ISI HATI LELAKI…adakah anda tahu?

“Bro Razzi! …Dengan kadar segera pleasssse!” – Haa, itulah kawan-kawan saya dari kaum hawa nihh, kalau nak tahu sesuatu tu mesti nak segera. Sampai yang duk Australia dan Japan asyik bertanya dan kebetulan, gadis-gadis dari Sabah dan Brunei juga turut curious dan menggesa Bro Razzi menulis tentang Isi hati lelaki…

Ok girls, this is special for you!

So, adakah anda tahu isi hati lelaki? bagaimanakah anda boleh mengetahui apa yang lelaki fikirkan? Apakah yang terpendam di jiwa lelaki? Apakah anda sebenar-benarnya tahu kemahuan sebenar lelaki? Bagaimana pula dengan kebencian mereka?

True enough many man, makes women became 3 things… confused, confused and yes confused! Hehehe… well, bagi mereka yang sudah memiliki buku-buku dan ebook Razzi, for sure dia orang sudah ada jawapan secara detail.

Tapi bagi mereka yang belum tahu tu…

The truth …LELAKI IS VERY SIMPLE! …ISI HATI LELAKI, lagi lah mudah untuk diketahui. Tetapi ramai wanita hanya mahu memahami dengan cara mereka sendiri apabila ianya bertentangan, lalu dikatakan lelaki itu complicated!

Mana ada complicated? Lelaki is easy to understand, contoh :-

Contoh 1 : Jika lelaki kata, TAK MAHU. Jangan lah pula tanya “Mengapa tak mahu, pelik lah you ni.” – Aik? Tengok, dah buat complicated. Lelaki cakap TAK MAHU. That’s it, and that’s all…

  • Isi hati lelaki : Apa lagi yang nak confused? Dia tak mahu, tak suka, tak berminat… habis cerita lah. Tak ada reason lain, tak perlu pelik-pelik, just terima je, dia TAK MAHU.

Contoh 2 : Lelaki kata, “Kalau kita ada jodoh ada lah, tapi buat masa sekarang I nak fokus pada kerja I. Sekiranya you bertemu dengan lelaki yang lebih baik, I redha” – Okay, simple habis… ini adalah contoh lelaki yang cakap berlapik dan sopan serta mahu menjaga hati wanita.

  • Isi hati lelaki : Yang sebenar dia nak cakap, “I tak nak kat you, jadi you pergi dengan orang lain je lah!”

Contoh 3 : You syok kat mamat ni, dia okay la layan you. Pastu dia sangat rapat dengan you dan you suka sangat dengan cara dia, kemesraan dia pada you. Tetapi, dia tak pernah cakap yang dia nak kat you. Atau dia tak pernah pun bercerita tentang how he felt for you. So you beranikan diri kata you suka dia, and dia pun kata dia suka you. TAPI, you still confused, samada you dan dia ni bercinta ke?, atau akan ada percintaan ke?, atau maybe dia malu nak cakap dia berminat dengan you ke…you confused.

  • Isi hati lelaki – TAK PERLU CONFUSED! – Dia nak kat you dia akan cakap atau dia akan berkorban apa saja kat you. Dan dia akan jadi giler-giler nak berkepit dengan you setiap masa. Dia akan kelam kabut nak berhubung dengan you setiap hari That’s it! – Kalau dia tak cakap, that means dia tak nak kat you lah… Simple! Segala kemesraan dia hanyalah sekadar kawan biasa, of all you know, dengan all girls kenalan dia pun, dia macam tu.

Contoh 4 : Lelaki ni selalu call you, dia juga selalu ajak you keluar, makan-makan, minum-minum dan sometimes shopping. Kalau ada apa-apa masalah je sure dia akan contact you dah menceritakan segala masalah dia kat you. You become confused sangat… “Kalau betul dia ada girlfriend atau dia suka kat girl lain, pasal apa dia asyik cari aku ek?”

  •  Isi hati lelaki – Lelaki berkawan, BUKAN hanya dengan lelaki saja. Dengan wanita pun dia boleh anggap true friend seperti kawan-kawan lelakinya jugak. Tak boleh ke? Hehe… dia suka keluar dengan you dia suka shopping dengan you, sebab dia suka tengok reaksi dari pandangan wanita, that’s it! It’s got nothing to do with feelings!

Contoh 5 : Dulu lelaki ni beriya-iya sangat menghubungi you, hari-hari call dan berpuluh sms setiap masa. Sampai rimas lak… so after a while, dia dah kurang sms, call pun dah tak ada. You pulak yang asyik call dia, you pulak yang berpuluh sms kat dia. Tu pun dia reply sekali je. Sometimes tak reply langsung. Sometimes berhari-hari atau berminggu dia senyap. You confused… “Apa salah I? Apa yang I dah buat?”

  • Isi hati lelaki – “It isn’t you! It’s me…hehe” – Yaa, the truth is lelaki itu sudah tidak berminat. Dulu yes berminat dan suka sangat kat you, just that maybe ada girl lain yang lebih baik, atau maybe perangai dan cara you membosankan jadi, semangat untuk bercinta dah hilang, nak call, nak sms… jauh sekali la kan. It’s that simple, …dah tak berminat, asyik bertekak, bergaduh bosan!

Contoh 6 : You rasa pelik, lelaki ni…macam biskut, sekejap ada, sekejap tak ada. Sekejap muncul sekejap ghaib, hilang tah kemana. Tak ke dia rindu macam you rindu kat dia? Confused! Confused!

  • Isi hati lelaki – RINDU, bukan tak rindu tetapi lelaki itu sudah beristeri. Atau lelaki itu sudah ada tunang atau kekasih yang cukup ketat ikatannya. Masa muncul tu, masa dia free dari ikatan tu lah. Masa hilang tu, duk dengan bini lah beb… hehe simple! ;))

Contoh 7 : Kat office ada laa seorang lelaki ni, pemalu, cute tapi juga peramah orangnya. Baik hati, sometimes siap belikan you makan dan minuman. Selalu belanja you dan kat meja dia, selalu tersenyum simpul kat you dan kalau dia ada masalah kerja dia pun selalu cari you. Padahal ramai lagi girl lain. Hati pun berkocak, jiwa pun bergelora, teruja dengan sikapnya. Adakah dia syok kat aku? Adakah dia berminat dengan aku, tapi MALU nak cakap?

  •  Isi hati lelaki – YES, lelaki itu berminat dengan you tetapi dia juga berminat dengan girl lain juga. Kalau tidak dia sudah lama cakap, I love you WALAUPUN dia pemalu. Mungkin dia cakap melalui perbuatan. Atau pengorbanan. Since dia tak buat dan tak sanggup pun bersusah payah untuk you. Maybe he JUST BEING NICE saja 😉

Contoh terakhir : You sudah bercinta lama dah…lama sangat! Okay lah you tahu lah you dan dia dah kurang mesra sebab you all pun selalu sangat bergaduh! TETAPI you confused dan geram sebab tiba-tiba je dia menghilang diri lama, dan bila dah lama tu baru cakap nak berpisah. Dia tak explain pun sebab apa nak berpisah, in fact dia tinggal you gitu je, tak ada kata-kata akhir dan penjelasan, how you wish to know apa silap you dan mahu perbetulkan.

  • Isi hati lelaki – TAKUT! …ingat senang ke nak cakap kat girl, “Eh I nak berpisah dengan you!” Takut tau hehehe…itu yang belah gitu je tu. Pastu nak explain apa lagi…dah memang tak suka dah, takkan nak cakap kat you dia tak suka, atau dia dah bosan dengan you? nanti you melenting, menjerit dan cekik dia hahahaha…

Basically…

It’s like my article yang lepas bertajuk, “It’s either YES or NO!” that simple lelaki ni. Kalau dia nak dia akan cakap dia nak, dia syok kat you. Kalau dia tak nak, dia tak berminat dia takkan cakap. End of story.

  • Kalau dia ajak dating just the two of you, ajak keluar dinner hanya berdua, ajak join group holiday, dia berminat untuk memulakan perhubungan cinta atau mengorat lah tu.
  • IF dia tak ajak… walau dia malu atau tidak, that means dia tak berminat. Tak perlu nak confused atau pening-pening kepala… this is all and that is it! Okay? From now on tak perlu lah nak perasan atau syok sendiri ya… all the best and good luck hunting! Hehe 😉

p.s. : Ingin mengetahui kesemua karya Razzi Rahman dengan lebih lanjut? – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

hellorazzirahman@gmail.com | Bersama tajuk: Attn – Brother Love

651 Comments

  • LIYA – You nak rasa sedih kerana lelaki macam tu buat apa? Nak terjun bangunan semua? …jangan buang masa meratapkan lelaki yang tidak menghargai Liya… Seorang lelaki yang betul-betul ikhlas cintakan wanita tidak akan sanggup pun untuk berpisah, inikan pula dengan mudah-mudah dia putus lepas tu sambung balik lepas tu putus balik…

    Macamana kalau dah kahwin nanti? Asyik nak cerai je pulak… Love yourself more Liya!

  • riza

    Salam..

    I punya no.5 hahaha.. dia pun lebih muda.. dalam 4 tahun.. pelik sebab dia suka kat i.. sebab i mmg byk kekurangan.. even mase dia dapat lesen terus drive jumpa i.. bukan dekat.. so one day dia confess that he love me.. after 2 weeks tiba2 dia senyap.. bila tanya dia cakap sebab i dah berkerjaya.. education tinggi dari dia.. and dia xada apa2.. but b4 we declare i dah cakap dgn dia.. usaha sama2.. tak tahu apa masalah dia.. last call i ckap i ok.. i faham yang dia xnak dah kt i.. cuma i terasa dan kecewa.. sebab dia yang bagi harapan.. so dissapointed.. now i live my life..

    syukur Allah sentiasa bagi kekuatan pd i..

  • nina

    salam..
    cmne lak klu die sket ptos cnte kne tgl ngn ex die..then die lyn kte mle cm nk kwn n die kata law xd jdoh pon die still akn jge kte..n then die gtaw yg die syg kte..die ckp sal mse hdpn klu kwen sume..kdg salu j ad mse ngn kte p kdg elok2 mcj die diam j.. tsrmpk kt fb pon xtgor kata kredit abez k ape..mcj kt fon xblz..pastu bsoknye dtg bg alsan tdola xd kdt la..cmne tu

  • miss pink amraa

    abg Razzi. this is ms Pink amraa ;)(no.257)
    tq for the response..
    yes, dia dah tunjuk sign. such as.. phone messaging, deliver bunga to me 😀 and etc. i dah spend a day ‘dating’and makin kerap ber mesej. cuma. we are long distance relationship. i dont know if dia boleh tunggu setahun or not. but thanks abg for your response :))

  • echredz

    hello there, i have a few questions is there any possibility he afraid to approach you
    1. ad kemungkinan awek tuh dah ad bf/family
    2. because he’s too shy? afraid of comittment? afraid of being rejected

    why lelaki umur sudah 29 masih tiada gf? like never got one? is it because too shy?

  • sassy

    Salam, abg razzi i wanna ask u somethin. i dah kawan dgn senior i about 3years. and we’ve been close about 7months. and dia dah pun minta couple. but he’s not actually ask for couple but to make me as his wife to be. (he’s now working, umur dia 26; me 23(still study)) ok lama2 tu biasalah kitorg gaduh baik gaduh baik. dulu masa awal2 luahan cinta dia tu dia very sweet. like everyday text to wish morning n nyte even dia sangat busy and i know it. but now dia dah x mcm dulu. i ada sit and discuss dgn dia pasal ni, he told me that dia actually tak bole go trou lebih dr sorang kawan even dia anggap i lebih dari sorang kawan. for him bila i ngn dia, dia rasa sgt senang. tak mcm dia rasa bila dia ngn pompuan lain. dia cakap dia belum boleh bagi full komitmen sebb pernah frust ngn ex dia since 8years. dia cakap after i dia memang xpernah ada pompuan lain.family dia suka i, baru 2 kali jumpa. i ni jenis yg xpernah marah, tapi merajuk banyaklah. easy going. xpernah kongkong dia. cuma, i nak tau dia tu jenis yg ikhlas ke tak. sebab dia pernah take a silent action and not contacting for a week or couple. hmm.. hopefully abg razzi dpt tolong yakinkan saya apa yg perlu saya buat. TQ.

  • rina

    Assalamualaikum..Bro Razzi..
    contoh kalau saya minta nombor telefon lelaki yang saya suka, dia terus bagi dan tak komen apa-apa, dia just bagi macam tu je.. dia pun tak minta nombor telefon saya balik.. maksudnya dia memang tak berminat ke? saya masih simpan nombornya tapi tidak pernah telefon atau sms dia.. saya harap Bro Razzi boleh selesaikan dilema saya.. 🙂 hehe thanks

  • cahaya keimanan

    salam..sy ad sorang kwn laki ni..sy xfhm dngn dy y sush nk cakap ngn sy apath lagi lau sy anta msj nk tnya ttg krja ke..ssh sgt2 nk balas…kdg2 sy pelik dy ni ad mslh ke dgn sy???sy ad tnya gak dy tp dy kata ok je…kdg2 sy trsa gak seolah2 sy ad wt salah czdgn sy je bersikap cam tu..ngn org lain ok je..kwn sy ni pemalu ttp knp msa kitaorg g hangout main boling dy blh plak tgur kwn sy y xknl sgt tp ngn sy xtgur langsung..lau sy wt lawak pn dy just senyum je…kdg2 sy stress gak dgn org cam ni..blh xbgthu sy cara nk hadapi mslh ni???

  • cahaya keimanan

    sambngan dr soalan sy td..sy persan sikap dy berubh sjak ktaorg blik dr holiday faculty kt pankor..kt sna dy byk tegur sy then ari u tiba2 sy nk join gak amik gamba ngn kwn sy time tu dy ad sklaitiba2 msa nk snap dy duk tepi sy..bg s xda pe2 la tu..msa g main boling sy bual mesra ngn kwn laki y lain tiba2 semua org kt tmpt sama boleh pla dy duk kt tmpt lain..muka cam resah je bila tp bila tnya kata xcukup tido la…enth la sy pn xfhm..kdg2 geram nk tnya skli lg ap y dy xpuas ati dgn sy tp lau tnya dy msti bg jwpn sempoi je..cam xda pe2 lah..sakt ati raanya…

  • nina

    dlu sy smpt mengajar 1 skolah ngan sorg cikgu lelaki..ckgu tu ada la tgur sy mcm tanya soalan y kdg2 x perlu tanya pun..tp sy jwb x jwb jelah..sbb sy bru kat tmpt tu..sy perasan cikgu tu slalu tengok sy..even klas bertentangan blok sy perasan die tengok sy..dan setiap kali kiteorg btemu, die akan tenung mata sy..so mr Razzi, sy nak tau adakah dia suka sy? dah tak mengajar 1 tmpt ni,sy mcm slalu teringat kat dia..huhu..seksanya rindu y terpendam..adakah sy y perlu mmulakan dulu untuk bkenalan dgn dia? sbb kdg2 sy tfikir kalau die suka kat sy,mst die cari sy sbb member sy still kat skul tu..so mbe die tak suka sy pun..sy je perasan..huhu..

  • hi big bro.. i am still young with “isi hati lelaki” so.. hmm haha hmm i dont know how to cerita with you..

    ive a bf lah dulu. then dia cakap he really dont wwant me anymore. then i okay and left him. after 2 weeks dia datang balik dekat i. i terima dia. tapi we all tak buat apa apa relationship. dia masih buat perangai yang sama. Menipu, mengelat.. after that we broke up again. lepas sebulan dia datang lagi cari i. i tak tahu nak percaya atau tidak dgn dia lagi. haih.. banyak sangat soalan dalam hati ni nak tanya dekat you bro. what should i do with him :

    1)Dia ramai kawan perempuan, kenapa setiap kali dia chatting mesti nak cerita pasal “jodoh” “bf/gf” dengan perempuan lain. I Asked him to delete semua nombor kawan perempuan yang pernah dia dapat on fb. kenapa dia pertahankan? Saya dissapointed 🙁

    2)Kalau dia tak nak saya. kenapa dia merayu-rayu macam orang gila nak gettin back with me? tapi when i accepted dia langsung tak hargai peluang yang i bagi?

    3)kalau dia cakap dia nak kawin dengan saya, patut ke saya percaya? sebab dia betul2 menunjukkan dia nak kawin dengan saya. tapibetul ke? atau lelaki nak memain?

  • little sue93

    Hello bro….. Sue perlu bantuan bro..sigh.sue tgh dlm dilemma.frust. Dan menaruh harapan…sue suka ka seorg boy..sue rsa mcm nk luahkan perasaan sue kat dia .tp sue x brani..takut dia menolak ..apa harus sue laku kan..coz sue slu ingat kat dia.

  • little sue93

    Bro….klo boy ckp yg dia dah berpunya,dah da org milik.tol ka apa dia ckp????..erm klo boy tu ..time ngn awek bru dia,dia slu ungkit citer lma dia ngn ex gurl dia..kdg2 saket jga…pe maksud nya?

  • ipin

    Saya kenal ngn sorang dak niew, dia suka saya tapi hati dia bukan milik saya.

  • Emma Ishak

    RR. sy dh berkawan dgn bf sy dkt 2 tahun..selama tu juga kami tak pernah bergaduh ( mcm x caya jer)..tetapi recently saya marahkan dia sbb dia takmo tolong sya wat satu perkara sbb dia kata benda lst minute. so, sy bengang gila sbb dia takmo tolong. Skrg dah dekat sebulan lebih dia tak call and kitorang stop dating dan berjumpa walaupun dia tinggal atas tingkat umah sya jer…tp kalau saya sms ke, dia reply. tp dia still x call sy. Xkan nak tggu saya call dia kan? ada ker sy yg kena pujuk dia plk…hmph! Dalam dekat sebulan lbh dia x call n dating cam selalu, ada seorang kawan lama sy yang dah banyak kali propose saya and dia propose sy lagi. Masalahnya sy takleh accept dia sbb dia kristian. And sy pernah cakap dgn dia kalau nak convert bkn atas dasar nak berkahwin. And dia kata dia hanya akan convert bila saya nak kahwin dgn dia. Baru2 ni dia ada tunjukkan rumah baru yang dia beli. Its nice and suitable for someone who wanna settle down like him. btw, saya still sayangkan bf saya. Cuma saya risau, dia dah start looking for another option since dah dekat sebulan stgh tak bercakap and berdating nih…so, what am i should do? pls advice. TQ

  • Elle

    Salam…Abg Razzi..sy berkawan dgn this guy almost 1 year..Family pun dah kenal.. Kisahnya lately saya nampak dia berubah since kami gaduh n almost break tapi dia bagi peluang. Malangnya sy rasa kesal pulak kembali pada dia memandangkan sy selalu makan hati.. Pernah sy talk to him n dia hanya suruh saya sabar n terima seadanya sebagaimana dia boleh sabar dgn karenah sy sblum ni..Apa yg sy nampak ,dia more secretive,dingin n dh jarang spend time sama..Jumpa pun kejap2 n pastu masing2 buat hal sendiri.Alasan bz kerja..sy tahu kerja dia mmg x tentu masa n perlu bergaul dgn ramai org tapi saya x suka bila dia gunakan alasan itu.pernah kami gaduh dlm sms bila dia cakap sy ni suka ganggu dia keje padahal sy hanya sms tanya khabar..n dia mudah nak melenting n mula tuduh sy control dia sedangkan sy x pernah halang dia buat apa yg dia suka..Apa yg dia buat kalau boleh dia nak sy pejam mata tapi bila time sy dia nak amik tahu..n dia selalu nak cari point cari salah sy.. Entah laa Abg Razzi… smpai satu tahap kami gaduh besar n dia naik tangan. After that dia minta maaf n time tu sy mmg dah tawar hati sangat tapi dia pujuk n tanya saya hubungan yg camne saya nak..Tapi saya pulak buat slack disebabkan marah pada dia.. sy buat hal n dia dapat tahu.. Dia langsung x bagi peluang jelaskan apa2 n malam tu dia sms kata dia dah x tahan dgn saya n lepaskan saya..dlm masa yg sama dia bgtau dia x ada perempuan lain selain saya sbb sy pernah tanya dia.Kdg2 sy rasa dia berubah mungkin kerana org 3.. sy rasa bengang sbb bagi saya…dia nak saya jaga hati dia n berubah tapi hati sy dia lgsung x amik peduli..salah sy dia nampak tapi salah dia? Apa pendapat Abg Razzi..

  • dila

    assalamualaikum…. saya cuma nak minta pndapat pada abg razzi secara ringkas ttg masalah saya. hujung tahun lepas saya telah menerima ujian Allah yang paling besar dlm hidup saya sehingga membawa perubahan pd hidup saya. ianya berlaku ketika saya menjalani kursus di suatu tempat.mmg saya rasa terkesan dengan semua ni.apatah lagi setelah balik dari kursus saya lost contact dengan bakal tunang saya.tapi saya anggap mungkin kami tak serasi. jadi akhirnya saya lepaskan dia dgn cara baik tanpa ada perasaan benci.sebenarnya saat inilah saya perlukan sokongan dn semangat darinya. saya lebih byk memanjatkn doa kpd Allah agar saya sentiasa kuat. tapi dlm masa yg sama bila saya terkenangkn seseorang yg saya kenal, hati saya terasa tenang dn segala kekusutan yg ada lari entah kemana.apa maknanya? sedangkan saya belum mengenal lelaki itu secara rapat.saya tak nak menaruh harapan kerna saya nk kehidupan yg tenang dn bahagia bersama keluarga yg menyayangi saya.saya hanya inginkan pendapat dari Abg Razzi..

  • fafa94

    assalamualaikum…
    soalan saya simple jer…

    saya knl seorang lelaki melalui alam maya je..kmi kwn selama dua minggu…lps tuh msing2 jujur dgn hati masing2…skunk nk genap sebulan…dye slalu mnyatakan dye syg saya n cintakan saya…sblom mengetahui perasaan masing2 sblom nie pon dye suka mnyatakan *i love u* tpi saya anggap dye mnyatakan sbagai kwn…slps dua minggu dye mnyatakan dye suka kn saya…dye akan mngalirkan air mata apabila dye rasa saya tidak mengendahkan dia…dia seringkali mnyatakan perasaan kpd saya…tpi sy was2 dgn percintaan jarak jauh nie…skunk nie dye kt singapore buat operation hati…dye sanggup col sye lps dye abis operation…dye rajin kirim mes jiwang2..ayt2 dye mmg mendalam…setiap bait kata dye dpt trasa mkna nye…dey sering mnyatakan perasaan cinta nya kpd saya…mcm saya katakan kmi bercinta jarak jauh…

    soalan pertama saya..
    -boleh ke hubungan kami kekal wlaupun bercinta jarak jauh??

    soalan kedua..
    -adakan dia benar2 ikhlas dan jujur mencintai saya??

    #hanya inginkn pendapat en tntg ini…walaupun sya tahu x spatot nye sy was2 dlm perhubungan nie…

  • nad

    salam..
    abg i hv crush on this guy about one years ago until now we still together i mean keep in touch always but we are friends not more than tht. when i apart from him my feelin towards him was gone .he knew about it kinnda dispointed n merajuk bila dgar nad ckp mcm tu.and tht time i was at indon studied.but now i do really2 like him for the second time.i told him and i know he like me too but it seems he never express his feelin to me.and i dont know y.i was thinking maybe he not a person tht simply talk about feelin. because for the first crush on him pun he never said anything eventhough i knew he likes me too. when we went out together he treat me very well n friendly.n not more than tht just like friend.but in certain time he treat me like he wants me but he never say i love u or what.never.but seriously abg i want to be with him.hm. and our age is very far. im 19 and he’s almost 26.
    this my stories.can u give a advice about it?

  • daniela

    salam abang razzi,

    saya ada berkenalan dengan seorang lelaki melalui laman sembang dia duda anak dua dia baru setahun lebih bercerai saya tahu dia sangat sayangkan keluarga dia lagi mereka bercerai pun atas sebab kewangan…

    di awal perkenalan dia agak mesra selepas itu dia agak dingin dia ada berterus terang dia kata sya ni cepat mesra dengan dia dia takut saya terluka katanya dia tak bersedia lagi ada komitmen dengan sesiapa termasuk saya kata nya bukan sebab saya tapi sebab diri dia tak stabil dari semua segi…

    saya mulai menyukai dia tetapi selepas dia ckap macam tu saya agak sedih la dan keliru adakah dia memang betul tak mahu ada komitmen buat masa ini atau ianya sebab dia tak suka diri saya saya ada bertanya pada dia dan dia kata bukan sebab saya tapi sebab dia memg dia mahu menstabilkan diri dia dulu sekurang kurangnya dua tiga tahun dia mahu bersendirian saya masih tak berputus asa dengan dia

    apa pendapat abang razzi?

  • jack

    yer, lelaki macam aku ni sngat simple.. yes is yes and no is no, kdag2 prmpuan ni membantutkan usaha aku jer.hehe

  • RIZA – Dont worry dan no need to be frustrated. Patutnya bersyukur kerana terlepas dari seorang lelaki yang tidak kuat semangatnya. Orang seperti dia, kalau nak kahwin pun mungkin tak jadi… lagi teruk!

    NINA – Pada pendapat I, lelaki atau wanita, jika betul-betul dia takkan banyak alasan, kalau macam-macam alasan like your bf tu… means AUTA LEBIH lah tu… forget it la kan.

  • MISS PINK AMRAA – You’re always welcome ya and good luck! 😉

    ECHREDZ – Ada 2 kemungkinan jika lelaki sudah berumur 29 tahun tapi tak pernah ada kekasih.

    1. Dia mungkin punya banyak kekurangan diri lalu kuranglah keyakinan diri untuk memikat sesiapa.

    2. Dia mungkin sentiasa dapat apa yang dia nak dengan girls, so to him buat apa nak ada girlfriend? 😉

  • SASSY – Mungkin betul la dia tak ready… atau mungkin dia punya pilihan lain yang lebih baik, lalu dia memberi alasan yang dia tak nak ada komitmen for the meantime…

    If I be you… I takkan tunggu lagi la kan, unless if you have a lot of time to wait and see. BUT if umur sudah semakin lanjut atau diri sendiri terasa sudah lambat, better make your move.

    Coz, a guy that really love a girl and crazy for her, takkan lepaskan peluang untuk ‘IKAT’ the girl to him sebab takut dapat kat orang lain… TAPI ini seolah-olah he don’t care anymore, kan?

  • RINA – Simple! You got his number you call la dia, or text him. Tunggu apa lagi 🙂 – Kalau dia melayan kemain lagi you know la dia suka kat you. BUT if dia tak jawab, sms pun tak reply… well you know apa maksudnya tu kan 😉

    LITTLE SUE93 – Same story, same case dengan Rina juga… all because takut rejections hehe… Buat apa nak takut, rejections tu normal la kan. Ianya termasuk dalam steps bercinta. Forget about it, JUST DO IT! Kalau dapat, dapat laa kalau tak dapat, dia yang rugi…dan ramai lagi orang lain yang lebih baik, PLAIN and SIMPLE!

  • CAHAYA KEIMANAN – Kalau orang dah tak suka kat kita, takkan dia nak cakap direct kan? Mestilah dia buat macam ni lah… perlahan-lahan tarik diri, menghilang dan tak melayan… itu tak nak dah lah tu.

    Mungkin dulu dia suka kat you sebab belum kenal you yang sebenar lagi. Tapi bila dah kenal, dia tak suka… siapa tahu kan?

    Tapi ini bukan salah you, sometimes people see us differently. To us semua okay but to him maybe ada perkara yang dia tak boleh terima. TAPI tak gentle la lelaki macam ni… kalau tak nak, tak suka, cakap la terang-terang, dayus tul!

  • NINA – Lelaki ni suka admire keindahan alam dan kecantikan insan… so maybe dia admiring you dari jauh.

    If you nak tahu samada dia suka kat you atau tidak, you tak perlu mulakan dulu, tetapi you boleh bukakan jalan untuk dia la…

    Kalau dia berminat, sure dia grab peluang tu, tapi kalau no response tu well you pun tak malu kan. Just make it like normal friend la…buat simple-simple meet up with friends kat sana… see if he’s there again, find a way untuk memberi peluang kepada dia, memberanikan dirinya 😉

  • nina

    yup..seperti mr razzi cakap..jangan terlalu berharap..mungkin sbb sy tak layan sangat mamat tu waktu sma ofis dulu..so mamat tu mls dh nak lyn sy..huhu..dulu slalu sgt tenung mata sy..tp skrg dh jumpa kat luar..die tgok jap nterus bpaling..setiap kali mcm tu..so rsenye dia tak bminat lg kot..hmm dulu bkn sy nak jual mahal..tp mse tu sy dh ade bf..so skrg dah xde bf..mamat tu buat perangai mcm tu…so better jgn berharap kan bro..sy tak tau apa mksud tindakan dia bpaling kalau lepas tgok sy..so sy judge die menyampah kot dgn sy..dh la lama sgt xnmpk die..mmg btul2 mgu y sma sy clash..maybe tuhan temukan sy ngan mamat tu nak bg petunjuk kot y mamat tu pun bukan jodoh sy..

  • nina 1

    dah la sy rse terkilan ngan xbf sy..caner tah sy tiba2 tbuka pintu hati nak bdoa pada Allah spy di beri petunjuk..sma ada sy patut teruskan hubungan dgn xbf sy y dh lbh 4 thn lbh atau putuskan je..so keesokkan hrinya..mcm ada hint bf sy mengelak dr msg/kol sy..so esoknye lg die sendiri y putuskan hubungan kteorang..alasan die lepaskan sy sbb die cakap mbe kteorang tak sesuai sbb tu rezeki sy susah nak masuk n susah nak dpt keje. bkn sbb die ada bf lain ke ape..tp 1st die cakap sbb die nak ushar opismate die n lps tu bru die gtau alasan sbb kiteorang mgkin x sesuai bsama..dan 1 lg alasan die sbb mle2 mmg die syg sy as gf..tp dh lme2 rse syg mcm syg kat adik..hmm ..sy tanye..nape tak bgtau dr dlu lg..die cakap sbb die takde kekuatan nak gtau sblm tu..dlm 2 3 hari la sy sdih sgt..haha..tp sy tau sy sendiri pun xde lah jatuh ht kat mamat tu even konon2 kapel sampai 4 tahun lbh..mbe kapel sbb bosan sunyi n simpati..tp sy sgt x ske dgn alasan y xbf tu bg..dah tak nak..cakap jelah direct kan..xyah la beralasan itu ini bagai..hmm..cukup cakap mmg xde jodoh je pun cukup

  • ATIKOT – Not sure how young are you guys BUT, I might say THE VERY 😀

    Okay, my answers :-

    1. Dia pertahankan nombor phone girl lain, sebab dia suka berkawan dengan semua girl tu la simple je… kalau you tak boleh terima, why you nak kat dia lagi?

    2. Lelaki akan merasa tercabar bila tak dapat, bila dah dapat, hilang cabaran datang rasa bosan. That’s why tak boleh senang-senang terima any guy… bagilah masa dia memikat you 6 bulan ke setahun… 😀 … if he still around, itu baru cinta!

    3. KAlau lelaki mana sekali pun SEKADAR CAKAp nak kahwin…tapi tak ada apa-apabenda yang dia prepare or ready… Semua tu AUTA je la lebih. What make you say dia betul-betul nak kahwin? Apa persediaan dia? Family dia dah sedia nak masuk meminang?

  • EMMA ISHAK – Lower your ego, forget about everything, buang semua siapa yang kena mula dulu… itu semua useless rules…

    Kalau you nak kat dia, you have to fight for him la… why tunggu sampai begitu lama? Since dia pun baik dan tak pernah gaduh before that means dia ni is someone that you need to fight for him to be with him. Come on babe!

  • ELLE – Pendapat I, relationship ni kena sama-sama compromised laaa… tak boleh sebelah pihak saja. Sure akan bergaduh dan tak puas hati sampai bila-bila.

    Tapi I pantang la kalau lelaki naik tangan ni, dayus! Kalau I tak bagi peluang dah babe… Ramai lagi kat luar yang menghormati wanita.

  • DILA – 1st…Pilih hidup yang membahagiakan you! 2nd… pilih orang yang sentiasa buat you rasa happy, selesa, tenang, gembira, ketawa… all that! Tak perlu fikir dah yang lain-lain.

  • FAFA94 – 1. Perhubungan jarak jauh mana pun, kena jumpa, kena kenal, kena berbual, kena selalu berhubung, dan ambil masa yang lama untuk sama-sama kompromi, IF NOT, takkan berjaya.

    2. Kalau setakat 2minggu, I cant say anything yet… tengoklah selepas 6 bulan adakah dia masih sama, kalau sama, then betul la dia cinta. But if 1-2 bulan pun dah berubah… forget it la kan.

  • NAD – You’re sooooo young!! BAru 19! How I wish I’m 19 haha 😀

    Well… love is about MAGIC! The feeling inside that you can’t really describe but it feels underneath your skin…crawling, sracthing… bergetar-getar kat hulu hati! That’s love! Did you guys feels that?

    Anyone yang feels that, ONCE they feel it, they’ll be crazy about it, tak boleh duduk diam!!

    If that so… do you think you or him can just sit and relax, segan-segan nak cakap LOVE….and just forget about the feelings inside, atau just forget getaran di jiwa? Definitely not! BUT if you do, that means it’s not really love is it? MAybe just an affectuations? So basically what I’m trying to say, “Kalau ada MAGIC, you have to go for it… maybe he’s the one, but if you just rasa gitu-gitu je…dan dia pun macam gitu-gitu je jugak maybe it’s time to move on”

  • DANIELA – Ya I would believe what he says. Selalunya duda yang sudah punya anak ni…then kewangan pula kurang stabil, memang agak susah untuk membuat keputusan apatah lagi untuk ada komitmen, ini kerana komitmen pada keluarganya pun tak lepas… pada anaknya lagi lah…. jadi macamana dia nak ada komitmen dengan kekasih pula…. SURE BERAT!

  • q

    salam bro

    minta pndapat sdikit

    adakah wanita memang susah untuk tunjukan rasa syg mereka? kdg2 sy dpt rasakan kdg tidak..untuk mndgr panggilan syg pun susah amat jarang dan kdg2 sms yg diberi pn dijawab terlalu ringkas..tapi sy tahu yg dia memang sygkan sy..

    ape pndapat bro..untuk info sy tua 2 tahun dari dia..
    tq

  • Rain

    Salam…mohon nk mtk share …cool gile bebe

  • Elle

    Sy masih memberi peluang pada dia tapi dia langsung x bagi peluang pada saya dan dengan mudahnya dia singkirkan saya dari hidup dia..Mungkin dia dah bosan atau ada org lain kot! Takpelah..what goes around comes around. Saya pun dah tawar hati dengan dia… wish me luck to forget him

  • penunggu

    salam..

    nk tanya… kalo xbf kite tuh ckp “tankz bg sy semua tue…blajar elok2…blajr rajin..sy doa kn y terbaek utk awk…lepas habis belaja awk nk cari sy balik..cari lah…kalo tanak..tape lah…penting kn keluarge dlu…keyy…”

    kalo mcm nieyy ape pulak maksod nye…n sblm 2 kami dah putus di sbbkn sy menipu dye…tp dye ta tanye sy sendiri..dye bertanye pd owg laen…then sy usaha tok jumpa dye…nk taw cite sbnr..then lepas sy taw cerita…bru lh sy faham..then sy ta dpt terima dye mtk pts ngn sy…sbb dye pon pernah menipu jga…sy menipu dye tentang teksi sahaja…sy ckp y mlm kami gado tuh sy balik naek teksi..sedang kn sy mtk tlg kwn sy y hantar kn..dan dia pula menipu sy dgn mendua kn sy…tp sy masih lg boley menerima dia…kalo xbf kita 2 menangis masa last kami berjumpa then dye kesat air mata kita…then dye mtk maaf…ape pula 2..??masih ada kah peluang utk kami semula..

  • Q – Sesetengah wanita yang punya ego yang tinggi, sudah bertahun-tahun bercinta pun ada yang tidak pernah ucapkan, ‘I Love you’

    Tetapi, punyalah cemburu dan terlalu mengambil tahu. Obviously, dia mengucapkan rasa cintanya melalui perbuatan.

    I would prefer a girl yang CAKAP dan TUNJUK… baru terasa real percintaan itu. BUT ada juga girl yang tak cakap sebab dia tak ada feel kat orang tu. So apa Q perlu perhatikan dan notis adalah perbuatan dia, actions dia, dan pengorbanan dia… Adakah ianya towards you? Otherwise… she’s not really into you. So better hati-hati 😉

  • RAIN – Please do share tho’ 😉

    ELLE – No worries la beb, you can have better than that worthless okay. Just be strong, and believe you’ll be great later.

    PENUNGGU – REPLIED.

  • vell

    hai .. i suka ngn seorg lelaki ..but very difficult to understand his attitude..
    i selalu sms ngn dia,dia akan r’ply,but dua tiga sms,tanpa pentutup dya akan hilang begitu shaja .. kami pernah date sekali n selama perkenalan kami hnya sekali dia pernah cll i ..
    dia seorg yg suka habiskn masanya dengan game,dia juga pernah bagi tahu i yang dia single .. i sngt2 sukakn dia .. tapi sukar untk fhm isi hatinya terhadap i .. 🙁

  • anggerikwangi

    Bro razzi nak tanya pendapat u nih… I ada kenal seorang sahabat lelaki nih secara online.. dah bersahabat lama bertahun.. tapi baru sekali jumpa dalam satu gath.. tak sembang banyak pun masa gath tuh.. dionline saya ada kenal kawan2 dia juga..ada juga kawan2 dia yang bagitau saya yang sebenarnya dia suka kan saya.. tapi saya buat taktahu saja.. sampai satu hari dia cakap ILOVEU kat saya..tapi saya buat macam bergurau2 saja tak amik port…bro rasa dia serius ke?

  • Shasha

    Salam,bro razzi…betul ke cinta ni myakitkan?semakin lama i smakin confius dgn bf ni…kami brhubungan jarak jauh dan kenal melalui online…kami pernah couple dlu n break disbbkn kantoi mlalui spy dia di malaysia…thn lps kami bertemu semula n sudah selama 4bln kami brgayut setiap hari..dia berada jauh di luar negara.beza 6 jam dgn malaysia..dh 3thn dia xbalik malaysia..dia sgt myayangi sy tp mslhnya smpai skang dia trauma n takut nak confirm dgn i sb takut i curang lg..padahal i dh xde laki lain…mula2 i rs ok..tp makin lama i makin rimas sb dia nak tau semua pergerakan i..pelik…syg,cinta tp trauma nak declare n bila i minta dia balik malaysia dan kwin…alasan dia tetap sama…dia masih cuba utk mbina kepercyaan dekat i atas apa yg i dh pernah buat kt dia…eeeiii..tiap2 ari i brdoa supaya Tuhan bukakan hatinya utk terima i semula…i dh penat menunggu yg tidak pasti…umur pn dh smakin meningkat…lepas tu,sgt cemburu n marah bila ada lelaki lain yg cuba nak dekati i…pelikla…kenapa ada lelaki mcm ni di dunia ni?sgtttt complicated…stiap hari brgayut ym n skype…rsnya kalau i tunggu dia brbaloi ke?i takut lg 2 3 thn i tgu dia tp at last…tak jadi…tolong….untuk pengetahuan bro razzi.kami tak pernah berjumpa sb dia belum balik malaysia lg…dan i tak pernah tgk dia walaupn dlm gmbr…tp psl i n semua psl family i dia tau..bla tnya psl fmily dia,alasan dia..belum confirm,tak boleh cerita lg…eeeiii..sakit jiwa i dibuatnya…rs mcm nak lariii jauhhhhhh

  • annieca

    yeah,,man is simple,,,saya awal2 bagitauk cinta hati saya,,kalau mau berskandal atau dah tak sayangkan saya,,bagitahu saya jer,,apa bleh buat,,daripada saya ditipu dan dilukai dalam diam,,saya akan lepaskan dgn rela,,,dan dia janji kalau pkara tsebut jadi,dia akan bgitauk,,walaupun kita brdua berharap takkan jadi yg sedemikian,,namun tidak salahkan kita saling ada terma dan syarat yg dpersetujui bersama,,,apalah guna dia simpan saya kalau dia suka yang lain,,betul tak?.. kami berdua mjalinkan percintaan jarak jauh,,namun jarak inilah yang mengajar erti kehidupan saya sendiri,,mksudnya,,kalau saya tidak rindu dia,,tapi saya ada memikirkan dia,tak perlu nak mesej slalu,smpai kdg2 saya bosan juga xtau nak msej apa lagi,tapi tidak bermakna saya bosan dgn dia,seronok bcinta jarak jauh,,lebih2 kalau dua2 masih study,,boleh juga elak maksiat,,hehehe,,

  • daniela

    abang razzi abang maksud u SURE BERAT!

  • VELL – First sekali, you kena tahu perkara apa yang membuatkan you sangat sukakan dia. Kalau setakat sebab dia hensem, lawa, …itu tak mencukupi. – Lihat saja dari story you, semuanya itu menunjukkan you TIDAK SUKA DAN TIDAK SEFAHAMAN dengan dia. So macamana boleh you suka kepada dia… apatah lagi mahu memahaminya, betul tak? 😉

    To love a person, you need to be EASY to like him, understand him… kalau susah faham, it shows, he is not for you.

  • ANGGERIKWANGI – Belum couple dah cakap I love you? Mudah je menggunakan kata cinta…

    To me, I don’t trust this kind of person la kan, kalau mudah dia cakap kat you, ianya juga akan mudah cakap pada orang lain.

    Cinta takes time…long time to understand, to feel, to love… bukan mudah untuk menyatakan I love you just to anybody at anytime.

1 4 5 6 7 8 13

Leave a Reply

Info Penting!

“Mulakan perjalanan healing anda dengan  Ebook 30 Hari Jaga Hati, lengkap dengan Hadiah + Bonus bernillai RM1,280! PERCUMA hari ini

Razzi Rahman Creative © 2025-2026 Copyrights Reserved

Ebook Terbaru! 30 hari Jaga Hati

Khas buat yang pernah terluka, dan mahu kembali bangkit dengan lebih tenang dan bahagia.

Milikinya hari ini dan dapatkan RM1,280 Nilai Pemberian Percuma untuk anda!

About Me

Razzi Rahman

Director

Author | Designer | Singer

“Lebih 10 tahun pengalaman dalam menangani persoalan cinta”
Fb followers
0 +
Pembaca Blog
0 Juta
Published ebook
0
Telah baca ebook
0

ebook 101 Cara
Memikat Lelaki

Ketahui 101 CARA Untuk Memikat hati pasangan anda. Pastikan LELAKI, KEKASIH, SUAMI ANDA,  kekal CINTA dan menjadi MILIK ANDA SELAMANYA!
BELI SEKARANG!

Testimoni 01

“Saya tak sabar untuk mendapatkan karya bro Razzi Rahman yang seterusnya!. MEMANG BEST!!

Saya telah beli 5 koleksi ebook Cinta untuk hadiahkan kepada kawan-kawan dan juga kepada yang tercinta. Semuanya kerana tulisan santai dan mengusik jiwa dari Brother love! ❤️

Noorfazlina Ibrahim
Pegawai Pusat Kesihatan

Razzi Rahman
Designer

(Digital Graphic Designer, Content creator, Internet Marketing Expert, Business Branding, Web Design Development)

Expertise
0 %
Skills
0 %
Passion
0 %
Commitment
0 %

My Design Portfolio

See more here : Klik Di Sini

Artikel Terbaru

  • All Posts
  • Brother love
  • Cinta 101
  • Kisah Cinta
  • Making e-Cerpen
  • Muzik
  • My Life
  • PENYANYI
  • Special News
  • Tips Cinta

ebook 101 Cara
Mencari Cinta

Ketahui 101 CARA Untuk Memikat hati pasangan anda. Pastikan LELAKI, KEKASIH, SUAMI ANDA,  kekal CINTA dan menjadi MILIK ANDA SELAMANYA!
BELI SEKARANG!

Testimoni 02

Gaya penulisan bro Razzi Rahman ala jiwa remaja, mencuit hati saya untuk meneroka setiap hasil sentuhan tangannya yang dapati, sungguh mengasyikkan sekali.”

Nama penyanyi Razzi Rahman sememangnya sudah tidak asing lagi bagi peminat seni tanah air. Dan kini, hasil penulisan beliau yang santai pula mengejutkan saya. Malah kadang tulisannya menggelikan hati, memang menakjubkan! Saya yang dulu sering merasa rendah diri serta segan bercampur terutama lelaki, kini telah mula berkeyakinan! Thanks Bro ❤️

Norzuwainah bt Abd Hamid
Owner of Contractor Company

Edit Template

Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved

Information

hellorazzirahman@gmail.com

019 5537088

SOVO, A-19-15, Denai 128 Habitus, 19th Floor, Persiaran Metafasa,
Section U16, 40160 Denai Alam, Selangor