“Kita kawan sajalah…”


Pastinya ayat atau ‘line’ ini sudah agak lazim didengari, especially bagi mereka yang mendapat rejections atau cinta yang tak berbalas.

In a way, untuk menjaga hati atau secara lembut penolakan cinta itu, salah satu cara yang digunakan adalah dengan berkata, konon-kononnya,

  • ‘Kita masih boleh berkawan…kita tetap akan jumpa… you takkan kehilangan I…kita akan tetap berkawan sampai bila-bila!”

Kata-kata sebegini sebenarnya adalah berada di dalam kategori “REJECTIONS” sebenarnya. Cara lembut untuk menolak agar orang yang meluahkan rasa cinta itu tidaklah kecewa sangat.

Namun, sebenarnya…

Mereka hanya memanjangkan sahaja waktu sebelum dia yang ditolak cintanya itu menjadi berlipat kali ganda kecewanya. Malah bagi mereka yang akhirnya tersedar, akan merasa teramat bodoh dan begitu terpedaya!

Kesian tengok mereka sebenarnya apabila begitu lega selepas cinta yang terpendam sekian lama akhirnya dapat diluahkan… kemuadian, respon dia pulak…

•    I belum bersedia lagi
•    I belum terfikir lagi untuk bercinta
•    Berilah sedikit masa untuk I fikirkan
•    I lebih selesa jika kita hanya berkawan

What do you do bila respon yang diterima, berbentuk jawapan-jawapan seperti di atas? – You pun cakap pada diri sendiri, “YES! MASIH ADA PELUANG NI!”

Bertahun-tahunlah you menunggu dia…berkawan dengan dia.  Sedangkan you tidak menyedari yang cinta sedang ditolak mentah-mentah. – The fact that dengan hanya memberi label ‘KAWAN’ selepas luahan cinta, anda tidak sepatutnya masih menaruh harapan.

Ingatlah, semua kata-kata sebegitu adalah bermaksud, “NO, I’m not interested!” – tapi takkan dia nak cakap macam tu kan, lagilah you terasa kecewa hehehe….

KETAHUI 2 JENIS ‘KITA KAWAN JE EK’

Type 1 :
Berkawan untuk menjaga hati

Bila berkawan kesungguhan persahabatan itu tidak ada, dan pergaulan itu tidak cool. Seolah-olah berkawan kerana terpaksa. Ini jelaslah persahabatan itu hanya untuk menjaga hati anda yang mungkin telah kecewa dari penolakkan cinta.

Kita sms pun payah je nak jawab. Kita hantar message kat BBM ke di FB ke, berhari-hari tak balas-balas. Kawan apa benda macam tu kan…hehe – at the end of the day, pudar! Makin lama, makin hambar dan kita pun makin boleh menerima, ‘dia bukan untuk aku’

Walhal, semua itu sudah dirancangnya!

Type 2 :
Berkawan kerana itu sahaja yang boleh dibuat!

Lelaki dan wanita TIDAK AKAN hanya menjadi kawan. Kerana lelaki adalah lelaki dan wanita pula punya keinginan yang tinggi. Sekiranya mereka HANYA BERKAWAN sekarang sebab sebenarnya, mereka sudah tak berpeluang untuk bersama. Mungkin sebab salah seorang atau kedua-duanya sudah berpunya.

Lalu, walau hanya dengan berkawan sahajalah mereka dapat rapat maka berkawan je lah…TETAPI, sekiranya ada saja sedikit pergaduhan atau ura-ura akan berpisah, anda akan lihat… kawan anda itulah yang akan muncul dulu. Mengapa?

Bukan hanya sebab dia kawan anda, tetapi sebab itulah peluang yang telah lama dinanti-nantikannya. LELAKI adalah lelaki, mereka hanya akan berkawan dengan wanita yang diminatinya! Begitu juga WANITA… mereka akan hanya utamakan, yang disukainya. – Kalau tak percaya… cuba you ‘BERI’ kat dia tengok…dia ambik tak? Hehehe

Mungkin anda akan menjawab, NO!… saya ada kawan yang betul-betul ikhlas, baik dan takkan ambil kesempatan atas I. Really? Cuba anda cakap pada kawan anda, yang anda mahu bercinta dengannya, mahu kahwin dengan dia…anda akan tengoklah perubahan mendadaknya, anda akan tengoklah betapa dia sebenarnya hanya menanti sahaja saat itu!

KONGKLUSI.

Sedar dan fahami, saat dan ketika cinta anda ditolak. Bagaimana pula tindakan dia yang hanya mahu menjaga hati. Cepat-cepat sedar yang diri anda diperguna. Keikhlasan di dalam persahabatan juga amat susah untuk dimiliki. Jadi, be more observant!

TIDAK ADA orang saja-saja nak nak berkenalan for nothing! Kita mahu berkenalan sebab nak hilang rindu, hilang sunyi, rasa happy… but in order to feel all that, mestilah dengan yang kita minati, That’s it! Lainlah kalau berkenalan dengan ‘gender’ yang sama.

Sekali lagi Bro Razzi katakan, baik lelaki maupun wanita, mereka berkawan…

  • kerana memang minat dari dulu, atau terpaksa atau itu sahaja yang dapat dilakukan.

Nak lebih-lebih, mungkin orang itu sudah berkahwin atau sudah berpunya. Jadi, kawan ajelah kan. Sebab tulah ramai yang menjawab, ‘Kami kawan saja’

  • Kami kawan saja, kita kawan saja, I lebih suka you jadi kawan I, kita sekadar kawan… semua ini adalah FORMS of REJECTIONS, sedarlah! 😉

p.s. : Ingin mengetahui kesemua karya Razzi Rahman dengan lebih lanjut? – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

Share This Post

Share this article

Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *