3 alasan MENOLAK CINTA

Sad-Girl-in-Love-e1330939593612

Pernahkah anda merasa seperti tidak logik penolakan cintanya? Alasan yang diberi membuatkan anda masih boleh question itu dan ini. Semakin anda tanya, semakin berbelit jawapannya malah semakin tak logik!

Besar kemungkinan ada sesuatu di sebalik alasan itu. Apa agak-agak? Tak apa, nanti kita jawab di hujung artikel ini. Tapi for now, apa kata kita tengok balik alasan-alasan yang biasa digunakan untuk anda berdua berpisah atau membuat keputusan untuk putus, walaupun anda berdua sebenarnya, ‘MASIH CINTA’ …masih cinta? Betul ke?

Alasan 1

  • Setelah sekian lama bercinta, perhubungan cinta anda berdua dikatakan mengganggu kariernya yang semakin busy. Sehingga pekerjaannya itu ‘terusik’ jadi kerana ingin fokus, tidak mengganggu dan terus berjaya di dalam kariernya, anda berdua perlu berpisah!

– Adakah alasan ini boleh pakai? Bertahun bersama tak apa pula ya, sekarang baru mengganggu dan hilang fokus.

Bagi pendapat saya, ini agak kurang logik. Dari pengalaman sendiri, mempunyai pasangan yang menyayangi dan mencintai kita, akan membuatkan kita lebih berjaya di dalam pekerjaan. Malah boleh memberi inspirasi kepada kita untuk lebih kreatif dan membentuk masa hadapan yang lebih cerah. Kena pula dengan pasangan yang selalu memberi semangat dan menyokong usaha kita, lagilah berjaya!

– KEMUNGKINAN alasan yang diberi ini adalah salah satu jalan untuk dia putuskan hubungan kerana sudah bosan atau selama ini dia menyedari yang bersama anda, adalah satu kesilapan kerana tiada keserasian, well it can be for any reason, but definitely BUKAN kerana nak lebih fokus kerja la.

Alasan 2

  • 3-4 tahun bercinta, tiba-tiba dia kata ibu bapanya sudah mempunyai pilihan sendiri dan mahu jodohkan dia dengan pilihan yang mereka sukai. Selama ini dalam diam mereka tidak sukakan anda kerana anda adalah, janda/single mother/lebih tua dan sebagainya. Mereka mahu anak teruna mereka kahwin ‘normal’

– Adakah alasan ini boleh diterima? …terima tu boleh jika dari awal-awal lagi sudah diberitahu, kan? Bukan selepas 3-4 tahun bersama la kan. PLUS, 3-4 tahun bersama, takkan family dia tak pernah mendesak dan menghalang, why only now?

Bagi pendapat saya, JIKA benar-benar cinta, dan sungguh-sungguh jujur dalam perhubungan, pasangan anda seharusnya berterus-terang sedari mula tentang ibu bapanya. Dan menghentikan perhubungan itu dari awal, BUKAN selepas 3-4 tahun. Mungkin betul keluarganya tidak dapat menerima status anda untuk menjadi menantu mereka, tetapi dia juga sepatutnya FIGHT for you, bertegas dan cuba sedaya upaya, berbincang dari hati ke hati dengan keluarganya dan jelaskan yang anda berdua sudah lama bersama dan benar-benar mahu berkahwin. Usaha dan usaha, BUKAN selepas bertahun bercinta tiba-tiba minta putus!

– KEMUNGKINAN dia ada orang baru? Kenal someone new? Someone single dan younger? Lalu dia guna alasan family yang tak suka? Padahal dia tahu memang family tak suka tapi selama ini dia berkeras, lalu keluarga telah mengalah. BUT now, mungkin ada penyebab lain (New love) …Allah Waalam.

Alasan 3

  • – Sebenarnya dia sudah berkahwin! Bertahun-tahun mengaku bujang dan dia tak beritahu sebab dia plan untuk bercerai, tapi sekarang terpaksa putus dengan anda kerana kesian kat isteri…

Adakah alasan ini anda boleh terima? Hehe… kesiannn isteri ya, bertahun-tahun selama ni tak kesian? 😛

Bagi pendapat saya, jika anda betul-betul jujur dan gentlemen, cakap awal-awal la sudah berkahwin. Kemudian atas wanita itulah samada mahu meneruskan juga perhubungan itu atau tidak. BUKAN selepas the girl dah bertahun sayang giler pada anda, then baru nak cakap. Kemudian minta putus dan tak boleh nak continue lagi… mana pergi bertahun-tahun percintaan itu? …nampak sangat ada sebab lain.

KEMUNGKINAN selama ini dia hanyalah mahu mempergunakan anda sahaja. Mungkin anda hanyalah bahan mainan baginya. Jika mahu menyembunyikan status awal-awal sekali pun, ianya tidak mengambil masa bertahun-tahun, mungkin sebulan dua SEBELUM declare… itu barulah jujur.

3 situasi, dan 3 alasan berbeza…yang menjawabkan kepada HANYA SATU jawapan iaitu, “PENIPU!” – yaa… alasan-alasan ini adalah alasan bagi seorang penipu! Jika yang jujur dan betul, bukan beralasan begini. Tidak semudah itu mengaku kalah dan terpaksa putus.

Seorang PENIPU akan berlakon, bersandiwara dan sewenang-wenang mempergunakan keluarga dan sesiapa atau apa saja, semata-mata untuk menguatkan alasannya untuk berpisah. Dialah si Pengecut yang tidak berani berterus-terang dan bertanggung jawab di atas tindakannya. Tidak ada logik dalam kata-katanya, tiada asas dan tidak ada kebenaran langsung!

  • Hati-hatilah apabila anda tiba di peringkat ini. Persoalannya, adakah anda mahu meneruskan hubungan dengan ‘penipu’ ini? Atau anda dengan rela hati melepaskan dia pergi, melepaskan cinta yang terbina sekian lama?

Hakikatnya… sad to say this, cinta sudah lama tiada, segala-galanya hanyalah khayalan anda sahaja yang cintanya masih bersemi. TIDAK ADA orang yang sanggup berpisah dengan orang yang benar-benar dicintainya, tambah pula memberi alasan-alasan karut…jelaslah dia hanya ada NAFSU sahaja dan TIADA PUN PERASAAN CINTA  sebenarnya…

Ikhlas,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

p.s. : Dapatkan EBOOK Promosi istimewa, BELI 1 FREE 2 karya Razzi Rahman @ Brother Love – klik di sini

5 Comments

  • lara nurlinah

    sama pulak kisah alsan no2 tue…buntu plak bkwn brthun2 lastly br nk gthu fmly xsuka psl status,sblum ni xde pon siap bg smngat lg ..pilahan hati ibu kena patuh sbb itu kunci ke syurga..xpe redha jelalgpon dia ank llki syurga kat ibu…cuma xfair slma bertahuun2 bru skg tahu..

  • cik amoi

    same goes with me bro razzi. after 5 years together, penghujung taon 2010 die tiba2 cakap parents die actually tak suka die berkawan ngan saye. after 5 years baru bgtau? bg sya mcm tak logik. tp xpe lah kalau dah niat die nak permainkan hati saya dr awal perkenalan kitorang die memang berjaya n sanggup cipta alasan untuk buang sya dr hidup die. skrg die dah kawen tp saya tak pernah simpan dendam sebab die penah jadi kesayangan saya 1 masa dulu. cuma saya mohon pada allah biarlah btol ape alasan yg die bgtau sya dlu kalau tak, allah memang tau hati saya takkan maafkan die kalau die bohong saya.

  • Saya curious

    Hi Bro Love,

    Just came across your blog and belum baca habis all your articles. I found very informative and forward. Would like to seek ur advice.

    I kenal bf from wechat last jan and became couple in apr. we sempat date 4 kali jer before he transfer to his hometown. so ini cinta jarak jauh la.

    Oh, he did intro me to his friend and a cousin. selepas dia transfer tu ada dia mention that he told his parent abt me.

    Few weeks ago, kita bergaduh due to tak sama prinsip. Dia marah la juga and mention bahawa my prinsip makes him tiada value dlm our love r/ship yg mana aku kurang setuju ttg katanya itu. I adalah memohon maaf and did ask him, he may call off our r/ship sbb aku tak mau dia bersedih & tertekan coz of diff prinsip. He said he won’t do so and he loves me no matter what

    After that, our conversation bcome dingin. He jarang text me. Bohong klu sya tak sedih, cemburu dll. I know he’s always on9 his fb messenger, wechat and whatsapp but rarely talk to me.

    Sampai satu tahap sya kurang sabar.. I told him that he may leave jika bosan,jemu, ada org bru,etc. Tapi he said there’s no such thing and was actually occupied with ps games.

    When he texts me, itu bila dia jatuh sakit (katanya) atau saya menegur ttg situasi kmi skrg.But my thought sllu curious.

    so Bro Love, really need ur advice or opinion what should I do now.

  • Eve

    thanks 4 the article…br sy terfikir yg sy mungkin hampir tergolong alasan no 3,.setelah lama bercinta nak msk 5thn dan usia sy dah meningkat mungkin itu alasan kekasih sy masih x membt keputusan untuk berkhwin, walaupn dia x pernah mengatakannya.. tp sy rasa itu la alasannya.. sedihnya..setelah sekian lama bercinta akhirnya mungkin berpisah..lelaki takpe la mungkin x de kesan sgt tp bg wanita ia memberi kesan yg amat sgt bg kehidupannya. ditambah lg dgn sikap curangdan penipuan hrmm…Abg razzi apa yg perlu sy bt…kekasih sy kata yg dia sgt sygkn sy dan x akan berpisah dgn sy tp smpi skrg pn blm bt kptusn tuk khwin..sy runsing dan tertekan.. apa perlu sy bt..sy sgt cintakannya..

  • wiwi

    Broo razzi. Klu ada prob nak tanya bro, boleh crita di mana? Bro ad enmail ke? Aau saya msg iinbox fb?? Really need.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons