Ooopss… hehe, jangan salah faham, :)) Maksud Bro Razzi adalah, “Jangan suka bertanya jika tak tahan dengan jawapannya…”

Actually artikel kali ini, ditujukan khas buat anda yang suka sangat bertanya tentang kisah silam kekasih anda. Atau pada mereka yang suka bertanya tentang siapa exgirlfriend atau exboyfriend pasangan dia…

  • You see, if you nak tanya tu it’s okay boleh tanya…tapi selepas tahu jawapannya, janganlah naik marah pulak.

Mood yang elok-elok tiba-tiba bertukar bad mood, tone cakap pun dah lari, bila berbual pun dah tanya satu, jawab satu. Sikit-sikit ‘kenakan’ pasangan balik dengan cerita yang telah diceritakan itu. Kalau tak boleh handle the past…JANGAN SUKA BERTANYA!

  • Bila orang kata tak perlu tahu lah, atau I tak suka nak cerita about my past, atau boleh tak kita bercerita tentang masa sekarang dan plan masa depan saja… stick to it lah beb. Jangan sibuk nak tahu, kan nanti tak tahan hehehe…

Tentu anda suka sangat bertanya soalan-soalan seperti dibawah ini kan? :-

  • “Siapa your ex ya?”
  • “Apa nama your ex, boleh I tahu?”
  • “Apa perkara yang you pernah buat dengan your ex?”
  • “Your ex dulu mesti lawa kan?”
  • “Your ex dulu hensem tak?”
  • “Your ex dulu baik tak?”
  • “Kemana you and your ex pergi selalu?”

Haaa… masa bertanya tu kemain lembut lagi lah kan, siap janji… “cakaplahh….tak pa I janji I takkan terasa punya…it’s okay you can tell me, I understand!”hah!! Iyolah tu!!

Dan selalunya apabila saban hari dan sudah tiap-tiap kali jumpa, asyik tanya soalan yang sama, jadi bila dah hari-hari phone call pun tanya, akhirnya pasangan anda pun cakaplah… lalu terjawablah semua soalan-soalan yang anda sibuk sangat nak tahu tu…

Lepas tu apa jadi?

  • Kalau yang boleh tahan tu okaylah… namun kebanyakan yang terjadi adalah pertengkaran dan pergaduhan je lah, betul tak? Tok sah tipu diri sendiri la kan… sure ramai yang buat semua ni, I KNOW!

Semua soalan-soalan ini dan yang lebih kurang begini… hanya akan menyakitkan hati you all je kalau tanya… Jadi, buat apa nak tahu? Lepas tahu… nak buat apa? Apa yang anda dapat dari mengetahui dia punya past? Dah memang sah-sah tak boleh nak ubah dah kan?

Atau anda nak compare siapa lagi bagus?

  • Kalau dia jawab ex dia lagi hebat, apa you nak buat? Sure mengamuk la kan… lepas tu asyik cemburu je la. Asal keluar je nama yang sama dengan ex kat drama ke, kat mana-mana mulai lah… ADOI, itu yang anda nak? Ayo… sadist beb, mengapa kena menyeksa diri sendiri…
  • Kalau dia sembunyikan pulak camana? …kata dia, “My ex tak sekolah, tak ada kerja, tak lawa, suka sakitkan hati I…You lagi best!” – Itu yang you all nak dengar la kan? hehehe padahal dia sorok perkara sebenar…

Beb, kita hidup ini hanya untuk sementara waktu je, jangan buang masa dengan benda-benda yang tak penting macam  tu la beb, the present and the future plan yang penting!

To tell you all the truth I teach myself…sikit her past pun I tak bertanya. Sebab tu I tak pernah tahu siapa exboyfriend pasangan I, I tak tahu nama dia, tak tahu apa dia buat, rupa dia, kerja mana, apa dia orang punya rutin dulu, berapa kali gaduh ke apa, apa yang dia orang pernah buat bersama ke, NOPE! I don’t bother…and I never want to know! Buang masa beb… To me itu semua RUBBISH! Tak penting langsung!.

Sampai dia tanya, “You tak nak tanya ke siapa my ex? Atau apa-apa tentang diri I dulu?” hahaha…

Nak tahu apa I jawab? : I cakap,

  • “I tak perlu tahu lah tentang kisah hidup you yang lepas… yang penting sekarang! Lagi pun, to me I know I’m the best! And better than whoever your ex lah!” … lepas tu buat creepy laugh MUAHAHAWAHWAH 😛

part ketawa tu joking lah hehe…tapi part the answers tu, memang macam tulah I jawab exactly! That way…secara tidak langsung, I pun puas hati. Happy, dan jiwa tenang je. Tak ada lah asyik nak fikir, tentang kisah-kisah lalu dia tu kan hehe…buang masa je beb, trust me!

Then, dia pulak sibuk nak tanya about my past… lagilah I tak cerita, her past pun I tak tahu, nak tahu I punya past? wrong person kikiki…

So guys, basically…what im trying to say here… you all nak bertanya sangat go ahead tanya lah… tapi JAWAPANnya jangan simpan dalam hati. Biar anda tu boleh terima, boleh handle…baru tanya. Also, tanya pada diri, “boleh ke aku terima ni kalau aku tahu?” – But my advise,

“Don’t dig the past babe… we all make mistakes… Some Things Are Better Left Alone …you wouln’t like what you’ll see.”

p.s : Ketahui tentang Koleksi 3 ebook cinta terlaris dari Razzi Rahman – KLIK DI SINI

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…