TIADA CINTA baru TERASA

c2ihb24w

Pernahkah anda merasa begitu dicintai pasangan anda? Bagaimana pula perasaan anda bila ramai pula yang meminati anda? Atau anda sangat disayangi pasangan anda yang asyik nak tahu kemana saja anda nak pergi. Tahap ini is like anda ni begitu HOT la kan. 😉

INILAH yang dikatakan SAAT PERASAN! Dan saat inilah, saat yang agak membahayakan di mana anda akan mulai merasa pasangan anda membosankan, anda rasa dia menyusahkan saja! Masa inilah masa anda merasakan yang tak ada pasangan lebih mudah, TIADA CINTA, LAGI BAGUS! Dan anda…

  • Anda mulai mengabai-abaikannya dan tinggal-tinggalkan dia selalu. Kalau dulu anda begitu mengambil berat apa saja tentang dia.
  • Anda juga sudah mulai jarang nak call. Kalau dulu, pergi mana pun anda call walau hanya untuk mengucapkan “Hi, apa khabar? Dah makan? I keluar jap ni.” …all this sudah tidak lagi.
  • Sms, texting, fb inbox pun anda dah malas nak balas. Kalau dulu, 10-20x sehari!
  • Perbualan pun sudah jarang dan kalau berkesempatan untuk berbual pun macam hambar saja perbualan itu. Kalau dulu, sibuk nak bercakap sampai orang nak bercakap pun tak dapat.
  • Pertemuan anda dengan dia pun bagaikan terpaksa. Kalau dulu asyik nak jumpa siang malam!
  • Malah anda juga cepat saja marah kalau ada masalah-masalah kecil timbul. Kalau dulunya kemain romantik dan mesra serta lembut cakapnya, kini semakin kasar tonasi anda. Seperti kalau boleh nak putus sekarang jugak lah!

Sebenarnya, anda tidak menyedari bahawa yang sesungguhnya, apabila anda kehilangan pasangan anda itu nanti, anda akan merasa lebih bosan dari sebelumnya malah teramat sunyi. Tak percaya cubalah putus, tengok. 😉 … Elakkan dari berada dalam situasi begini ya.

… mentang-mentang kekasih kemain sayangkan anda, kemain tergila-gilakan anda, lalu anda anggap dia akan terus menanti anda ya? Mentang-mentang begitu ramai orang yang minat pada anda lalu anda rasa, tak hairanlah kalau break pun anda boleh ganti lain dengan mudah. Is that so?

“You never know how much you love someone, until the thought of them being with another person is enough to break your heart.”

Inilah yang selalu sangat terjadi kepada pasangan yang sudah beberapa lama bersama. Bila dah selalu bersama, terasa bosan dan nak break. Bila  break, dan bekas pasangan kita itu sudah bercinta dengan orang lain, mulailah rasa menyesal tak sudah!

Kadang-kadang manusia ni terlalu yakin pasangannya mesti menunggu dia saja walau apa pun dia lakukan. Malah, dia agak lalai dan lupa untuk menghargai kita yang menyayanginya selama ini.

Itulah masalahnya, dan deorang ni bro Razzi rasalah perlu merasa kehilangan sekali-sekala. Masa tu baru tahu! Baru nak kecoh, barulah dia tahu betapa ruginya dia, dan baru sedar lantas terus berduka. Sepatutnya kita bersyukurlah dah ada orang sayangkan kita, dah orang cintakan kita dan begitu mengambil berat!

Sewaktu kita masih memilikinya inilah, kita tunjukkan yang kita menghargainya, bukan abaikan dia. Ingatlah, jangan sampai dia nekad untuk tidak pandang pada kita lagi, malah sudah mengorak langkah pergi dan bercinta dengan orang lain, sedangkan dialah harta yang tak ternilai yang kita miliki, dan kini…hilang begitu saja.

Masa tu baru nak merasa rugi? Baru nak rindu-rinduan dan menyesal tak sudah?! TOO LATE…sayang sekali, saat itu penyesalan sudah tidak berguna lagi.

“Satu percintaan boleh datang dan pergi, boleh mudah hilang dan tidak diingati, tetapi satu penyesalan kerana terlepas sesuatu yang berharga akan diingati sampai bila-bila.”

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

p.s. Miliki 3 ebook Pakej istimewa : – Koleksi 3 ebook cinta popular – KLIK DI SINI

hellorazzirahman@gmail.com | Bersama tajuk: Attn – Brother Love

2 Comments

  • Sweet Green

    Brother . hemm saye dah bersama dengan teman lelaki almost 3 tahun . tiba tiba dia berubah hati dekat org lain . saye sedih sangat . saye sayangkan dia . even family dia pun dah terima saya dengan baik . saye taknak hubungan saye berakhir mcm ni . bro tolong saye . ape patut saye buad .

Leave a Reply

Info Penting!

“Mulakan perjalanan healing anda dengan  Ebook 30 Hari Jaga Hati, lengkap dengan Hadiah + Bonus bernillai RM1,280! PERCUMA hari ini

Razzi Rahman Creative © 2025-2026 Copyrights Reserved

Ebook Terbaru! 30 hari Jaga Hati

Khas buat yang pernah terluka, dan mahu kembali bangkit dengan lebih tenang dan bahagia.

Milikinya hari ini dan dapatkan RM1,280 Nilai Pemberian Percuma untuk anda!

About Me

Razzi Rahman

Director

Author | Designer | Singer

“Lebih 10 tahun pengalaman dalam menangani persoalan cinta”
Fb followers
0 +
Pembaca Blog
0 Juta
Published ebook
0
Telah baca ebook
0

ebook 101 Cara
Memikat Lelaki

Ketahui 101 CARA Untuk Memikat hati pasangan anda. Pastikan LELAKI, KEKASIH, SUAMI ANDA,  kekal CINTA dan menjadi MILIK ANDA SELAMANYA!
BELI SEKARANG!

Testimoni 01

“Saya tak sabar untuk mendapatkan karya bro Razzi Rahman yang seterusnya!. MEMANG BEST!!

Saya telah beli 5 koleksi ebook Cinta untuk hadiahkan kepada kawan-kawan dan juga kepada yang tercinta. Semuanya kerana tulisan santai dan mengusik jiwa dari Brother love! ❤️

Noorfazlina Ibrahim
Pegawai Pusat Kesihatan

Razzi Rahman
Designer

(Digital Graphic Designer, Content creator, Internet Marketing Expert, Business Branding, Web Design Development)

Expertise
0 %
Skills
0 %
Passion
0 %
Commitment
0 %

My Design Portfolio

See more here : Klik Di Sini

Artikel Terbaru

  • All Posts
  • Brother love
  • Cinta 101
  • Kisah Cinta
  • Making e-Cerpen
  • Muzik
  • My Life
  • PENYANYI
  • Special News
  • Tips Cinta

ebook 101 Cara
Mencari Cinta

Ketahui 101 CARA Untuk Memikat hati pasangan anda. Pastikan LELAKI, KEKASIH, SUAMI ANDA,  kekal CINTA dan menjadi MILIK ANDA SELAMANYA!
BELI SEKARANG!

Testimoni 02

Gaya penulisan bro Razzi Rahman ala jiwa remaja, mencuit hati saya untuk meneroka setiap hasil sentuhan tangannya yang dapati, sungguh mengasyikkan sekali.”

Nama penyanyi Razzi Rahman sememangnya sudah tidak asing lagi bagi peminat seni tanah air. Dan kini, hasil penulisan beliau yang santai pula mengejutkan saya. Malah kadang tulisannya menggelikan hati, memang menakjubkan! Saya yang dulu sering merasa rendah diri serta segan bercampur terutama lelaki, kini telah mula berkeyakinan! Thanks Bro ❤️

Norzuwainah bt Abd Hamid
Owner of Contractor Company

Edit Template

Razzi Rahman Creative © 2024-2025 Copyrights Reserved

Information

hellorazzirahman@gmail.com

019 5537088

SOVO, A-19-15, Denai 128 Habitus, 19th Floor, Persiaran Metafasa,
Section U16, 40160 Denai Alam, Selangor