Cinta “3-4 Series”: Bila Hati Masih Mencari, Tapi Usia Tak Lagi.

Apabila Bro Razzi renung-renungkan… Rupanya cinta “3-4 series” bukan sekadar tentang wanita 30-an masih single atau yang sudah menjangkau usia 40-an tetapi masih belum berkahwin… Ia sebenarnya tentang sebuah fasa hidup wanita yang jauh lebih sunyi, lebih matang… dan kadang-kadang jauh lebih memeritkan daripada yang orang sangka. Sebelum tu… Ini bukan bermakna lelaki tidak melalui perkara yang sama. Ramai juga lelaki yang masuk 30-an dan 40-an masih mencari, kecewa, tertanya-tanya di mana silapnya. Cuma kali ini, Bro Razzi mahu bercakap jujur tentang sisi wanita — kerana ada luka yang mereka simpan terlalu lama, tetapi jarang benar-benar diluahkan. You see…ramai orang suka bercakap mudah. “Alah… dia tu terlalu memilih.” “Mungkin sibuk sangat dengan kerjaya.” “Mungkin belum bersedia.” “Mungkin memang tak nak kahwin.” Tapi realitinya… tidak semudah itu. Wanita 30-an Masih Single Kadang-kadang, bukan kerana wanita itu terlalu memilih. Bukan juga kerana dia tak cantik. Bukan kerana dia tak laku. Tetapi kerana… cinta selepas usia 30 memang sudah tidak sama lagi. Ia bukan lagi tentang siapa paling pandai menggoda. Bukan lagi tentang siapa paling banyak dapat mesej. Bukan lagi tentang siapa paling ayu bila merajuk. Selepas 30… cinta jadi lebih senyap…Lebih berhati-hati. Lebih penat… malah lebih mahal harga emosinya. Kadang tu, “hmm… single lebih baik!” Bila Kawan-Kawan Settled. Kita Masih Di situ… Inilah bahagian yang paling pedih. Semasa usia 20-an… semuanya masih nampak tenang. Masih rasa macam ada banyak masa. Masih rasa macam “nanti-nanti pun sempat lagi.” Tapi bila masuk hujung 20-an… kemudian awal 30-an… satu per satu kawan mula berkahwin. Ada yang sudah sibuk dengan suami. Ada yang sudah pegang anak kedua. Ada yang sudah sembang tentang rumah Ada yang sibuk pasal sekolah anak, cuti keluarga, simpanan masa depan. Dan kita? Masih balik rumah seorang diri. Masih scroll media sosial sambil tersengih sorang… tapi dalam hati, kosong. Masih cuba jawab soalan standard dari keluarga setiap kali balik kampung… “Bila lagi?” – “Tak ada orang masuk meminang ke?” – “Memilih sangat nihh…” “Kerjaya tinggi sangat kut…” …hanya mampu tersenyum, dalam hati, Tuhan saya yang tahu. Orang hanya nampak senyuman di luar. Tapi mereka tak tahu… Nampak wanita cam kuat je, tapi diam-diam runtuh juga air mata… penat menjadi tabah. Cinta Selepas usia 30 Bukan Lagi “Cari Boyfriend” Ini yang ramai tak faham. Bila usia makin meningkat, wanita bukan sekadar mencari “boyfriend”. Mereka sedang mencari: ketenangan dan kestabilan keserasian hidup dan penjagaan emosi lelaki yang bukan sekadar hadir… tapi tahu memimpin Dan di sinilah cabarannya… Kerana semakin matang seseorang wanita, semakin dia sedar bahawa cinta bukan sekadar rasa syok saja… Cinta itu satu tanggungjawab besar. Cinta itu keputusan untuk masa depan. Cinta itu bukan hanya untuk hari ini, sebaliknya it’s FOREVER! Sebab itu ramai wanita selepas 30 bukan susah jatuh cinta… tetapi susah untuk percaya semula. Pengalaman lalu telah mematangkan, kerana… Mereka pernah dikecewakan… Pernah ditinggalkan. Pernah dipermainkan… Pernah diberi harapan yang indah… Pernah berjanji setia, kemudian ditinggalkan dengan alasan yang bodoh. Jadi bila orang tanya, “Kenapa susah sangat nak kahwin?” Kadang-kadang jawapannya mudah: Sebab hati yang pernah luka, tidak semudah itu membuka pintu semula. Bro Razzi nak cakap jujur… Bukan semua salah wanita. Tetapi dalam masa yang sama, bukan semua benda boleh disalahkan pada takdir semata-mata. Ada beberapa realiti yang memang perlu dihadam. 1. Circle makin kecil Bila umur meningkat, peluang untuk bertemu orang baru makin berkurangan. Zaman belajar sudah habis. Zaman kawan-kawan introduce sana sini pun makin kurang. Kerja, rumah, komitmen, penat… Akhirnya hidup itu jadi rutin. Dan dalam rutin itu, ramai berharap cinta datang sendiri. Masalahnya… Jodoh memang urusan Tuhan. Tapi usaha… tetap urusan kita. 2. Standard lama kadang-kadang masih dibawa ke fasa hidup yang baru Ini yang agak sensitif… tapi perlu disebut. Ada yang masih mencari lelaki berdasarkan imaginasi zaman 20-an. Well, ada la seorang dua yang bernasib baik… tapi ramai yang hanya tinggal imaginasi semata-mata… I know, you all mahu yang… Mahu yang terlalu sempurna… sentiasa romantik. Mahu yang sentiasa ada masa… flawless. Mahu yang buat jantung berdebar setiap masa. Sedangkan realitinya… Lelaki yang matang untuk berkahwin kadang-kadang tidak datang dengan gaya budak muda bercinta lagi… Dia mungkin: lebih tenang dan kurang dah ayat-ayat manis nihhh… lebih fokus pada hidup dan lebih serius lebih straightforward la basically… no more bulan bintang dah 🙂 Dan kadang-kadang, inilah yang buat wanita terlepas lelaki yang baik… 3. Makin matang… makin penat nak mula dari kosong Faktanya… Nak mula kenal orang baru… penat. Nak cerita kisah hidup dari awal… penat. Nak explain trauma, prinsip, keluarga, masa depan… penat. Nak cuba lagi… penat. Sebab itu ramai wanita 30-an masih single, bukan tidak mahu bercinta. Mereka cuma… letih untuk berharap terlalu banyak, kemudian kecewa sekali lagi. Nak kena start balik… lemah… 4. Kadang-kadang terlalu independent… Nah… ini pun pedih, tapi benar… Wanita yang sudah biasa hidup sendiri, akan urus kewangan sendiri, buat keputusan sendiri, survive sendiri… kadang-kadang tanpa sedar, hati jadi terlalu kuat untuk menerima kehadiran orang lain. Jauh sekali nak bagi peluang dan ruang untuk lelaki tu, buatkan untuknya. Bukan sebab sombong. Bukan sebab ego. Tetapi sebab sudah terlalu lama membiasakan diri, “Saya boleh buat sendiri.” Dan bila lelaki datang… dia tidak nampak ruang untuk menjadi lelaki dalam hidup wanita itu. Tapi Dengar Sini Baik-Baik… Wanita 30-an Sebenarnya Sangat Bernilai Ini part paling penting. Bro Razzi nak cakap sesuatu yang ramai wanita perlu dengar malam ni… Wanita 30-an dan 40-an masih single tu bukan wanita gagal. Ulang sekali lagi. Bukan. Wanita. Gagal. Mereka mungkin: lebih matang lebih tahu apa yang mereka mahu lebih tenang lebih berhati-hati lebih menghargai hubungan yang betul lebih faham beza antara cinta dan sekadar perhatian Dan jujur cakap… wanita yang matang, tenang, dan tahu nilai diri — itulah antara wanita yang paling indah untuk dicintai. Bukan sebab usia. Tapi sebab… Mereka sudah belajar tentang hidup. Cuma Satu Pesanan Ikhlas… Jangan Bawa Perangai Lama Ke Fasa Hidup Yang Baru Kalau usia sudah berubah… cara melihat cinta pun perlu berubah. Kalau hati sudah lebih matang… pilihan juga perlu lebih matang. Jangan masih menilai semuanya dengan drama remaja. Jangan masih suka permainan tarik tali emosi. Jangan masih mahu diuji setiap masa.
5 Cara Saya Atasi Kecewa Cinta Tanpa Meratap Pilu Berbulan-Bulan

Putus cinta memang menyakitkan, tetapi hidup tak sepatutnya terhenti hanya kerana seseorang yang tak menghargai hati kita. Dalam artikel ini, Razzi kongsikan 5 cara atasi kecewa cinta berdasarkan pengalaman sebenar — santai, lucu, tetapi sangat membantu untuk anda bangkit semula.
Adakah ini CINTA? Atau Sekadar Hubungan Yang Amat Mengelirukan?

“Adakah ini cinta? Adakah kami bercinta? Adakah saya dan dia sedang berada dalam perhubungan cinta? Kami rapat semacam… asyik buat macam-macam berdua… tapi… adakah ini benar-benar cinta?” 😄 Adoi… memang macam-macam persoalan cinta, kan? Dan percayalah… soalan macam ni bukan anda seorang saja yang pernah tanya. Ramai. Terlalu ramai. Kadang-kadang sampai hati sendiri pun dah blur. Dah keluar makan berdua. Dah call sampai 2 pagi. Dah merajuk-merajuk manja. Dah siap “good morning sayang” bagai… Tapi bila orang tanya, “Eh, korang ni couple ke?” Terus masing-masing buat muka macam baru lepas kena soal siasat SPRM. 😌 Jadi… Adakah ini cinta, kenali tanda cinta sebenar! Apakah hubungan yang membahagiakan? Pada pendapat saya, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian selama bertahun-tahun… jawapannya sebenarnya simple. Tanya balik diri anda sendiri: Adakah dia membuatkan anda rasa SUKA berada dalam hubungan itu? Adakah hubungan itu membahagiakan anda? Adakah anda rasa disayangi, dihargai, dan dicintai? Adakah dia sanggup berkorban, menjaga hati, dan hadir ketika anda perlukan dia? Adakah kehadirannya memberi tenang, bukan menambah luka? 👉 Jika TIDAK, maka itu BUKAN CINTA. SIMPLE. 👉 Jika YA, besar kemungkinan… itulah tanda cinta sebenar. ❤️ Cinta Yang Sebenar Akan Membuatkan Hati Anda Hidup Tanda Cinta sebenar bukan sekadar status hubungan. Bukan sekadar “kami rapat”. Bukan sekadar “dia selalu text saya”. Dan bukan juga sekadar “dia cakap dia sayang”. Cinta yang sebenar akan membuatkan anda rasa hidup. Cinta itu membahagiakan. Cinta itu menggembirakan. Cinta itu membuatkan kita teruja melihat seseorang. Wajah yang tadinya muram… boleh berubah ceria hanya kerana nampak dia muncul di depan mata. Bayangkan… Dia datang je… Anda terus senyum sendiri. Belum dia pegang tangan. Belum dia belai rambut. Belum dia cakap, “I rindu you…” Eh… dah cair dah. 😌 Syok, kan? Itulah antara rasa yang sering hadir bila seseorang itu benar-benar memberi makna dalam hidup kita. Dan bila dua hati itu akhirnya bersatu… berkahwin… membina keluarga… dapat zuriat… Fuhh… Kadang-kadang cinta itu jadi lebih dalam, lebih matang, lebih kuat… sampai kita rasa, “Ya Allah… inilah antara nikmat terindah dalam hidup.” Bila Jauh, Rindu Itu Pun Jadi Bukti Kalau betul cinta… Bila tak dapat jumpa, rasa rindu tu bukan biasa-biasa. Bukan setakat: “Eh, lama tak jumpa dia.” Tidak. Ini level: “Kenapa senyap je phone ni…” “Dia tengah buat apa ya…” “Aduhh… rindu lah pulak…” Dan bila lama tak bercakap… Dada mula rasa sempit sikit. Hati mula cari-cari. Lagu jiwang pun tiba-tiba rasa macam kena batang hidung sendiri. 😅 Lepas tu bila finally call… “I miss you sooooo much…” kata dia. Kita pula… “Ya Allah… saya sayang you sangat…” 🥹 Haaa… Well… kalau macam ni, memang cinta beb. Kadang-Kadang Bukan Cinta Yang Rumit… Kita Yang Merumitkan Ini satu hakikat yang ramai orang tak sedar: Kadang-kadang cinta tu sebenarnya simple. Yang buat dia nampak complicated… ialah kita sendiri. Kita overthink. Kita takut. Kita trauma. Kita compare dengan kisah lama. Kita letak 48 lapis persoalan atas satu perasaan yang sebenarnya jujur. Kadang-kadang, hati kita tahu dah jawapan dia. Tapi minda pula sibuk jadi lawyer. Asyik nak berhujah. Asyik nak cross-examine. Asyik nak tanya saksi tambahan. 😆 Sedangkan bila sesuatu itu benar-benar cinta… Anda akan rasa tenang. Bukan perfect. Tapi tenang. “Cinta Itu Racun” — Betul Ke? Lepas baca sampai sini, mesti ada juga yang masih nak kata: “Cinta itu racun.” “Cinta membunuh jiwa dan raga.” “Cinta itu memeningkan.” “Lelaki susah nak faham.” “Wanita membosankan bila terlalu cinta.” “Aku bukan kaki jiwang bro…” Okay. …FAHAM. Dan saya tak marah pun. Sebab selalunya orang yang bercakap begini… bukan sebab mereka benci cinta. Tapi sebab mereka pernah dikecewakan. Pernah ditinggalkan. Pernah diperdaya. Pernah bagi sepenuh hati… tapi dibalas dengan separuh niat. Atau lebih teruk… dibalas dengan alasan. Dan ya… itu sakit. Sangat sakit. Tapi dengar sini baik-baik: Yang membunuh jiwa anda itu bukan cinta. Yang memeningkan anda itu bukan cinta. Yang menghancurkan hati anda itu bukan cinta. Ia adalah kerana terlibat dengan orang yang salah! Orang yang tidak bertanggungjawab. Orang yang tidak tahu menghargai.Oran g yang hadir bukan untuk menjaga… tetapi sekadar singgah. Jadi jangan salahkan cinta… hanya kerana anda pernah bertemu manusia yang salah. Tanda Paling Besar: Adakah Anda Bahagia Dalam Hubungan Itu? Ini paling penting. Anda mungkin sudah bersama dia bertahun-tahun. Anda mungkin sudah melalui terlalu banyak perkara bersama. Mungkin sudah terlalu rapat. Mungkin sudah terlalu biasa. Tetapi… Adakah anda bahagia? Atau sebenarnya: anda sering menangis diam-diam, anda selalu rasa tak cukup dihargai, anda kesepian walaupun ada “yang tersayang”, anda sentiasa penat menjaga hubungan seorang diri, dan anda rasa kosong… walaupun kononnya sedang bercinta? Kalau begitu… Mungkin pahit untuk diterima, tetapi hakikatnya: Anda belum bertemu cinta yang sebenar-benarnya cinta. Sebab cinta yang sebenar tidak menjadikan anda rasa sendirian dalam hubungan. Definisi Cinta Yang Saya Pegang Sampai Hari Ini Razzi tinggalkan anda dengan satu ayat yang sudah lama menjadi pegangan saya: “Jika dia mengukirkan senyuman di wajahku walau sudah berzaman lamanya, jika dia sangat membahagiakan ku setiap kali nafasku hela, maka itulah CINTA.” Simple. Tapi dalam. Kerana cinta yang sebenar bukan sekadar membuatkan kita jatuh. Cinta yang sebenar… membuatkan kita bangun dengan senyuman. So… Adakah ini cinta? Adakah ini cinta? Rasa-rasa sendirilah. Tanya hati anda. Nilai apa yang anda rasa setiap kali bersama dia. Kalau hati anda tenang… Kalau jiwa anda bahagia… Kalau kehadiran dia membuatkan hidup anda lebih indah… Kalau anda rasa dihargai, dijaga, dan disayangi… Mungkin itu tanda cinta sebenar? Maka besar kemungkinan… Ya, itulah cinta. ❤️ Tetapi kalau anda sentiasa terluka, keliru, kecewa, dan kesepian… Mungkin itu bukan cinta. Mungkin itu cuma pelajaran… sebelum anda bertemu cinta yang sebenar. Tahu tentang solat sunat istikharah? Buat yang beragama Islam, ada baik juga kita melakukan solat sunat istikharah. Mohon dengan Allah s.w.t berikan sedikit petunjuk, insyaAllah. Ketahui lebih lanjut pengertian tentang sunat istikharah di sini Niat & Cara Solat Sunat Istikharah Apa pun, saya doakan semoga anda berjaya menemui cinta yang anda idamkan… yang ikhlas, yang menenangkan, yang membahagiakan… InsyaAllah. ALL THE BEST. 🌹 p/s : Ketahui berbagai tips mencari cinta, dengan panduan lebih mendalam melalui ebook Mencari Cinta dari Razzi sekarang! “Kita mungkin pernah terluka, tapi usah berhenti berharap untuk bahagia.” Ikhlas ❤️ Brother
6 Cara Me Time Untuk Kreativiti ala Brother Love

Kenapa Me Time Penting untuk Saya Tiga bulan tak menulis… rasa macam hilang suara yang tersayang. Eh, jangan gelak dulu, haha… tapi itulah tu, suara saya memang saya sayang! 😀 serius — bila terlalu fokus kerja, client, projek, social media… kadang kita hanyut dan lupa diri sendiri, lupa suara sendiri… That’s why, pentingnya Me Time! Dan ianya bukan sekadar “lepak minum kopi” atau “scroll TikTok sambil gelak sorang, sambil makan nasi goreng cina”. Ia moment recharge minda & jiwa, supaya kreativiti tak kering, idea tak stuck, dan mood tak tiba-tiba meletup macam popcorn. Untuk recharge minda dan rasa tenang juga, jangan lupa amalkan refleksi diri setiap hari. Sambil tarik nafas dalam-dalam, cuba belajar tentang mindfulness dalam konteks Islam, supaya kita juga mendekatkan hati kepada Allah. 😌 belajar tentang mindfulness dalam konteks Islam (muraqabah) My Personal Me Time Framework Here I share sedikit about my framework peribadi saya — simple tapi actually powerful juga sebenarnya, macam cheat code untuk daily life & kreativiti, you guys can try this: Music Therapy 🎶 Terapi Muzik, Wajib bagi saya, bagi anda mungkin audio motivation. Lagu-lagu saya sendiri pun kadang saya putarkan berulang-ulang kali. Kadang saya gelak sorang sebab lirik sendiri macam drama filem. “Isshh, part chorus ni memang special…” hahaha, perasan sorang! – tapi muzik dan sesebuah lagu boleh buat saya berdiri bulu roma, bergetar jiwa, sehingga boleh travel balik ke waktu silam, seolah-olah berlaku depan-depan haaa… kadang menangis teruk cam budak kecik. Tapi music, memang boleh recharge emosi & minda. 👉 Nak dengar lagu-lagu saya? tonton muzik video saya? Jom layan Music Page Razzi Rahman Mindfulness & Reflection 🧘♂️ Tarik nafas dalam-dalam, berdialog dengan diri sendiri. Tulis beberapa baris di dalam jurnal pun best. Tulis something like, “Hai hati, jangan merajuk lagi, kita masih boleh bangkit dari semua ni.” Seolah-olah anda sedang having a conversations with yourself. Atau tulislah apa sahaja. Humor ringan bantu relax & lihat masalah dari perspektif lain. Creative Play ✏️ Doodle, tulis random idea, jangan fikir panjang, buat video mini promo. Projek client pun boleh jadi game kreatif. Contoh: edit video 30 saat challenge sambil senyum sorang. Feeling = serious work tapi sambil fun. Digital Detox 📵 30 minit jauhkan laptop & phone. Haa… boleh ke? Tiba-tiba idea datang mengejut, “Wehhh mana handphone akuuu!” 🙂 hehe… masa aku Digital Detox ni lah macam-macam idea nya!! 🙂 Nature Walk & Mind Reset 🌳 Yang ni I selalu buat. Favourite la. Keluar ambil udara segar, gi taman tasik, experience the nature, tengok pokok, dengar burung. Otak refresh like a magic. Tips: bawak notebook / phone buat voice note kalau idea datang. Heeee… :)) Emotional hook: “Alam ni macam therapist percuma laa…” Creative Collab / Brainstorm Play 🤝 Jumpa kawan kreatif atau share idea dengan orang lain. Kadang satu joke atau cadangan random → trigger idea genius. Bila ada beberapa kepala, kita mulai nampak perbezaa, idea mulai muncul. Feeling = kerja + fun + laugh = productivity booster. Nak tahu tentang saya dulu-dulu? Baca journey saya dalam page: My Story Dari Hero Jadi Zero huhu… terbalik lak 🙂 Lessons for Everyone Kalau ada satu benda yang saya belajar: kita kena hargai diri dulu, baru boleh hasilkan karya hebat. Schedule Me Time → walaupun 15 minit sehari Small wins → konsisten tapi santai Humor helps → kadang gelak sorang depan cermin = free therapy Bonus: dialog dengan diri sendiri = cheat code for emotional clarity How Me Time Changed My Work & Life Dari burnout → produktif → inspirasi. Tiga bulan tak menulis, tiba-tiba restart dengan idea pillar article ni. Semua datang dari Me Time. Kadang saya cakap sendiri: “Eh, kenapa tak buat ni dulu?” Sambil senyum, gelak sendiri, deep down… reflection ni buat saya lebih focused, full of ideas tapi still cheeky. Bonus Tips: Quick Actionable Me Time Minum kopi sambil dengar lagu → minda reset Journaling 5 minit → clarity + laughs 1 creative mini project → release tension, stimulate genius Nature walk / fresh air → ideation booster Brainstorm / collab dengan kawan kreatif → fresh perspectives Laugh at yourself → seriously, free therapy Share your Me Time tips & moment in comments — readers lain pun boleh dapat inspirasi sama 😎 My Final Say… Me Time bukan kemewahan. Ia keperluan. Kadang kita rasa guilty nak ambil masa untuk diri sendiri, tapi percayalah — 15 minit hari ini, satu jam esok, boleh ubah cara kita fikir, rasa, dan hasilkan karya. Saya harap cerita & framework ni bantu anda yang tengah stress, kreatif block, atau rasa lost macam saya dulu. Cuba sendiri, tweak ikut diri, gelak sorang pun tak apa 😆. Kalau suka artikel ni, jangan lupa: Share kepada kawan kreatif Tinggalkan komen → cerita Me Time anda Teruskan lawati blog ni sebab banyak lagi cerita, tips & inspirasi akan datang. Dan ingat: kreativiti yang hebat lahir dari diri yang dihargai sendiri. 🌟 ikhlas, Love ❤️ , Brother Love by Razzi Rahman.
Bila kena “Ghosting!”

Kata dia, “Walau dikeji, tak dipeduli malah ditinggalkan, namun cinta aku tetap padanya. Aku akan terus setia kepadanya sampai bila-bila…” Ungkapan sebegini, sering kita dengari, mungkin juga kita sendiri pernah memperkatakannya. Maklumlah, “SETIA gitew kann…” 🙂 – tanpa disedari, pasangan sudah lama “GHOSTING” Bagi yang belum mengetahui makna ghosting ni, ianya bermaksud: ‘Pasangan kekasih sudah menghilangkan diri, dalam erti kata lain, meninggalkan kita tanpa sebarang berita, tanpa bincang nak break ke apa, sedar-sedar hilang cam hantu, haaa, “Kena ghosting la tu” 🙂 Pasangan dia yang ghosted, belah tanpa sebarang perasaan, tapi dia pulak yang masih terus setia menanti. Apabila bercakap tentang kesetiaan…seolah-olah ada satu suara halus pulak tu dari dalam diri kita berbisik… “Kau kena setia, kalau kau tak setia…nanti dia juga sama.” Betapa jujur dan ikhlasnya, hati nurani anda, sedangkan dia dah lama makan aiskrim dengan pasangan baru huhu 🙂 Dalam persoalan ini, tiada siapa yang boleh menyalahkan sesiapa melainkan diri anda sendirilah. Kerana, walau berbuih mulut Brother Love menasihati dan beri pendapat…jawapan yang diseksa separa sedar ini, pasti sama :- Saya sanggup tunggu dia sampai bila-bila bro Sudah 6 bulan, dia hanya senyap…tapi saya akan tetap setia menanti 10 tahun saya cintakan dia, setia kepadanya, tak mungkin saya buka hati pada yang lain bro. Biarlah, dia nak hilang. Biarlah dia seksa saya cam ni. Tapi saya akan tetap sayang kat dia. Apabila Razzi cuba memberi contoh-contoh lelaki yang curang atau sudah memiliki yang lain dan sebenarnya sudah tiada perasaan kepadanya… Si gadis pula yang bersungguh memberi alasan untuk lelakinya yang sudah hilang entah kemana tu :- Tak bro…dia tak macam tu…dia baik Eh bro…saya tak percayalah apa yang bro kata…dia setia kat saya selama ni Selama ni dia selalu call saya bro walau sibuk kerja, walau tak ada line handphone. Dia pasti cari jalan untuk menghubungi saya. Ini mungkin dia penat… Saya yang silap kan bro…bukan dia, dia selalu baik terhadap saya …dan berbagai-bagai alasan lagi diberikan demi dia yang dicintai. Sedangkan, pasangannya sudah lama dan jauh pergi menghilang diri entah kemana. Mungkin sudah bercinta dengan yang lain, mungkin sudah kahwin. Namun EFFECT bila kena GHOSTING ni dahasyat kawan-kawan… wanita-wanita ini TETAP dengan kepercayaan mereka yang mereka masih mempunyai harapan untuk terus dicintai pasangan lelakinya itu. Hakikatnya, mereka amat terseksa, jiwa terasa kosong, hidup rasa tak berguna lagi dan kebosanan semakin menghimpit jiwa. Pendapat Brother Love : Mendapat Closure, atau kepastian, penerangan, mengapa dan mengapa dan mengapa semua ini boleh terjadi, MUNGKIN akan memberi kepuasan kepada kita yang kena GHOSTING. Kerana setiap manusia perlukan JAWAPAN. Namun, hidup ini sudah terlalu sukar untuk dimengertikan, jadi mengapa kita harus manambahkan kesukaran itu lagi? Sebenarnya, setiap apa yang terjadi, itu adalah jawapannya. Tetapi kita masih berdegil ingin jawapan dan kepastian dari mulut si empunya diri juga. Yang pasti, jawapan darinya adalah jawapan yang sebenar-benarnya kita sudah lama tahu! Biasa call tiap hari tiba-tiba senyap dan NO CALLS berhari-hari. — Dah bosan la tu, mungkin sudah ada orang baru dalam hidupnya yang dia call hari-hari. Why senyap? Sebab takut atau nak jaga hati you… Bila sering berjumpa (dating), tiba-tiba nak set dating pun susah, apa lagi nak berjumpa. — Sibuklah tu, bukan sibuk kerja, sibuk dengan orang lain! “Beritahulah sepatah!” – Kalau beritahu, you boleh terima ke? Pasangan sering keluar sendiri tanpa anda lagi dan entah pergi kemana-mana — Dah pandai hilang-hilang tu, mula jumpa yang lain la tu. Takkan nak bawa awak pulak 😛 Semua jawapan-jawapan ini anda sudah tahu sebenarnya, malah bila kemesraan pun semakin luntur, bahasa yang digunakan mungkin agak keras dan kasar pun kita dah boleh tahu. Simple thing like, “Kalau you sayang orang mesti nak jumpa selalu. Tapi kalau dah asyik hilangkan diri? sebab apa? takkan sebab masih sayang!” PERSOALANNYA, mengapa anda masih mahu menyeksakan diri dengan terus mengharap? terus setia kepadanya? Kerana anda suka diseksa?? I know, BERAT UNTUK MENINGGALKAN PERHUBUNGAN YANG TELAH TERBINA SEKIAN LAMA… but beb, dia dah lama tinggalkan dah pun beb… now it’s up to you saja untuk terus berharap atau TERIMA HAKIKAT, IT’S OVER! Tenangkan diri. Jadilah wanita yang relax, cool & penuh nilai. Move On today! 🌹 Take a break. Heal dulu. Baca Ebook Razzi – 30 Hari Jaga Hati. Kerana bila hati sudah kuat, hanya lelaki yang benar-benar real man akan mampu bertahan di sisi anda. 💎 “Kita mungkin pernah terluka, tapi usah berhenti berharap untuk bahagia.”Ikhlas ❤️ Brother Love by Razzi Rahman ➤ Kenali Razzi Rahman lebih lanjut
Menangislah sayang…

Kadang bau rumput depan rumah yang baru dipotong… bau fresh itu, sering menusuk rongga nafas aku. Udaranya agak lega tika dihela, terus aku mendongak ke langit yang hampir mendung dalam kecerahan… mmm, best betul… Namun, suasana berubah kelam sekelip mata, bagai menyedari ada sekelumit jiwa yang menanggung pilu di hujung taman… Terpandang seorang wanita mungkin sedang menangis di depan rumahnya… … teresak-esak kadang kuat kadang tersekat tangisnya, seperti sedih dan gembira bercampur aduk. Bisik-bisik jiran membawang, dapat tahu rupa-rupanya, kehilangan suami! Kesiannnn… Best part, bukan suami yang tinggalkan dia sehingga menangis begitu sekali…tetapi dia yang minta suaminya tinggalkan dia, tinggalkan dirinya dan anak-anak… Kemungkinan sebabnya ada pelbagai… mungkin suaminya berlaku curang? Mungkin kaki pukul, penjudi, pemabuk? Mungkin juga suaminya telah menghabiskan semua simpanan wang mereka? Nanguzubillah… Entahlah apa sebab utamanya, mungkin sudah terlalu lama si isteri menanggung sabar… tak nak lah buat spekulasi lebih-lebih on that… Cuma satu yang penting, apabila berlaku saat kehilangan sebegini, hanya pesan saya adalah, Menangislah sayang… menangislah sepuas hati mu… Menangislah sayang… gersangkan lah danau mata mu… Menangislah sayang… hilang dia bukan khilaf mu… Menangislah sayang sehingga saat mulai ke titisan terakhir air mata itu… Lalu kau bangunlah semula, bangkit dari sungkur mu, bina gagah mu, angkat tabah mu, ujudkan semangat dengan senyuman sinis meninggalkan segala duka dan sengsara, kerna hari ni, adalah hari mu…janji mu untuk ke pentas dunia baru mu! Sesungguhnya, tidak kau sedar, yang membuat kau menangis adalah kasih dan sayang dari Allah sebenarnya… pasti tanpanya, hidup mu kan berlarutan dalam kegelapan. Lalu bersyukurlah Alhamdulillah! Begitulah TAKDIR… susah untuk kita ramalkan kerana hanya Allah yang tahu, kita hanya boleh merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya. Kita boleh kata kita nak hidup bersama hingga ke syurga, namun hakikatnya… Jadi, menangislah sayang, tika dan saat sedih ini… redha dan move on… Move On today! 🌹 Take a break. Heal dulu. Baca Ebook Razzi – 30 Hari Jaga Hati. “Kita mungkin pernah terluka, tapi usah berhenti berharap untuk bahagia.” Ikhlas ❤️ Brother Love by Razzi Rahman ➡️Ketahui lebih lanjut tentang Razzi Rahman di sini
5 Cara UTAMA untuk Move On

Patah hati bukan benda main-main. Bila cinta dah dinodai, dicampak seolah-olah tidak pernah disayangi, untuk ia mudah-mudah menjadi satu kenangan, mudah-mudah nak MOVE ON, it’s not easy! Hati rasa macam kosong… kadang sampai tak tahu macam mana nak teruskan hidup. “Move on” katanya. Cakap memang mudah, nak buat belum tentu. Malah perit beb!. Namun percayalah, move on dari cinta lama, move on dari ex, ITU BUKAN MUSTAHIL. Cuma untuk move on tanpa kecewa itu tak logik la. Mesti kecewa punya. Ianya satu proses — perlahan, penuh air mata, tapi akhirnya akan buat hati kita jadi lebih kuat. Cubalah 5 cara ini : Cara 1. Terima Perhubungan Sudah Tamat Move on bermula bila kita berani mengaku: “Ya, hubungan itu sudah berakhir.” Tiada lagi nak kenang-kenangan, tiada lagi nostalgia or nak kawan saja ke. END IT! – Lagi kita cuba nafikan, lagi lama luka tu berdarah. Anggap sahaja bukan salah awak, bukan salah dia… terima perjalanan ini ditakdirkan anda berdua tidak kekal bersama. “Fuhh pedihhh” 😊 – namun ini adalah satu kemestian. Cara 2. Putuskan “Contact” Dengan Berani Tiada lagi contact, no more message ke whatsapp ke, END IT! Delete nombor? Block media sosial? Ya do that! – Kadang rasa jahat, tapi sebenarnya itu hadiah untuk diri sendiri. Anda tak boleh terus pandang gambar dia setiap hari dan expect luka tu sembuh. Move on perlukan ruang — ruang TANPA DIA. Cara 3. Sibukkan Diri Dengan Perkara Baru Isi masa dengan hobi, kawan, keluarga, kerja, atau projek baru. Bila fikiran penuh dengan sesuatu yang bermakna, memori lama perlahan-lahan akan hilang. Ingat, sibuk bukan lari dari masalah, tapi cara rawat hati dengan aktiviti yang lebih sihat. – Ini boleh mengelakkan anda dari jadi seorang yang terbelenggu dalam syok sendiri. Cara 4. Tulis Marahmu, Bencimu, Luahkan Perasaanmu Jangan simpan semua dalam dada. Tulis. Coret dalam diari, nota phone, atau surat yang anda takkan hantar. Kadang bila kita baca balik, kita akan nampak betapa kuatnya kita bertahan. Keluarkan segala-galanya agar hilang rasa tegang di jiwa. Cara 5. Ingat Bahawa Luka Ini Ada Hikmah Setiap air mata bukan sia-sia. Kadang Allah tarik seseorang dari hidup kita sebab Dia nak bagi ruang untuk seseorang yang lebih baik hadir. Luka hari ini, insyaAllah jadi kekuatan untuk hari esok. Bukankah takdir dari Allah itu sudah cukup buat kita menerima seadanya? Final say dari Brother Love Move on dari cinta lama bukan bermaksud lupa dia sepenuhnya, mana boleh nak lupa terus orang yang bertahun kita cinta. Tetapi, bila lakukan cara-cara di atas mungkin slowly dia akan menjadi satu kenangan, hanya satu sejarah hitam dalam hidup kita sahaja nanti. Sebab kita belajar redha dan sayangi diri sendiri lebih daripada orang lain. Bila kita sayangi diri, cinta baru yang datang nanti akan lebih ikhlas, lebih matang, lebih membahagiakan. Dan kalau hati anda masih rapuh dan sedang luka atau keliru? 🌹 Take a break. Heal dulu. Razzi ada tulis sebuah ebook khas untuk yang nak healing Baca Ebook Razzi – 30 Hari Jaga Hati. “Kita mungkin pernah terluka, tapi usah berhenti berharap untuk bahagia.” Ikhlas ❤️ Brother Love by Razzi Rahman ➡️Ketahui lebih lanjut tentang Razzi Rahman di sini
Dah kahwin? BILA?!

Terkedu seketika mendengar kisah dari kawan baik saya, dalam penuh hiba bersama tangis halusnya, dia meluahkan perasaan yang amat sedih setelah mengetahui bekas kekasihnya yang kembali rapat tiba-tiba telah menjadi seorang suami yang sah! Terkejut! Amat terkejut… sebab baru saja mereka kembali mesra dan saling merindu, walau telah break-off tetapi sering bertemu seperti masa masih bersama. Kini, dalam diam-diam, rupa-rupanya mendirikan rumahtangga. Tak disangka-sangka, akhirnya setelah sekian lama gagal dan gagal lagi, …kahwin juga dia bersama seorang gadis dari kampung pilihan keluarga, saya anggap kemungkinan besar ini adalah demi ketaatan terhadap kedua ibu bapa… namun cara dia “GHOSTING” kawan saya ni, rasanya tak patut… tapi apa boleh buat, mungkin juga dia tak nak kecewakan lagi hati si Rita, “The Sky Angel”. Saya tahu, memang dia layak bahagia dengan pilihan keluarganya. Namun, jauh di sudut hati, saya juga tahu… hati dan perasaannya masih melekat kepada bekas kekasihnya itu. Kesihan pulak kat kawan saya ni, hmm… tu lah, kadang lawa macamana pun, flight stewardess pula, kalau dah bukan jodoh, orang pilih yang lain juga. I’m sure she really dan masih mengharapkan sesuatu. Mungkin masih mahu MASA untuk bersama? Mungkin juga impikan peluang kedua… KATA RITA – “Sebenarnya aku gembira untuk Zaff, tetapi aku tak dapat nak membohongi hati aku yang terasa terguris luka dan tercalit duka. Terasa seperti sudah hilang peluang untuk melanjutkan persahabatan kami. Sayang ini… kehilangannya telah menjadi kenyataan. Sedih sangat kerana, tidak akan ada lagi apa-apa antara aku dan dia, dan tidak mungkin lagi kami bisa berbual-bual seperti dulu-dulu… Malah, tidak ada lagi tempat aku meluah rasa, menumpang kasih… aku terasa semakin sunyi… mungkin itu sajalah yang aku rindukan… bersama teman yang sering memberi kata-kata peniup semangat untuk ku… runtuh jua harapan ini akhirnya. Tah bila kan kering basah di pipi ku… “Dah kahwin?!” – Sesuatu yang susah untuk diterima oleh Rita… setelah lama menghilangkan diri tanpa sebarang pesanan, patutlah lama senyap dan persahabatan mereka tiba-tiba je terhenti tanpa sebarang nota. Mungkin juga seksa baginya bila mengenangkan kasih sayang Rita yang terus mengharap. Kerana, I’m very sure both of them masih saling sayang sebenarnya… Apa lagi yang boleh dilakukan… inilah dikatakan takdir. Semuanya sudah tertulis… biar berapa banyak usaha kita, biar berapa banyak doa, jika sudah tersurat dia bukan milik kita… terlepas pergi jugalah dia… jika tertulis dia milik kita, maka kahwin lah kita… Kedua-duanya pun sudah terlalu lama menantikan saat kebahagiaan ini, sudah lama inginkan hidup yang punya kepastian, tahu kemana mahu pulang, tahu siapa yang menanti… Jadi, Rita… bersabarlah. Hari ini mungkin you terkecewa, namun Razzi doakan you kembali tenang nanti InsyaAllah. Banyak-banyakkan solat dan doa kepada Allah s.w.t mungkin dah lama kita lupakan Yang Maha Esa, masa untuk ‘give Him a call’ Ingatlah semua kata-kata Razzi dan segala nasihat yang sering I berikan, jadikan azimat dan peneman dalam pengembaraan baru mu, jagalah dirimu itu dengan sepenuh jiwa manis mu ya… “Buat hati yang pernah luka, tapi masih percaya pada cinta.” Time for healing! Jom lawati https://razzirahman.com/30harijagahati/ “Kita mungkin pernah terluka, tapi usah berhenti berharap untuk bahagia.” Ikhlas ❤️ Brother Love by Razzi Rahman ➡️Ketahui lebih lanjut tentang Razzi Rahman di sini
Kenapa Lelaki Susah ucapkan ‘I Love You’?

Persoalan yang sering Bro Razzi ditanya dari ramai wanita adalah “Dia betul-betul nak kat saya tak bro? – Kalau ya, mengapa dia tak pernah cakap I love you?” Declare tak nak, tapi bila ada balak lain kacau, marah! Haha itulah ego orang lelaki ni kan. Usah nak hairan la kut, lelaki boleh bertahun bercinta, tapi nak dengar tiga perkataan itu terasa mustahil. BUT not all men are like that la kan, ada yang ok je cakap I love you. Realitinya, lelaki bukan tidak sayang, tetapi cara mereka mengekspresikan cinta berbeza. Bagi lelaki, cinta itu ditunjukkan melalui tindakan, bukan kata-kata. Contoh benar cinta seperti dalam list ini: Dia ambik dan hantar anda pulang setiap hari Dia suka bercerita tentang anda kepada keluarga dan kawan Dia nak jumpa setiap hari kalau boleh Dia risau dan mengambil berat bila anda sakit Dia usaha beri yang terbaik walaupun diam Cepat cemburu – ini tak perlu cakap la kan 😀 Susahnya nak sebut I LOVE YOU So basically, semua dalam list ni sebenarnya “I love you” la tu, versi lelaki. Ego lebih + segan sebenarnya. Haha… malu kalau ego tercalar. Tak macho arr I lap u I lap u nihhh 😊 Namun, bagi wanita yang lebih bersifat ekspresif, TANPA kata-kata “I LOVE YOU” ni kadang-kadang rasa seperti kurang dihargai. Kira macam tak ada CONFIRMATION gitu… Lelaki pulak, standby kut-kut terjumpa awek lain yang lebih cantik haha… “Tak baikkkkk” – but mostly sebenarnya takut janji kosong. Bila mereka ucap “I love you”, mereka mahu ia datang dengan komitmen. Sebab itu mereka memilih untuk hanya mengucapkannya bila benar-benar yakin. Kesimpulannya, jangan terlalu mengukur cinta lelaki pada ucapan. Belajarlah membaca bahasa tubuh, usaha, dan tindakan—kerana di situlah cinta mereka sebenarnya tersembunyi. SO, ada tak tindakan dia dalam list di atas tadi? Kalau ada okey la tu… JANGAN sampai langsung tak ada, uihhh itu RED FLAG tuhhh… hati-hati jangan tension lak😉 Nak cool-cool? Healing-healing bersama bro Razzi? Jom lawati https://razzirahman.com/30harijagahati/ “Kita mungkin pernah terluka, tapi usah berhenti berharap untuk bahagia.” Ikhlas ❤️ Brother Love by Razzi Rahman ➡️Ketahui lebih lanjut tentang Razzi Rahman di sini
Kenapa Lelaki Cepat Hilang Minat?

Dah Hilang Minat? Ramai wanita pernah terperangkap dengan situasi ini: pada awalnya, lelaki nampak sungguh bersemangat mengejar cinta, tapi bila sudah dapat perhatian… tiba-tiba dia jadi dingin. Hilang minat. Seolah-olah semua janji manis tadi hanya sementara. Sebenarnya, ia bukan semata-mata kerana lelaki tak serius. Ada faktor psikologi dan emosi yang jarang orang bincangkan. Lelaki sukakan misteri & cabaran Pada awalnya, sesuatu yang baru dan penuh tanda tanya memang membakar semangat mereka. Tetapi bila hubungan jadi terlalu mudah, terlalu senang diteka — sesetengah lelaki cepat hilang rasa thrill. Mereka perlukan sesuatu untuk terus “mengejar”. Tekanan daripada pasangan Ada lelaki jadi dingin bila terasa dikongkong, atau bila pasangan terlalu cepat mengharap lebih, mahu hubungan berkembang secepat mungkin. Tekanan sebegini boleh buat mereka tarik diri. Selalunya ini berlaku pada lelaki yang masih kurang matang — yang lebih suka enjoy hidup tanpa terlalu fikirkan masa depan. Ego & ketakutan dalam diri Jangan terkejut — kadang-kadang lelaki menjauh bukan sebab dia tak suka, tapi sebab dia takut gagal. Bila dia rasa tak cukup baik untuk membahagiakan wanita — sama ada kerana status, kewangan, atau kerjaya — dia memilih untuk undur diri. Itu cara mereka melindungi ego daripada rasa kecewa. Jadi, apa solusinya? ✨ Pertama – Jangan terlalu cepat serahkan seluruh dunia anda pada lelaki. Simpan ruang untuk diri sendiri. Kekalkan sedikit misteri. Biar dia usaha untuk mengenali anda, bukan sebaliknya. ✨ Kedua – Kalau dia perlahan-lahan hilang respon hanya kerana anda tak cepat “buka hati”, biarkan saja dia berlalu. Itu tanda dia memang tidak serius. ✨ Ketiga – Ingat, lelaki yang benar-benar minat akan sanggup sabar, sanggup menunggu, dan sanggup berusaha. Hubungan yang sihat lahir daripada keseimbangan — antara memberi & menerima, antara ruang & perhatian. Dan percayalah… hanya masa yang akan membongkar siapa dia sebenarnya. Jangan terburu-buru. Tenangkan diri. Jadilah wanita yang relax, cool & penuh nilai. Dan kalau hati anda sedang luka atau keliru? 🌹 Take a break. Heal dulu. Baca Ebook Razzi – 30 Hari Jaga Hati. Kerana bila hati sudah kuat, hanya lelaki yang benar-benar real man akan mampu bertahan di sisi anda. 💎 “Kita mungkin pernah terluka, tapi usah berhenti berharap untuk bahagia.” Ikhlas ❤️ Brother Love by Razzi Rahman ➡️Ketahui lebih lanjut tentang Razzi Rahman di sini