“Ya Allah!!! aku menyesal dengan keterlanjuran ini,mengapalah aku begitu bodoh mempercayai kata-kata dia yang kononnya menyintai aku…sedangkan dia sudah miliki yang lain!!”

Menjerit lantang dalam tangaisan itu sahajalah yang dapat dibuat oleh gadis dari seberang ini. Selepas beberapa sesi bersama Bro Razzi, soalan terakhir darinya, “Apakah ada lagi harapan untuk saya yang telah terlanjur ini Bro Razzi?”

Sebenarnya, bukan seorang dua yang mempunyai masalah sebegini menemui Razzi, tetapi RAMAI!! Ramai yang seeking answers from me. InsyaAllah so far, ada lah 2-3 orang yang dapat dibantu mengembalikan semangat mereka untuk menempuh sisa-sisa hidup ini, tetapi kebanyakannya…

  • Confused, apabila lelaki yang dicintai dan diserahkan dara, sudah punya kekasih lain atau sudah tidak mahu bersama lagi… bagaimana?
  • Complicated, bagaimanakah untuk meneruskan sisa-sisa hidup ini setelah terpedaya oleh seorang suami orang yang nyata sangat menyayangi isterinya dan tidak mungkin mengahwini mereka!

You see, sesungguhnya, sudah tidak ada guna lagi jika kita mahu membincangkan soal pecah dara, soal terlanjur, dosa, neraka dan sebagainya…kerana ITU SUDAH PASTI. –

Berdosa YES, mereka tahu tu… Lost virginity, YES mereka tahu tu…  BERSALAH, YES mereka sedar tu.

Jadi rasanya tidak perlu lagi untuk lebih menyalahkan mereka atau memarahi golongan yang sudah keterlanjuran ini. SEBALIKNYA, ada lebih baik kita mencari SOLUTION, mencari jalan penyelesaian agar mereka tidak terus hanyut… dan tidak melakukan lagi perkara yang pasti menghancurkan masa depan mereka.

KERANA sesetengah dari mereka, apabila sudah ‘kotor’ fikirnya, “Apa lagi yang tinggal, main je lah dengan lelaki yang mana-mana yang nak kat aku! Dah hilang, hilang dah dara…”

  • Semua ini terjadi kerana persepsi di kalangan kita bahawa apabila sudah terlanjur, sudah kehilangan dara maka sudah tidak ada lelaki yang menginginkan mereka, jauh sekali mengahwini mereka. Lalu, mereka mengambil jalan singkat dengan berfikir, hanya memberi sex kepada lelaki so lelaki akan kahwini mereka!

KESIANNN…

Ya, tidak disangkalkan memang ada ramai lelaki yang hanya mahu mengahwini wanita yang masih memiliki dara…TETAPI… pada pendapat Razzi, dunia sudah berubah. Bukan zaman “Dagang Pak malau dagang bertempat, dagang saya musafir lalu” lagi… Bukan zaman “Sumpah Semerah Padi”…KERANA, sudah ramai lelaki yang BOLEH menerima wanita atau gadis yang sudah tiada dara.

Contohnya :-

  • Sudah ramai lelaki yang mengahwini janda. Janda yang pernah 2-3 kali kahwin lagi.
  • Ada yang sanggup menerima jan da yang sudah ada anak lagi. Kalau nak dikira, janda jauh lagi terlebih ‘pengalaman’ dalam mengharungi hubungan kelamin.
  • Ramai juga lelaki yang pentingkan CINTA dan tidak menghiraukan pengalaman pahit dan zaman kejahilan kerana dia juga menyedari dia juga tidak sempurna.
  • Ada juga lelaki yang sedar yang dia juga sudah beberapa kali terlanjur dan merosakkan anak dara orang
  • Duda-dua juga kebanyakannya tidak mengira masih dara atau tidak, yang penting bagi mereka adalah keikhlasan dan kejujuran, kerana lelaki juga pernah dicurangi dan dikecewakan.

JADI, tidak seharusnya wanita atau gadis yang telah keterlanjuran ini merasa gusar atau bimbang sudah tiada lelaki yang boleh menerima mereka lagi. Selalu berpegang :-

  • Jika lelaki itu benar-benar ikhlas dan cintakan anda, maka dia sanggup menerima anda dara atau tidak dara
  • Jika lelaki itu baik, dia menghormati masa lampau anda yang kelam itu

**KERANA, lelaki yang sebenarnya lelaki, apabila mengetahui anda dianiayai, dinodai, masa depan hancur apabila telah disetubuhi…DIA AKAN HADIR SEBAGAI PENYELAMAT ANDA! Dia akan mengahwini anda dan selamatkan anda dari lembah yang hina!

TETAPI kena lah bertaubat untuk tidak mengulanginya lagi dan berdoa kepada Allah swt agar membawa seorang jejaka yang benar-benar bertanggungjawab! InsyaAllah hidup anda akan selamat.

p.s : <a href=”http://www.razzirahman.com/buku”>Sudahkah anda memiliki BUKU 101 Nota Mencari Cinta? Sila lihat maklumat lanjut – KLIK DI SINI</a>

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…



Apa komen anda? : [17] Comments