Kisah Cinta Razzi – “Maafkan dia”


~ Coretan secebis kisah lama yang benar-benar telah dilalui oleh bro Razzi Rahman…semuga kisah ini memberi manfaat kepada kita semua ~

Razzi RahmanSewaktu aku masih menjadi penyanyi dulu, populariti lagu-lagu nyanyian ku seperti Syakila dan Rembulan Kesiangan begitu mendapat tempat di hati peminat. Sehinggakan lagu Syakila, terpilih memasuki final Juara Lagu TV3 dan Rembulan Kesiangan pula berada di no 1 pada setiap carta-carta Radio hampir 10 bulan termasuk di Brunei dan Singapura.

Namun, dulu dan sekarang…aku tidak pernah berubah. Aku tetap adalah seorang yang jenis santai dan sederhana sahaja. Cuma dulu lagi kurus lah hehehe…

Mungkin juga kerana aku begitu popular, seorang model yang sangat cantik serta manis, tinggi dan cerah kulitnya telah terpikat kepadaku dan telah menjadi kekasihku yang sangat setia. Namun, satu kejadian pelik telah mengubah cara hidup dan perhubungan kami.

Dia yang teramat ku sayangi tiba-tiba telah menghilangkan diri!! Tanpa sebarang nota, tanpa mesej, no calls, tanpa sebarang alasan dan tanpa memberitahu aku apa pun kalau-kalau dia mahu berpisah…dia hanya terus hilang!. Aku masih ingat…

  • “Abang…kalau abang nak pergi mana-mana cakap kita tau…jangan pergi senyap-senyap aje, nanti kita risau tau…” Dengan penuh manja, dia berpesan kepadaku dulu. Kini?…apa yang telah berlaku?!

Aku kebingungan, kemanakah dia?! Adakah dia dilanda mala-petaka apa-apa? Kemalangan? Semua orang tidak dapat aku hubungi…phone tak terjawab, lalu aku ke  rumahnya, tidak ada siapa-siapa. Pelik?! Kemana semua orang pergi? Kemana dia pergi??

Berhari-hari hilang, dan belum sempat aku membuat laporan polis, aku histeria! Aku kepeningan dan hampir-hampir pitam kerana begitu panik memikirkan kekasih yang tersangat aku sayangi, HILANG!

Beberapa hari kemudiannya, entah apa yang telah terjadi padaku ketika itu, yang aku ingat, aku meracau, menangis, menjerit dan meraung-raung di rumah. Aku macam sedar di dalam tetapi, luaran aku tidak dapat kawal. Seolah-olah aku sedang berada di dalam tubuh orang lain. Sehinggakan Ibuku terpaksa memanggil doktor datang, bomoh pun datang untuk ubatkan aku. Akhirnya aku pengsan…

Aku tidak mahu jadikan ini sebagai alasan utama aku berhenti menyanyi dulu tetapi sedikit sebanyak, kerana dialah hampir hancur seluruh kehidupanku…

Berminggu-minggu kemudian aku terlantar di katil, seperti berkabung, bersedih dan menitiskan air mata kecewa! …Uurgh…sedih…sedih…di waktu aku begitu memerlukan dia, di saat aku sangat sayang padanya, mencintainya sepenuh hati…dia pergi…pergi hilang entah kemana…

Setelah berbulan lamanya, fikiran aku sedikit tenang dari biasa dan apabila terpandang di cermin mukaku yang cengkung dan sudah berjambang, aku mulai sedar yang aku sudah lama tidak menjalani kehidupan yang normal.

Tetapi hari itu, satu lagi berita buruk telah aku terima… Sebenarnya selama ini dia tidak hilang, tetapi dia tidak dibenarkan oleh keluarganya dari bertemu aku lagi!

Ini semuanya adalah kerana dia telah pun dijodohkan dengan lelaki pilihan ibunya! Ahhh!!!…hancur luluh hatiku ini apabila aku hampir pulih dari tekanan mental, berita sebegini pula yang aku terima, Aduuuhhhh…

TETAPI…satu kejadian yang “MIRACLE” berlaku kepadaku pada malam hari berikutnya. Di dalam sedar dan tidak sedar aku telah terdengar satu suara berbisik kepadaku, “MAAFKAN DIA…MAAFKAN DIA…” Entah macamana, tiba-tiba semangat aku pulih! Aku mesti pergi berjumpanya, aku mesti mendapatkan penjelasan, aku mesti tahu adakah dia benar-benar ingin berpisah dengan aku??! tinggalkan aku dan mengahwini lelaki pilihan ibunya?

Keesokan harinya, aku bangun dan terus mandi hot shower. Misai dan jambang yang panjang ku cukur habis, aku bersiap! Dengan memakai pakaian kemas, aku melangkah turun dan menuju ke luar rumah. Ibu yang sedang menonton tv, tiba-tiba terkejut sakan dengan perlakuanku lantas terus bertanya, “Nak kemana tu??!”

“Ke rumah Tasya!” jawabku tegas. Ibu tercengang tak terkata.

Tetapi, belum sempat aku pergi…tiba-tiba Tasya muncul dan tercegat di pintu luar rumahku. Ya Allah!…terus saja aku menjadi lemah, cinta yang masih membara di dalam diri ini membuatkan aku terasa teramat sayang padanya di saat itu.  Berbisik hati aku..’Oh Tasya…aku amat rindu padamu’. Perasaan rindu yang teramat sangat membuatkan aku terus meluru untuk memeluknya, Namun…Tasya mengelak!

  • “Tasya??!” aku kebingungan…
  • “Maafkan I, Razzi… Please, lupakan I, I dah tak ada apa-apa
    perasaan lagi pada you, Razzi. Forget about me!”

Suara Tasya yang mendatar, membingungkan aku terus… aku tidak biasa dengan caranya yang seperti langsung tidak berperasaan.

  • “Tasya!, so Tasya datang selepas sekian lama ini untuk apa?? Bukankah sebab Tasya masih sayangkan abang?…”
  • “Sorry Razzi…I datang kerana ibu you yang suruh!”
  • “What??!…why?!”
  • “Sebelum I…err..err..”
  • “Sebelum? Sebelum apa Tasya?!”
  • “Sebelum I kahwin besok…”
  • “WHAT??!!!”

Tasha terus meninggalkan aku di situ. Sekali lagi aku dilanda tekanan mental yang maha dahsyat! Aku terduduk, terpaku dan terpinga-pinga memikirkan apa yang telah berlaku. Semuanya begitu cepat dan amat membingungkan aku. Suara dari sebuah cerita yang sedang ditonton oleh ibuku terngiang-ngiang di telinga, menyakitkan benakku, persoalan demi persoalan menyucuk-nyucuk otak aku yang semakin berdenyut-denyut terasa.

Ohh…sanggup Tasya buat aku macam ni??…sanggup dia seksa batin aku selama ini, kemudian hancurkan harapan dan hati aku?!!  Sanggup dia…Ya Allah, bantulah insan mu yang tersangat lemah ini,

Tiba-tiba…

“Maafkan dia…maafkan dia…”

Aku tercengang! “Dari mana datangnya suara itu yang telah ku dengar semalam?” Perlahan-lahan aku melangkah menghampiri ibu yang memandang pada ku tepat dengan wajahnya kelihatan begitu sedih sekali. Matanya kelihatan bersinar, berair. Sekali lagi suara yang sama menarik perhatian ku…rupa-rupanya, suara itu adalah dari sebuah filem Indonesia di TV…

Aku terus menonton filem indon tu sampai habis…ceritanya sangat menyentuh hati dan kisahnya hampir-hampir sama dengan ku. Bagaimana seorang jejaka yang ditinggalkan kekasihnya yang telah berlaku curang padanya. Lantaran terlalu emotional dan tidak tahu cara untuk melupakan kekasihnya, dia mengalami tekanan mental. Pada malamnya, seorang bidadari telah datang kepadanya dan berbisik, “Maafkan dia…maafkan dia…” Esoknya dia mengambil keputusan untuk memaafkan kecurangan kekasihnya itu walau pun batinnya terseksa dan hatinya terkecewa, teraniaya. Jiwanya parah, tetapi dia masih maafkan gadis itu yang telah pergi meninggalkannya.

Aku ternganga sepanjang cerita itu. Apa yang sebenarnya telah berlaku?? Sungguh ajaib fikirku, namun…aku mengambil keputusan untuk melakukan perkara yang sama. Lalu, setiap hari berikutnya, aku fikirkan Tasya, aku maafkan dia, hari demi hari …aku maafkan dia.  Ya…aku kecewa, aku terseksa dan merana…tetapi, aku maafkan dia! Aku maafkan segala-galanya…

Amazingly, lama-kelamaan aku menjadi lebih sihat dari biasa. Perasaan cinta aku terhadap Tasha semakin hilang. Walaupun aku tidak dapat melupakan Tasha tetapi jiwa aku cukup tenang! Rupa-rupanya, apabila cinta, kasih dan sayang sudah hilang…walau aku masih mengingati Tasha dan mendengar kisahnya yang bahagia dengan perkahwinannya, ianya langsung tidak menyedihkan aku.

Kini, setelah bertahun-tahun kami tidak berjumpa dan aku pun sudah bergelar usahawan, penyanyi dan penulis popular, akhirnya aku kembali mendengar berita dia yang sudah mempunyai seorang cahaya mata. Aku tumpang gembira pula untuknya, hehehe…

Namun sekali lagi, Tasya muncul tiba-tiba di depan kedaiku. Dia kelihatan pucat dengan sekeliling matanya yang agak kehitaman dan bengkak, jelas sekali kesan menangis dan tidak cukup tidur. Aku sedih!…bukan sedih kerana teringat kisah cinta kami…tetapi sedih kerana Tasya rupa-rupanya sudah pun bercerai.

Hari-hari berikutnya pula, Tasya masih datang dan sedikit-sebanyak mempamerkan minatnya kepadaku kembali, tetapi aku langsung tidak berminat kerana aku sudah maafkan dia dulu, dan cinta, kasih serta sayang sudah lama hilang. Dalam hatiku juga, tiada dendam.

Bersama anak perempuannya, 7 years old yang sungguh comel, Tasya seperti terdesak merapatiku, sehingga menceritakan kisah sebenar mengapa dia bercerai. Rupa-rupanya dia selalu disepak terajang oleh bekas suaminya itu hingga turun naik mahkamah untuk bercerai!

Aduuuhhh…apakah ini balasan Tuhan? Setelah apa yang dibuatnya kepadaku? Apakah ini hikmah dari aku memaafkan dirinya? I guess “God work’s in a very mysterious way”

…kita tidak akan tahu, apa rancangan Tuhan terhadap kita. Aku harap segala kejadian bukan sebab aku, bukan sebab doa aku yang memaafkan segala penyeksaan dia terhadap aku, dan aku amat berharap dia dapat meneruskan hidupnya dengan tenang kerana aku telah lama, “Maafkan dia…”

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

p.s. Ingin membaca kisah cinta Razzi yang lain? Klik di bawah :-

56 Comments

  • kenangamelur

    rasa tidak keseorangan dalam dunia yang fana nih.kalau dapat jumpa dan cakap dgn u broher lg best. ada cite gak nak kongsi.u only. thanx a lot for sharing. FYI there are many others especially the one being loved, cruel and mean in term of treating other soul.

  • LYNN – Ianya akan jadi lebih mudah jika Lynn fikirkan untuk masa depan lynn dan maruah keluarga lynn sendiri.

    Fikirkan demi kebahagiaan Lynn, maafkan dia agar Lynn lebih tenang, bahagia dan hati terbuka untuk perhubungan baru yang diredhai Allah.

    Fikirkan, memaafkan dia untuk Lynn mudah menerima jodoh yang direstui ibu dan ayah, InsyaAllah, berjaya!

  • lynn

    salam..membaca artikel bro betul2 menyuntik semngat sye untuk memaafkan ex-bf sye..sye sdg cuba melupakan dia..tpi makin lame makin tebal rs benci pd dia.mgkin sbb sye terlalu kecewa dgn cinta ini..mak ayah sye juga naik riso..sye kerap berdiam kini..pencilkan diri..sakit2..mgkin terlalu sedih..kami dah berpisah..sye yg minta..kerna x tahan ngan sikap penipu dia..bile sye tnye dia nafikan..hati sye jadi skit lagi bila sye terjumpa kate2 cinta dan gambar dia bersama perempuan lain..di fs..dan dia kate x kan dpt lupakan prmpuan itu..ble sye amati pada tika itu sye masih couple ngan dia..wlubgmanapun sye tau benda ni stlah break..sekali lgi sye kecewa kerna pd saat itu sye mula mahu bngun dri kecewa..dan kini sye makin kecewa..menangis berhari2..sye terlalu kecewa..ingin sgat sye maafkan dia..tpi..bukan senang..jika tiada kekuatan..tolonglah sye bro

  • Israa Rahin

    Bro..I tersentuh ngan cite yang i baru bace nih..coz it just happened to me just now..2 malam lepas I memang hate her..siap maki2 lg ..orang yang i paling sayang tapi telah menjadi orang yang i paling benci..tapi lastly I maafkan dia & I pun dimaafkan…& yup it’s miracle.. I jadi tenang semula & tak mungkin I lupakan dia but I sedar itulah yang terbaik terjadi.. 🙂

  • fazra

    Mula2 i kenal dgn brother Razzi, i dpt rs yg u ni seorang yg byk pnglaman kecewa dlm percintaan.Klu x tak mungkin u blh hasilkan buku-buku cinta dan menjadi seorang penulis cinta yang hebat.
    Bro Razzi, memaafkan org itu adalh yg terbaik utk kt rs lbh tenang.Jodoh itu kan kerja Tuhan.Sebesar mana pun cinta kt pd dia,klu da bkn milik kt,pasti jg berpisah.so, jln terbaik, buka minda kita utk trima sgl kemungkinan yg berlaku & blajar utk terima kenyataan.so sad, sbb i byk kali jg kecewa dlm percintaan..dr pengalaman tu i blajar utk trima semuanya..

  • saye pernah merasekan sakitnye perpisahan..
    tp perpisahan disebabkan ALLAH lg sayangkan dye…
    p pe yg menyedihkan ialah dye pegi slepas saye mbik kputusan tok jg sorg yg setie..
    membe2 saye cakap,tu la balasan tok player..
    sakit gak ati p mebi btol pe yg dowg cakp..
    slagi xmerase khilangan,mnusia xkan serik..

  • mawar

    salam. saya juga pernah merasai ditinggalkan insan yg amat dicintai. amat perit sekali. terpaksa merelakannya pergi krn inginkan dia bahagia.tak sanggup dia hidup menderita di samping saya walaupun itu yg saya inginkan. katanya dia sudah tidak tiada perasaan pd saya dan tak boleh lagi meneruskan hidup bersama saya krn di hatinya ada insan lain. hati ini cuba membencinya tapi dapat membencinya. adakah kerana saya masih belum melepaskan cinta di hati ini dan masih mengharap…… saya rasa sebagai hamba Allah yang byk kelemahan saya tak layak membencinya. saya ikhlas memaafkannya tetapi dia masih bermain di ingatan saya. saya juga harap dia takkan merasa apa yang saya lalui ini. masalahnya skrg keyakinan diri saya. saya sll merasakan saya ini teruk sangat sehingga ditinggalkan…..skrg saya lebih suka memencilkan diri dan mengelak bergaul dgn org ramai kecuali perlu. namun,membaca kisah hidup anda menyuntik kekuatan pada saya. mungkin…. hanya masa & redha Allah penawar segalanya.

  • marleena

    so so sad story of yours. really appreciate by u writing your own sad stories with us and share this with d world. our life is dedicated to sad stories of different kinds i.e you with your sad stories and tasha with her sad stories. sometimes we tend to look too hard for something we wish to have in our life only to come to the conclusion it cannot be found. someday both of you will find what u are looking for, be patient and it will find both of you…because…”KITA HANYA MERANCANG, ALLAH YANG MENENTUKAN”

  • jamilah

    aku juga pernah merasainya. Terlalu perit

  • idnur

    to kecewa…
    Hai ape kabo?sy harap awk sht.
    Awk klu kite x maaf kn org smpi bila2 hati kite sakit.mmg amat menyakitkan bila org yg kite syg main kayu 3 blkg kite.tp ada hikmah di sebaliknye semua yg t’jadi.andai Allah x tunjuk kn belang dia pada awk…smpi awk kwin dgn dia pn dia msh buat perangai lama dia.n pd masa tu baru awk tau lagi malu awk n family awk rasa.tentu lagi sakit n menyesal.Awk mgkin akn tnye pd Allah knp x tunjuk kan semua tu ms sebelum korg blm kwin.
    Terima la hakikat yg awk n dia xde jodoh.mgkin awk akn b’temu dgn seseorg yg akn menghargai awk n menyayangi awk sepenuh hati.
    Degan memaaf kn dia insy’allah hati awk akn tenang.
    bnyk2 la b’doa moga Allah beri kekuatan n ketenangan dalm diri awk.

  • Yaa… kadang-kadang kita membuat sesuatu keputusan tanpa rela hati. Tetapi kita terpaksa… terpaksa melepaskan pergi, walau masih cinta, walau masih sayang. Namun, jauh di sudut hati kita, kita tahu, kita tidak akan bahagia bersamanya…

    Namun, perpisahan adalah sesuatu yang menyeksakan. hanya Tuhan yang mengetahui betapa hancurnya hati seseorang yang dikecewakan. Bagi yang terkecewa… sekiranya kita redha dengan perpisahan itu dan memaafkan dia… InsyaAllah, kita akan menemui kebahagiaan yang azali…

    Namun, jika kita terus marah, dendam kesumat, sampai bila-bila kita tidak akan menemui kebahagiaan yang sejati.

    Dan sekiranya kita sendiri yang menghancurkan hati seseorang… seharusnya kita memohon keampunan dari dia yang kita kecewakan, jika dimaafkan, alhamdulillah… jika tidak, kita telah melakukan yang terbaik dan berusaha memohon ampun… yang tinggal hanya dia dan Allah sahajalah yang menentukannya, we’ve done our part!

  • idnur

    assalamualaikum

    hai bro ingat sy lagi..sy br je buka email yg bro bg ni..bro kisah bro lbh kurang cm kisah sy skrg ni.cm yg lain nye sy yg tggl kn ex-bf sy sbb x thn dgn perangai dia yg sentiasa syak sy yg bkn2.
    tp sy takut jd cm ex-gurl bro tu…klu sy kwin sy takut Allah bls p’buatan sy t’hdp ex-bf sy tu.
    Ya Allah jgn la Engkau berikn jodoh ku yg x elok untk diri ku..
    untk pengetahuan bro,ex-bf sy x dpt trima perpisahan yg sy mntk.dia skrg tgh merana sbb sy tgglkn nye.bkn sy x syg dia tp sikap dia yg mengongkong n slalu fkir sy ada org lain di belakang dia.dia slalu tnye yg sy ni xde org lain selain dia.
    penat mulut sy ni nk meyakinkn dia yg sy cm cnta n syg dia sorg je.smpai 1 hr b’puluh2 soalan yg sama dia tnye kn pd sy.
    smpi 1 hr sy bosan n menyampah sgt2 dgn sikap dia tu.n sy ambil kpts utk b’pisah dgn nye.
    smpi skrg dia x putus mntk maaf dgn sy krna buat sy cm 2.n nk sy kembali kpd dia smla.tp sy x dpt nk kembali pd dia.sy sedaya upaya untk lupa kn dia.
    sy sentiasa maaf kn dia n x pernah b’dendam dgn dia langsung wlupn dah mcm2 dia buat pd sy.
    cm sy b’harap dia dpt lupe kn sy n trima kenyataan yg kami xde jodoh lagi.
    bro btl ke tindakan sy buat ni.

  • MAya myRA

    hyE brO rAzZi..
    sUnguh TOuchin cTe pEngALAman brO TUe..
    dlU MAya pN pnAh aLAMi TTba kEkAsih hATi Pg mEnyEpi. bETAPa sAkiT nyA rasA MAse TUe hyA ALLAH sJ Yg TAhu..
    Tp,
    aLhAMduLiLLAh Skrg dyE dA kEMbALi bsMA MAya..
    kLu Ade cTe, bOLe LAa kOnsi dgN MAya Lg yE..

  • very sad….
    how could dare that girl…
    u r good man in this world..

  • esma

    emmm tragis nya kisah bro nie..
    mungkin ley jd teladan kat i.. sb i pun tak tau cam na nak tepis perasaan.. huhuhuuu

  • Kecewa

    Salam perkenalan pd Bro Razzi & bloggers semua –

    Sy agak teruja dgn artikel ini, tp di sini sy ingin brtanya, apakah jika kta TIDAK maafkan dia yg tlh hancurkan hidup kta, kecewakn kta, mlh ditkp jais lg krn brkhlwat… apakh kita xkan tenang??

    Jujur sy ktkan, sy tkkan maafkn tunang sy… sy akn benci dia smpai bila2!! Krn prbuatan tunang sy tu lh kami malu satu kampung!!

  • anna_1658

    kemaafan adalah sesuatu yg indah wlpn payah utk kita lakukan tetapi setelah kita memaafkan seseorg ianya seolah2 batu besar telah telepas dr bahu kita..itu yg saya rasa..
    apabila kita betemu kembali dgn org melukakn kita,kita x kn ader rasa ape2 lg spt mana yg penah kita rasa 1 masa dulu..kita rasa bebas..

  • Lonely_girl

    hurmm…cdey nyer cter ney.,mybe dgn m’maaf kn owng yg kte syg yg kte cntai kte da bley dpt maaf kn dye….but not like me.,ya mybe cter ney sy bley jd kn tauladn tuk sy…..coz sy jge prnh alami situasi sprti i2…lg prit dri crita i2…

  • Lonely_girl

    hurmm…cdey ney cter ney.,mybe dgn m’maaf kn owng yg kte syg yg kte cntai kte da bley dpt maaf kn dye….but not like me.,ya mybe cter ney sy bley jd kn tauladn tuk sy…..coz sy jge prnh alami situasi sprti i2…lg prit dri crita i2…

  • mimi

    Nasihat ni bole saye tujukan pade kwn saye yg baru putus cinte dgn boyriendnye. Coz die ditipu yang boyriend nye dah betunng upenye selme 2 thn. hope cte ni can motivate her

  • flowergirl

    salam bro…..
    sy x setabah mcm bro…walaupun cinta sy gan ex bf telah hancur tp perasaan sy sekarang keliru… ade kah sy ne msh dapat menyintai seseorang…ade kah sy ne dapat berkahwin…ne semua tanda tanye dalam diri sy…
    sy kagum dengan semangat bro…bro mempunyai semangat membina diri sehingga berjaya berdiri di kaki sendiri dan dapat mengelak dari godaan tasya…bagus bro buat mcm2… tasya ingat dia siape…senang campak bro mcm 2 je…kisah bro sedikit sebanyak mcm kisah sy…

  • along

    sedih kan… biler saat kite bahagia.. tiba yg tersayang berubah dan meniggalkan kita.. sehingga perpisahan itu tidak kita tahu puncanya..
    hati bertanya.. mengapa dan mengapa..
    lantaran suara hati terjawab dgn katakan
    maafkan dia…
    apa yg abg lalui telah sye lalui.. saye cube bunuh diri, saye krungkan diri, saye tidak makan sehingga memudaratkan kerana saya kehilangan sokongan saye…lantas dalam emosi yg tidak tentu hala itu.. keluarga dan rakanlah mebina harapan..saya di ajar dgn sering berkata.. qada` dan qadar itu ketentuan allah.. terima dgn seadanya dan tawakkal kepadanya..

    sebb itu allah mnyuruh kita memaafkan semua kengkawan kita saudara mara kita sblm kita lelapkan mata.. sebb moga keesokkan hari nya kite akan mulakan hari kita dgn hati yg sebersihnya..

    kalo bro razzi kuat sehingga hari ini.. kenaoa tidak kita..
    setiap kegagalan adalh jalan membina kekuatan…

  • Dyra – Really good to see you here! Tapi betul la kan, childrens are blessing…things yang kita nak langgar pun tak jadi because we think of the kids kan.

    Dont worry about failures, setiap kejayaan didahulukan dengan kegagalan. Itu sudah lumrah alam!

    Setiap kekecewaan, akan disusuli dengan kebahagiaan, setiap perpisahan pasti akan ada pertemuan yang jauh lebih baik. I percaya you akan temui apa yang you cari Dyra. Life’s not that cruel to good people…sadness is just another phase of life. You tengok lah nanti…

    It’s really great to know that you PERCAYA that you can and will have your happiness! 😉

  • Ayumanis – terimaksih saya juga mendoakan ayu bahagia selamanya.

    Reza – Betul tu, hidup perlu diteruskan, dan banyak lagi perkara yang lebih penting dan membahagiakan menanti kita.

    Arnamee – very true, thank you for your comment. Appreciate it. 😉

  • Darling – I’m very-very sure you masih muda sangat. mesti bawah 23 tahun betul tak? 🙂

    well whatever it is, you’re still young. Dont worry darling your boyfriend couple dengan your sister…

    I cakap you, setiap kali I break, there are always a much better person comes along and fall in love with me….so you cuma perlu PERCAYA, dan sentiasa menanti dan mencari cinta itu!

    I pasti, ada RAMAI lagi lelaki yang jauh lebih baik dari boyfriend you sekrang. Jangan hiraukan semua lelaki-lelaki yang hanya permainkan you tu…itu semua tak boleh pakai… YOU MUST BE SERIOUS LOOKING FOR A TRUE LOVE, if you do, then a serious man will come to you for love.

  • Syira90 – betul tu, setiap apa yang terjadi pastinya ada sesuatu yang lain bakal hadir di dalam hidup kita.

    Ieza – I percaya sure you boleh!! believe in yourself!

    Indah – Teruslah memohon keampunan dari yang Maha Esa, namun ada lebih baik you juga pergi memohon ampun dari bekas kekasih you, kerana Indah…sakit jiwanya bila Indah tinggalkan dia…muga-muga dia maafkan Indah.

  • Hani – I harap pengalaman you tidak sehiba apa yang I lalui… and hope you dah recover ok. All the best to you.

    Abdul Talib – Now I pulak rasa kagum dengan you kerana sanggup tersiksa dan menanti. Itu bukan kerja mudah dan tidak ramai yang berdaya untuk lakukan. I harap you berjaya di dalam usaha dan pengorbanan you.

    To me, tiada siapa layak untuk menyeksakan jiwa sesiapa dan semua orang harus diberi peluang. Hey go ahead man, I support usaha you.

  • Melsha – I hope penantian you worth it. Just in case kecewa yang hadir…I rasa better you have other options jugak. Maybe berkenalan dengan kawan-kawan baru ke, you know… its better kalau ada banyak pilihan, kan?

    Ezme – sekiranya dengan memberi penjelasan atau kembali membetulkan keadaan itu boleh membuatkan hati you tenang dan kembali happy. I would suggest, you contact dia. Tapi jika you merasakan sebaliknya, well go ahead face your present and future…forget the past! 😉

    Cik Nurhul Azwina – most of the time, peoples have to go through rough time, toughest day in their life before they can see any brighter day…and some of us, may not even see a light of happiness…still they keep on trying. You’re blessed my dear for having a great life and lovely family, treasure that 😉

  • dyRA

    well lebih kurng d story tu dgn my life skrng..but lbh mc side u la bro…tp i mmg down cuma kekuatn itu dtg selepas tgk my kids..alhamdullilah Allah beri saya kekuatan n ketabah dan doakan seterusnya utk saya ya..yes maafkan lebih baik dr berdendam kan…i mmg dah maafkan dia but i wnt my life back..when thweres’ no appreciation frm sme1..why t’hegeh-2 rite..kita ada harga diri and life..teruskan hidup kerana pasti ada seseorg di luar sana yg akan lebih hargai diri kita..memang kecewa sbb apa yg diharapkan tidak mjadi ..biarlaa ketentuan Allah tak bagi kita rezeki n jodoh dgn dia..tp yang pasti ada hikmah di sebalik semua ini..

    saya suka kata-2 seorg teman…mungkin hubungan yang tidak menjadi itu lebih indah dengan title KAWAN atau SAHABAT…kan..? 😉

    well we fight wht we wish b4 dgn smeone else maybe..?..doa yang terbaik insya-Allah…

  • Salam bro..

    erm.. sedikit tragis kisah benar ni.
    Tapi memberi kemaafan perlukan kekuatan,
    apabila kita telah beri, semua akan lebih tenang.:)

    ^_^

  • Salam Bro,

    Tiba-tiba saya rasa sedih sangat2 baca cerita Bro ni… because saya pun pernah ditinggalkan…

    Namun hidup perlu diteruskan.

  • Ayumanis

    Bro Razzi,

    …”maafkan dia..” itulah rahsia kebahagiaan saya sekarang.Doa saya semoga bro senantiasa berbahagia dalam keadaan apa sekalipun..life is all about choices..so, choose to be happy!

  • darling

    hm sedey gak cter bro ny ase nk mnangis je.sy pun ade ksah cinte y teruk gak.adik sy skang cpel dgn cnte prtame sy,pehh pediehnye x tkate.mle2 tu xdpt tme.tp ase nye smpai skang un x dpt tme.yela fes luv kn.mmg mle nye slah sy sbb x mnghargai tat boy tp x sngke lak die ley cpel dgn adk sy.xtw la ap niat d aty die samaada tok mmblas demdam or so on.tp smpy skang downg still ag brsama.die pana kate y sy x akn jmp lelaki mcm die ag.myb btol sbb lps je hbgan kteorng ptus mmg sy x jmp lelaki y baik cam die,y ikhlas cam die n bersungguh2 cam die..stiap boy y sy jmp sume nye hnye memainkan perasaan sy saje. n skang sy da serik untok sume tu…

  • darling

    hm sedey gak cter bro ny ase nk mnangis je.sy pun ade ksah cinte y teruk gak.adik sy skang cpel dgn cnte prtame sy,pehh pediehnye x tkate.mle2 tu xdpt tme.tp ase nye smpai skang un x dpt tme.yela fes luv kn.mmg mle nye slah sy sbb x mnghargai tat boy tp x sngke lak die ley cpel dgn adk sy.xtw la ap niat d aty die samaada tok mmblas demdam or so on.tp smpy skang downg still ag brsama.die pana kate y sy x akn jmp lelaki mcm die ag.myb btol sbb lps je hbgan kteorng ptus mmg sy x jmp lelaki y baik cam die,y ikhlas cam die n bersungguh2 cam die.n skang sy da serik…

  • Indah

    Menitik2 airmate sy membc artikel bro kali ni, sendu rasanya… sedih dan amat terharu skli. Dn plg yg sy rasa ialah TAKUT!!!!

    takut krn sy bkn brd di tmpt spt bro, tp sy brd di tmpt gadis yg kecewakn bro tuhh huhuhu…

    semmg nya dh lama sy takut bala menimpa sy krn kecewakn bekas kekasih sy dulu, kini artikel ni spt mngiakn yg pa yg sy lalui skrg ni adalh krn dosa sy pd dia.

    Sy kini tlh dicurangi bro, dijahati oleh lelaki yg sy hmpir kwin, krn dia lh sy tingglkn kekasih sy dulu, kini kami sellau brgduh, brtekak setiap path prktaan, apa sj yg klua pasti bw gaduh… Inikh balasan dari Tuhan?? krn tingglkn dia dulu??… Ampunkn dosa aku Ya Allah!! …aku sudh cukup terseksa …. 🙁

  • ieza

    bro..
    org yg pernah merasainya pasti tau apa bro dh lalui ni… dan apa yg bro ckpkan mmg btol, setiap saat setiap detik mmg asyik teringat kt dia…. kenangan pahit manis menjelma satu2 bagai dimain wayang depan mata… perghhh, hanya Allah je yg tau perasaan ni… yup, kemaafan dendam yg terindah…. i akan cuba memaafkan dia… klu bro boleh xkan i xboleh pulak kannn.. ;-)mudah2an hati i lepas ni lebih tenang, nyaman, lapang mcm mana bro skrg ni…

  • syira90

    saya terusik mendengar cerita saudara..mungkin kerana saya pernah mengalami kekecewaan yang serupa.mungkin benar dia bukan jodoh kita,namun kita hanya mampu mendoakan kebahagiaan dia walau hati kita terluka.setaip perkara ada hikmah di sebaliknya…..

  • Abdul Taib Rosli

    tabahnya hati razzi
    kisah kita serupa
    tapi pembawaan kita berlainan
    kalau dulu razzi maafkan dia
    berlainan pula saya
    saya tetap menunggu biar ia menyeksakan batin saya
    anyway tahniah di atas ketabahan anda razzi

  • hani

    so touching..sy nye pengalaman pn hampir sama..

  • Girl

    Berat je masalah awak tu Ezme sy cam ingn tau gak pa yg dh trjd kn, huhu, kalo sudi pe kate awk cite2 kt kite sume ahaks 🙂 bole kn bro??? bole laaaaa….sb sy cm da prob cm same rrr kui!kui!kui!

  • adzwina

    yes…emotionally ‘touched’ indeed.
    i have to check dictionary for shortform then 😉

  • ezme

    salam Bro…

    tersentuh hati bila bce ksh Bro..

    tpkn..i ttbe ad prsaan srba slh bila bce ksh Bro..tkt akan dtg tjd ssuatu..siapakn tahu..sm1 y pernah myayangi n mncintai i dulu..tlalu brt sbnrnya wlpn bkali2 mtk dptskn..dia stil make da same mstake…kslhn tu mmg brt tuk i maafkn..kerna mlbtkn maruah sndiri…i tekad trs lnyp dr hdp dia walaupn dia pasti mncul kmbali..i dh maafkn dia Bro..cume i plukn jwpn dr Bro..perlu k mghbgi dia tuk mjlskn sgala2nya? oohh….plzz help me

  • Melsha

    Bro..best cerita bro ni…kadang2 kite berharap jugak so tat kite ade perasaan lagi bila jumpa balik dengan dia….yelah kan…masa dulu2 bercinta ngan dia memang dialah yg paling best!!..Tapi unfortunately perasaan tu bole hilang kan bro….

    Kadang2 disebabkan faktor nilah yg membuatkan diri kita bertahan ngan cinta kite walaupun lepas break. Takut2 perassan 2 hilang. Takut2 dia datang balik…Sebab perasaan.. kite tak bole control….

    hmmmmmm….i’m still waiting with my love in case he comes back….and it has been 2 months….:)

  • As – Thank you As… nak yang macam I? hehe…kan nanti tak tahan pulak, pasal I girl-friend ramai 🙂

    Put3 – thanks…sure you pun boleh! Believe in yourself!

    Ms Diaz – agreed with you!

    Girl – banyak-banyak bersabar, kejahatan hanya akan membawa kebinasaan, dan ianya tidak akan habis di situ, tetapi jika BALAS dengan kebaikan…kebahagiaan yang akan mencari you!

  • Ieza – hehe, I think I know how you felt. Ya lah kan, apabila orang buatkan kita macam-macam yang menyakitkan, memang teramat susah untuk kita maafkan, benci lagi ada…malah kalau boleh maki hamun lagi memberi kepuasan hati!

    Itu yang duk teringat kat dia je tu kan, buat apa pun muka dia asyik menjelma, sampaikan tengok drama tv pun… ada je muka mamat mana, yang mirip muka dia 🙂

    Ieza, how about ‘MAAFKAN DIA’ tu you take it this way, “Aku mahu maafkan dia kerana aku nak bahagia untuk aku…aku dan aku!”

    I jamin you akan lebih puas hati!

  • Mas – Mungkin tidak 🙂 …dah berkali-kali i tengok dia dan jumpa, tp the feelings wasn’t there anymore.

    Wassap girl – Maybe hati I dah bercantum kembali setelah hancur, that’s why i dah tak da feeling anymore kat dia, yang ada hanyalah feelings for a new ones.

  • Girl

    Betul lh pa put3 katekn tu kn, patutla bro sgt brpenglmn rupa2nyer bro telah lalui saat getir…dn prnh kecewa teruk!!!

    Sy kagum dgn kish ni bro, kagunm sal bro leh kuar dr kemelut, smbuh dr kecewa dgn hanya memaapkn dia, uuuu…klu sy, xtau lh bro, mau sy cincng2 dia tu huhu

    tp kisah benar bro ni tlh membk mata sy, tq bro krn brkongsi nihh, sy pun nk jd tbh cm bro gak hehe 🙂

  • betul bro..selagi kite membencinye, selagi itula kite akan still syg dan ingat die…tapi kalo kite cube tuk memaafkannye, insyaallah kite dpt melupekannye…

  • salam bro…

    seday la…
    upenye bro pun penah tersangat2 sedih…
    hukhuk.. 🙁

    patut la bro sgt bpengalaman… huhu
    yg pntg skrg bro dah jd org yg tsgt bjaya…
    tahniah bro…….
    put3 pun nk kuat mcm bro gak ah.. hehehe
    n TQ tas sume nshat bro pd put3 slama nih…

  • As

    huk! huk! huk!!…sedihnyer kisah bro ni, sungguh luhur hati bro Razzi. As harap dpt menemui insan yg spt bro huhu…

  • ieza

    yo bro…

    i sedang mengalami apa yg bro dh lalui ni.. i try nk maafkan dia tp dlm masa yg sama rasa xnak maafkan smpi bila2 pun… kdg2 i fikirkan dgn cara i membenci dia sepenuh hati ni dpt melegakan sikit rasa sakit hati tp dgn cara ni pon sebenarnya membuatkan i tak boleh nk lupakan dia lgsg… rasa mcm tak berbaloi lak nk maafkan org yg mcm tu… sebenarnya apa yg bro suggest kan tu mmg baik, terpulang lah pd kita sama ada nk memaafkan ataupun tidak… tp yg sebaik2 nya adalha memaafkan… urusan kita dgn dia dh selesai tp urusan dengn Allah tu, Dia jua yg Maha Mengetahui…

  • adzwina

    so touching….

  • Salam, bro, apa khabar? cerita bro sgt menarik n sgt mengujakan sy… x dinafikan pernah berlaku pada saya (cuma sy bkn couple ngan model hehehe)….

    Anyway kembali kepada rule Brother Love “cara cinta paling selamat ialah bukan dengan mengawal cinta itu dari hilang tapi bersedia untuk kehilangannya”

    (this post is copy from FB comment)

  • wasap gulz

    “Rupa-rupanya, apabila cinta, kasih dan sayang sudah hilang…walau aku masih mengingati Tasha dan mendengar kisahnya yang bahagia dengan perkahwinannya, ianya langsung tidak menyedihkan aku”. I suka la ayat ni..hehehhe..bila hati dh banyak kali hancur, memang dh jadi takde feeling anymore..huk

  • mungkin dia jodoh u.. kalau masih ada kasih, boleh je nk teruskan. dulu pon dia kawen atas desakan keluarga. nk telan mati mak, nk ludah mati bapak. jodoh pon misteri jugak. kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons