Pengantin 3 jam!

Petikan dari Harian Metro – 12December2009

Oleh Riadz Radzi, Rashidi Karim dan Irma Ernany Mohd
am@hmetro.com.my


KANGAR: Hanya tiga jam. Itulah tempoh sempat dinikmati seorang lelaki untuk bergelar suami sebelum menemui ajal dalam kemalangan ngeri apabila kereta dinaikinya bertembung sebuah bas persiaran di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar, dekat sini, semalam.Dalam kejadian jam 1.05 tengah hari itu, Mohd Ariff Ab Kadir, 23, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Melati Indah, Beseri, dekat sini, selepas majlis akad nikah di masjid berhampiran rumah keluarga isterinya, Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, 23, di Taman Berlian, Alor Star, kira-kira jam 10 pagi.

Turut terbunuh kedua-dua ibu bapa Mohd Ariff iaitu Apsah Othman, 58, dan Ab Kadir Awang, 55, serta rakan karibnya, Mohd Farhan Musa,18.

Mohd Ariff yang baru saja menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan mekanikal di sebuah universiti di United Kingdom, tahun ini, sepatutnya memulakan tugasnya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Arau, dekat sini, Rabu depan.

I============================I

Amat memilukan hati saya apabila membaca berita yang terpapar di dada akhbar Harian Metro kelmarin. Terus saja terbayang betapa sukarnya nanti hidup si isteri yang baru sahaja diijab kabul …betapa peritnya menanggung berita kematian suami yang baru dinikahinya 3 jam lalu…

Begitulah mudahnya kita kembali ke rahmatullah, bila sudah sampai ajalnya. Maka, hargailah masa yang ada bersama yang tersayang, penuhi lah dengan kebahagiaan. Pergaduhan, pertengkaran, hidup dalam berduka, berdendam, tidak akan memberi keuntungan.

Pesanan ikhlas dari Razzi Rahman buat Teh Affifah Shahirah Abd Hamid :

Aku tidak mengenali mu…tetapi aku amat terasa begitu besar dugaan dari Allah buat mu, begitu perit menanggungnya hanya Tuhan saja yang tahu… aku turut bersedih Affifah, namun, walau berat dan perit menanggung pemergian suami tercinta itu, PASTI Tuhan ada menyediakan satu rancangan yang lebih besar buat mu, lalu…redhalah dengan ketentuannya. Hanya itu yang dapat memujuk lara, menyembuh duka. Takziah buat suami mu dan seluruh keluarga mu, muga-muga suatu hari… kebahagiaan jua kan jadi milik mu, InsyaAllah.

Dengan rasa tanggungjawab terhadap sesama insan, marilah kita sama-sama mengucapkan takziah dan ramai-ramai memanjatkan doa, kepada arwah suami Teh Affifah, Mohd Ariff Ab Kadir …muga rohnya dicucuri rahmat hendaknya, InsyaAllah. Amin!

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

hellorazzirahman@gmail.com | Bersama tajuk: Attn – Brother Love

14 Comments

  • “Takdir yang menentukan pertemuan yang tak disangka… takdir jua yang menentukan perpisahan…”

    Al- Fatihah… moga rohnya dicucuri rahmat

  • tertarik dgn blog bro..

    al fatihah

    sedih membaca n3 in…besar sugguh dugaan yg diberi…

  • Ms. Shasha...

    Takziah dan al-Fatihah buat suami Afifah dan keluarga yang terkorban.Jodoh,ajal maut semua Dia yang tentukan.Kepada Afifah,semoga dia tabah dalam menempuh dugaan ini….Sha turut bersedih dengan apa yang menimpa Afifah.Tapi setiap kejadian pasti ada hikmhnya

  • brita yg paling sedih prnah aq dgr..tunjuk kat kita semua ajal n maut x kira tmpat n usia..moga tragedi ini mmberi pngajarn kat kta semua trutama gol.remaja…mgkin ramai x tau mangsa n isterinya x pnah kluar brsama wlaupun skali..hnya melalui emel shaja..yg aq rasa sgt susah nk cari pasangn dgn akhlak bgini sedrlah remaja smua jglah akhlak anda……innalillah n takziah kpada kluarga mangsa

  • Shahh

    Takziah dan Al Fatihah buat Afifah & Keluarga…

  • huzaimah

    salam buat Teh. Sabarlah… Allah tidak akan menguji hambanya melebihi daripada kemampuannya menanggung ujian tersebut. Saya amat memahami perasaan itu kerana saya pernah mengalaminya. Allah ingin menguji layakkah kita menduduki syurgaNya dengan memberi sedikit ketakutan, kususahan dan kesedihan.

  • Syukurlah kita semua punya rasa yang sama terhadap kejadian ini.

    Dan seriously, jika I bayangkan ianya berlaku kepada diri sendiri…uhhhhh!!! I really don’t know how shall I survive…

    Mungkin, hidup bagaikan sudah tidak berguna lagi. Nanguzubillah… semuga Allah selamatkan kita semua dari segala jenis mala petaka.

  • nurul

    takziah…..

    honestly,kalu betul2 jadi kpd sy,sy betul2 tak kuat nk hadapi semua ni… kehilangan arwah ibu pun,sy tak begitu kuat…

    Allah maha kuasa….DIA akan ambik sape2 yg DIA nak….

  • nurul

    .. dia (ALLAH) tak ambik ape yg dia nak tapi dari dia kita datang dan kepada dia kita pergi.. mungkin di akhirat kelak kita akan kekal disana bersama orng yg kita syang , (“,)

  • nurul

    right,,,setuju ngn bie…(^_^)

    mungkin di akhirat kelak kita akan kekal disana bersama orng yg kita syang , (”,)

Leave a Reply

Info Penting!

“Mulakan perjalanan healing anda dengan  Ebook 30 Hari Jaga Hati, lengkap dengan Hadiah + Bonus bernillai RM1,280! PERCUMA hari ini

Razzi Rahman Creative © 2025-2026 Copyrights Reserved

Ebook Terbaru! 30 hari Jaga Hati

Khas buat yang pernah terluka, dan mahu kembali bangkit dengan lebih tenang dan bahagia.

Milikinya hari ini dan dapatkan RM1,280 Nilai Pemberian Percuma untuk anda!

About Me

Razzi Rahman

Director

Author | Designer | Singer

“Lebih 10 tahun pengalaman dalam menangani persoalan cinta”
Fb followers
0 +
Pembaca Blog
0 Juta
Published ebook
0
Telah baca ebook
0

ebook 101 Cara
Memikat Lelaki

Ketahui 101 CARA Untuk Memikat hati pasangan anda. Pastikan LELAKI, KEKASIH, SUAMI ANDA,  kekal CINTA dan menjadi MILIK ANDA SELAMANYA!
BELI SEKARANG!

Testimoni 01

“Saya tak sabar untuk mendapatkan karya bro Razzi Rahman yang seterusnya!. MEMANG BEST!!

Saya telah beli 5 koleksi ebook Cinta untuk hadiahkan kepada kawan-kawan dan juga kepada yang tercinta. Semuanya kerana tulisan santai dan mengusik jiwa dari Brother love! ❤️

Noorfazlina Ibrahim
Pegawai Pusat Kesihatan

Razzi Rahman
Designer

(Digital Graphic Designer, Content creator, Internet Marketing Expert, Business Branding, Web Design Development)

Expertise
0 %
Skills
0 %
Passion
0 %
Commitment
0 %

My Design Portfolio

See more here : Klik Di Sini

Artikel Terbaru

  • All Posts
  • Brother love
  • Cinta 101
  • Kisah Cinta
  • Making e-Cerpen
  • Muzik
  • My Life
  • PENYANYI
  • Special News
  • Tips Cinta

ebook 101 Cara
Mencari Cinta

Ketahui 101 CARA Untuk Memikat hati pasangan anda. Pastikan LELAKI, KEKASIH, SUAMI ANDA,  kekal CINTA dan menjadi MILIK ANDA SELAMANYA!
BELI SEKARANG!

Testimoni 02

Gaya penulisan bro Razzi Rahman ala jiwa remaja, mencuit hati saya untuk meneroka setiap hasil sentuhan tangannya yang dapati, sungguh mengasyikkan sekali.”

Nama penyanyi Razzi Rahman sememangnya sudah tidak asing lagi bagi peminat seni tanah air. Dan kini, hasil penulisan beliau yang santai pula mengejutkan saya. Malah kadang tulisannya menggelikan hati, memang menakjubkan! Saya yang dulu sering merasa rendah diri serta segan bercampur terutama lelaki, kini telah mula berkeyakinan! Thanks Bro ❤️

Norzuwainah bt Abd Hamid
Owner of Contractor Company

Edit Template

Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved

Information

hellorazzirahman@gmail.com

019 5537088

SOVO, A-19-15, Denai 128 Habitus, 19th Floor, Persiaran Metafasa,
Section U16, 40160 Denai Alam, Selangor