Kisah Cinta Razzi – “Balasan Cinta!”

“Nikmatnya apabila memberi tanpa mengharap balasan”

Bertemu lagi kita kali ini dengan satu lagi kisah benar, kisah cinta Razzi yang telah lama terpendam di jiwa dan akhirnya terselongkar jua. Muga ianya memberi manfaat pada semua…

Aku dan Sarah, sudah terlalu lama bercinta. Apa saja perkataan yang keluar dari mulut aku pasti bersama namanya yang aku puja. Bagi ku, dia lah gadis yang paling cantik pernah aku bersama, she’s mix. Well, memang dia cantik…follow mamanya yang berasal dari Europe.

Boleh dikatakan aku tersangat gila kan dia… gila dengan ketinggiannya, gila dengan kulit putih gebu dan kemerahannya, matanya, hidungnya, gila dengan kejelitaannya, manisnya, manjanya, bibirnya yang lembut… dan yang paling aku gila kan adalah kematangannya! Yes… she’s older than me! Much older…but she take a good care of me…

At that time, aku masih muda lagi… masih tengah jahil, masih mentah, masih melompat siang dan malam. Itu yang buat perhubungan kami very interesting. Walaupun dia sudah agak berumur dan aku masih muda , we love having fun dan kami happy together dan enjoy our relationship to the fullest!

  • Namun, jauh di sudut hatinya…aku tidak pernah menduga apa yang selalu difikirkannya. Yang aku tahu, aku amat cintakannya, terlalu sayangkannya. To me, there are no other girls can compete dengan dia. Memang tidak ada girl lain pun yang aku pandang or even sekadar berkawan. And yes… aku mahu mengahwininya!

TETAPI…satu kejadian yang tidak pernah terfikir oleh aku telah terjadi. Segala-galanya berlaku sewaktu aku bercuti beberapa hari ke kampung dan sekembalinya aku ke Kuala Lumpur, aku masih ingat lagi pagi itu…aku terus saja membuat panggilan kepadanya subuh-subuh pagi…

  • “Razzi, I need to go…”

Aih? Apa hal ni tiba-tiba je…. Aku amat pelik dengan kata-kata itu di talian sewaktu aku bertanya bilakah boleh bertemu. Tidakkah dia rindui aku yang begitu merinduinya, dan tidakkah dia mahu bertemu? Seperti aku yang amat mahu bertemu dengannya?

  • “Maafkan I Razzi, I tak tahu nak explain…” Aku agak terkejut dengan perubahan Sarah… hati aku mulai berdebar-debar, aku kegelisahan… wondering, apa yang telah berlaku ni?! …kami bertingkah lagi dan akhirnya,
  • “I’m not happy…I’m so sorry…I terpaksa fikirkan masa depan I, Razzi…”

…saat itu, nafas aku semakin mendengus kelemasan, sebak di dada tak terkira, kebiruan jiwa… bingung dengan kata – katanya. Nada sendunya mulai kedengaran,

  • “I kena buat pilihan ini, walau sudah bertahun-tahun bersama you.” …itulah kata-kata akhir darinya.

Entah mengapa, aku yang rockish, aku yang brutal dan happy go lucky guy… tiba-tiba menangis, meraung-raung seorang diri. Seolah-olah aku memahami yang sudah tiada peluang lagi untuk aku bersama dia yang aku amat cintai, dan paling sayangi. Lalu tiada jalan lain yang boleh aku fikirkan, hanyalah kepada Tuhan aku memohon…

“Ya Allah, jika benar ini takdir dari mu ya Allah, maka berilah petunjuk untuk aku menanganinya dan berilah kekuatan untuk aku tabah menghadapinya!”

Berkali-kali aku mengucapkannya, antara percaya dengan tidak kejadian yang berlaku, aku berserah kepada yang Esa! Sehinggalah aku tertidur dengan linangan air mata…

Tersedarnya aku semula adalah sewaktu azan solat Jumaat bergema, seperti biasa dalam malas aku ke bilik air, bagai terasa berpuluh-puluh ekor syaitan di belikat aku, di bahu ku… namun, ku gagahi juga mengambil air sembahyang dan kemudian nya ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Di dalam khutbah Jumaat yang jarang-jarang sangat aku fokus itu, terpana aku kali ini dengan kata-kata dan hujah Imam. Dan yang paling aku ingat adalah Islam mengajar kita,

“Jika kau memberi, berilah seikhlas hati, tanpa mengharap sebarang balasan… dan jika kau menyayangi, maka sayangilah tanpa mengharap sebarang balasan, kerana itulah pemberian dan kasih sayang yang semulia-mulianya dan yang sebenar-benarnya!”

Aku mulai terfikirkan Sarah, kekasih ku yang amat aku sayangi… apakah cinta dan sayang aku kepadanya selama ini, lebih mementingkan diri aku sendiri? Apakah cinta aku ini sebenar-benarnya cinta? Jika ya, mengapa aku menangis apabila dia tidak bahagia bersama ku? Sepatutnya aku buat dia bahagia! Barulah itu semulia-mulia cinta!

Apa yang sebenarnya dia mahu? …Obviously, tiada apa yang wanita mahu, selain daripada mengetahui yang hidupnya secured. Know where to go back to, who to go with, yang mana ianya boleh dilakukan jika bersama seorang yang bergelar suami!

TETAPI, i’m so very young…baru berkerja, baru mengenali kota, baru menakluki dunia kononnya. How can I marry her now? Aku masih nak relax and enjoy life’s around me…

Selang beberapa hari tanpa panggilan, tanpa berhubung… akhirnya dalam aku kebingungan, tiba-tiba telefon berdering, aku menjawab dan begitu gembira sekali mendengar suaranya. Happy sangat! Dia juga sounded happy…jelas sekali kami masih saling cinta dan sayang. Tetapi, di akhir perbualan,

  • “Razzi, I’m getting married!”

– BOOM! Bagai satu bom meletup dalam kepala aku…bagai berkecai jantung ini, rupa-rupanya panggilan telefon itu adalah panggilan selamat tinggal darinya… sedih…dan tiada yang lebih sedih sekali, apabila perpisahan berlaku dikala sama-sama masih cinta. Tetapi, mengingatkan kata-kata imam di masjid tempohari, aku tenang menghadapi. Selepas terdiam agak lama, Lalu aku menjawab,

  • “I’m happy for you…very happy!”
  • Tiba-tiba Sarah menangis teresak-esak dan amat terkejut sekali dengan kata-kata ku. “You happy for me? How come?!”
  • “Well, Inilah yang terbaik buat you sayang… I takkan menghalang you, I want you to be happy, I rela lepaskan you kerana I terlalu sayangkan you!” Itulah kata-kata aku yang paling ikhlas pada Sarah.

At this time, aku hanya mahu dia bahagia…walaupun jika keputusan itu hanya akan mengecewakan aku. Kerana… jika dia bersama aku, mungkin lambat lagi sebelum boleh mendirikan rumahtangga dan Sarah pula sudah berumur. Daripada menerima tekanan dari keluarga yang begitu dasyat…ada lebih baik dia berkahwin dengan pilihan keluarganya.

  • “Thank you sayang… ” Itulah kata-kata Sarah mengakhirkan perbualan kami…penuh dengan tangisan kesedihan, tetapi amat menghargai aku yang memahaminya…

At my side, terbukti, setelah aku bertahun-tahun mencintai Sarah, lalu TANPA mengharap balasan darinya, kemudian aku melepaskannya pergi pula, membuatkan aku merasa nikmatnya…nikmat sebuah pengorbanan, betapa bahagianya aku kerana dapat membahagiakan orang yang aku sayangi!

Rupa-rupanya, walau kita kehilangan orang yang kita cintai, tetapi jika kita dapat membahagiakannya tanpa mengharap sebarang balasan, rasa kepuasan dan rasa bahagia adalah jauh lebih bermakna dan menusuk jauh ke dalam jiwa!

Itu yang kadang-kadang aku terfikir, ramai orang sanggup merampas milik orang dengan memburukkan kekasih orang, kekasih yang sedia ada dikatakan tidak cantik, tidak baik dan tidak bagus sangat untuknya…hanya kerana mahu memiliki dia yang diidamkan. Akan bahagiakah orang yang begitu? Sedangkan aku amat berpuas hati dan bahagia apabila memberi kekasih aku berkahwin dengan orang lain demi kebahagiaannya…

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

p.s. Ingin membaca kisah cinta Razzi yang lain? Klik di bawah :-

42 Comments

  • MISS NURIN 😉

    Actually, all my ex’s or any girls that I interested with MAYBE cun-cun pada mata saya saja… maybe pada mata orang lain, tak cantik mana pun.

    But to me, I admire kecantikan alam semulajadi… termasuk insan ciptaan Allah.

  • nurin najwa

    hihi….mr.razzi,
    y all of ur gurls…mesti sume cun2 ek….based on ur story la…except doc nor….ooo…u go for appearance lah ek…:p

  • NASUHA – You masih nak kat dia lagi ke jika dia hanya kesian kat you je? …dont waste your time babe, move on to a better life in a new world.

  • nasuha

    nak minta pendapat…jika kita seorang perempuan sygkan seorg lelaki…berkwan lama ngan dia,memang tanpa janji atau apapun tp dah seperti pasangan bercinta.tiba2 kita dpt tau dia ada kekasih baru.tapi dia mengaku sygkan kita…perlukah kita masih bertahan bersamanya?walaupun hati syg padanya tp dia sygkan org lain…dia mgkn cuma simpati dengan kita yang selalu menolongnya dan bersamanya ketika ssh…apa jalan yang patut diambil?

  • k_ly

    satu bukti bahawa tidak semua benda materialis yeah, even love and care for people dont have price at all, it priceless!

  • betul..betull…betul…lagipula bukankah cinta yang tulus itu tidak mengharapkan balasan apapun?

  • AYIE – Sama-sama ya. I pun sangat berterima kasih kerana ayie sudi berkongsi cerita dan pengalaman Ayie disini. Muga-muga ramai yang mendapat ikhtibar dan manfaat dari sini.

    You know, untuk Ayie lebih tabah lagi, setiap hari…sebelum pergi kerja, say it out, “Aku maafkan mu”

    Cakap berulang kali sehingga you benar-benar lega dan rasa memaafkan dia. Kerana dari sini, you akan dapat rasakan diri you sebenarnya lebih berharga kerana, sudahlah kita membiarkan yang tersayang pergi, tetapi kita memaafkan pula perbuatan dia menghancurkan hati kita.

    I cakap you, lama-lama diri you akan lebih merasa tenang! Amalkan setiap hari, ok all the best ya.

  • Butterflyz – So happy to know that you dapat learn something from my experince. Itulah satu pemberian yang sangat memberi makna pada I.

    I berkongsi my story and my knowledge in love adalah semata-mata bertujuan untuk all of us be strong, know what to expect dan juga avoiding perkara-perkara yang boleh menghancurkan hati dan perasaan masing-masing. Alhamdulillah, almost 3 years… bersama-sama kita sudah dapat membantu ramai friends and bloggers. thats so awesome!

  • Saya seorang pengkid..Mungkin petunjuk Allah tiba2 dia hilang perasaan sayang pada saya..Seterusnya menerima lelaki dalam hidup dia dalam masa yg singkat..

    Dlm masa sebulan mcm2 terjadi..pada awalnya..saya yakin syg itu milik sy..tetapi selepas kejadian yg dia lalui di camping itu..dia balik seolah2 tiada perasaan lg dgn sy..

    Kami bercinta jarak jauh..saya diselangor..dia disabah..Jadi..saya akui..hubungan kami lebih byk melalui telefon..Ini antara hikmah lain dari Allah..Saya sebenarnya pernah terfikir utk berubah sebelum bersama dia..Tapi lama2..rasa syg tue hadir sendiri..Benarlah syaitan berada dimana-mana…

    Sakit..hanya Allah yang tawu..sampai sekarang sy tanggung perasaan ni dgn hebat sekali..kerana..selepas 2 minggu bepisah..dia hantar email pada sy yang dia menerima lamaran lelaki utk menjadikan dia sebagai kekasih..

    Berita melalui Email dihantar terus ke office sy seolah2 tiada sebarang belas ehsan utk sekeping hati ini..Walaupun salah..saya tetap ada hati dan seorang manusia yg punya perasaan..Disaat itu sy sebenarnya telah mula menerima dia pergi..Tetapi belum lagi hati ni berjaya ditampal dikejutkan pula berita tue..Hati ini tuhan saja yang tawu abg razzi..Dah jatuh..saya terjatuh lagi..kerja sy memerlukan saya fokus 110%..1 kesalahan boleh mengakibatkan sy dibuang kerja..Jadi bayangkan betapa hebatnya dugaan sy kena hadapi..disaat manusia lain mencari rezeki dgn segar dan gembira dipagi hari..saya memulakan kerja dgn membaca berita dari dia..Allah sahaja yang tawu abg razzi..Tapi apabila memikirkan..This love is not worth to fighting for..saya tawu sy tak berhak marah..sebb apa yg dia buat betul..dan saya tawu semua ini salah disisi agama kita..Saya belajar utk terima dgn redha abg razzi..Sebb saya sedar siapa kita disisi-Nya..

    Sebetulnya..sy paham perasaan dia abg razzi..sy pernah berada disituasi dia..pernah buat tindakan yg sama..dan juga pernah mengecewakan hati seseorang yg telah bersama saya selama 5 tahun sebelum ini..hanya kerana memikirkan hubungan ini salah..dan takutkan pembalasan Allah..Jadi..bila ini terjadi..saya tidak membangkang..cuma sedikit terkilan dgn tindakan dia yg seolah olah tidak memikirkn hati sy dan pengorbanan saya..sebb mcm mana kita belajar utk menerima pun..sakit tetap ada kan..tp betul apa kata abg razzi..jgn harapkan balasan cinta..itu yg terbaik kan..Dan itulah ubat sy utk menampal hati dan memperbaiki diri dan juga menganggap sakit itu penghapus dosa..dan mungkin ini balasan allah terhadap saya..

    Apapun..terima kasih abg razzi..kerana membaca..dan berkongsi..Sekurang2nya nasihat dlm cerita diatas dpt sy jadikan panduan..Terima Kasih..

  • Hola Bro! I’m crying reading this story. I’m studying new thing eva in my life! Yup, bercinta tak semestinya memiliki. Membahagiakan tak semestinya dia di sisi. Cerita Bro lebih kurang macam cerita saya tapi biasalah nk redha pemergian org yg kita sayang tue bukan mudah. Anyway thanks Bro..u ajar I sumting yg I tak boleh beli dengan wang ringgit. Moga Allah membalas jasa Bro 🙂

  • AYIE – Waalaikum salam, thank you very-very much kerana berkongsi kisah Ayie di sini, I sangat appreciate it very-very much.

    So, my guess Ayie ni girl yang sort of tomboy or pengkid la, is it? Ke tidak sampai ke tahap itu?

    Anyway, the truth is the minute you redha dan rela melepaskan orang yang tersayang demi untuk kebaikan masa depan dia, memang satu perbuatan yang sangat mulia, tetapi sangat menghibakan jiwa. Im sure Ayie mesti torture habis la kan…

    Tapi seperti yang Ayie katakan, berkorban demi Allah dan utk kembali kejalan Allah s.w.t… jadi itulah perkara yang boleh memujuk diri kita untuk mengurangkan rasa sedih di hati…

    I doakan both of you menemui kebahagiaan yang sebenar. Ini semua adalah anugerah dari Allah dengan menduga keimanan kita. Sejauh manakah kita tabah menghadapinya atau pun rebah dengan godaan syaitan…

    Sekiranya kita dapat melepaskan rintangan dari dugaan ini, InsyaAllah kita akan berjaya menghadapi apa sahaja.

    All the best ya!

  • Assamualaikum abg razzi..

    Kisah diatas memang macam apa yg saya lalui sekarang..bezanya saya terpaksa lepaskan dia pergi utk kembali ke jalan yang lurus..kerana hubungan kami adalah hubungan terlarang..songsang..

    Kami bermula berkawan satu kelas..kemudian beradik angkat..dan seterusnya pasangan kekasih..Tetapi ketakutan kerana mempunyai hubungan songsang selalu menghantui dia..kerana sayang dia bertahan..saya cinta pertama dia sebenarnya..dan akhirnya kerana menghadiri kem orientasi dikelolakan oleh kolej dia bekerja..dan sebagai pegawai yg bertugas..dia terpaksa menjaga budak2 yg diserang hsiteria..dari situ.dia kuatkan semangat utk berubah..sekaligus menerima lelaki dalam hidup dia..

    berat nk lepaskan..tetapi pilihan dia adalah betul..sakit ni tuhan je yang tawu..sebb dia sgt baik dgn saya..sgt menjaga..sgt menyayangi sy..terus terang..saya tak pernah rasa ada org lain dpt syg sy kerana diri sy yg sebenarnya sebelum ni selain dia..paling2 pun dahulu yg pernah bersama sy kerana duit dan kesetiaan saya..tiada sebarang kesalahan yg sy dpt cari dr dia..saya tak dapat nak halang..kerana tawu tak kemana hubungan kami ni..

    sy cuba utk terima..sebb ini yang terbaik utk dia..juga terbaik utk saya..dari terus bergelomang dgn dosa..dan tawu hubungan ini takkan kemana..

    Doakan yang terbaik utk saya..semoga saya kuat dan tenang utk terima hakikat ni..kerana saya bukan sahaja berkorban hati..berkorban kebahagian..tapi saya berkorban demi Allah dan utk kembali kejalan Allah s.w.t…walaupun pyh..saya masih lagi dalam proses menampal hati dan memperbaiki diri..sy juga tak pernah minta utk terjebak dlm hubungan begini..tetapi saya akan sedaya upaya melepaskan dia pergi..dengan seikhlas hati..untuk kebahagian dirinya..

    harap2..saya mampu tempuhi dugaan yg hebat ini..

  • Shida – AMIN for your doa too. Don’t worry lah Shida, InsyaAllah dia yang you sayangi tu akan bahagia in his own way, if not now…maybe someday.

    Yang penting you sudah melakukan satu tanggungjawab yang sangat mulia. Satu kepuasan yang tidak akan dapat di mana-mana.

  • shida

    salam..

    sedih nye cite ni…tu la y bakal sy buat n hadapi..harap die betul2 bahagia dgn pilihan dia…harap pilihan dia tu pilihan yg sngat tepat..dapat jaga die dgn sebaik mungkin…dapat bahagiakan dia..

    dapat melihat dia bahagia pun sangat menbahagiakan sy…harap dia betul2 bahagia…bukan seperti yg sy nmpak skrg..
    smg dia bahagia..
    amin..

  • englishmind

    hahaha..bro..im not the teacher..just ipt student…ni mesti bro survey my blog right?

  • sagi girl

    I akan terus kawan dgn dia.smpai masa I akan pergi juga..
    semoga dia bertemu dgn jodoh yg boleh ubah diri dia jd lebih baik.
    tq je la for ur offering, RR..hahahaha..:-p

  • Ms. Shasha...

    hua hua hua….terharu lagi…sob sob sob..thanks bro for all ur support selama ni…bro slalu motivate su and make me stronger…

  • SUNSHINE – Wahhh, I dah ada PA sekarang ya 😀 cayalah!

    SAGI GIRL – Kesian kat you berkenalan dengan lelaki macam tu kan. Maybe he’s not meant for you kut. It’s okay lah beb, ramai lagi lelaki lain… nak beri RR pun dah taken dah ni I seh man 🙂

  • ENGLISHMIND – Feelings dia? Hmm…. not that difficult to describe, boleh la, macam…feeling dia, “SATU KEPUASAN YANG ABADI!” thats if you want to put it in words.

    Macam kalau Razzi, buat show amal, its free, tanpa sebarang bayaran. Kemudian akan rasa sangat PUAS, kerana Dapat duit dari show tu untuk membahagiakan orang-orang miskin dan beri pada mereka yang memerlukan…

    How bout you give it a try la, you guru pendidik kan? 😉

  • MSDIAZ – Very-very happy for you kerana dapat berbaik-baik semula dengan tunang you. Okey now, Im not sure how is your tunang like, but I think this is the time for you untuk sedikit be away from him… Just untuk test tengok, hati dia…

    See if dia komplen tak cukup masa bersama ke, or see if dia marah dalam rindu ke. Try jangan bagi muka sangat kat dia 🙂

    Buat-buat you pulak yang hilang dan kononnya tawar hati. Don’t be afraid… kalau dia betul-betul sayangkan you, dia akan jadi lebih-lebih sayang lagi jika you always do this kind of thing. hehe…

  • SU – Aduuuhhh cepatnya majok 😀

    Mana pernah I biarkan je your comment and story, sure I akan respon punya, cuma lambat sikit sebab I ada show family day hari ni. So, tak nak lah pakai reply je tanpa membaca keseluruhan cerita you yang panjang tu 😉

    Anyway, thank you very much kerana sudi berkongsi ya. Well, I would say both of you are very bless by Allah kerana sama-sama dapat merasakan kehilangan sewaktu hati masih cinta dan sayang. Semuga dia happy with his love life, and his mother pun happy to have him near. If not, segala pengorbanan, tak berguna juga.

    As for me, merasa BAHAGIA kepada orang lain, walaupun diri menderita adalah satu actions yang sangat ULTIMATE. Nothing can pass that… So Su, you’ve done it! Cuma, always tells yourself Su, kalau aku pernah lalui pengalaman sebegitu, apa ada semua masalah yang aku alami ni, nothinglah! Those thing makes you stronger.

    But stronger, doesnt mean you’re not fragile or vulnerable. kena ada balance between it. All the best ya…

  • sagi girl

    thank bro for caring…
    ur rite.I takut I yg tak strong bila dia ada org lain
    I sygkan dia bro, tp dia byk sgt misteri..
    hinggakan ada yg ckp2 belakang yg dia adalah gay & pandai belakon je dpn2 org..
    I sedih bro..
    we all tetap spend masa sama,kerja sama..tp dah tak mcm dl
    cuma dia tetap kelakar n quite romantic as before..argghhh,maybe I perasan je..
    br2 ni,dpn I sendiri dia bermesra bergayut hanfon dgn siapa, I pn tak sure
    mcm sengaja di tunjuk2
    byk yg I tak faham tentang dia hingga buat I makin tawar
    I takde hati dh nak buat ape yg bro suggested dl..huhu
    I rs I mmg taknak terus dipermain
    he can come to me if he need listener,helper in work..he can…

  • sunshine

    saba su..hehe..bro razzi ni kena handle ramai peminat…tu y x terblas u pnya komen..hehe..t dy free dy bls r tu…cool2…ehehe

    PA razzirahman..ngeh2..
    (sorry abg razzi tetiba lantik diri sendiri jd PA abg razzi) hahahaa

  • melepaskan org yg kita cintai,adalah hal yg terindah untuk diri sendiri.but the feeling susah nak described kan bro razzi?

  • Ms. Shasha...

    La…bro x der komen pun cite su…panjang lebar citer ni…huhuhuhuh

  • bro, thanks sbb x penah jemu bg advise dan support pd blogger cam we all ni,esp i..bak bro kate,gagal sekali x bermakne gagal tuk selame-lamenye..cume percaye yg de di depan tu jauh lebih baik dari yg b4 ni..

    btw, b4 ni, i de bgthau bro pasai prob i dgn tunang i, yg kitorang nyaris2 nak putus tunang..now, everything look ok,and i hope goin fine..mybe tu sume dugaan bertunang kot..hope u all guys and bro too,dpt doakan kebahagian i..insyallah kalo betul jdh kami, my 10 oktober ni akan jd hari yg paling indah dlm hidup i..=)

    thanks alot bro,for your support, advise and everything make me strong..

  • SAGIGIRL – Ya, where have you been dear?

    What happen ya? Why you rasa tak dapat bahagiakan your lover tu? I wonder ni…

    anyway, niat you untuk terus be there for him is good. Cuma, jangan pula sampai you tak strong bila dia bercinta dengan orang lain 🙂

    “Be happy for him for happiness, happy for you!” 😉

  • REZA – Thank you for the support!

    ARYPHENA – Wahh, nickname you quite unique! Ada makna ke di sebaliknya? Anyway, thank you very much for visiting and loving the articles, hope it helps. 😉

  • EZME – So sorry kerana lambat check out your comment! And so very sorry to hear what had happen. Ezme want to chat ke? I buka YM today petang-petang sikit okay? Or anything just email me.

    For now, sabar ya… you kan seorang yang strong dan pernah lalui banyak dugaan dan pengalaman lalu dari kawan-kawan juga banyak mengajar you kan?

    I know you feeling down, be cool okay.

  • sagi girl

    lame x menconteng blog bro.
    it is marvelous article. its happened to me yesterday.
    I lepaskan lelaki kesayangan I.
    I rs I tak mampu bahagiakan dia.
    tp I still sayangkan dia.nak jd best friend dia.
    nak cuba memahami dia.jd pendengar & pembantu dia if dia ada problem.
    now, I dah tekad. I takkan hadir saat dia happy. I nak hadir jika dia perlukan I dlm masalah dia. jika dia masih perlukan lah.
    biar masa membuatkan I lupakan dia.

  • Aryphena

    ini adalah artikle yang terbaik saya baca dari bro…so touching and make me realize how selfish am i in my love life…saya akan belajar menyayangi tanpa balasan ^^

    keep up the good work~

  • Ms. Shasha...

    um..kene story mory lak ek???ok la…juz wanna share a bit more la kan…

    su dgn dia kenal masa belajar kat sarawak dulu…dia memang orang sarawak & dia senior su…but kitorang couple bila dia dah grad..means PJJ saje…beberapa bulan couple,su dapat taw yang mak su x suka su couple or kawin dengan org borneo (sabah & sarawak).sebab dia x nak su jauh dari dia…masa tu mak su x taw pun su dah couple dengan dia…memang dalam dilema masa tu…su ade tanya dengan abang su jugak pasal tu. Abang su kata carry on je dulu,may be 1 day mak akan boleh terima..So, su pun teruskan dengan dia. Dia tak pernah tau hal tu.Tapi su ade jugak tanya ape dia nak wat kalau2 familiy against our r/ship? dia cakap familiy comes 1st…esp parents kita…jangan sampai jadi anak derhaka…dalam masa 4 tahun su couple dengan dia, ade jugak beberapa kali su cuba putus sebab su rasa serba salah. Su sayang kedua-duanya. Macam-macam su buat..su cuba lost contact, tukar nombor,macam2 lagi.Tapi dia tetap sabar dan cari su…Dia tak pernah putus asa. Tempoh 4 tahun tu su belajar lagi,so tak der la terfikir pasal kawin..even masa tu su ade tanya dia sanggup ke nak tunggu su habis belajar? sebab masa tu dia dah kerja dan masa tu jugak su ade niat nak sambung master.So akan maik masa yang lebih lama la…Dia kata dia tak kisah lagipun dia tengah bantu famili dia. Maklumlah mak dia ibu tunggal, jadi perbelanjaan rumah dan sekolah adik2 dia yang tanggung.Even persekolahan abang dia pun,dia yang tanggung.jadi dia kata sempatlah adik2 dia habis sekolah dulu…

    Tapi bila su dah mula bekerja, su mula terfikirkan masa depan kami.Dah lama couple,takkan nk couple je kan…ade su tanyakan pada dia. Dia memang dah lama sedia,even dah ade saving untuk ke arah tu la..So, su pun dengan takut-takut bagi hint pada mak.Takut jugak kang kene sembur saje je..Tapi baru je bagi hint mak dah dapat hidu,terus je mak bagi kata dua yang buat su tersentap yang teramat sangat.mak kata “kalau kau tak sayangkan mak,kawinlah dengan dia.Nanti kalau mak tutup mata, kau tak sempat tengok baru tau”.Jadi dengan berat hati,su pun bagitaw la dia…lama su pikir sebelum nak bagitaw dia.Pertama sebab su tak sampai ati sebab dia baik sangat pada su.Kedua, sebab su sayang sangat pada dia dan tak nak kehilangan dia.Tapi bila difikirkan r/ship tu takkan ke mana dan tu pasti tak adil pada dia,su bagitaw pada dia.Sedikit pun dia tak terkejut dengan apa yang su kata.Dia kata, dia tau memang ade risikonya macam tu.Kami sama-sama terikat dengan komitmen keluarga. Pernah dia usulkan jika dia kerja di semenanjung, adakah mak su akan terima dia? Su memang happy dengar usul dia.Tapi bila difikirkan balik, su ni selfish pulak kalau dia kerja di semenanjung. Takkan su nak korbankan orang lain untuk kebahagiaan su. Bila su kata su tak setuju sebab dia ade family yang nak dijaga, dia kata di mana dia sekalipun dia tetap boleh tolong family dia.Tapi bagi su, ia tetap tak sama. Su paham perasaan mak dia kalau tau anaknya sanggup berhijrah tinggalkan negeri kerana seorang perempuan.mesti kecil hati mak dia..Jadi su pun berkeras tak mahu dia kerja di semenanjung.
    Dan…dengan tekad dan habis berfikir.Hanya 1 penyelesaiannya.Berpisah dan bawa haluan masing2. memang berat tapi demi kebahagiaan orang-orang yang kita sayang,tak salah kita korbankan kebahagiaan kita.Dia setuju bila su mintak kami berpisah.Lagipun, bagi dia r/ship ni takkan berjaya tanpa restu mak ayah dan dia taknak kerana dia,su jadi anak derhaka. Tapi dia mintak kami terus berkawan sebab dah terlalu lama bersama buat kami sangat faham-memahami. Ayat dia yang paling wat su sedih “Abang nak su bahagia.tak kira dengan sapa pun. abang mintak maaf sebab abang tak mampu bahagiakan su. kita sama2 terikat dengan keadaan.Mungkin bukan jodoh kita untuk hidup bersama. tapi abang nak tengok su bahagia dan abang harap hubungan kita tak putus macam tu aje.Abang harap kita boleh terus berkawan lagipun abang rasa tak de sape yang lebih paham abang dari su.Abang nk su ingat sampai bila2 abang buat semua ni sebab abang sayang su.sayang sangat”.Jadi kami terus berkawan sampai sekarang…memang sepanjang hidup su sejak su kenal dia,memang dia tak pernah tinggalkan su.Dia sentiasa ade tak kira masa happy atau masa sedih. Semua exs su dia kenal melalui cerita2 su..dia kongsi gembira,dia kongsi duka. Setiap kali su mengadu dan menangis mesti dia akan kata” abang taknak su menangis lagi.abang nak su happy sentiasa.1 day abang tau mesti ade yang akan dapat bahagiakan su.kalu su sedih,abang pun sedih…”Even sekarang dia dah nak kawin pun,dia still amik berat pasal su.sentiasa ikuti perkembangan su. Pernah dia kata.”kalaupun dia dah ade orang lain,tak bermakna dia tak sayangkan su.Dia tetap sayangkan su..sebagai kawan,sebagai adik.Dia takkan pernah lupakan su.”

    Memang sedih bila tau orang yang kita sayang dah ade pengganti.Itulah yang dia rasa agaknya setiap kali tahu su ade teman baru.Tapi demi kebahagiaan orang yang kita sayang,kita sanggup terima dan tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dia akhirnya perolehi.Semoga su pun akan perolehi kebahagiaan itu juga akhirnya…AMIN..

  • Bro….

    Tiba-tiba air mata I mengalir bila baca cerita u… sebab I pun pernah kecewa macam tu..

    Tapi U memang ikhlas dalam berkarya dan I sangat-sangat perlukan tips u dari masa ke semasa.

    Sejak I mengikuti perkembangan blog ni… hidup dan perasaan I lebih tenang dari dulu.

    Semoga tip2 percintaan U akan memberi menafaan kepada semua pembaca blog ni. TQ

  • ezme

    ms shasha..cite cinta u same dgn i..ktorg realize dat we are not meant to be..tp i xphm walaupn dia dh berkhwin..dia msh nk ajk i bjmpe fmili dia spt kbiasaan..mcm xpnh blaku ape2..bila i ckp xnk jmpe..dia ckp kt i..ssh dh nk jmpe dia..mcm2 y bt i tpkr ttg dia..
    ap mksdnye Bro?

    Bro..i rse sedih sgt hrini..i bru tsdr y my bf skr nk mnrima prgai i…slme ni dia mkn hti dgn i..i prlukn smgt..wlpn bkli2 pts..i rse kuat sgt..xsgka kli ni i slh bt pcturan..dia dh xsgp mlukakan hti i..wlpn tiada kta pmts dr dia..i da blh rse ap y akn blaku..
    i need u Bro..could u gve ur shoulder to cry on..

  • MSSHASHA – Sorry if ever I buat you menangis, atau sedih… tak sengaja. As you know, my intentions is always to make all of us happy dan dapat avoid dari terkecewa again.

    Anyway, thank you for sharing. I wonder though, your exboyfriend let you go sebab nak you bahagia tetapi sebab apa ya?

    Like me sebab nak dia berkahwin dengan pilihan keluarganya, now Obviously your reason bukan untuk you berkahwin because you’re still single. Maybe Su, boleh share a bit more, what really happen.

  • sedihnye citer ni..
    manusia memang kejam..kan?

  • Ms. Shasha...

    to be honest…ur story buat i nangis..sebak sgt…that is what my 1st ex do to me…dia harap i akan bahagia even bukan bersama dia…mmg sebak bila kita kene let go org yang kita sayang for good reasons. Even i pun pernah lakukannya..relakan dia bersama orang lain jika itu yang bahagiakan dia…but still dia cari i sampai sekarang..sampai sometimes it makes me confuse…(dia ni bahagia ke x dgn pilihan dia sebenarnya)1 day I realized that if kita dapat ape yg kita nak,ia akan menyenangkan kita..belum tentu itu yang terbaik buat kita..even sometimes yg kita lepaskan itu jauh lebih baik…but,that is life…penuh dengan teka-teki.
    Now, su akan ikhlaskan dia pergi jika itu yang buat dia bahagia.Semoga dia bahagia dengan hidupnya dan 1 hari su akan dapat kebahagiaan yang su harapkan…

  • MSDIAZ – Kerana pengalaman I yang banyak kali kecewa itulah yang buat I berkali-kali berpesan di most of my articles, “Apabila kita kecewa, itu bermakna kita bakal bahagia, apabila kita kehilangan cinta itu bermakna kita bakal bertemu cinta yang baru!”

    So, amatlah rugi bagi mereka yang putus asa apabila dikecewakan, kerana yang sebenarnya dia sudah menghampiri cintanya yang sebenar.

    Inilah dugaan dari Tuhan, nak tengok kita ni beriman kepadanya atau tidak. Kerana jika kita putus asa, maknanya kita telah hilang kepercayaan kepada Tuhan yang sedari awal lagi telah menyatakan jodoh telah disediakan, cuma kita kena terus berusaha dan percaya!

  • sunshine

    btl2…kalo kite membuat sesuatu tp mengharapkan balasa…kita sendiri akan jd stress…tp jika kita membuat sesuatu dgn niat utk memberi…insyaALLAH kita akan lebih puas dan bahagia..

  • i love this story bro..so touching..i thought i je yg byk kali putus,byk kali kecewa..tp bro pun camtu gak b4 ni sampe akhirnya jumpe true love bro..em, betul bro kate, kite kena ikhlas dlm memberi sesuatu tanpa mengharapkan ape2 balasan..insyaallah kite pun akan bahagia one day nnt..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons