Jawapan kepada masalah cinta anda!

Comments are off for this post.

Minta maaf banyak-banyak kerana bro Razzi tak sempat nak jawab kepada ramai yang menghantar email masalah cinta dan juga bagi mereka yang inginkan pendapat di blog ini. Kebetulan, banyak-banyak soalan yang ditanya adalah soalan yang lebih kurang sama sahaja masalahnya,

Jadi…inilah jawapan, pendapat dan solusi dari bro untuk  kesemua masalah cinta anda yang telah ditanya, secara menyeluruh! 8)

“8 mengapa”

1. Mengapa perlu bersedih apabila anda dicurangi, bukankah lebih baik begitu…sekurang-kurangnya anda tahu dia bukanlah manusia yang punya perasaan, bukan seorang yang baik hati, bukan orang yang patut anda kahwini. Anda terselamat sekarang ni!

2. Mengapa masih tertanya-tanya jika dilubuk hati anda rasakan yang dia ingin putus? Di saat hati anda berdetik, naluri anda bergelumang dengan seribu kerisauan….itu tandanya, saat perpisahan sudah hampir tiba.

3. Mengapa kata pemutus begitu penting untuk anda? Bukankah jika dia tak cakap ke or dia cakap, anda tetap dikecewakan! Atau anda  fikir dengan cara dia cakap anda boleh tenang? Cakap putus atau tak cakap…sama saja, anda tetap akan bersedih! Kalau cakap lagi sedih. Lagi huru-hara. Lagi sakit hati…

4. Mengapa masih menanti? Anda tahu dia takkan kahwin dengan anda. Anda tahu dia takkan cintakan anda seperti orang lain bercinta. Anda tahu dia takkan berubah…lebih baik anda cari saja kekasih lain yang lebih menghormati anda. Yang tidak membuang masa anda! Yang mahu kahwin dengan anda hari ini!…lagi tunggu, lagilah bertambah umur, kita bukan semakin cantik/hensem… Bukakan peluang kepada mereka yang inginkan anda, bukakan hati anda kepada any new possibilities!

5. Mengapa masih tak mahu faham-faham? Jika dia kata dia tidak layak untuk anda, dia rasa anda berdua tidak sesuai, maknanya dia nak putus tapi dia tak mahu kecilkan hati anda… Ada juga yang kata anda lebih baik bersama orang lain, ada juga yang ingin meminta maaf tiba-tiba. Ada juga yang datang kembali dalam hidup anda, untuk berbuat baik dan menjadi kawan….kerana takut anda bomohkan dia ke, buat apa-apa kat dia. Yang anda pula ingat dia nak balik kat anda…i seh man.

6. Mengapa anda masih lagi tidak mahu percaya yang dia sudah tidak berminat dengan anda? dan anda masih terus menunggu jawapan darinya? Sedangkan dia sudah pun miliki hidup baru dengan kekasih yang baru. Sedangkan anda masih kesunyian, keseorangan…tanpa seorang pun yang mencintai anda…jangan biarkan diri anda diperlakukan begitu. Sebaik-baiknya anda hormati dan hargai diri anda dengan mencuba berbagai-bagai cara untuk membahagiakan diri anda.

7. Mengapa masih ingin tahu kemana dia menghilang? Lelaki ataupun wanita sama saja…apabila dia sudah miliki yang lain, cintanya pada yang lain, hatinya ditempat lain, dia akan mulai menjauhi anda, mulai menghilangkan diri…tak perlu nak rasa pelik, itu biasa lah bila orang dah tak nak.

8. Mengapa masih tidak puas-puas lagi hati anda? Cukuplah tu…jangan mempersoalkan lagi tindakan pasangan anda. TERLALU SUSAH untuk seseorang menyatakan yang dia ingin berpisah. Tidak ramai yang berani berhadapan. Lantas, mereka membuat keputusan dengan berdiam diri, menghilangkan diri, tidak tunjuk sayang, berkasar, tunjuk benci, guna perkataan kesat, dan berbagai-bagai cara lagi…yang sebenarnya dia sudah temui cinta yang lain dan apa yang sebenar-benarnya dia nak cakap, “IT’S OVER!”

>>> Bro sayang you all semua, that’s why i tak nak you all dikecewakan begitu sekali. You kecewa…bro lagi kecewa dengan you. So, please…listen and choose the right moves, today!

p.s : Sorry, komen ditutup kerana bukan topik untuk diskusi tetapi jawapan brother love kepada masalah cinta anda. Namun,  anda tetap boleh menghantar komen di post lain atau pun email to me. Thank you!

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
http://www.razzirahman.com

Share This Post

Share this article

Comments are closed.