Syukur dalam CINTA

syukur

Alhamdulillah, kita bersyukur dengan nikmat yang Allah beri, syukur dengan kehidupan sendiri, syukur dengan perhubungan yang terjalin setakat ini, syukur dengan ketenangan dalam perkahwinan kini, syukurlah apa sahaja takdir Ilahi. Itulah yang penting!

JANGAN SESEKALI :-

  • Mencemuh melihat couple yang bahagia, – bersyukurlah buat mereka…
  • Menghina mereka kerana tidak laku, kononnya tiada siapa yang mahu – Tak baik tu…
  • Mengata-ngata mereka yang masih single kerana mereka kononnya terlalu memilih, “Padan muka!” – Jangan macam tu…
  • Mengata-ngata pula bila pasangan bercerai, “Tu la dulu sombong sangat, ambik! Sekarang dah bercerai pun huh!” – MasyaAllah, jangan macam tu hari ni susah dia, esok susah siapa belum tahu…
  • Menganggap mereka low class dan tidak seperti anda yang hidup happy je – Jangan macam tu dik…
  • Mengabaikan kawan-kawan yang sedang dalam kesunyian sehingga menambahkan lagi rasa kekosongan dalam hidup mereka. – Cubalah hilangkan sunyi mereka dan bersyukur kerana anda tidak dalam kesunyian sepertinya.

Bersyukur adalah satu keredhaan kita terhadap nasib kita dan juga nasib orang-orang di sekeliling kita.

Selalu saya perhatikan ramai berdoa, memohon kebahagiaan dan kejayaan sewaktu berada di bawah dan kemudian bersyukur bila dapat naik balik. Tetapi jarang yang bersyukur sewaktu hidup mereka dalam penuh kebahagiaan, mereka tidak bersyukur bila dalam keadaan baik, perhubungan tengah rancak, percintaan tengah asyik, tengah sedap… Mereka lupa kenikmatan itu datangnya dari DIA. Malah mereka hina pula orang-orang yang dalam kekosongan, dalam kedaifan… jangan macam tu, tak baik.

Bersyukurlah kerana anda TIDAK dalam kesusahan hidup, bersyukurlah kerana perkahwinan anda masih dalam kebahagiaan dan berpuas hati lah kerana itu adalah anugerah dari Allah swt. Dengan cara itu ianya akan membuatkan perhubungan dan perkahwinan kita lebih diberkati, InsyaAllah.

Ingatlah, bala dari Tuhan tiada siapa yang tahu hadirnya, tiada siapa sedar tibanya. Tahu-tahu, dah kena… jadi hati-hatilah bila bercakap, ingat-ingatlah bila mengata dan menghina orang tu, kerana siapa tahu, anda pula yang akan menerimanya.

Peringatan ini, bukan untuk anda sahaja… ianya juga untuk saya. Kerana kadang-kadang kita lupa dan alpa dengan kemenangan atau kebahagiaan yang kita terus kecapi. Marilah kita sama-sama bersyukur dan mengucapkan Alhamdulillah, moga-moga Allah terus mengekalkan kebahagiaan yang sedia ada. Dan bagi yang belum mengecapi bahagia, insyaAllah akan mencium rasa nikmatnya nanti.

I wish you all the best and good luck!

p.s. : Ingin mengetahui kesemua karya Razzi Rahman dengan lebih lanjut? – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

hellorazzirahman@gmail.com | Bersama tajuk: Attn – Brother Love

Leave a Reply

Info Penting!

“Mulakan perjalanan healing anda dengan  Ebook 30 Hari Jaga Hati, lengkap dengan Hadiah + Bonus bernillai RM1,280! PERCUMA hari ini

Razzi Rahman Creative © 2025-2026 Copyrights Reserved

Ebook Terbaru! 30 hari Jaga Hati

Khas buat yang pernah terluka, dan mahu kembali bangkit dengan lebih tenang dan bahagia.

Milikinya hari ini dan dapatkan RM1,280 Nilai Pemberian Percuma untuk anda!

About Me

Razzi Rahman

Director

Author | Designer | Singer

“Lebih 10 tahun pengalaman dalam menangani persoalan cinta”
Fb followers
0 +
Pembaca Blog
0 Juta
Published ebook
0
Telah baca ebook
0

ebook 101 Cara
Memikat Lelaki

Ketahui 101 CARA Untuk Memikat hati pasangan anda. Pastikan LELAKI, KEKASIH, SUAMI ANDA,  kekal CINTA dan menjadi MILIK ANDA SELAMANYA!
BELI SEKARANG!

Testimoni 01

“Saya tak sabar untuk mendapatkan karya bro Razzi Rahman yang seterusnya!. MEMANG BEST!!

Saya telah beli 5 koleksi ebook Cinta untuk hadiahkan kepada kawan-kawan dan juga kepada yang tercinta. Semuanya kerana tulisan santai dan mengusik jiwa dari Brother love! ❤️

Noorfazlina Ibrahim
Pegawai Pusat Kesihatan

Razzi Rahman
Designer

(Digital Graphic Designer, Content creator, Internet Marketing Expert, Business Branding, Web Design Development)

Expertise
0 %
Skills
0 %
Passion
0 %
Commitment
0 %

My Design Portfolio

See more here : Klik Di Sini

Artikel Terbaru

  • All Posts
  • Brother love
  • Cinta 101
  • Kisah Cinta
  • Making e-Cerpen
  • Muzik
  • My Life
  • PENYANYI
  • Special News
  • Tips Cinta

ebook 101 Cara
Mencari Cinta

Ketahui 101 CARA Untuk Memikat hati pasangan anda. Pastikan LELAKI, KEKASIH, SUAMI ANDA,  kekal CINTA dan menjadi MILIK ANDA SELAMANYA!
BELI SEKARANG!

Testimoni 02

Gaya penulisan bro Razzi Rahman ala jiwa remaja, mencuit hati saya untuk meneroka setiap hasil sentuhan tangannya yang dapati, sungguh mengasyikkan sekali.”

Nama penyanyi Razzi Rahman sememangnya sudah tidak asing lagi bagi peminat seni tanah air. Dan kini, hasil penulisan beliau yang santai pula mengejutkan saya. Malah kadang tulisannya menggelikan hati, memang menakjubkan! Saya yang dulu sering merasa rendah diri serta segan bercampur terutama lelaki, kini telah mula berkeyakinan! Thanks Bro ❤️

Norzuwainah bt Abd Hamid
Owner of Contractor Company

Edit Template

Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved

Information

hellorazzirahman@gmail.com

019 5537088

SOVO, A-19-15, Denai 128 Habitus, 19th Floor, Persiaran Metafasa,
Section U16, 40160 Denai Alam, Selangor