“Bro Razzi! …Dengan kadar segera pleasssse!” – Haa, itulah kawan-kawan saya dari kaum hawa nihh, kalau nak tahu sesuatu tu mesti nak segera. Sampai yang duk Australia dan Japan asyik bertanya dan kebetulan, gadis-gadis dari Sabah dan Brunei juga turut curious dan menggesa Bro Razzi menulis tentang Isi hati lelaki…
Ok girls, this is special for you!
So, adakah anda tahu isi hati lelaki? bagaimanakah anda boleh mengetahui apa yang lelaki fikirkan? Apakah yang terpendam di jiwa lelaki? Apakah anda sebenar-benarnya tahu kemahuan sebenar lelaki? Bagaimana pula dengan kebencian mereka?
True enough many man, makes women became 3 things… confused, confused and yes confused! Hehehe… well, bagi mereka yang sudah memiliki buku-buku dan ebook Razzi, for sure dia orang sudah ada jawapan secara detail.
Tapi bagi mereka yang belum tahu tu…
The truth …LELAKI IS VERY SIMPLE! …ISI HATI LELAKI, lagi lah mudah untuk diketahui. Tetapi ramai wanita hanya mahu memahami dengan cara mereka sendiri apabila ianya bertentangan, lalu dikatakan lelaki itu complicated!
Mana ada complicated? Lelaki is easy to understand, contoh :-
Contoh 1 : Jika lelaki kata, TAK MAHU. Jangan lah pula tanya “Mengapa tak mahu, pelik lah you ni.” – Aik? Tengok, dah buat complicated. Lelaki cakap TAK MAHU. That’s it, and that’s all…
- Isi hati lelaki : Apa lagi yang nak confused? Dia tak mahu, tak suka, tak berminat… habis cerita lah. Tak ada reason lain, tak perlu pelik-pelik, just terima je, dia TAK MAHU.
Contoh 2 : Lelaki kata, “Kalau kita ada jodoh ada lah, tapi buat masa sekarang I nak fokus pada kerja I. Sekiranya you bertemu dengan lelaki yang lebih baik, I redha” – Okay, simple habis… ini adalah contoh lelaki yang cakap berlapik dan sopan serta mahu menjaga hati wanita.
- Isi hati lelaki : Yang sebenar dia nak cakap, “I tak nak kat you, jadi you pergi dengan orang lain je lah!”
Contoh 3 : You syok kat mamat ni, dia okay la layan you. Pastu dia sangat rapat dengan you dan you suka sangat dengan cara dia, kemesraan dia pada you. Tetapi, dia tak pernah cakap yang dia nak kat you. Atau dia tak pernah pun bercerita tentang how he felt for you. So you beranikan diri kata you suka dia, and dia pun kata dia suka you. TAPI, you still confused, samada you dan dia ni bercinta ke?, atau akan ada percintaan ke?, atau maybe dia malu nak cakap dia berminat dengan you ke…you confused.
- Isi hati lelaki – TAK PERLU CONFUSED! – Dia nak kat you dia akan cakap atau dia akan berkorban apa saja kat you. Dan dia akan jadi giler-giler nak berkepit dengan you setiap masa. Dia akan kelam kabut nak berhubung dengan you setiap hari That’s it! – Kalau dia tak cakap, that means dia tak nak kat you lah… Simple! Segala kemesraan dia hanyalah sekadar kawan biasa, of all you know, dengan all girls kenalan dia pun, dia macam tu.
Contoh 4 : Lelaki ni selalu call you, dia juga selalu ajak you keluar, makan-makan, minum-minum dan sometimes shopping. Kalau ada apa-apa masalah je sure dia akan contact you dah menceritakan segala masalah dia kat you. You become confused sangat… “Kalau betul dia ada girlfriend atau dia suka kat girl lain, pasal apa dia asyik cari aku ek?”
- Isi hati lelaki – Lelaki berkawan, BUKAN hanya dengan lelaki saja. Dengan wanita pun dia boleh anggap true friend seperti kawan-kawan lelakinya jugak. Tak boleh ke? Hehe… dia suka keluar dengan you dia suka shopping dengan you, sebab dia suka tengok reaksi dari pandangan wanita, that’s it! It’s got nothing to do with feelings!
Contoh 5 : Dulu lelaki ni beriya-iya sangat menghubungi you, hari-hari call dan berpuluh sms setiap masa. Sampai rimas lak… so after a while, dia dah kurang sms, call pun dah tak ada. You pulak yang asyik call dia, you pulak yang berpuluh sms kat dia. Tu pun dia reply sekali je. Sometimes tak reply langsung. Sometimes berhari-hari atau berminggu dia senyap. You confused… “Apa salah I? Apa yang I dah buat?”
- Isi hati lelaki – “It isn’t you! It’s me…hehe” – Yaa, the truth is lelaki itu sudah tidak berminat. Dulu yes berminat dan suka sangat kat you, just that maybe ada girl lain yang lebih baik, atau maybe perangai dan cara you membosankan jadi, semangat untuk bercinta dah hilang, nak call, nak sms… jauh sekali la kan. It’s that simple, …dah tak berminat, asyik bertekak, bergaduh bosan!
Contoh 6 : You rasa pelik, lelaki ni…macam biskut, sekejap ada, sekejap tak ada. Sekejap muncul sekejap ghaib, hilang tah kemana. Tak ke dia rindu macam you rindu kat dia? Confused! Confused!
- Isi hati lelaki – RINDU, bukan tak rindu tetapi lelaki itu sudah beristeri. Atau lelaki itu sudah ada tunang atau kekasih yang cukup ketat ikatannya. Masa muncul tu, masa dia free dari ikatan tu lah. Masa hilang tu, duk dengan bini lah beb… hehe simple! ;))
Contoh 7 : Kat office ada laa seorang lelaki ni, pemalu, cute tapi juga peramah orangnya. Baik hati, sometimes siap belikan you makan dan minuman. Selalu belanja you dan kat meja dia, selalu tersenyum simpul kat you dan kalau dia ada masalah kerja dia pun selalu cari you. Padahal ramai lagi girl lain. Hati pun berkocak, jiwa pun bergelora, teruja dengan sikapnya. Adakah dia syok kat aku? Adakah dia berminat dengan aku, tapi MALU nak cakap?
- Isi hati lelaki – YES, lelaki itu berminat dengan you tetapi dia juga berminat dengan girl lain juga. Kalau tidak dia sudah lama cakap, I love you WALAUPUN dia pemalu. Mungkin dia cakap melalui perbuatan. Atau pengorbanan. Since dia tak buat dan tak sanggup pun bersusah payah untuk you. Maybe he JUST BEING NICE saja 😉
Contoh terakhir : You sudah bercinta lama dah…lama sangat! Okay lah you tahu lah you dan dia dah kurang mesra sebab you all pun selalu sangat bergaduh! TETAPI you confused dan geram sebab tiba-tiba je dia menghilang diri lama, dan bila dah lama tu baru cakap nak berpisah. Dia tak explain pun sebab apa nak berpisah, in fact dia tinggal you gitu je, tak ada kata-kata akhir dan penjelasan, how you wish to know apa silap you dan mahu perbetulkan.
- Isi hati lelaki – TAKUT! …ingat senang ke nak cakap kat girl, “Eh I nak berpisah dengan you!” Takut tau hehehe…itu yang belah gitu je tu. Pastu nak explain apa lagi…dah memang tak suka dah, takkan nak cakap kat you dia tak suka, atau dia dah bosan dengan you? nanti you melenting, menjerit dan cekik dia hahahaha…
Basically…
It’s like my article yang lepas bertajuk, “It’s either YES or NO!” that simple lelaki ni. Kalau dia nak dia akan cakap dia nak, dia syok kat you. Kalau dia tak nak, dia tak berminat dia takkan cakap. End of story.
- Kalau dia ajak dating just the two of you, ajak keluar dinner hanya berdua, ajak join group holiday, dia berminat untuk memulakan perhubungan cinta atau mengorat lah tu.
- IF dia tak ajak… walau dia malu atau tidak, that means dia tak berminat. Tak perlu nak confused atau pening-pening kepala… this is all and that is it! Okay? From now on tak perlu lah nak perasan atau syok sendiri ya… all the best and good luck hunting! Hehe 😉
p.s. : Ingin mengetahui kesemua karya Razzi Rahman dengan lebih lanjut? – klik di sini
Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
Share this article at your facebook…
651 Comments
betul kata bro. thanks ya saya akn cuba la pjuk dri sya hati saya perlahan lahan utk percaykan dia, dan bserah kpda allah. amin. herm, thanks rgt2 bro, really appreciate it!
btw, satu lagi soalan saya. bab2 cek hp boyfriend nie. pndapat bro, perlu ke? herm.
perlu ke saya risau kalau bf saya guna teknologi mcm wassap tu eh bro? yela dulu cuma boleh text message, tp skrg mcm2 dh ada ka 🙁
abg,sye nak bertanye..
situasi skrg ni buat sye jd bingung n agk nganggu tumpuan sye sem ni.
dulu swaktu awal2 brcinte, dia rajin call n msj..then,dia ade bgtau, dia kne cr duit lebih sbb roadtax kereta n motor mati bulan 5..last kami jumpe bln 4,sblom dia outstation 3 ari.
skrg ni dh bln 6,nk msuk bln 7…dia bz smpai xmsj sye pun,2 mggu dh..sblom ni smggu ade la 2 kali..dulu dia pnah ckp,busuk2 pun klau bz ade la 3 @ 4 msj bg kat sye utk tnye kabar..skrg lgsung xde.
Sye kol pun xagkt,pnah 1 mlm tu sye kol brtalu2,mgkin dia kpenatn,dia marah dn bahasekn diri dia ‘saye’.
dia sbuk bkerje,jd mmg sye xbrharap sgt la dia bls msj sye tu..cume sye dh rse xsedap ati..3 4 ari ni mmg sye buat research sndiri tntg lelaki,dn br ari ni sye trjumpe blog abg.Dan sye nak tahu sbenarnye,dia cube menjauhkan diri a.k.a dh xsayang saye dah kan?
jadi ape saye kene buat?saye xlarat stiap malam menangis sabitkn dia…tlg saye…
Hello,
I need to clarify a thing.
I dpt tangkap my bf cheating on me. He flirting in fb and exchanged fon number.With not one but many. More, when i discovered this…he begged saying that he really loves me and want me to give him 1 more chance. Should I believe him?Coz my heart ached a lot. Worst, i imagine that he flirting with girls even till now.Bila dia x kol and message…i feel like he cheats on me again.
Should i leave him? should i give him lesson? idk…i really nid ur advice.
Hai bro,
i baru kenal sorg guy ni dalam 4 bulan,but we all selalu sangat jumpa coz tempat keje sama.and masa 2bulan pertama,dia rajin sms,sekarang ada juga,tapi dah petang macam tu,baru ada 1 text. and selalu saya yang ajak dia jumpa.dia ajak tu kadang2 sangat.and dia ada kata yang di nak kenal saya.tapi dia juga kata anggap saya sebagai kawan.but at the same time dia akan kata yang dia nak kenal saya detail lagi before buat apa2 keputusan.confused,apa yang dia nak..nak macam mana saya should react actually.
salam.. saya seorang gadis yg cepat rasa cemburu dan tergugat kalau teman lelaki saya berborak dengan perempuan lain. Saya akui, dalam bercinta, saya memang queen control. Sebab itu, setiap kali dia cuba berkasih sayang dengan perempuan lain, saya cepat tahu.
Saya dengan selamba memarahi perempuan tersebut dan mengancam mereka. Segala jenis akaun laman sosial bf saya seperti facebook, saya yg pegang. termasuklah kata laluan dan sebagainya. Masalahnya sekarang, baru saya sedar, saya terlalu kawal dia.. dan tak hairanlah saya ramai musuh perempuan.. Patut ke sifat QUEEN CONTROL nie diteruskan?
minta pendapat.
As Salam Abg Razzi,
Ni bukan pasal cinta tapi saya nak confirmkan mengenai hubungan dgn staf saya dipejabat. Saya selalu keliru antara gurauan dengan kenyataan. Staf saya ni bukan lah nak mengorat saya pun sebab kami masing-masing dah kahwin. Sejak saya berpindah masuk ke unit ni saya bercadang nak berubah, nak berbaik dengan staf, maksudnya hubungan tu rapat bukan sekadar staf dan bos tp sebagai kawan juga. Di awal perkenalan saya bertanyakan ttg family kononnya nak bina rapport. Tapi malangnya tak lama lepas tu dia cam tak puas hati dgn saya pasal kerja dan sejak tu hubungan kami dingin. Dia langsung tak bercakap dengan saya.Sebagai bos takkan saya tak baik dgn staf, so saya tegur la dia. Lama-lama hubungan kami OK la berbanding dulu, namun kerapkali kami bertekak. Org kata kami ni frekuensi tak sama.
Dia ini dikenali sebagai org yang ada strong character..Cara bercakap mmg rude dgn bos lebih tinggi pun kdg kala begitu. Dalam masa sama dia suka bergurau juga, pada masa sekarang saya keliru sama ada dia mmg bergurau atau he meant it.
Contohnya, saya pernah bg suvenir kat dia lepas sy balik bercuti dia boleh cakap taknak (org lain semua ckp terima kasih). Saya dan dia tak pernah bercakap kalau bukan berkaitan kerja dan dia takkan tegur atau tersenyum kalau dia nampak saya dimana-mana. Dia takkan duduk kat meja pantri kalau dia nampak saya ada disitu.
Tapi kami boleh je gelak2 kadang2 bila saya bercakap dgn dia di workstation dia. Pasal kerja mmg OK. Cuma tak semua arahan saya dia akan ikut dan kalau dia ada bangkangan dia takkan ckp baik2 dgn saya.
Spt yg abg razzi cakap, lelaki ni straightforward je, kalau dia cakap tak nak means dia taknak la kan. So kalau dia mmg tak tegur saya mengenai hal bukan kerja maksudnya mmg dia tak berminat nak ada apa-apa hubungan dengan saya la kan selain hubungan atas dasar tanggungjawab yang kami ada sekarang.
Salam Abg.Razzi.
so good thing about this site to share the problems..;)
i actually do not know how to start this story.but i tried b’coz it was stuck to find solutions from.
dipendekkn crita..i dah kenal bf ni selama 12yrs.couple 11yrs.dalam kitaorg couple tu ada msa jgk surutnya tambahan lg ktorg jauh nk jumpa pn jarang n kena plan.dlm setahun tu 2@3 kali je jumpa.tp 12yr ni mix dgn break yang lost contck tu sekali selama hampir 2thn krna dia keja kat luar negara & trouma krn ayahnya pass away.kemudian ktorg break yang mmg sgaja xnak berhubung tu 3bulan.i tak pasti pasal pa ktorg ble putus.i jgk yg putuskan.pas break yang ats sebab merajuk cz bf i ni byk bagi alasan.xtau la alasan tu betul ke tak cz dh muak i dgr alasn dia.sebnyk 4kali.biasanya xlebih dari 14hari akan sambg balik. i jgk yang putuskan.sebabnya i ajak dia kawen tp kta
1.xda duit lg.
2.kerja xstabil lg cz 8bulan xda yg tetap.dok rumah je.
3.duit tgh kumpul x cukup lg.dan yang sekali tu mmg i curang la kat dia tp tu sebab i keliru dgn alasannya yg xhabis2 nk mgelak bila ditanya bla nk kawen.rasa mcm dimain2kn je..tp kdg tu mmg betul la jgk klu bab yang xda keja stabil g.
sehingga la ke tahun ni dh kira sesuai la masa yg ktorg plan kawen bulan 11..dia dh 36 i dh 29 thn dgn persetujuan semua pihak belah i n dia dh ok.psediaan pn dh 4/10 yg dibuat last2 tu ‘toptap’toptap’ dia nk putuskan atas sebab pakcik dia dh ada pilihan untuk dia dan nak buang dia dari family sekiranya nk teruskan juga niat ktorg tu.i tanya knpa baru skrg yg dok bz nk prepare ni timbul crita mcm tu.bf i kata pakcik dia baru je inform kat dia.pastu nak minta masa untuk berpikir slma seminggu i dh tunggu sebulan dh xdok jgk jwpannya.i call,sms,email semua xmendtgkan hasil.i xtau apa nk rasa dh mcm2 yg i rasa..apa salah i smpi sanggup bf i bwt i tertunggu2 & trtanya2 smpi la ke hari ni.nk cari feedback kat family pun x mndtgkan hasil jgk..dlm kitorg berdiam diri ni timbul plk seorang ni yang mmg perna i kenal dlu tym bljar tp setakat kawan je la..tp myb dia pnya feeling lain kot sbb nk msk meminang plk tym raya ni.so skrg family i xtau g krisis psl i ngan bf..i xda kekuatan g nk crita kat dorng.yang mamat muncul ttiba ni xtau nk bwt cmna.i rasa skrg ni i dlm dilemma.
i tak tau nak pikir apa dh.
mohon abang razzi dapat berikan pandangan/pendapat buah pikiran.
plz sgt2.
Salam,bro.senior di kelas saya selalu signal yang dia meminati saya.tapi dia tu pemalu orangnya.saya mengambil tindakan untuk meluahkan cinta padanya.ternyata sangkaan saya benar dan dia mengaku bahawa dia suka pada saya(tapi tak declare couple pun..).saya tak tau macam mana perasaan dia terhadap saya,tetapi saya yakin dia mencintai saya.tapi cara dia treat saya membuatkan saya rasa dia tu bestfriend instead of boyfriend.saya try juga buat tak tau dekat dia tapi dia steady je and selalu bersangka baik dengan saya seperti mengirimkan text “take care” “jaga diri elok2”.so sebenarnya apa status saya ni?apa yang harus saya lakukan kerana dia ni lurus orangya.infact saya adalah cinta pertama dia.nanti saya pulak yang kena melamar dia.hrmmm..
Salam Bro,
apa maksud kalu bf sy tu dlm diam kuar ngn ex dia. bila sy kol dia xpick up..after 2-3kali kol br pick n dgn selambanya ckp ngn ex dia n ank dia n bff dia. fyi, dia ni duda. tp b4 this ckp sbnrnya dh xde hope ngn ex dia lgi b4 this. siap ckp kata drg ada family xtvt lg time tu. n jwb kta borak next time..sakitnya hati saya..padahal sblm ni ckp syg n nk kwn ngn sya..adakah dia xleh move on?? or masih sygkan ex dia..padahal mereka dh divorced 4years ago. dan ex wife dia pun sudah bertunang pun dan akan kawin xlama lagi..
need ur advise…thanks!
Thanks for a tips…
Saya (DULU2 laa) kalau tau org suka kat saya @ saya suka kat org tu..saya amik pendekatan jauhkan diri..hihihi…serammm…ada yg sampai saya putuskan hubungan as a friend sbb tak lalu dgr luahan cintan cintun nie..tk tahu knpa…
But now..saya da kahwin dan lalui brmacam2 dugaan..and still standing here… with my 2 son…
semoga saya kuat kuat dan terus kuat menghadapi dugaan hidup ini… Aamiin…
Hi Bro,
Minta tolong, M too confused!!!
I really like this guy, and we knw each oth since i was 9. He is much older than me, and we have family relationship because my great grandfather had 2 wives and he is granchild of the 2nd one. Family relationship are very close and his fmly like me vry much as same for mine to him. We only be closed since last year, and being in touch. He only txt me if he want to ask me something. But he never skip or not reply any of my msg to him. Conversation is good between us. His fmly knw he likes me and i likes him.. but problem is he nvr tell me he likes me n i am not brave to ask him whther he likes me. Macam mana nak tau dia suka kat i ke tak?? He really care of me in his msg.
I tak berani nak tanya.. tp i nak tau.. he always talk about me to his friends and his friends told me he is positively likes me.. but i nak tau sendiri dari dia..
Tolong bro… Man is really complicated… huhuhuhu
Thanks bro!
assalamualaikum,
salam bro razzi,
sy nie dah knal guys nie dah 18 thn,dulu kami sklh bersama dr zmn seklah dier secret admirer sy..dulu dia seorang yg lembut skrg dier dah berubah seorang gentlemen.bza ngan sy seorg yg kasar kni dah berubah jd gdis yg agak ayu.
disngkatkan kisah, kami satu sekolah,ms di sklh ramai yg tau ksh kmi tmsk guru tpi diorg diamkan kerana kmi x pernh date..just posmen by mmbr…setiap kali besday sy dpt kad dr dia ada tandatangan dia termasuk yg lain2 mmbr..then bila dah bis spm..sy ada serahkan something kepda dia…sekeping gambar untuk simpanannya.
kmdian kmi sma2 ambik STPM..dia dan sy berbeza sklh tp x kmi x lost contct still contct each other…slps tu ditakdirkan allah dia dan sy stu university…di university sy jd siswi yg aktif dlm seni dia tak suka then kami gaduh..tp sy ttp tau perkembangan dia..dan dia juga still ambik tau perkmbagn sy…bila grad sy berkerja dhulu…, sebelum dia hilangkan diri dia ada dtg jguk sy di tmpt kerja ktanya..nak tahu keadaan sy sedangkan pada ms tue sy tak tau dia akan bertolak ke sbah mengajar di sna…ms tue sy dan dia ada berkata..kalau 9 atau 10 thn dr skrg kta bertemu kmbali ..ms tue kita tiada sapa2..mungkin allah dah takdirkan itu jodoh kta berdua..itu ikrar kami..selepas tue dia lenyap terus..tapi kmi mash berhubung menerusi telefon…sehingga kini…sebenarnya bro..sy sentiasa berkongsi suka dan duka idup sy dengan dia walaupun dia jauh..slalu sms la yag jd penghubung kmi..dia jenis yg mulut laser juga bla bgi nsht tp sy tau dia tak nak sy wat benda yag slh berulang kali…apa sja mslah rahsia sy semua ditangan dia..hanya dia yg mengetahui…
hujung 2012, dia blk cuti, dia mtk nak jumpa sy coz ktnya sy dah janji nak belanja adik sedara dia yg dapt UPSR5a..sedangkan seingat sy x pernah plak sy ckp mcm tue..tapi sebabkan berjanji dengan budak sy keluar jumpa. sebenarnya bro 6 bulan sblm tue dia dah pernah gtau sy dia dah ditunangkan jadi sy terus diamkan diri sehingga ujung thn 2012…bila jumpa sy mtk nak tgk pic tunang or apa sja berkaitan dengan tunang tpi dia kta x ada.sy juga ada mintak semula gambar yg pernah sy bagi (passport)..tapi dia kata x ada..dah terbakar n sebagainya.(pic nie sy bagi ms sy mtk dia janji, jika sy bukan pilihannya mtak dia kembalikan kepda sy)…then sy terus Tanya kalau tunang tau keluar ngan sy x marah ka..dia kata tunang dia brutal n tak kisah…yg paling sy heran dia Tanya saya suka warna apa kalau kawen, mtk tlg temankan cr brg hantaran, dah tue mtk sy ingat betul2 tarikh kawennya…ada ker patut..sy ckp mgkin ms tarikh kawen dia sy x ada kt sini..jd dia terus gelabah…itu yg sy heran..lg satu dia mtk sy bg kad kawen kalau ada..then sy kta yg bertunang dia bukan sy..sy msh belum kpnyaan sesiapa mngapa msti sy yg bgi kad bkan dia..sy juga ada tnya bila tunang dia yg dkt oversea nak blik ktnya bln 2 2013..
then bla msuk thn 2013 sy tnya lg tunang dah blik ke dia kata belum blik nanti bulan 6…tpi alih2 sy terkejut bila dia bgtau yg balik bulan 6 bkn tunang dia tpi dia blik bertugas di negeri kami bulan julai ini…apakah tanda semua nie..sy pening bro razzi…napa dia wat mcm nie kat sy..sy mmg syg dia wpun dulu cinta monyet ms sklah..skrg dah jdi stu cinta yg x dpt sy lupakan sehingga kini…rmai rakan2 sy berpendapat this guy tdk bertunang tp itu alasan dia untuk uji sy lgi, mna tau tarikh tue sebenarnya rancangan dia untuk meminang atau menikahi sy, sy dah takut nak taruh apa2 harapan bro..dah byk ujian yg dia bgi spjng sy knal dia bro sgt byak…harap pendapat bro razzi plak.
ksh kmi bermula bila dulu sy lbh kpd sorng yg tomboy
AMALINA – Kalau you nak risau dan takut tentang boyfriend you chatting dengan girl lain kat whatsapp ke, fb ke, wechat ke… buat apa you nak ada dia lagi? Seorang lelaki yang betul-betul sayangkan kekasihnya, tidak akan membuat pasangannya merasa risau atau cemburu over a stupid thing.
Try give him a lesson, something like, seperated for a while ke, sambil tengok what really happen if that situations applied.
If he really loves you, he’ll change. But if he still like that means, he just too childish to be with you. Time to move on.
Tanya tentang citarasa girl yang dia minat
Tanya tentang bila dia nak serius having a relationship.
Tanya tentang plan dia buat masa terdekat…
Macam-macam lagi soalan yang boleh ditanya, but all answers from this questions, boleh memberi you info tentang situasi sebenar.
Kalau nak menipu terlalu mudah la nowadays. Akaun facebook pun boleh ada unlimited. Email pun boleh ada berapa banyak nak. Susah kat FB, boleh guna medium lain untuk having affair.
BUT tanya pada diri you sendiri, NAK KE LELAKI SEBEGITU DALAM HIDUP YOU? MENGAPA SALAHKAN WANITA LAIN SEDANGKAN BOYFRIEND YOU YANG MELAYAN?…SO WHY NAK KAT DIA LAGI?
Seorang lelaki yang benar-benar cintakan wanita, akan membuat wanita itu menjadi lebih baik dan lebih bijak… BUKAN jadi cemburu dan queen control tak menentu.
“A worst guy, will brings out the worst thing in a women. But a great guy will bring out the best of that women.”
Basically you already know la kan, but you nak confirm kan saja. Well, I dont simply write whatever things if its not true. You can test it lah kan. Maybe I’m wrong. 😉
Anyway, as a boss… we should draw the line between staff I rasa la. Kena ada gap.. Ada sedikit waktu saja untuk berbual mesra, but that’s it. Most of the time kena serious and firm. Stand your ground.
Cara untuk tangani orang yang kasar dan strong character ni selalunya exclude him from a meeting or a project. Makes him feel not needed. And jangan layan 🙂
It works for me. Tak tahu lah yours macamana.
STOP kidding yourself! Dah 12 tahun penuh dengan masalah, sudahlah tak tegas pulak tu, tak berani buat keputusan, you nak go on lagi dengan mamat ni buat apa?! STOP HOPING, STOP GIVING HIM REASONS, STOP IT…FORGET IT! End of story.
Tell your parents, tell everyone IT’S OVER, THE END!
Start a new life, bagi peluang kepada diri you sendiri untuk bahagia. Give a chance for you and whoever yang serious nak bercinta or nak apa-apa dengan you. KENALI many-many more man in this wide world, Ya Allah… lelaki bukan seorang ni saja dalam dunia ni NINA!!
Anak masuk sekolah, anak nak masuk university, anak nak kahwin, dan sebagainya, mestilah mahukan kedua-dua ibu dan bapanya.
TAPI kalau tak ada anak sekali pun, selalunya si suami masih menghubungi bekas isteri kerana, sudah menjadi KEBIASAN hidupnya, si isteri banyak menguruskan benda atau si isteri yang selalu menyelesaikan masalahnya, jadi kena bercakap dengan bekas isteri untuk hilangkan rasa risau dan masalah yang dihadapi…
INI adalah perkara biasa yang terjadi dengan DUDA, so you kalau nak bercinta dengan duda, you kena terima semua tu dengan hati terbuka. Tak boleh nak buat jeles-jeles. baru you boleh pergi jauh…if not, habis la.
In many articles I’ve already said man are simple, it’s either YES or NO that’s all.
In your situations, you need to know his feelings, but you refused to ask and talk bout it to him… whereas that’s the best thing and easiest way to know. “JUST ASK HIM!”
If you can’t have an open conversations with him, and you dont feel comfortable talking to him… how are you going to be his lover? or further more his wife?
Don’t see it coming though, unless you change and be cool about it. 😀
BaGUS untuk kita bersangka baik, tetapi lebih baik kita berjaga-jaga. For now, since dia tak nak cakap betul-betul you pun tak nak tanya betul-betul, better LUPAKAN HAL ini dan hentikan berhubung.
Giliran you test dia la pulak. Cuba tell him you tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan dia sebab dia sudah bertunang. And stop calling, stop sms, stop texting, stop fb stop semua.
Tengok apa jadi. Kalau dia betul-betul hilang, now you know lah dia bukan ada apa-apa perasaan kat you. BUT if dia ada hati pada you mesti dia akan berterus-terang nanti. So, be strong and all the best 😉
salam abang razzi,saya adalah suka kat seseorang nii, dia jugak suka kat saya. tapi masalahnya bila saya nak jumpa, dia tak nak. dia cakap dia nak jumpa mama dan papa saya dulu. adakah dia betul betul atau saje je nak main mainkan perasaan saya?
sy sah kapel ngan bf ni dh 5 tahun, kadang2 die hialngkan diri dlm seminggu call x angkt, meseg x reply..pas2 die muncul semula, pas2 ok je kapel cm bese,, dlm 3-4 month die buat balik cm tu.. sy benggang lah, soo sy g umah die n cte kt parents die perangai die, sy ada mseg kt die sebelum g umh die if die x agkt call sy, n reply msg sy, kite pts.. die langsung x reply,,dlm 3 hari die diamkan diri, 1 je msg sy dpt dari die, die ckp die nekad,die ckp sy yang cari maslh,, soo smpai skrang lah die diamkan diri,, ap status hbungan kitaorang ni? sy call n msg die langsung die x reply..btl ke die nk clash,,die x ingt lgsung ke sy yg bnyk mbntu die dlm khdupan die,, blh tlg bagi pendapat x??
Aslmkum Bro Razzi..tq for your time 🙂 Saya sdg berkawan dgn seorang yg pernah jadi classmate sy masa belajar di universiti dulu. Mula2 tu rasa mcm jumpa kwn lama je but after a few months k.org makin rapat. Saya ni jenis x suka kwn lama2 coz byk bad experiences yg lps so bila sy tngk dia ni mcm ada hati je (dia bawa kenal kan pada parents dia dan lps tu sy pun kenal kan dia pd parents sy) tp still x ckp apa2 so sy trs terang tanya dia status kita ni kawan je ke or else? Then, dia cakap dia suka saya tp x ready lg utk serius dan perlukan masa. Tempoh kami rapat adalah masa dia cuti 3 bulan untuk siapkan thesis dia n now dia baru sahaja masuk kerja tempat baru. Sekarang, sy tngk dia mcm susah je nak contact n bg alasan sibuk kerja coz br je masuk tmpt baru. Sy mulai rasa sy je yang mulakan contact dia. Apa pandangan bro? The thing is kami dah kenal dgn parents msg2 dan dia kata dia suka saya cuma perlukan masa utk settle down dulu. Tp dah masuk tmpt kerja baru nampak macam dia kurang berhubung.
Tell him, you takkan salahkan dia kalau dia cakap apa sebenar yang dia rasa. Tapi you pun kena be ready lah 😀
Jangan meraung lak hehe… To me better keep the options open, supaya kita boleh terbuka kepada berbagai peluang yang mendatang, what do you think?
hahaha..first time baca blog ni..bes!! entri ni da menjawab segala persoalan..straight to the point sgt..da terbukti dri sniri yg perasannn…>_<..
teruskan penulisan bro!~~
hurmmm… menarik…
tapi kan.. kalau memang dah lelaki ni cakap syg, cinta, rindu bagai dan memang sebut nak memperisterikan..
cuma dia tak confident sbb bagi dia bercinta bagai nak rak boleh je terputus ditengah jalan.. maka dia akan kata, in sha Allah kira jodoh itu ada, maka ada nanti..
macam mana pulak tu.. adakah maksud dia pegi cari orang lain je?
pastu lak tetiba sampai season bz keje yg amat sangat.. dulu call setiap hari berkali2 walaupun bz sket, texting tak henti2.. video call pun dalam seminggu ada 4 / 5 kali… skang dah kurang sangat texting.. baca tapi tak reply.. cuma call sekali sehari, tu pun kejap je.. berborak macam dah takde spark.. video call seminggu sekali pun susah.. tapi memang ada disebut, bz sgt2 dgn keje..
cuma sekali sekala, adalah time dia nak sebut rindu n sayang..
keadaan ni utk long distance relationship k.. so ape cite agaknya?
hehehe.. nak tau juga dari pandangan brother love razzi.
Cuba you go thru pelan-pelan some of my answers also the articles. Dah banyak kali I jawab soalan sebegini ni. 🙂
Thanks bro razzi 🙂 i tengah cari masa jgk ni untuk tanya dia ttg feeling dia ni, kena jumpa face to face lagi better hehe. Lagi satu kan bro, what if kalau kita tanya soalan (tentang perasaan) n then dia tak boleh jawab? diam je dan yg best tu bila dia contact kita balik bukan dia jawab soalan td tu, dia tukar topik pula,haish…poning den mcm ni huhu
thanks bro.. i realize, die dh bosn gn i. tersentak dan terase dgn entry ni. terpaksa redha…
salam abang, sy kecewa lah abang. mama dia tak suka kat sy. alasannya, sy ne masih muda. 24 kot. tak muda sangat lah kan abang. sii dia tuu sebenarnya duda lah abang. salah ke sy cintakan dan terima anak dia tuu apa adany. hmms. sekarang ne, sy dilarang untuk berhubung mahupun jumpa anak dia. stress sy.
assalmualaikum…abg, sy tgh bermslh skg…bf sy ckp syg sy, sy la girls yg terbaik dia penah jumpe tp cara perbuatan dia x same dgn kata2 dia..dia mcm x bersungguh2..awl2 dlu plan nk khwin, skg dh sethn kwn, dia ckp xready plak..
dia pun dh lame x cntact sy..sedih sy rase..pernah jgk luah kt dia tp cm xde kesan ..
dia bleh ckp suh sy bersbr…ni dugaan Allah…bila nk jumpe face to face, mcm2 alsn dia bg…bz, bz dan bz…hmmm…sy cume nk penjelasan dri dia kenape dia boleh berubah…kalau dh xde hati, ckp la..ni wt sy berendam mata je….abg tolong la bg pendpt kt sy…
Assalamualaikum w.b.t. Bro Razzi.
Saya jumpa artikel ni secara kebetulan masa tengah cari info tentang kaum adam. Alhamdulillah Info yang cukup berkesan dan membantu wanita untuk serba sedikit mengenali lelaki dari sudut yang kadang2 sukar untuk kami faham.
Saya ada pengalaman bercinta untuk tiga kali. Tapi belum rezeki saya untuk beroleh yang terbaik. Banyak pengalaman dan hikmah yang saya dapat sepanjang pengalaman.Pengalaman pertama hubungan selama tiga tahun berakhir sebab kecurangan si dia untuk beberapa kali. Saya cuba berokan peluang tapi hati tak mampu menipu yang saya dah tak ada rasa percaya dan penerimaan semula hanya sebab keluarga dan saling mengenali dan kebiasaan antara satu sama lain. Dia masih melayan yang lain walu dalam tempoh tu saya dah cuba berikan peluang. Saya berpisah dan mulakan langkah tanpa dia. Dia rasa saya tak mampu hidup tanpa dia tapi dia silap yang hidup seseorang tidak boleh hanya terlalu bergantung pada sesiapa selagi dia bukan yang halal untuk kita.
Lelaki selalu rasa terlalu pasti dan selamat bila dia tahu dan yakin kita sayangkan dia seolah2 tak mampu hidup tnpa dia. Jadi itu macam ibarat satu lesen untuk dia buat apa sahaja. Hati kita lembut itu fitrah seorang wanita diciptakan dari Ar-Rahim. Tapi harus ada pendirian, berdikari dan boleh berdikari atas usaha dan kaki sendiri. Saya pernah jadi lemah kerana lelaki sebab saya fikir dia macam cinta pertama. Tapi kita takkan jadi matang, berani atau tahu sejauh mana kekuatan kita selagi kita tidak diuji.
Alhamdulillah. Pengalaman pertama banyak mengajar untuk lebih faham tentang lelaki. Pengalama kedua masa di universiti hanya mampu bertahan untuk tempoh enam bulan. Saya tak pasti secara jelas apa silapnya tapi mungkin sedikit sebanyak perasan ‘insecurse’ saya pada lelaki dan takut buatkan saya sukar untuk percaya pada hubungan jarak jauh. Lagipun hubungan kali ni sedikit berbeza sebab hubungan sosial kami tak sama dan perbezaan yang sangat ketara dari cara fikir tentang sesuatu. Mungkin bukan jodoh. Kami ambil keputusan untuj berpisah dari terus menyakiti satu sama lain. Aya buat solat hajat dan taubat mintak Allah jauhkan dia dari hati, ingatan dan penglihatan saya agar saya mampu bagkit dan kuat. Alhamdulillah berbeza dengan pengalaman pertama, pengalaman kali ni saya lebih cekal dan lebih aktifkan diri berpersatuan dan luangkan masa aktiviti dengan kawan dan family. Tapi Allah itu Maha Adil, Dia tunjukkan sebab beberapa bulan selepas berpisah kenapa rasa naluri saya tentang dia itu tepat. Dalam tempoh yang sekejap hubungan kami, dia masih ada masa melayan yang lain dari akaun twitter dia yang say tak tahu pun wujud. Tapi masa tu hati dah rasa kosong dan saya redha dengan keadaan tu walaupun sedikit pahit tapi bila ingat beberapa kebaikan dia pada saya, saya memilih untuk memaafkan sebab itu lebih menenangkan. Mungkin dia memang bukan jodoh saya.
Selama tempoh empat tahun dikecewakan oleh dua lelaki, sekarang dua2 mereka dah berkahwin dan masing2 ada seorang anak.Tipu kalau rasa sedih itu tak ada tapi kalau bukan kerana pengalaman ni saya mungkin bukan siapa saya yang sekarang. Kerana mereka saya bangkit. Saya menolong orang melalui pengalaman saya. Banyak aktifkan diri dengan kerja sukarela sebab dari situ saya lebih kenal kehidupan. Dalam apa situasi pun sebagai seorang Islam, kita tahu dan yakin bahawa ujian yang Allah bagi tidak akan lebih dari kemampuan dan kesanggupan kita. Ujian ni ibarat penyucian dosa. Hanya kita yang berhak memilih samada untuk terus kecewa, bersedih atau bangkit menjadi insan yang jauh lebih baik dari sebelumnya. Kerana kita adalah apa yang fikirkan.
Alhamdulillah, walaupun hubungan kami dah terpisah tapi kedua2 nya masih ada berhubung dengan ibu saya bertanya khabar. Saya dah tak ada kaitan dengan diorang tapi saya takkan halang hubungan baik antara diorang dengan ibu saya walaupun pernah diorang minta maaf dan cakap rasa kesal tapi batas diorang sebagai suami buat saya cuba jauhkan diri sebab saya tak nak terjadi sesuatu yang saya tak jangka dan ini adalah yang sebaiknya.
Cepat atau lambat selagi kita berusaha untuk tetap positif bahawa jalan yang Allah bagi ini adalah yang terbaik, inshaaAllah satu saat nanti kita mesti mampu nampak kenapa dia bukan untuk kita.
Pengalaman ketiga setelah dua tahun saya sendiri saya cuba bukakan hati untuk seorang lelaki. Dia dalam proses pengajian master, dia dah mencuba dan tunggu saya selama setahun lebih tanpa putus asa. Dia cakap dia belum pernah jumpa dengan wanita yang sesukar saya yang susah ubtuk melayan mana2 lelaki. Tapi sebagai wanita dan orang yang pernah kecewa saya belajar untuk sedikit jual mahal dan tak mudah percaya. Saya hanya inginkan hubungan yang pasti dan halal. Ada arah tuju masa depan yang pasti. Dia ada arah tuju tapi dia masih tak pasti dengan apa yang dia akan buat. Dia cakap sekadar untuk buat saya tahu dan setuju terima dia. Selepas istikharah dan restu parents saya cuba beri peluang untuk berkawan dengan dia walaupun saya masih tak pasti. Dia seorang yang sangat manja dan sentiasa nak kan perhatian. Dia tak boleh sendiri. Tapi bila dengan kawan2 selepas dia dah berjaya dapat saya, dia buat endah tak endah. Saya pernah cuba untuk tak nak teruskan sebab saya tak nak ambik risiko dikecewakan sebab dia seorang yang tak konsisten. Tapi dia masih tetap cari saya dan cakap tak boleh hidup tanpa saya tapi dia masih dengan perangai yang sama. Dia mungkin sayang tapi dia cuma perlukan saya bila dia sendiri dan tak dengan kawan2. Dia jenis yang berjaga malam. Selalu nampak dia online sampai ke pagi dan pernah admit yang dia jenis cepat bosan dalam hubungan dan dia suka hubungan yang langsung tanpa masalah atau pergaduhan. Banyak keadaan yang menunjukkan dia seorang agak pntingkan diri dan susah dengan komitmen dan dia akui benda tu walaupun
Walaupun dia masih nakkan saya dan minta saya sentiasa ada untuk dia. Tapi dia bukan ciri seorang pemimpin yang saya peelukan. Dia tak tegas dengan pendirian dan mudah goyah dengan kepentingan sendiri. Dia tak terlalu memerlukan. Sebab dia tahu perasaan sayang saya dah ada untuk dia jadi dia fikir rasa sayang dan setia saya takkan buat saya jauh dengan dia. Dia terlalu selesa dan sentiasa nak berada di cormfort zone. Kurang rasa empathy pada pengalaman saya yang dulu walau dia tahu saya pernah kecewa.
Jadi saya akan ambik keputusan untuk tak nak teruskan dan ambik risiko. Lagi jauh dan lagi lama akan lebih datangkan masalah dengan cara dia. Saya akui mungkin ada kekurangan dan kesilapan saya tapi kalau benar dia sayang pasangan tu dengan ikhlas, dia mesti mampu terima siapa diri kita yang sebenar. Allah uji saya lagi melalui hubungan kali ni tapi mungkin memang belum rezeki saya bertemu dengan yang dah memang tertulis untuk saya.
Kali ketiga sangat berbeza. Mungkin sebab kami berpisah dalam keadaan kami masih sayang tapi atas sebab beberapa keadaan yang kami memang tak sefahaman. Perpisahan langkah paling terbaik. Saya matang dan membesar mlalui ujian. Kegagalan dan kehilangan demi kehilangan buat saya lebih hargai diri saya sendiri keluarga dan kawan2. Kalau sepanjang anda hidup anda boleh hidup sebelum ada dia jadi kenapa perlu dikorbankan prasaan sendiri dan maruah diri hanya kerana seorang lelaki. Bangkitlah! Dunia ini luas untuk kita jelajah. Aa jutaan manusia yang lebih parah dan sush dari kita. Ujian itu manis bila kita mampu optimis bahawa Allah dah menyiapkan takdir yang terbaik untuk kita selagi kita yakin, tawakal dan sertakan dengan usaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Hidup ini indah dan penuh warna. Peluang hidup cuma sekali jadi jangan sia2 kan dengan ksedihan.walaupun ada perbuatan yang x baik untuk kita, rwdha dan ikhlas serta memaafkan akan buat kita lebih tenang dan bermaruah. Biar yang mengecawakan kita tahu bahawa kita mampu hidup tanpa dia dan mampu jadi lebih baik tanpa dia. Hidup ni kan adil. Allah tak beri sekarang sebab Dia lebih tahu apa yang lebih baik untuk kita.
Syukur Alhamdulillah. Kerana ujian2 kecil seperti ini buat saya tekad untuk jadi lebih baik dan lebih fokus pada rancangan masa depan saya. Rupanya apa yang jadi ada hikmahnya. Mungkin Allah ingin saya capai cita2 dan harapan parents saya dahulu untuk sambung master. Dan tanpa komitmen dengan sesiapa saya jadi lebih yakin dan pasti dengan apa yang saya nak dan moga2 peluang untuk ke manchester akan saya galas dengan baik. InshaaAllah. Yakinlah bahwa ujian itu manis dan ada hikmah dan rahsia disebalik setiap sesuatu.
Mohon maaf pada bro Razzi untuk coretan yang terlalu panjang tapi moga sedikit sebanyak pengalaman saya dapat memberi sedikit kekuatan pada y ang tercari2 haluan. Jutaan terima kasih untuk bro razzi sebab atas usaha dan niat baik awak banyak bantu kaum hawa untuk lebih memahami lelaki dan tahu apa yang sukar untuk kami faham. Moga Allah membalas kebaikan awak dengan setiap kemudahan dalam segala perbuatan dan perkerjaan. Aminn.
Assalamualaikum. 🙂
Salam bro,
Sy suka bca blog ni byk info yg berguna. Cuma sy ada pertanyaan mengenai masalah kekeliruan sy ini. Sy mgenali sseorang mlalui bbm. Dia awl pkenalan sja kmi mesra sperti kwn lama. Dia slalu tgur sy. Kmi bkwan. Stiap kali ada msalah dialah tmpat sy mluahkan perasaan dan kmi mjadi rapat. Dia ada bg hint dia serasi dgn sy. Bbm kmi kdg2 shingga 4-5pg. Kami gembira bsama ada sja dibualkan. 1 hari sy mluahkan prasaan sy. Dia ckp dia trima sbb dia serasi dgn sy tp lps tu shari dia mdiamkan dri. Slpas itu kmi makin rapat dh nk msk 6bln bkwn. Ssbuk or letih mna pun dia akan bls bbm sy. Tp sy msih lg risau apakah sttus kmi. Krana dia bkn lah llaki yg ska mnjukan prasaan. Knp llaki mrahsiakan pkerjaan nya? Baru2 ni dia ajak sy berjmpa tp dia di kl dan sy di penang. Kg dia di kedah. Sy mnunggu dia balik ke kg utk bjmpa kali pertama. Tp dia ajak sy ke kl krna kalau nk tnggu dia balik kg lmbat. Bro apa yg harus sy buat pergi jmpa atau x? Dan adakah dia suka kan sy, mohon beri pndpt
Assalamualaikum Bro Razzi.
Saya suka baca your entries, it help me to understand man world more.
Sbnrnye, sy ad 1 masalah which is confuse. Sy xthu either he is serious or not…
Sy dan dia sdh lma knl, b’kwn hmpir 3thn dan kami mula serius pd awal thn ini. Pada mulanya sy mmg just nk kwn je dgn dia tp dah lma2 dia nk serius, nk khwin and sggup tggu spi sy trima, pd mulanya sy mmg xblh trma sbb sy da aggap dia as my friend. tp bla dah lama contact, sy rsa senang & blh trma dri dia, slps fkr msk2 sy pun stuju u serius dgn dia.
sepanjang kami couple, kami jarang b’jmpa sbb jarak jauh. kami hanya b’hbung through msg & FB. Kami jg tlh merancang u khwin pd thun dpn. sebnrnye, dia mtk awalkan, klu blh khwin thun ni, tp sy y mtk thn dpn and dia ckp xksh.Hbgn kmi xde mslh, kmi xpnh gduh. Dia pnh mengaku dulu dia sosial & rmai kwn prmpuan & xsolat. Slps knal sy dia ckp dia sdh sdr keslpn dia, dia nk b’ubah & xtggl’n solat. Sbb itu dia nk sy jdi y halal u dia secpt y boleh…Dia sdh bwa sy jmpa mak dia, dan kami plan nk jmpa fmly sy akhr thun ni sbb fmly sy jauh di trg.
Problem sy b’mula bila bln lps ad seorg prmpuan msg & call sy. Dia ckp dia adalah isteri kpd BF sy. Sy mmg t’kjt ble tiba2 ad org mengaku wife dia. Tp sy ckp kt dia y sy xthu BF sy dah khwin. Sy ckp dia mgkn slh org, mgkn nama sama. Tp dia mati2 menafikan & mengeluarkan kata2 kesat pd sy.Sy ad tnye bukti mrk dh khwin, dia ad bg 1 gmbr khwin tp gmbr 2 xclear sbb da lma..so , sy xdpt pastikn siapa dlm gmbr 2..BF sy ckp dia hnya mereka cerita.
Sy tnye BF sy psl pmpuan 2 & dia ckp itu Ex dia y xpuas hati dgn dia..Ex dia dpt no sy dlm phone dia mse dia jmpa ex dia awal thun nie. Tp sy was2 sama ada nk prcya atau x..pmpuan 2 spi skrg msg & call tp sy xlyan..Y peliknya, knp pmpuan 2 mncul skrg? Bila sy ckp kt BF, dia ckp pmpuan 2 gngu dia jg n jgn lyan, pcyakn dia…Bila dia ckp cmtu, sy rse dia just lps tgn.. Da byk kli sy tnye tp dia menafikan & ckp xpnh khwin..
Lately, kami dah jrg contact..dia ckp dia busy skrg & sy fhm..dlu pun dia busy handle project & mmg kmi jrg contc mse 2.sy xnk dia rsa t’gngu & sy sndri bg masa u dri & hbgan kami klu itu mmg btl istri dia. Mksd sy, sy b’sedia u trima any possibility.
sy harap bro razzi boleh bg opinion..
Sy suka sume post yg A.Razzi rply, sgt berguna utk sume. Xksa lah hal cmne kn msti ad jln pnylesaiannye jgk..
A.Razzi, sy nk mnx pndpt n pndangan ckit ttg hbgn sy ngn bf.
Hbgn sy ngn die da stahun lbih. Die sygkn syg,caring,salu amek berat tp dulu swaktu awl2 hbgn die byk saktkn ati sy mcm tipu sy n wat bnde yg sy xsuke. Tp time tu sy dpt trime lg. Dan 1 pkara lg dulu kami jhil dlm agma, bknlah bermksd wat pkara yg xelok tp kurg amek brat ttg solat, btas2 pgaulan.. Sjak 2,3 bln yg lpas..sy akui sy byk brubh kerana ingin mndalami agma, die xksah cara sy tp adakala ad jugk yg die xstuju yg kdg2 caranya wat sy ase xslesa n xsuke dgn die..seiring dgn prubhan yg sy lalui, pd masa yg sme mula rasa kurg slesa dgn die sbb die mghrapkn cara sy sprti dulu..tp sy xboleh tunaikan..sy keliru dgn prasaan sy..sy igt nk berpisah dgn die spy die ley cari org yg boleh bhgiakn die dan bhrap Allah yg akn tntukn jdoh sy nti tp sy rasa tkt jgk utk lpaskn die..skrg hbgn kmi tgntung..die sygkn sy dan tgu jwpn dr sy..Sy xtaw nk wat kputusan ape utk hbgn ni sbb yg sy fkrkn jika dtruskn tkt die sakt ati ngn sy sbb sy xley wat cm die nk..tp ble tnpa die sy rasa sunyi n tkt xd org cm die lagi..pe yg sy ptt wat A.Razzi?hope syg A.Razzi rply..plz..
CHAA – Single ramai buat apa nak yang duda? 🙂
TASYA – Sudah banyak jawapan yang saya beri kepada persoalan seperti tasya ni, artikel pun sudah banyak tulis…
Sorry kalau I buat you frust, kebenaran itu sesungguhnya amat menyakitkan… tapi, only thr truth can set you free…
You see, apabila seseorang itu membuatkan you merasa pelik itu dan pelik ini, sebenarnya your instinct are telling you something, naluri you berkata… “THIS IS NOT NORMAL”
Sebab kalau single man, lain caranya dan lebih mudah berjumpa walaupun jarak jauh, atau walau busy macamana sekali pun, yang susah adalah married man saja. Takut si isteri tahu, takut pecah lubang…itu yang busy tu.
Kalau nak tahu for sure, cuba surprised dia dengan pergi ke tempatnya, pergi ke pejabatnya, atau pergi jumpa keluarga dia tengok… kalau betul dia single lagi, sekurang-kurangnya you tahu for sure it is true… worst come to worst, you know the truth if he is married 😀
Salam Bro Razzi,
saya baru bkenalan dgn sorg laki nie dlm 2 bulan.awal2 dulu dia kerap msg saya dan dia bminat utk bkenalan mdalam dgn sy.sy suka dia dan dia ada bgtau dia suka sy cuma sy x respond scr direct. ada satu hari tue sy merajuk dgn dia sbb dia x mesej saya selama sehari.mula dari situ dia seakan mjauhkn diri tp saya akn msg dia atau dia akn msg sy cuma tidak sekerap awal2 perkenalan kami.dulu dia rajin ajak sy keluar tp sy x dpt nak kua sbb faktor jarak, skarang dia x ajak sy.dia ada buat pngakuan mngatakn dia tidak pandai bercinta dan lemah dalam prhubungn percintaan.sy musykil apa yg dia cuba sampaikan bila dia buat pngakuan begitu? sbb sy mudah terasa hati, saya ada block dia dari msg sy n dia dpt tau n Tanya sy.so sy berterus terang sy block dia sbb sy terasa ati dia seakan jauh.dia bgtau anggap dia sbg kawan biasa.so sekarang kami masih bbalas msg.sy nak tau adakah dia bminat utk bkawan sbg kawan biasa atau lebih sbb dia ada volunteer scr bgurau utk jdk partner scr kiasan selepas statement anggap dia as fren, dan bila sy panggil dgn gelaran kiasan tue, dia x marah dan balas dgn panggilan pasangan kepada gelaran tue. tp kami tetap tidak mesej sekerap awal pkenalan kami.kalau sy merajuk dia xkan pujuk cuma dia kata sy nie cept terasa ati.bole bro razzi tlg terangkan situasi sy?
abang boleh ajar sy tackle orang tak? HAHA! harus lah lelaki kan. stress lah abang. parents selalu tanya tentang teman hidup sy je. dah tak tau dah nak cakap ape. sekarang ne sy dah move on dan serahkan segalanya kepada Allah. siapa pun jodoh sy, sy akan terima dengan hati khlas. abang tolong lah saye ye 🙂
Salam bro Razzi,
saya confuse. cer bro Razzi explain lagi lanjut.. saya rasa saya category
Contoh 6 : You rasa pelik, lelaki ni…macam biskut, sekejap ada, sekejap tak ada. Sekejap muncul sekejap ghaib, hilang tah kemana. Tak ke dia rindu macam you rindu kat dia? Confused! Confused!
Isi hati lelaki – RINDU, bukan tak rindu tetapi lelaki itu sudah beristeri. Atau lelaki itu sudah ada tunang atau kekasih yang cukup ketat ikatannya. Masa muncul tu, masa dia free dari ikatan tu lah. Masa hilang tu, duk dengan bini lah beb… hehe simple! 😉 )
masalah nyer dia mmg tak kawin lagi, dia mmg tak ada girlfren and setiap kali contact msti dia cakap dia syg kt saya n nak kawen dgn saya. tiba2 dia hilang. pastu sebulan datang balik. paling lama setahun.. bila saya cakap saya confuse dgn tindak tanduk dia and cara dia layan saya dia cakap relex je.. pastu hilang lagi.. dia muda dari saya 4 tahun. confuse!!!