rfatls53

Semasa saya membaca semula semua email-email yang pernah diterima dari members Brother Love all this 5-7 years, tergambar pula di fikiran, ramai sungguh yang putus cinta. Sedih juga rasanya…, I wonder adakah mereka masih terus menderita, dalam kekecewaan atau sudah recover? I hope sangat, semuanya sudah okay!

  • Apa yang Bro Razzi boleh kirimkan hanyalah doa dan sedikit ilmu dalam kehidupan serta semangat untuk kembali bangkit dan berjuang agar lebih menyayangi diri kita yang sebenarnya ikhlas dalam bercinta.

… I was thinking, bagus juga jika Bro Razzi can give more…maybe some tips dan gambaran bagaimana, kehidupan selepas putus cinta. Mungkin dari sini, ada beberapa perkara yang boleh memberi manfaat untuk you all dan boleh diambil pengajaran…

jadi khas buat you all yang pernah mengirim email masalah cinta, berserabut kehilangan cinta, telah dikecewakan, juga untuk anda semua yang tidak pernah jemu membaca artikel-artikel Razzi… paling special untuk yang PUTUS CINTA… this article is for you!

Anda pernah putus cinta? Bagaimana pula hidup selepas PUTUS CINTA? sememangnya, huru hara that I would say! Mereka yang pernah putus cinta tahulah macamana rasanya… macamana kesannya. Anda pernah putus cinta?

Let me list down… bagaimana kesannya, dan bagaimana hidup selepas putus cinta :-

  • Ada yang terasa seperti segala-galanya sudah tidak bermakna lagi dalam dunia ni.
  • Ada pula yang merasa sudah tidak ada tujuan hidup lagi.
  • Ramai pula yang masih tergila-gila kan bekas kekasih walaupun sedar sudah putus cinta.
  • Kadang-kadang tengah tengok tv pun, perasaan melayang entah kemana-mana.
  • Wajah yang manis, mungkin mencuka sepanjang masa.
  • Ada pula yang berhari-hari tidur je… tak pergi kerja, tak keluar rumah, tak makan, tak mandi.
  • Some of them, senyum je selalu among friends, tapi semua itu hanya buat-buat macam okay la kononnya…dalam hati, merana giler!
  • Ada yang lucky to have friends around yang datang membantu secara emotionally. Datang memberi support. Which is very good. BUT actually, it’s not helping!
  • Bagi mereka yang tabah, strong dan bermotivasi, mereka akan cuba untuk mulai bercinta kembali dengan yang lain… but most of them akan gagal lagi dan lagi. Mereka akan kecewa dan bosan… kerana masih teringat kekasih lama.
  • Ada yang berjalan-jalan seorang diri di khalayak ramai, terasa seperti zombies… seolah-olah seperti mayat hidup yang tanpa deria rasa atau apa-apa deria lagi…
  • Ramai yang masih menangis-nangis, merayu-rayu semasa menelefon kembali bekas kekasih yang sudah lama nekad tidak akan kembali pada ex. Kesian… 
  • Ada yang berdendam… tekad sekali untuk menghancurkan hidup bekas kekasihnya, sehingga mereka membuat keputusan yang bodoh dan melampau. Sedangkan dalam hati, mereka masih cinta.
  • Sesetengah tu, mencuba untuk memikat kembali bekas kekasih… tetapi akibat terdesak, tingkah laku mereka agak kurang matang dan keputusan yang diambil juga lemah dan tidak berkesan.
  • Ada juga yang putus cinta dengan baik. Bekas kekasih masih in contact, masih berkawan, masih berbual di talian… dalam hati Tuhan saja lah yang tahu betapa masih cinta… namun at the end, still kecewa, kerana bagi dia..segala-galanya sudah berakhir dan tidak akan menerima kita lagi…
  • Secara psikologi nya… apabila seseorang itu sudah putus cinta, ketegangan di dalam diri mereka akan menguasai jiwa dan nafsu mereka sehingga mereka menjadi seorang yang sudah tidak menarik lagi…

KESIMPULANNYA…

Kehidupan selepas PUTUS CINTA… SUCKS!! Menyakitkan, mengecewakan, menyedihkan, membosankan, merana jiwa…dan tiada siapa pun yang dapat membantu!

We can pretend seperti everything is okay… but the truth is…it is NOT! Sakit beb… frust giler, …tapi that’s LOVE IS ALL ABOUT. Kita kecewa, kita berduka… kita merasa itu semua untuk kita akan lebih menghargai lagi kehidupan ini, kita akan lebih hargai lagi cinta yang hadir nanti.

It makes us become wiser…lebih matang dan bijak membuat keputusan. It’s a process untuk semua insan melaluinya dan belajar dari kesilapan.

MY ADVISE :

Cool down dulu sebelum memulakan sebarang perhubungan cinta…, take your time untuk muhasabah diri… kalau kereta, OVERHAUL dulu hehehe….

  • Luangkan masa untuk diri sendiri lebih sikit. Manjakan diri dengan proses membaik pulih, jiwa dan nurani.
  • Lalui rawatan-rawatan semulajadi seperti ke spa, jacuzi, berendam dengan air garam bukit, serta selalu-selalu nikmati mandian air laut yang masin tu, it calm you down for sure.
  • Amalkan pemakanan kesihatan, something yang boleh membuang toksid dalam badan. Yang boleh memberi tenaga dan menyihatkan serta menyegarkan wajah anda.
  • Mesti Rasai suasana kampung, atau suasana kekeluargaan dan rapatkan diri dengan keluarga lebih-lebih lagi.
  • Tuhan anda? ALLAH swt? …itu tak perlu nak cakap lah. Sudah satu kewajipan. So, kembali kepada yang Maha Esa.

DO ALL THIS… InsyaAllah, anda akan kembali tenang dan dapat rasakan diri anda kembali menarik!

  • Ya, ramai yang tanya, “cukup ke dengan mengamalkan semua tu… macamana nak tangani hidup selepas putus cinta ni… ”

well, my answer is,

Apabila kita MULA melakukan sesuatu untuk diri kita sendiri… itu adalah langkah pertama ke arah kebahagiaan…

Langkah kedua, HADAPINYA DENGAN SENYUMAN, be cool… relax… KERANA, MASA akan mengubat kedukaan kita, hanya MASA akan mengubah dunia kita, HANYA masa yang membahagiakan kita nanti… gunakan MASA itu untuk membaik pulih jiwa kita untuk menjadi YANG TERBAIK. InsyaALLAH, those TIME WILL HEAL US!

Jangan lari, jangan sembunyi, jangan benci …hadapinya, rasakan sakit itu sampai sudah tidak sakit lagi. Rasakan kekecewaan itu sehingga sudah tidak ada apa-apa lagi yang boleh mengecewakan kita. Orang tua-tua selalu berkata… “Alah bisa…Tegal biasa”

Amat bermakna maksudnya… Apabila segala-gala kekecewaan dan kedukaan dari putus cinta itu sudah menjadi biasa…segala-galanya sudah tidak memeritkan lagi. Bagaimana untuk membuatkan ianya biasa? … Kenalah biasakan diri dengan semua keperitan itu. In time… you’ll feel nothing at all, boleh lah mula bercinta lagi!

Be strong and BELIEVE you can do it!

p.s. : Ingin mengetahui kesemua karya Razzi Rahman dengan lebih lanjut? – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…



Apa komen anda? : [6] Comments