shopping. Kalau ada apa-apa masalah je sure dia akan contact you dah menceritakan segala masalah dia kat you. You become confused sangat… “Kalau betul dia ada girlfriend atau dia suka kat girl lain, pasal apa dia asyik cari aku ek?”

  •  Isi hati lelaki – Lelaki berkawan, BUKAN hanya dengan lelaki saja. Dengan wanita pun dia boleh anggap true friend seperti kawan-kawan lelakinya jugak. Tak boleh ke? Hehe… dia suka keluar dengan you dia suka shopping dengan you, sebab dia suka tengok reaksi dari pandangan wanita, that’s it! It’s got nothing to do with feelings!

Contoh 5 : Dulu lelaki ni beriya-iya sangat menghubungi you, hari-hari call dan berpuluh sms setiap masa. Sampai rimas lak… so after a while, dia dah kurang sms, call pun dah tak ada. You pulak yang asyik call dia, you pulak yang berpuluh sms kat dia. Tu pun dia reply sekali je. Sometimes tak reply langsung. Sometimes berhari-hari atau berminggu dia senyap. You confused… “Apa salah I? Apa yang I dah buat?”

  • Isi hati lelaki – “It isn’t you! It’s me…hehe” – Yaa, the truth is lelaki itu sudah tidak berminat. Dulu yes berminat dan suka sangat kat you, just that maybe ada girl lain yang lebih baik, atau maybe perangai dan cara you membosankan jadi, semangat untuk bercinta dah hilang, nak call, nak sms… jauh sekali la kan. It’s that simple, …dah tak berminat, asyik bertekak, bergaduh bosan!

Contoh 6 : You rasa pelik, lelaki ni…macam biskut, sekejap ada, sekejap tak ada. Sekejap muncul sekejap ghaib, hilang tah kemana. Tak ke dia rindu macam you rindu kat dia? Confused! Confused!

  • Isi hati lelaki – RINDU, bukan tak rindu tetapi lelaki itu sudah beristeri. Atau lelaki itu sudah ada tunang atau kekasih yang cukup ketat ikatannya. Masa muncul tu, masa dia free dari ikatan tu lah. Masa hilang tu, duk dengan bini lah beb… hehe simple! ;))

Contoh 7 : Kat office ada laa seorang lelaki ni, pemalu, cute tapi juga peramah orangnya. Baik hati, sometimes siap belikan you makan dan minuman. Selalu belanja you dan kat meja dia, selalu tersenyum simpul kat you dan kalau dia ada masalah kerja dia pun selalu cari you. Padahal ramai lagi girl lain. Hati pun berkocak, jiwa pun bergelora, teruja dengan sikapnya. Adakah dia syok kat aku? Adakah dia berminat dengan aku, tapi MALU nak cakap?

  •  Isi hati lelaki – YES, lelaki itu berminat dengan you tetapi dia juga berminat dengan girl lain juga. Kalau tidak dia sudah lama cakap, I love you WALAUPUN dia pemalu. Mungkin dia cakap melalui perbuatan. Atau pengorbanan. Since dia tak buat dan tak sanggup pun bersusah payah untuk you. Maybe he JUST BEING NICE saja 😉

Contoh terakhir : You sudah bercinta lama dah…lama sangat! Okay lah you tahu lah you dan dia dah kurang mesra sebab you all pun selalu sangat bergaduh! TETAPI you confused dan geram sebab tiba-tiba je dia menghilang diri lama, dan bila dah lama tu baru cakap nak berpisah. Dia tak explain pun sebab apa nak berpisah, in fact dia tinggal you gitu je, tak ada kata-kata akhir dan penjelasan, how you wish to know apa silap you dan mahu perbetulkan.

  • Isi hati lelaki – TAKUT! …ingat senang ke nak cakap kat girl, “Eh I nak berpisah dengan you!” Takut tau hehehe…itu yang belah gitu je tu. Pastu nak explain apa lagi…dah memang tak suka dah, takkan nak cakap kat you dia tak suka, atau dia dah bosan dengan you? nanti you melenting, menjerit dan cekik dia hahahaha…

Basically…

It’s like my article yang lepas bertajuk, “It’s either YES or NO!” that simple lelaki ni. Kalau dia nak dia akan cakap dia nak, dia syok kat you. Kalau dia tak nak, dia tak berminat dia takkan cakap. End of story.

  • Kalau dia ajak dating just the two of you, ajak keluar dinner hanya berdua, ajak join group holiday, dia berminat untuk memulakan perhubungan cinta atau mengorat lah tu.
  • IF dia tak ajak… walau dia malu atau tidak, that means dia tak berminat. Tak perlu nak confused atau pening-pening kepala… this is all and that is it! Okay? From now on tak perlu lah nak perasan atau syok sendiri ya… all the best and good luck hunting! Hehe 😉

p.s. : Ingin mengetahui kesemua karya Razzi Rahman dengan lebih lanjut? – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

hellorazzirahman@gmail.com | Bersama tajuk: Attn – Brother Love

651 Comments

  • Perspektif yang menarik. Good job Bro Razzi.
    Tengah belajar tulis karya cinta, tapi bukan mat jiwang sebenarnya 😀
    Banyak boleh belajar di sini.
    Keep it up Bro!

    s.k
    skausari.blogspot.com

  • ija

    Salam, sy ada bkenalan dengan seorg lelaki di laman sosial. 1st chat dgn dia, byk benda boleh dborakkan. Tetapi ketika itu, dia kurang active di internet. Dan oleh kerana dia tak active sy delete dia dr list kwn sy. Selepas sthn dia muncul semula, dan cuba menjadi kwn sy. Ketika itu sy sudah tukar nama n profile pic dan dia manage utk mencari sy mlalui chatting history. Bermula dgn chatting d YM bleh dikatakan setiap hari…beborak perkara general – keja, keluarga , hobi etc… tiada yg melibatkan hati n perasaan. Seterusnya kami btukar no phone.. skarg sudah 2 bln kami bhub setiap hari… tp x pnah dia menelefon cuma sms. Dia bkerja d Terengganu dan sy d KL peluang utk bjumpa mmg sukar. Melalui msg n mutual friends sy yakin dia real orgnya… semua yg dia share dgn sy align dengan activiti dia, kami pnah berjumpa 2x dlm hari yang sama, ketika dia punya tugasan d KL, kedua-dua pjumpaan dia yg ajak. Tp bukan bdua .. dia ada teman dan sy juga mmbawa teman sy. Selepas ptemuan itu.. dia masih melayan sy sperti biasa.. selama 2bln persahabatan kami… sy perasan dia hanya akan sms sy ketika dia sendiri (i’m not sure .. maybe perasaan sy sje kot), masalah sy, sy tak tahu apa tujuan dia bkwn dgn sy. Kalu psahabatan ini blarutan ada bsar kemungkingan sy akan bmain ngan perasaan… dan sy tak ingin ia blaku slagi sy tak mengetahu isi hati dia…tp agak sukar nak mengawal perasaan… I’m addicted to him… kalu dia tak btanya kabar satu hari sy akan ttunggu-tunggu sms drnya… Soalan sy:
    1)Selain btanya straight to d point ada cara lain tak utk mengetahui isi hatinya.. sy x nak psahabatan in tputus dsbbkan sy sendiri syok sendiri 🙂
    2)Bagaimana caranya sy ingin menunjukkan yg sy bminat utk mengenalinya dgn lebih rapat?
    3)Mungkinkah dia ni jenis lelaki yg suka bkwn sj tp bukan utk serious dgn kita? Sbb sy tahu dia ada pilihan lain dan keep his options open…

  • syasya

    my problem pun sama sngt mcm problem noella.
    kdg2 xboleh nk tau ape di fkiran lelaki.brpuluh2 kali i minx break dgn my bf tp die xnk.now kteorg ego.bile die call n text u byk kali i xangkt or xreply.tp i syg sngt dgn die.cuma die byk alasan yg dia bz.bkn xde org yg nk kt i.trlalu rmai tp i xpnh buka ht i utk org lain.i cuma nak kan dia wlaupun dia xhrgai i.i dh brdoa supaya jauhkn diri dr dia tp kteorg selalu trjmpe.pnh break 3 bln tp die still cari i.tp my bf slalu tipu i.slalu kate dh bosan dgn i.bile i minx putus baru die cari2 i.tp i rase kteorg xjmpe sebulan pun xpe.dh xde cinta cuma i brharap i dpt lupakn die.i cuba xnk angkt bila dia call.tp hati i lembut sngt,kembali jgk kt dia.mcmmane nk keraskn hati n bukakan hati utk org lain.

  • NOELLA – Lelaki yang benar-benar sayangkan wanita adalah lelaki yang sentiasa memberi ruang kepada wanita itu untuk meluahkan perasaan sedih, kecewa dan segala permmasalahnya, apa yang terasa di hati dan sebagainya.

    Jika untuk berbincang pun dia tidak beri peluang pada you macamana you all nak mendirikan rumahtangga di kemudian hari kalau sekarang pun tiada komunikasi yang baik? susah kan?

    Sometimes, kita kena terima kekalahan itu untuk kita berjaya melalui laluan lain…

  • julia

    Lelaki kata, “Kalau kita ada jodoh ada lah, tapi buat masa sekarang I nak fokus pada kerja I. Sekiranya you bertemu dengan lelaki yang lebih baik, I redha” – Okay, simple habis… ini adalah contoh lelaki yang cakap berlapik dan sopan serta mahu menjaga hati wanita.

    My bf pernah cakap mcm ni, tp bila i tny dia kata syg dekat i.Tak tahu nak teruskan hubungan lagi atau x sbb i pun x pasti dia syg kat i ke x. atau terus sj terima my ex-bf yg mmg bersedia nak kawin dgn i bila2 sj n sgt syg kat i

  • RINA – Lelaki ni selalunya memang suka mengaku girls yang lawa-lawa dan sweet tu girlfriend dia. I’m sure bukan you sorang yang dia kata macam tu. Sorry to say this…

    Kalau dia benar-benar serius dengan you dari awal-awal lagi dia akan all out crazy for you la kan… So, it’s better you jangan letakkan harapan dulu.

    It’s good kalau you back off lama-lama sikit, to see if he really serious about you. Kut terus diam tu maknanya dia tak berminat lah tu.

  • Salam PakJa – Hmm… The best way untuk ajak girl is kena guna perkataan MEET UP!

    Supaya, situasi tu tidak tertekan sangat. MEET UP ni macam saja-saja nak jumpa. Tak plan untuk keluar makan atau minum.

    Bila kita SET the place and time, dah macam nak keluar dating. So, kalau DATING, if girl tu memang dah dari awal syok kat kita, dia akan suka sangat la kita ajak dia dating…

    Tetapi jika respon dia kurang, nak dating ni akan buat dia rasa tertekan… so, kena buat seperti cool and relax sikit.

    TAPI, kalau I jadi you… once the girl dah say no 2-3 kali macam-macam alasan gitu, I dah takkan follow lagi. I akan choose next girl la. Tak suka buang masa la kan. Sebab ramai lagi yang lebih mesra. Betul tak? 😉

  • IJA – I’m gonna give the same answer that I always gives…

    LELAKI, akan contact girl tu giler-giler kalau dia berminat. Dia akan sms, dia akan bbm, mms, inbox, chat, etc and definitely call!

    IF dia tak buat begitu but still ada contact sms sahaja means… minat tu ada, tetapi agak kurang!

    3 persoalan you :

    1)Selain btanya straight to d point ada cara lain tak utk mengetahui isi hatinya.. sy x nak psahabatan in tputus dsbbkan sy sendiri syok sendiri 🙂

    – So soalan ini, I dah jawab kat atas… As usual, Lelaki is simple, kalau dia nak, minat, in love, dia akan contact, mahu berhubung setiap masa dan mendengar suara orang yang dia minati. Kalau tak berminat tu… tak ada lah all that. Nak tahu further more? – Jangan berkawan lagi dengan dia… tinggalkan dia…avoid dia… jangan reply sms dia, see if sms dia berbeza nanti, atau dia akan mula give you a call. Kalau terus senyap tu means, dia tak berminat la tu… so, you know you syok sendiri. BUT at least you tak perlu luahkan perasaan pada dia kan…

    2)Bagaimana caranya sy ingin menunjukkan yg sy bminat utk mengenalinya dgn lebih rapat?

    Dengan sentiasa memberi responsed interested dalam segala perkara yang dia cakapkan, itu sudah cukup. – Cuba care lebih-lebih sikit, tapi jangan OVER!

    3)Mungkinkah dia ni jenis lelaki yg suka bkwn sj tp bukan utk serious dgn kita? Sbb sy tahu dia ada pilihan lain dan keep his options open…

    Only you know la kan, coz I tak kenal dia. BUT if tak ada call langsung tu, SAMADA dia tak ada duit, kedekut… atau memang ramai awek yang kena dia contact kut hehehe…

    p.s : USAHA itu sudah cukup menggambarkan segala-galanya. Tiada usaha maknanya tiadalah minatnya.

  • SYASYA – Rasanya dah banyak I beri pendapat dan nasihat kat you kat fb kan? 🙂

    Soalan you, “Bagaimana nak keraskan hati dan bukakan hati pada orang lain?”

    HANYA jika Syasya sendiri ada keinginan untuk tabah, sabar dan cekal hati untuk berubah, hanya masa itu, you boleh keras hati. Jika tiada keinginan yang tinggi tidak mungkin boleh.

    Bukakan hati pada yang lain juga sama… you sendiri kena membuka hati you, kerana you sendiri yang mahu. JIKA tak ada keinginan bukalah seluas-luasnya pun, takkan jumpa dia yang tercinta.

    UNTUK MUDAH : Cuba buat kawan-kawan baru. JANGAN terus duduk di dalam circles of friends sekarang ni terlalu lama, instead mulakan dengan environment baru, kawan-kawan baru… soon you akan punya keingingan baru!

  • JULIA – Jangan pilih jalan mudah hanya kerana nampak sesuatu yang cantik di depan mata kerana, perjalanan cinta amat panjang dan berliku-liku.

    Tidak mustahil pergaduhan dan perpisahan akan berulang jika bersama dengan yang lama.

    JADI, jangan pilih yang tiada kepastian! Pilihlah yang punya kesungguhan yang jitu untuk memulakan cinta yang mempunyai masa depan.

  • ija

    Salam bro,

    Sukalah feedback you, sbb sy dah act mcm bro ckpkan… sy stop reply dia punya msg n sbb tak jwp dia sms plak… sy tunggu n lihatlah apa akan jadi… biar senyap lg nak tgk sampai mana phujungnya… kalu ada jodoh tak kemanalah kan… i take it slowly skrang 🙂 tq ya.. on top of that, u ada mention pasal kalu ada sms meaning minat ada tp kurang… so mcmana nak pbyakkan minat tu?

  • IJA – Nak perbanyakkan minat ni… actually, agak susah sebab hanya orang itu sendiri yang akan buat keputusan.

    Tapi boleh cuba korek or spy apa yang dia suka, dan lakukan supaya dia akan merasa ada keserasian. Try pergi ke tempat yang dia selalu pergi, makan di tempat yang dia selalu makan, buat perkara yang dia selalu buat.

    NAMUN…. if it’s me, I akan buat apa yang I suka, jika dia tak minat, it’s okay… I akan tunggu sampai yang lain datang, yang lebih berminat daripada dia. 😉

  • Oh begitu, simple je rerupanya.

    Abg Razzi, saya suka sangat dengan blog ini. Entrinya ringkas, padat dan menarik. Abg Razzi pun ramah =)

    Semoga Abg Razzi terus maju. Amin

  • salam..
    bro razzi..
    i got a big problem..
    i think i’m fall in love now with my senior.
    masalah sekarang saya takot nak luahkan mt feeling to him..the way hee treat me mcm he have a same feeling to me.tapi saya nk tahu perasaan sebenar dia pada saya.macam mana? saya takot kalau nanti tiba2 saya hanya bertepuk sebelah tangan.saya nk text him o col him but saya tak nk menganggu dia.really needs ur help.

  • IENA – BIG ke problem tu hehehe… small je tu 😉

    Now, tanya dulu 1 perkara PENTING ni :-

    1. Adakah dia ingin selalu menghubungi aku? SMS, CALL, BBM, FB MSG, YM? – Ada ke tak ada? Jika tak ada maknanya dia tidak minat sangat, kerana jika dia benar-benar berminat dengan you, tak perlu tunggu you buat, dia yang buat dulu.

    Perkara ini perlu kita terima kenyataannya untuk mengelak diri dari malu bertepuk sebelah tangan!

  • Pakja

    Thnx a lot, bro 😀
    -Ada betulnya explanation anda bab girls rasa tertekan kalu kite ajak kuar..mcm nk ajak dating lak tu 🙂 mungkin sblom ni cara sy ajak kuar tu..x kena cara kot..hehe
    -Cool gak idea guna perkataan “MEET UP” tu..hehe
    Nnt nk try praktik kn pasnih..trima kaseh byk!

  • Rina

    salam bro..

    ade sorg laki nie, slalu contact sy, gayut smpai sejam dua jam.. minggu lepas dia ajk sy kuar ngan dia.. mula2 sy ingat dia bawak kawan dia, rupa2 nye kami berdua je.. dia pernah tanya sy samada sy nk terima dia ker x.. sy tnye trime sbg ape?? dia jwb sukahati sy nk trime dia sbg ape.. sy ckp sy terima je sbg ape yg dia nk.. semenjak dr tu, dia cakap dengan semua orang sy nie gf dia.. tapi tup tup, sy dpt tau dia ade perempuan lain.. dia sendiri yang hantar sms tulis cinta dia bukan untuk saya dan memang betul perempuan tu gf dia.. sy mula berhenti berhubung dgn dia.. sekarang dia sibuk cari sy blk, sy mara dia.. dia jawab sy tak percaya kan dia, mmg sy ngan dia tak ditakdirkan bersama.. dia cakap, dia nak balik kampung, taknak jumpa saya lagi.. saya bingung sangat.. ape masalah dia nie sebenar nye??

  • whiterose

    salam
    Bro Razzi

    I dah couple with him almost 2 years..dlm percintaan kami ade org ketiga(bapuk)..die ckp ngan sy,die duduk ngan family angkat die dr kecik but tu sume tipu…kite org jarang kluar date,kalau kluar pun nk kena cover ngan “bapuk” tu..I penah tyer die kapel ke ngan “bapuk’ tu..n then die ckp dh lame breakoff..”bapuk” tu jer syok sendiri..byk kali bro I tyer die but he always give me same answer..
    Sy seolah2 bercinta dg suami org until 1 night..I dpt msg from “bapuk” yg dia mrh sy nape call my ex..and from that night I dpt tau yg dia tido 1 bilik ngan “bapuk” tu…
    sy kecewa sgt ngan dia..selama 2 thun dia tpu sy…

    Tapi disebabkan terlalu sygkan dia..sy terima dia…after 3 days..I bace kt wall fb dia khas untuk bapuk tu and he said ‘saya xsanggup tgk awak menangis lg,dan sy akan cube perbaiki hubungan kite” pada mase tu bro hanya Allah jer yg tau betapa sakitnyer hati ni..

    Tapi sy sabar lagi..until 1 night I dpt msg from “bapuk’ yg my ex cakap dia dh break ngan I..and I’m directly call him..

    He said ‘ dia sayang dua2 coz ‘bapuk” byk tolong dia…and dia cakap xsanggup tgk “bapuk’ tu nangis..and yg paling sy xboleh trima he said ‘ dia mcm perempuan’…hancur hati saya bro…malam tu jugak sy putuskan ngan dia..

    Dia cakap sayangkan saya and saya xboleh tinggalkan dia…sy sebenarnya xfaham ape istilah sayang and cinta pada sy…dia byk kali ckp ngan sy ‘tolong jage hubungan yg xseberapa ni’ tp dia jugak yg hancurkan hubungan kami…

    Saya terlalu sayangkan dia bro…tolong ar sy mcm mane nk terus lupakannya…

  • lov

    salam bro..
    help me please!!!!masalah sy same cm mslah2 kt ats…pasangan berlaku curang n at last sy dpt tahu sndiri…sakitnye tuhan sj yg tahu..menggeletar 1 bdn nih bila dpt gmbr die brdua ngn prmpuan tuh..bile die jelaskn sume..die syg sy..mahu jdkn sy isteri..die kate die dgn prmpuan tu hanya main2..utk cr kegembiraan disebabkn die ade mslah dgn fmly dia…tp mslahnya,sy xckup menggembirakan die ke????????sy suruh dia tglkn prmpuan tu..die ckp xperlu tergesa2..dia suruh sy jgn risau sb dia hnya main2 ngn prmpuan tu..dia kate lg..dia lyn sy lebh dr prmpuan tu…tp bro…sy dpt rsa yg die tipu…utk pengetahuan semua…dh brape kali kami ambik keputusan bepisah…tp msing2 xsmpai 2,3 jam..baik semula…kami mengakui yg kami saling xbleh berpisah…tp jauh di sudut hati sy bro…sy nk sgt tinggalkn dia…tp sy tkut nk hadapi hari2 tanpa dia…sy dh buat istikharah…tp xtaw smada tu petunjuk atau tak..bro.kalau ade doa yg boleh sy amalkn utk buat sy btol2 tabah utk tinggalkn die,tlg la bg kt sy bro..sy nk tinggalkn dia bro…please help me…

  • Cahaya Terpelihara

    Assalamualaikum Bro Razzi..

    Suke sgt dgn entry ni. Byk jugak kes yg sy lalui sama spt org lain. Sy agak tertarik dgn soalan ni dan sering kali b’tanya di dalam hati.

    1. Adakah dia ingin selalu menghubungi aku? SMS, CALL, BBM, FB MSG, YM? – Ada ke tak ada? Jika tak ada maknanya dia tidak minat sangat, kerana jika dia benar-benar berminat dengan you, tak perlu tunggu you buat, dia yang buat dulu.

    Sy juga ada praktikkan perkara ni:

    1) For now… giving him a 2nd chance… ya why not! You got nothing to lose anyway… BUT my advise, have some space for yourself in your heart, not just think of him all the time.

    2) Biar ada masa mencintai diri sendiri, biar ada ruang untuk for your freedom and your own happiness without anyone.

    3) Also, cuba berkawan lebih ramai… make it casual. You akan lebih relax.

    Alhamdulillah sy rsa semakin tenang.. But somehow sy x dpt elakkan diri dr terkenang akan memori2 sy dgn exbf. Sy dh cuba sedaya upaya utk avoid dia, x msg or even call him. Sy confused, kenapa bila sy menyepi, dia dgn muka xmalu muncul balik? Penah dia call & msg time sy tgh kuar dgn seseorg.. Sehinggakn kwn sy tu hairan knp sy xjwb call. So sy ckp sy xknal nombor sape.. heheh..

    Actually Bro, sy dgn exbf clash dh stahun lbh.. Clash tu pn sbb dia t’kantoi ade gf lain dlm FB.. (FB salah 1 pengaruh negatif yg bleh wtkn hidup kucar kacir but kebaikannya, pecah tembelang org yg kuat menipu tu).. Ada ke patut dia xnk lepaskn sy atau gurl tu.. Memang sakit utk sy undur diri coz sy rsa mcm tak fair la,ktorg couple almost 2yrs tp dia couple with that gurl just for 5mths at that time.. Tak faham juga dgn gurl yg mcm tu coz sy pnh msg kt fb gurl tu, sy bg 1 link videoclip sy dgn exbf.. For sure dia akn buka link tu tp still xfaham2 lg.. Tetap nk jugak kt bf org.. Hmm.. mgkn bkn jodoh ktorg la kot kn.. so mls nk buang mse fikir psl lelaki cmni lg.. Ramai lg lelaki diluar sana yg tahu m’hargai wanita.. Setiap individu sudah ditakdirkan seorang pasangan hidup..InsyaAllah.. (Rasanya spt x sabar menunggu pasangan sy tu datang..hehehe!)

    Sy susah payah try utk jd cekal & tabah.. Bila terbaca entry Bro ni, semakin kuat hati sy utk berusaha m’jd seorang yg lebih cekal.. Thanks a lot Bro..XOXO

    p.s: Sy nk minta tolong Bro 1 bende.. Bro tolong doakan sy bertemu dgn pasangan hidup sy eh? 🙂

  • sakura

    salam bro razzi..;p

    ok..ada x istilah llki “pemalu” klu hya stkt nk bkwn??kkdg sy cnfius..bla sy cba ckp dgn dorg bla msa ada aktvti kump ke pe,dorg mcm terkelu ceh (prsn la pulak);p,tpi klu kita as a girl x ckp akn buat dorg sush nk dkti utk bkwn..jd kmgknan bleh tmbul “bdk nie smbog btol”..then lps2 bla dh trsmpk tpi xtgor 2 jd srba slh la pulak..kekok pon ade,xtau nk act mcm mner sbnrya..jd sbnrya ape yg trsirat dlm ati llki nie..?hee..lg 1,ape sbnrya yg buat llki sush nk bkwn dgn kita tpi dan apa yg hrus dbuat utuk tgninya..?thnks :p

  • PAKJA – Semoga berjaya! hehehe… You’re welcome. All the best to you.

    RINA – Tak perlu buang masa lah nak fikir pasal dia. Nak fikir apa yang dia cakap dan buat. Semua tu AUTA sewaktu girlfriend tak ada lah tu. BIla girlfriend ada balik dia buang je la semua yang skandal-skandal ni.

  • WHITEROSE – Bagi pendapat saya, sekiranya you masih lagi putus hubungan dengan boyfriend you ni, better kekal putuslah. Sebab, I tengok ianya tidak membawa sebarang kebaikan malah, sekiranya berkahwin esok hari pun mungkin dia akan suka kepada hubungan sumbang juga. Sebab apa yang saya dengar-dengar dari mereka yang pernah terlanjur ke jalan ini, apabila pernah mencubanya, tidak suka lagi kepada jalan yang benar ini.

  • LOV – Pertama sekali yang you takut fikir hari-hari mendatang tanpa dia tu sebab apa? Apa yang you takutkan? Sebelum you bersama dia, you hidup dalam ketakutan ke? Jika begitu susahlah nak bantu.

    Sebab, yang perlu kita takutkan hanyalah ALLAH swt. Dia yang menjaga kita, dia yang menurunkan bala pada kita jadi tak perlulah kita nak rasa takut apa-apa jika kita tidak berbuat salah.

    Kerana yang bersalah sekarang adalah boyfriend anda. Doalah banyak mana sekali pun jika kita masih berpendirian sebegitu, sampai bila-bila kita akan lemah!

    Jadi, dari hari ini saya minta tolonglah tabah dan bertekad untuk memulakan hidup baru. Rapatkan diri pada keluarga dan kawan yang boleh dipercayai. Cuba lalui hidup ini tanpa seorang kekasih. Hidup di dunia ni bukan hanya kena berdua saja. Seorang diri pun boleh bahagia.

    Solat pada Tuhan dan sujud kepadanya memohon ketenangan jiwa dan kebahagiaan yang kekal InsyaAllah, anda akan berjaya.

  • CAHAYA TERPELIHARA – bestnya baca cerita you ni, I’m very happy for you too. Dan rasa bersyukur kerana sedikit sebanyak dapat juga membantu.

    InsyaAllah I doakan kebahagiaan dan kejayaan you dalam cinta. As long as you mahu, dan ada keinginan untuk berjaya. Jika kita terus yakin, percaya kita boleh bahagia bersama orang baru, dan kita yakin kita boleh melepasi dugaan maka kita boleh melepasi segala-galanya. And I believe you can! 😉

  • SAKURA – banyak soalan you ni…. kena bayar ni hahaha 😀

    Lelaki malu… hmm, to me lelaki hanya malu bila dia tiada keyakinan untuk memikat girl yang dia suka. Tapi kalau dia tak suka, dia tak malu mana pun so, istilah lelaki pemalu tu tak ada la bagi I.

    Ada 2 sebab mengapa lelaki mahu berkawan :-

    1. Sebab tak nak tunjuk sangat dia sebenarnya ingin bercinta, so takut kena reject, dia cakap mahu berkawan dulu.

    2. Sama macam sebab no 1 hahaha – Basically, lelaki TIDAK MAHU berkawan dengan wanita jika sekadar berkawan sahaja. Apabila lelaki mahu berkawan dengan wanita ianya MESTI sebab dia syok kat girl tu lah. Kalau dia tak suka means berkawan pun dia tak mahu.

    Just be yourself seperti yang sudah pun you lakukan. Katakan apa yang rasa dan apa yang difikirkan. Senang!

  • Puteh Pucat

    Salam bro. Saya nak tnya saya ader berkawan dengan seorang lelaki ni. Di awal perkenalan kami selalu jugak jumpa dan kadang2 kuar makan bersama.

    Dulu selalu jugak mesej atau ym. Dia selalu share problem tentang kerjaya dia yang baru nak bermula kat satu company ni. Baru-baru ni dia kena tukar tempat kerja dan selalu balik agak lewat malam.

    Semenjak dia bertukar tempat kerja dia dah jarang mesej saya. Call apa tah lagi.

    Tapi saya nak tahu jugak ada kah dia berminat dengan saya atau hanya kawan.

    Tapi tiap kali saya mesej dia akan balas cuma dia sudah tidak mesej saya seperti di awal perkenalan kami.

    Saya ada terbaca lelaki yang sibuk tidak akan ada masa untuk memikir perkara lain selain daripada kerjayanya dan cara untuk mengukuhkan ekonomi mereka. Selagi mereka tidak mencapai apa yang ingin mereka sasarkan selagi itulah mereka tidak akan memikirkan perkara lain termasuk teman wanita dan untuk mendirikan rumah tangga.

    Soalan saya, adakah dia memang cuma menganggap saya hanyalah kawan???

  • Cahaya Terpelihara

    Bro Razzi..

    Thanks Bro sudi baca cerita sy.. Hari2 sy masuk blog ni utk tgk komen Bro.. HIhihi..

    Bro nk tahu tak? Dah bape lame sy x contact dia tp smlm dia call sy.. Dia gtau tgh tggu abah dia naik bas g ke airport utk fly ke Mekah wt Umrah.. Dalam hati sy kata, “ingat jugak dia kt sy” (sambil tersenyum nih..) hehehe..
    Tapi betul la Bro.. Cinta tu xperlu dipaksa dan ia akan datang sendiri as long as kita sentiasa percaya bahawa sume org berhak utk rsa bahagia, dicintai & m’cintai.. Skrg kn Bro, sy nk slalu fikir positif je.. Bila kita lepaskn sesuatu yg xpasti tu dr fikiran, mmg rsa lega sgt2.. Mcm beban kt bahu ni hilanglah sdikit.. So xperlu nk pening2 kpala fikir psl pkara2 yg complicated kn Bro? Just wt neutral je.. Mesti pnya sesuatu yg x disangka2 akn tiba.. Perhaps, it’s a good news.. Who knows? 🙂

    InsyaAllah sy akn trus b’usaha gigih sambil ikut tips Bro.. Gurls out there, u also can do it!! 🙂

  • PUTEH PUCAT – Cuba ingat balik, ada tak apa-apa yang terjadi sebelum ini? Mungkin ada perkara yang membuatkan dia berubah… mungkin ada kejadian atau apa-apa yang you cakap ke? Berapa kali you all meet up? Mungkin ada perkara yang sebelum jumpa lain selepas jumpa lain?

    KERANA, lelaki kalau dah suka, minat dan tergila-gila tu, busy macamana pun dia akan selalu ingin berhubung dengan girl tu. Malah jika sibuk mengukuhkan ekonomi dia, girl yang disukainya inilah yang boleh memberi dia semangat untuk bekerja dengan lebih tekun.

    Kalau dia kata sibuk bekerja tu, means dia sudah tidak berminat dengan girl tu lah simple. Logik kan? 😉

  • CAHAYA TERPELIHARA – True! Who knows kan, anything can happen as long as we really believe and focus on what we really wanted!

    Thank you so much for visiting my simple blog. Keep sharing ya 😉

  • Puteh Pucat

    Hi bro. Seingat saya tak de lak salah ckp. Kami kuar dlm 5,6 kali. Sy pun dah lupa. Lagi pun kami baru kenal. Oh tapi kali terakhir dia ada mesej saya 2 minggu lepas. Itu pun hari dia tidak bekerja dan tgh tgk bola kt kedai mamak. (hehehe siap mentioned tgk bola). Biasannya kt org byk b’tegur sapa kt ym. walaupun duduk dkt, dia jarang ajak keluar sejak dia start kerja kt tempat baru. Masalah skang bro, dia dah jarang msj sy. Sy pulak start msj dia dulu.Tp bila saya msj biasanya dia akan reply msj sy bro. Soalan sy patut ke sy wat macam biasa just msj dia tnya khabar mcm seorang kwn sekali sekali atau berhenti je drp msj dia.

  • Puteh Pucat

    oh satu lagi bro, dia tak la ckp dia busy. Tp biasanya kalau saya msj, dia akan reply dan bg taw dia still kat ofis. Dan saya tahu dia ckp tu btol sebab pernah gak hantar makanan kat dia (hehe), jmpa dia dengan pakaian kerja lagi dia baru balik daripada kerja tp dia sudi jugak nk ambl makanan drp sy. Hehe.

  • sakura

    salam bro razzi heheh..kira blnja la XD..sy ada bc dlm 1 artkel,klu girl 2 jns pndiam or pmlu pon bleh buatkn llki rsa segn nk bkwn(lg soln)..btul ke?thnks..:)

  • Cahaya Terpelihara

    Salam Bro Razzi….

    Hmm… Arini kan sy dh start nk lupakan dia la Bro.. Semalam 4jam mmbr sy bg ceramah kt sy… Dia dh x kasik sy jwb call exbf tu sbb dia kata exbf cari sy just utk hilangkn boring je… Dia kata dia bercakap sebagai seorg lelaki, lelaki xpnh ckup dgn seorg wanita.. Betul ke Bro? Sy ni xnk jugak percaya ckp org lain sbb sy nk dengar dr mulut exbf sndiri.. Smlm sy tnya pe function sy dlm hidup dia but then dia jwb jgn wt dia tension.. Tu bkn jwpn yg sy nk Bro.. =(
    Sbb tu sy wt keputusan nk belajar utk lepaskn exbf selama2nya.. Kali ni sy betul2 pasrah dgn ketentuan Ilahi, jika betul la sy xde jodoh dgn Exbf.. Tp sy tetap akn berdoa, jika jodoh sy ialah Hazlami Asyraf, hrp2 Allah ketemukan sy dgn dia suatu hari nnt.. JIka Hazlami Asyraf bukanlah jodoh terbaik sy, jauhkan dia dr kehidupan sy ni.. Amin..

  • PUTEHPUCAT – What I understand, lelaki ni tak berminat dengan you. Semua yang dia buat hanya nak jaga hati you. Stop je la kan. Don’t waste time. I’m sure ada lelaki lain lagi yang lebih menghargai you.

  • SAKURA – Bukan segan nak berkawan cuma lelaki akan rasa boring dan menyampah bila wanita tu terlalu penyegan sangat. Ya la kan, nak berbual pun susah kalau apa yang ditanya semuanya segan nak jawab.

    CAHAYA TERPELIHARA – Tak nak Amin doa you sebab you masih berharap… All that hanya buat you semakin lemah sebenarnya. – Yang you gi tanya apa function you dalam hubungan tu sal pa laaa…. sampai serendah itu ke you letak diri you? Mana maruah you sebagai seorang wanita? – Apa jawapan yang you harapkan?

    Dah lah dia tak nak jawab pulak tu, dan Kalau dia jawab, YOU TAK ADA FUNCTION APA-APA! apa you nak buat? camana you rasa? – Please la ada sedikit dignity terhadap diri you sendiri.

  • Cahaya Terpelihara

    Salam Bro..

    Salah ke if sy tnye soalan cmtu.. Mmmm.. Cedihnye.. Bro pn marah kt sy jugak.. 🙁

  • Puteh Pucat

    Hmm BRO Love. Thanks ur advices. At least sy taw apa dalam kepala otak dia dan isi hati dia skang. Walaupun kenyataan tu kan kadang-kadang pahit. Hehehe…

  • CAHAYA TERPELIHARA – Bukan marah cuma kecewa dengan sikap you bila you terlalu lemah dan meletakkan diri terlalu bawah seperti seorang yang tidak bermaruah dan boleh dipijak-pijak.

    Saya di sini mahu membantu you all semua supaya menyedari di mana silap anda. Dan bagaimana hendak berubah untuk memilih pasangan yang menghargai anda.

    Sebaliknya, anda hanya menjadikan diri anda seperti tiada harga apabila bertanya seperti itu. – Apa fungsi you dalam perhubungan seperti you ni BENDA, bukan manusia yang punya perasaan.

    SEDARLAH, apabila sebuah percintaan dan perhubungan itu dihargai dan dihormati… anda TIDAK PERLU bertanya pun soalan sebegitu. Anda berdua akan sama-sama membuat keputusan akan status perhubungan itu. Bukan sampai kena tanya sebegitu rupa.

  • Cahaya Terpelihara

    Salam Bro Razzi..

    Emm.. Sy tanya dia soalan cmtu bkn utk menunjukkan bhawa sy ni lemah, bleh dipijak2, xde maruah sume tu.. Sy tahu prasaan sy ni bkn barang mainan.. Niat sy cuma nk jwpn plg simple dr dia.. Xkisah la jwpn tu 1 jwpn yg menyakitkan hati atau tidak.. Sy cuma nk tahu je pe yg ada dlm hati dia tu.. Katakan dia ckp sy ni xde fungsi pn bg dia, sy nk sgt2 berhenti b’hrp.. Sy xnk terus menerus jd beban utk dia.. Sy rela korbankn cinta sy utk tgk dia gembira.. Mlm tu bila dia xnk jwb soalan sy, sy dh wt kputusan, sy ckp kt dia ckup la stkt ni je sy tggu & b’hrp kt dia dan sy xkn sesekali contact dia lg (wlaupn slama ni dia yg slalu contact sy..) Pstu dia kata plak, knp perlu sy fikir/nk wt cmtu.. Mksudnya disini dia mcm xnk sy b’henti b’hrp kt dia atau tglkn dia.. Kalo xnk sy tglkn dia, knp susah sgt dia nk jwb soalan sy tu?
    Susah btul bila fikir ttg status hbgn ni sbb dia still dgn gurl yg dia bru couple tu.. Sy pnh tnye dia, cane dgn hbgn ktorg & dia jwb, “kita wt mcm biasa je sbb sy xnk wt awk rse cemburu”.. Wlaupn dlm kes ni dia yg b’slh sbb curang kt sy, tp jauh di sudut hati sy, sy masih percayakn dia.. Dia bkn lelaki jenis yg suka b’janji bagai, dia xromantik sgt pn, tp bila brada dkt dgn dia, sy rsa selamat.. Slama ni dia la tmpt sy luahkn smua suka duka sy.. Sy xpnh sembunyikn apa2 hal pn dr dia.. Mmg sy cintakn dia spenuh hati, bkn stakat nk main2 je Bro.. xpnh sy rsa cmni kt exbf yg lain.. Sy tahu dia fhm ttg prasaan sy ni.. Cuma nasib je yg xbrape menyebelahi sy sbb wujudnya org ketiga tu..
    Mase New Year aritu, dia ada b’janji dgn sy bhwa dia akn b’kahwin dgn sy suatu ari nnt.. Tu la satu2nya janji yg dia wt spnjg perkenalan kami dr thn 2009.. Sy plak disuruh b’janji utk belajar smpai sy b’jaya.. Slalu dia ingatkn sy ttg janji sy tu.. Sy serba salah skrg ni Bro.. Nk tglkn dia, tp sy syg sgt2..Kalo xtgl, takut sy ni jd batu penghalang utk dia dgn gurl tu pulak.. Sy btul2 xtahu pe perasaan dia t’hdp sy ni.. Parents sy tahu psl dia coz dr awal perkenalan sy ada crita kt family.. Akak sy plak ciap simpan barang2 hantarannya utk sy guna nnt bila sy nk b’tunang.. Sedih sgt2 hati ni bila balik umah dan t’nmpk barang2 hantaran tu.. Bila sy xdpt jwpn yg pasti dr dia, sy jd t’kial2.. Smpai bila sy nk t’kial2 cmni? Mmg pnh dia kata syg kt sy, prasaan syg tu ada tp sy nk tahu syg dia tu stakat mana? Wanita bila dh tahu lelaki tu sygkn dia, bila dirasakn lelaki tu dh lama x ungkap kata2 syg, dia psti akn b’tnya lg soalan yg sama, kalo bleh stiap hari nk lelaki tu slalu luahkn prasaan syg t’hdp dirinya.. Bro tnye la smua wanita, dorg msti nk cmtu gak.. Tp lelaki knp susah nk luahkn/tunjukkn prasaan syg tu Bro? Knp smpai nk rse fedup bila wanita b’tnye soalan cmtu? 🙁

  • Arnova

    Salam bro. Sy nak tanya, saya ada kawan dengan sorang lelaki. Lelaki ni baru nak bina kerjaya. Simple je soalan saya. Apa maksud bila lelaki ckp dia pun tak tahu apa dia nak dlm hdp di skang? Dan bila dia bg taw dia belum buat apa2 lagi dalam hidup dia. Adakah maksud kat sini, lelaki mcm ni tak akan fikir benda lain selain mengukuhkan kerjaya dan ekonomi mereka?

  • Level Tiga

    As salam bro Razzi. Saya sering mengikuti blog saudara mengenai masalah percintaan sesama manusia ni. Saya juga turut mengikuti blog-blog lain mengenai permasalahan cinta sesama manusia ni.

    Saya tertarik dengan satu topik bagaimana untuk mengetahui sama ada lelaki itu berminat/sukakan seorang perempuan atau pun tidak.

    Kebanyakan pandangan saudara Razzi menyatakan apabila seorang lelaki menyukai seorang perempuan dia akan selalu mesej, call, bbm, ym, akan ajak kuar dan berusaha untuk selalu dekat bersama perempuan tu.

    Tapi bro, daripada pengalaman rakan saya, ex bf dia selalu buat macam tu, tp rupa-rupanya lelaki tu akhirnya ingin tinggalkan dia.

    Persoalannya boleh ker kita nilai semua perkara yang dilakukan diatas menandakan lelaki tu berminat dengan seorang perempuan.

    Saya pernah terbaca satu pandangan di satu blog ni. (http://theotherkhairul.blogspot.com/2011/05/cara-nak-tahu-lelaki-betul-betul.html)
    Cara nak tahu lelaki suka atau pun tidak.
    Memang lelaki akan buat macam itu. Tapi perlu juga diingatkan, KEBANYAKAN LELAKI ADALAH PELAKON DAN PENIPU KELAS PERTAMA.

    Even dia orang buat semua perkara diatas belum tentu menjamin lelaki ni betul2 minat dekat kita. Sebab lelaki tu kan sifatnya memang pandai berlakon dan menipu (bukan semua lar)

    So apa pandangan bro Razzi mengenai perkara ini.

  • ARNOVA – Bagi seorang lelaki yang benar-benar ingin berjaya, dan bertnggungjawab, apabila mereka tidak mempunyai apa-apa di dalam hidupnya yang boleh dibanggakan, susah buat mereka untuk bercinta, jauh sekali untuk fikir tentang wanita. – Mungkin mereka akan fikir, tak ada masa, tak ada duit dan sebagainya.

    Mungkin selepas dia agak stabil sedikit, barulah mereka boleh mulai berkawan.

    Jika wanita menemui situasi begini, jika masih mahu meneruskan usaha untuk memilikinya suatu hari nanti, apa yang anda perlu lakukan adalah buat dia rasa selesa dan tidak tertekan dengan perhubungan cinta.

    Beri sokongan kepadanya atas apa saja usaha yang dia lakukan dan jangan sibukkan diri bercakap soal perasaan.

    Risiko di sini, anda mungkin dapat / tak dapat untuk bercinta dengan dia. BUT at least, anda telah melakukan satu usaha yang mulia. jika lelaki sejati, dia akan hargainya.

  • LEVEL TIGA – simple je, dalam dunia ni ada yang baik ada yang buruk. Ada penipu ada yang jujur.

    So, seperti yang you kata, KEBANYAKAN… means tak semua. jadi, jika you follow me all this years, maknanya you mesti tahu bro Razzi ONLY reply perkara yang positif. ONLY layan benda baik. ONLY refer pada lelaki yang betul-betul genuine.

    Jadi, MAYBE you belum go through betul-betul semua my article. It’s okay, I faham… takkan nak baca semua kan. –

    Okay, selalu i tekan kan… BERCINTA, jangan bercinta seorang diri. Maknanya, kena masukkan keluarga, ibu, bapa dan sebagainya.

    Jadi jika sesiapa sahaja ingin tahu lelaki itu betul-betul serius, selain dari BBM, MSG, SMS, YM, all that… dia sanggup berbaik dengan ibu dan bapa anda. Dia juga bawa anda menemui keluarganya. Thats why… ambil masa untuk berkenalan dan bercinta.

    Orang sekarang kenal sekejap, terus bercinta. Hari-hari sms, dah feelings… keluarga pun tak kenal lagi. Keluarga kena kenal dulu, barulah mereka boleh beri feedbacks. because hanya orang luar dari perhubungan itu yang boleh tell us the truth. dan kita kena berfikiran terbuka… JANGAN bercinta dulu baru tanya pendapat keluarga… okay?

    p.s : anyway, BLOG tu mengata lelaki pelakon & penipu kelas pertama, SANGAT NEGATIF statement sebegitu I rasa dia hanya mencari publisiti.

    Just my 2 cent.

  • Natasha

    Sy Dh bertunang Dan sepanjang pertunangan dia telah berlaku curang dgn meniduri perempuan yang dikenali di YM utk suka2 tanpa ada perasaan even si ppuan murahan itu tahu yg tunang saya berpunya tapi masing2 coverline.tunang sy terkantoi sbb kawan ppuan dia bgtau saya sbb sedih bile tgk tunang sy curang kat sy.sy nekad utk lepaskan dia tapi dia merayu utk peluang kedua,sy bersetuju dgn syarat dia tak mengulangi kesilapan lalu.perubahan tunang sy mmg ketara selepas itu, dia caring and loving.tapi lately sy tgk dia selalu on YM tapi sy tak mahu rasa curiga tapi sy terbaca msg dia kat Hp yang dia selalu msg girls lain yang nampak mcm per islam seorang kawan tapi mahu keluar minum2.sy buntu sekarang, perkahwinan kami hujung tahun ni, tapi mcm dia tak berubah sepenuhnya. Dia pernah bercakap dia belum kahwin means dia ade hak nak berkawan dgn ppuan lain lainla kalau Dh berkahwin mmg dia takkan wat camtu Dan saya Ada hak nak control dia kalau sy Dh sah jadi isteri dia.persoalannya apa yg patut sy buat , sy takut dia mengulangi perbuatan dulu sbb sy Serik tapi bila dia dgn sy dia sgt menyayangi saya.tolong la sy Abg razzi;((((((((

  • Natasha

    Typo error * selalu msg girls lain yang nampak mcm per islam seorang kawan tapi mahu keluar minum2.rite word> selalu msg girls lain yang nampak mcm seorang kawan tapi kenapa mahu ajak gurls tu keluar tapi kenapa dia nak merahsiakan kalau Kawan ppuan itu just seorg Kawan.

  • NATASHA – Hi, sedih rasanya bila tahu perkara sebegini kan, Abang Razzi pun rasa cam terkilan lah kan… nak suruh break, you all dah bertunang. Tak suruh break, takut pula ianya akan menyeksa jiwa you di kemudian hari.

    Mungkin tunang you ni belum bersedia lagi. Jiwanya masih orang kata darah muda, belum puas enjoy…

    Orang yang sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga tidak perlu untuk pasangannya berpesan atau menegur pun, dia sendiri akan sedar dan tahu apa yang elok dan tak elok untuk dibuat.

    CUBA Natasya buat macam dia, cakap yang you belum kahwin jadi dia tak boleh halang you mesra dengan lelaki lain, dan buat segala maksiat… macamana dia rasa agak-agak?

    Lelaki ni selalunya, NEED A LESSON dan kena ada rasa takut kehilangan sikit barulah dia sedar dan akan berubah. Selagi dia tidak ada rasa takut semua tu… dia tidak akan berubah walaupun sudah kahwin 20 tahun!

    Jadi, fikirlah semasak-masaknya… adakah Natasya mahu putus selepas kahwin atau sebelum? Jika mahu meneruskan juga, dia kena berubah sekarang bukan selepas kahwin… it’s either NOW… OR END OF STORY!

  • anis

    salam bro razzi..
    sy ade masalh cket n nk mintak pandangan dari bro..sy dah cpl dgn sorg lelaki ney dah hmpir 2 tahun..dia ade sorg abg angkat yg brumur awl 40an..kluarga kami masing2 dah mgetahui hubungan kami..tp masalhnye,dia ingin merahsiakan hubungan kami dengan abg angkatnya dgn alasan abg angkatnya mnyuruhnya fokus dulu dlm plajaran..hmpir setiap hari dia balik ke rumah abang angkatnya,dan selama berada disana dia xkan berhubung dgn sy..dulu dia setiap mse berhubung dgn sy tp skrg setiap hari cume ade dlm berbelas msg shaja dan kmudiann dia akn bagi alasan ade hal atau tertido..dia pun dah jarang utk call sy,,dia gtaw even jrg contact tapi hatinya masih lagi untuk sy sorg dan dia tetap mnyayangi sy..pintu hatinya xkan terbuka utk org lain..kdg2 sy selalu menangis tapi sy tidak pernah memarahi sikapnya..sy yakin dia tidak ada prempuan lain krn sy pernah cuba mengujinya..tp sy keliru adakah dia dia mmpunyai hubungan dgn abg angkatnya atau sikapnya memang sebegitu?adakah dia benar2 mncintai sy?sy pernah ckp..kalu dah xde persaan kt sy,,trus trg jer dgn sy..sy akan terima,tapi dia mgaku yg dia sygkan sy sgt2..sy pernah terfikir utk tinggalkan dia,tp sy xe kekuatan untuk lakukan nye..bantu laaa sy bro..

  • ANIS – Hanya Anis yang dapat bantu diri Anis sendiri kerana KEINGINAN itu ada pada you… Jika Anis tidak kuatkan semangat diri sendiri, tidak katakan Anis boleh, sesiapa pun tidak akan dapat membantu Anis…

    Jadi di dalam hal ini, ANis kena buat keputusan sendiri samada ingin meneruskan perhubungan yang tidak seberapa ini atau sebaliknya kerana, kemungkinan besar dia ni GAY atau cenderung kepada lelaki… mungkin abang angkat dia tu adalah boyfriend dia? Mungkin sebab itulah dia takut ‘boyfriend’ jeles atau marah jika dia menghubungi Anis?

    Allah waaalam… cuba kita fikir dari perspektif berbeza pula. – Jika Anis benar-benar sayang dan cintakan orang itu, adakah Anis sanggup tidak menghubunginya, dan boleh menahan diri dari mendengar suara atau, berjumpa, atau mendapat sebarang sms darinya? Mesti tak tahan kan? Mesti nak aje hubungi betul tak?

    SIAPA yang Anis tak mahu hubungi dan boleh hidup tenang walaupun Anis tidak hubungi dia? … NOBODY! TIDAK ADA SESIAPA… so bagi dia Anis ni, nobody la kan? Adakah lelaki sebegitu yang ANis inginkan?

Leave a Reply

Info Penting!

“Mulakan perjalanan healing anda dengan  Ebook 30 Hari Jaga Hati, lengkap dengan Hadiah + Bonus bernillai RM1,280! PERCUMA hari ini

Razzi Rahman Creative © 2025-2026 Copyrights Reserved

Ebook Terbaru! 30 hari Jaga Hati

Khas buat yang pernah terluka, dan mahu kembali bangkit dengan lebih tenang dan bahagia.

Milikinya hari ini dan dapatkan RM1,280 Nilai Pemberian Percuma untuk anda!

About Me

Razzi Rahman

Director

Author | Designer | Singer

“Lebih 10 tahun pengalaman dalam menangani persoalan cinta”
Fb followers
0 +
Pembaca Blog
0 Juta
Published ebook
0
Telah baca ebook
0

ebook 101 Cara
Memikat Lelaki

Ketahui 101 CARA Untuk Memikat hati pasangan anda. Pastikan LELAKI, KEKASIH, SUAMI ANDA,  kekal CINTA dan menjadi MILIK ANDA SELAMANYA!
BELI SEKARANG!

Testimoni 01

“Saya tak sabar untuk mendapatkan karya bro Razzi Rahman yang seterusnya!. MEMANG BEST!!

Saya telah beli 5 koleksi ebook Cinta untuk hadiahkan kepada kawan-kawan dan juga kepada yang tercinta. Semuanya kerana tulisan santai dan mengusik jiwa dari Brother love! ❤️

Noorfazlina Ibrahim
Pegawai Pusat Kesihatan

Razzi Rahman
Designer

(Digital Graphic Designer, Content creator, Internet Marketing Expert, Business Branding, Web Design Development)

Expertise
0 %
Skills
0 %
Passion
0 %
Commitment
0 %

My Design Portfolio

See more here : Klik Di Sini

Artikel Terbaru

  • All Posts
  • Brother love
  • Cinta 101
  • Kisah Cinta
  • Making e-Cerpen
  • Muzik
  • My Life
  • PENYANYI
  • Special News
  • Tips Cinta

ebook 101 Cara
Mencari Cinta

Ketahui 101 CARA Untuk Memikat hati pasangan anda. Pastikan LELAKI, KEKASIH, SUAMI ANDA,  kekal CINTA dan menjadi MILIK ANDA SELAMANYA!
BELI SEKARANG!

Testimoni 02

Gaya penulisan bro Razzi Rahman ala jiwa remaja, mencuit hati saya untuk meneroka setiap hasil sentuhan tangannya yang dapati, sungguh mengasyikkan sekali.”

Nama penyanyi Razzi Rahman sememangnya sudah tidak asing lagi bagi peminat seni tanah air. Dan kini, hasil penulisan beliau yang santai pula mengejutkan saya. Malah kadang tulisannya menggelikan hati, memang menakjubkan! Saya yang dulu sering merasa rendah diri serta segan bercampur terutama lelaki, kini telah mula berkeyakinan! Thanks Bro ❤️

Norzuwainah bt Abd Hamid
Owner of Contractor Company

Edit Template

Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved

Information

hellorazzirahman@gmail.com

019 5537088

SOVO, A-19-15, Denai 128 Habitus, 19th Floor, Persiaran Metafasa,
Section U16, 40160 Denai Alam, Selangor