Biar secukup rasa orang kata, itulah yang paling penting di dalam bercinta, mencari cinta, mengenali cinta, berkorban untuk cinta, cuba mendapat balasan cinta, …JANGAN OVER, JANGAN MELAMPAU

…Kalau dalam mana-mana pertandingan atau usaha untuk memenangi hati seseorang biar nampak EFFORTLESS, meaning usaha kita tu nampak seperti biasa-biasa saja tetapi sangat meaningful. Seperti seorang pakar chef, sewaktu memasak tidak gopoh dan gelojoh, sebaliknya tenang dan cool je.

Kalau bangsa over ni beb, ianya seolah-olah memberi tekanan dan terlalu bersungguh-sungguh sehingga membuat orang rasa menyampah sort of annoying. Orang putih kata, “You’re trying TOO HARD!”

Kita tak nak tu… kita nak biar dia nampak dan hargai usaha kita tetapi, dia tidak rasa kita OVER or trying too hard. How to do that??… Di sini ada 8 cara untuk tidak nampak over, walaupun kita sebenarnya berusaha memenangi hatinya 😉 :-

  • 1. Freedom : Maknanya kita banyak memberi ruang kepada dia untuk melakukan apa saja yang dia suka. Mungkin kita akan rasa takut nanti dapat kat orang lain. Tetapi percayalah, lagi kita sekat dia, lagi mudah untuk dia pergi kepada orang lain.
  • 2. Relax & cool : Maknanya apa saja keputusan yang dia buat kita kena tenang dan memberi sokongan padu. Mungkin kita tidak suka, tetapi let dia tahu yang kita tidak setuju tetapi kita menyokong apa saja yang difikirkan betul oleh dia.
  • 3. Positively correct : maknanya walau kita tidak bersetuju cara pemikirannya, tetapi kita selalu fikir positif. Mungkin apa yang dilakukan nya itu akan membawa kejayaan dikemudian hari siapa tahu? Kan…so from here, dia akan merasa anda not trying too hard!
  • 4. Freedom of speech : Maknanya kita kena lebih banyak mendengar dan memberi peluang kepada dia untuk memberi pendapat setiap kali kita berbual dengannya. Bukan kita asyik nak cakap kat dia apa yang betul, apa yang salah… instead kita banyak berbincang dan biar dia fikir sendiri. Until dia yang meminta pendapat kita.
  • 5. Free yourself : Maknanya kita jangan stuck dengan dia je dalam minda kita ni. Kita kena banyak fikirkan perkara-perkara lain yang banyak lagi penting-penting boleh kita fikirkan. That way, dia akan melihat kita effortless dalam percubaan memiliki dia, dia akan fikir, “Dia ni punya hidup yang interesting dan minat kat aku tapi…dalam masa yang sama seperti tak nak kat aku je, eee geram!”  hehehe…
  • 6. Free from contacts : Call sekali tak angkat jangan call lagi! Dia dah tahu you call, kalau dia suka dia akan sms atau call balik. Kalau dia TAK reply back maknanya dia tak suka. Esok call sekali lagi. But make yourself free daripada in contact supaya jiwa you relax tak tension je menanti dia call.
  • 7. Free from one person : Meaning you kena ada ramai KAWAN. Tak boleh yang tu lah you minat, yang itu lah juga kawan you. Must have many-many opposite sex friends supaya, secara tidak langsung minda you akan lebih open dan diri you akan lebih berpengalaman serta banyak informasi dari setiap kawan-kawan anda. Ramai gagal dalam cinta kerana hanya kenal 1 kawan who is kekasih dia jugak!
  • 8. Nota Cinta : Yes, this is my favourite! That’s why I ada notacinta.com hehe. Okay here where the secret is… “LESS IS MORE!” meaning bila ada masa terluang… BUKAN SETIAP MASA, tetapi find the special time untuk berikan sedikit nota cinta kepada dia. Tulis short and sweet words kata-kata cinta! Pendek-pendek je, supaya dia merasa DAHAGA kan for MORE!

So macamana? Boleh buat? Sure boleh punya… all you need to do is free yourself dan make that change in your life, InsyaAllah anda akan kelihatan lebih menarik, diminati dan disukai ramai!

Don’t let anyone stop you from what you want to do… fikirkan kebahagiaan masa depan anda, fikirkan keluarga anda yang mahu anda happy dan fikirkan hidup anda yang selama ini hanya dipenuhi dengan kesedihan. Masa untuk anda bertindak dan claim your happiness!!

I believe in love, so can you!

p.s : Miliki pakej istimewa – Koleksi 3 ebook cinta popular – KLIK DI SINI

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…