things-men-dont-like-about-women

Apabila kita kata kita cinta maknanya kita cintalah. Plain n simple! Kerana cinta adalah 100% cintalah… TIDAK ADA LAGI SOALAN, “ADAKAH INI CINTA?” bila saja ada soalan sebegini, ianya bukan 100% lagi.

Ianya tidak akan jadi mungkin cinta ke?, cinta ke tidak ni?, apakah ini cinta ke?… JIKA ini terjadi atau anda ada rasa was-was tentang apa yang anda rasakan, well kemungkinan ianya BUKAN 100% CINTA! So watch out 😉

Sebenarnya, perasaan cinta ianya boleh terhasil dari berbagai-bagai situasi. Dan ianya BUKAN semata-mata dari hati yang ikhlas saja. Sebagai contoh :-

  • – Ada orang yang mulai timbul rasa cinta yang terhasil dari rasa sunyi yang terlalu sunyi.
  • – Sesetengah pula timbul rasa cinta mungkin lebih kepada rasa kesihan.
  • – Ramai juga yang ingatkan ianya cinta, jadi dia duk cakap la cinta, cinta, cinta…
  • – Also yang ramai adalah muncul perasaan cinta yang terhasil dari kekecewaan.
  • – Ada pula kerana melihat bekas kekasih ada kekasih baru, jadi nak balas dendam la tu, tetiba je jatuh cinta!
  • – Yang ini juga ramai, yang nak ganti cepat-cepat kekasih yang hilang. Baginya dengan adanya pengganti dengan cepat boleh mengubat lukanya dan itulah CINTA!

Hakikatnya?…

KESEMUA INI, adalah CINTA, Ya CINTA tetapi cinta yang bersifat sementara! Banyak lagilah situasi-situasi yang memaksa seseorang itu, menerima tah sapa-sapa dalam hidupnya. Malah ada yang terperangkap dalam cinta walhal IANYA BUKAN 100% CINTA!

Apabila tersangkut, terperangkap, oleh kerana ianya bukan 100% cinta lalu suatu masa anda akan menyedarinya yang anda bukanlah cinta kepada dia. Tetapi akibat sudah terlajak bercinta, anda pun terpaksalah teruskan. Ini yang buat selalu bergaduh!

Anda sudah mulai menyedari yang pilihan anda salah, anda tidak cintakan dia sebenarnya. Tetapi nak keluar dari perhubungan itu, anda dah terperangkap dengan rasa kesian la, rasa takut sunyi la, macam-macam la… akhirnya anda dalam kerugian!

MALAH, walau anda sudah tidak sunyi dan berteman, TETAPI anda tetap merasa sunyi yang mendalam. Walau anda sudah ada kekasih tetapi anda rasa lebih baik tak ada. Siang malam asyik fikir nak single balik!

INILAH MASALAHNYA!

That’s why, “DON’T FALL IN LOVE FOR THE WRONG REASON!” ingat! Nak jatuh cinta macamana sekali pun situasinya, biar anda sure 100% yang anda benar-benar cinta dan tidak ada di dalam situasi senarai di atas, then go ahead! jatuh cintalah… but if you’re  in the list, ingat pesan saya, “JANGAN SESEKALI JATUH CINTA ATAS SEBAB YANG SALAH!”

You see, kalau real cinta, Kalau benar-benar cinta,

  • – ianya datang dari dalam hati yang in love giler
  • – selalunya ia mengambil banyak masa mengenali anatara satu sama lain
  • – Dan anda pasti 100% yakin yang dia adalah cinta anda.
  • – Malah anda dapat merasakan cinta itu dengan kuat.
  • – Rasa rindu yang amat mendalam.
  • – Bila anda renung dia pun anda boleh tersenyum sendirian dalam masa yang lama.
  • – Bila tak berhubung rasa tak senang duduk.
  • – Dan bila dapat berjumpa atau dapat saja mendengar suaranya anda akan rasa happy sangat! Teramat sangat!

ITU BARU 100% CINTA! …JIKA sebaliknya, itu BUKAN 100% Cinta.

jadi, di sinilah anda seharusnya bijak membezakannya. Di sini juga anda harus membuat keputusan. Jangan sampai anda terjerumus ke dalam situasi yang memerangkap anda dari mengecapi kebahagiaan yang sebenar!

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

p.s. Miliki 3 ebook Pakej istimewa : – Koleksi 3 ebook cinta popular – KLIK DI SINI



Apa komen anda? : [6] Comments