My Life


Yes! Razzi jatuh cinta sekali lagi…huhu!! Bestnyerrr…dan kali ini I’m very sure, I takkan dikecewakan seperti selalu. I sangat sure dia akan sentiasa setia pada I, no doubt!

  • Nak tahu jatuh cinta dengan siapa? …Well kali ini, I jatuh cinta dengan Hotel JW Marriot! Oopss…sorry for those who seeking gossips, actually I jatuh cinta pada hotel mewah ini lah hehe… “Buat suspen je la Bro Razzi nihhh!”

Memang i cukup facinated dengan rasa peacefulness hotel ini. Terasa kesibukan kota hilang, hanya sejurus melangkah masuk ke lobi ia sahaja. Check it out, can you feel it? 

but why I jatuh cinta dengan hotel Marriot KL? Well…1st of all, the elegant of the place…and next is bilik tidur dia. Fuhh!! amat selesa sekali, degan extra king size bed yang you all tengok, boleh muat 3 orang dewasa hahaha…dan I sorang-sorang je, pusing 360 darjah pun tak jatuh-jatuh katil 😀

Bantal-bantal punya besar dan banyak pulak tu…and then, bantal jenis letak kepala je kita terus tenggelam dalam bantal tu hahaha…awesome! Dan bilik ini pula adalah yang the lowest rate, which is Rm400++ atau almost Rm500 per night. MAHAL!!…tapi, few nights here are just like I’m lost in a fantasy world…alone but happy!

another thing yang I suka sangat is the room ada SOHO. Large table, leather seat for bosses and with very fast In House Internet connection. Broadband ke, streamyx, wifi ke…tak leh challenge! sangat laju 😉 …beside it ada large Plasma TV and dekat wall ada large mirror, wahh…perfect! So auspicious!

Bathroom, are awesome! Lengkap dengan Garam Kristal imported from Mountain of Himalaya, khas untuk kita berendam in a bathtub. Not many hotel yang sediakan garam mandi ni. Yang I remember ada, is Tanjung Jara Beach Resort, tu pun, Rm1000 per night, ingat lagi my old post tu? Click here to see

Out door Pool side dia memang breathtaking, especially bila cuaca panas and its at 6th floor…here also Marriot cafe, dimana I makan Nasi Ayam yang berharga RM22… “Wal mahal ni wal nak mampusi” haha 😀

“Well that’s about it. My business and pleasure time last weekend in JW Marriot KL. All in all i give… JW MARRIOT 10 STAR! They are really making it worth to stay and their facilities are outstanding!”

On top of that, upon checking out…Jw Marriot did left me some special moment and sweet memory for me to return there again with a definite impact! hehe…

Before i end my post, just to let you all know, salah satu apointment I this week, adalah me and Ik telah dapat dapat masuk final contest BlogFt dengan lagu I LOVE YOU KL… (picture of me and Ik upon ceremony of us receiving few big gifts) Click here to read more about the ceremony  have fun reading!

Salam hormat,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com



Apa komen anda? : [6] Comments


Kali ni, bro nak share dengan you all open house di KL few days back. Actually salah satu occasion datang KL hari tu, adalah Open House di rumah kakak bro di Shah Alam. All I can say, it’s really a great Aidil Fitri open house! 😉

Razzi Rahman Open House

Paling best, my sister minta I jadi host bersama dan melayan tetamu yang ramai, dan hampir separuh adalah saudara mara yang datang. Suprisingly, cukup ramai saudara mara bro di KL ni 🙂 hehe…bro je yang tak tahu…dan yang bro dah lama sangat tak jumpa, in fact dari kecil dulu lagi. So memang sibuk tapi I do really enjoying it.

Razzi Rahman Open House

MENU? Memang hebat… Ada nasi dagang Trengganu, Laksa Penang, Satay Kajang and pastinya Rendang dan Lemang! Desserts, ada few cakes, also tapai dari Kelantan…sssweet! And few kuih muih lagilah.

Razzi Rahman Open House

The best one is Kuey Teow basah & kering yang digoreng on the spot, minta je style apa you nak, dia goreng terus kat situ juga…haaa special catering punya! Siap masuk dalam perkarangan rumah dengan van dia lagi. Yang ni kira favourite lah!!

Razzi Rahman Open House

Yup!!…special for you all, EXCLUSIVED! bro, Cat bersama tunangnya Shahar and some of our relatives. Cukup happy sangat for Cat and Shahar, and very happy to see them hari tu. Me and Cat biasalah bila berjumpa mesti borak panjang, tinggal tetamu lain jap 🙂

Razzi Rahman Open House

Tak sangka our uncle dari Bali pun datang ke KL  just to be at the open house. Uncle Hud! 🙂 Yang sangat jelita kat sebelah bro tu is Fiona, my niece jugak. Tapi ada cerita kelakar, masa sebelum open house tu start, bro ternampaklah ada girl ni punyalah lawa…teruslah nak ngayat, sekali tengok…ADOI, Fiona, anak sedara sendiri daaa! 😀

Razzi Rahman Open House

SANGAT TERHARU…terharu because, 3 sifu yang sangat bro hargai, datang hari tu menyambut Aidil Fitri bersama! Yang baju merah tu is my sifu dalam muzik industri, orang kanan MNasir, saudara ZUL MAHAT, seorang composer terkenal, yang telah menerbitkan lagu-lagu untuk Siti Norhaliza & Fauziah Latiff dan ramai lagi. 15tahun dah berkawan dengan Zul.

Sifu ke 2 tu…beside me, is my own brother! Madzri…I consider him a Sifu because to me he is my Idol. I want to be him…dah lah hansome, successful sejak kecil lagi in everything. You Rock Ri! 😉

Sifu yang latest one is…Sifu comes best friend, tak perlu nak diperkenalkan lagi lah kan…Jutawan Internet terkenal, personaliti Radio & TV saudara IRFAN KHAIRI! So happy that IK yang bro sanjungi, dapat datang ke open house tempohari bersama wifenya Shaz and kids. We all lepak together, borak panjang bersama-sama and really enjoy the nice food!

Well… “THAT IS FAMILY & FRIENDS IS ALL ABOUT, APPRECIATE & RESPECT!”

Hidup ini kita perlu saling menghargai dan hormat menghormati, apabila kita hormat dan hargai seseorang itu, orang akan menghormati kita dan sentiasa mahu mendampingi kita, malah mahu membantu kita ke arah kejayaan!

Keramaian hari tu telah mengeratkan perhubungan kami semua. Keluarga semakin rapat, saudara mara bertambah hampir dan kini sahabat bagaikan keluarga sendiri. Di atas pertemuan ini juga, Bro, Irfan & Zul akan buat satu special project…apa projectnya? Tungguuu… 🙂

So, how is you all punya open house? Sure ada attend mana-mana kan? Or maybe you all ada buat open house sendiri? Jom la kongsi bersama!

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com



Apa komen anda? : [13] Comments


Waahh…dah masuk hari raya ke3 nih. Best ke raya tahun ni? Licin barangkali ketupat dan lemang, habis semua biskut agaknya. 🙂

Banyak ke dapat duit raya or habis duit buat beraya? hehe.. Or maybe ada kisah suka dan duka yang nak dikongsikan bersama? Pasti ada cerita yang best-best, dan pasti juga ada cerita yang pilu dan lara. Entah-entah ada yang jatuh cinta di hari raya kan??

…So, apa kata you all semua bercerita kisah hari raya anda, nak cerita pendek tak apa, nak cerita panjang-panjang pun OK. Bro sangat nak tahu cerita you all!

“JOM CERITA-CERITA RAYA!” 😉



Apa komen anda? : [22] Comments


The Legend Resort - RazziRahman.com

 Betul…10 markah kat Dekno and Wawa 😀 , bro kat Cherating Beach, The Legend Resort. As usual bro suka buat review about the hotel or the place that I’ve stayed. Ada cerita yang sangat-sangat mengejutkan sebenarnya…TETAPI, before that…bro nak story you all tentang something that touch my heart there…

Razzi Rahman

Dalam duk relax-relax tuu..bro tak sangka, kenangan lalu mengusik kalbu sepanjang percutian bro kali ini. Mungkin juga kerana terbayang ‘The Island girl’ atau juga kerana kasih dan sayang yang begitu menyentuh jiwa kecil ini… my childrens…

Razzi Rahman

3 hari di Cherating, hanya my 2 heroes that’ve been on my mind. Macamana sedari kecil lagi bro duk jaga mereka yang very closed to me. Cam cute-cute tak? Sure hensem ni besar besok hehehe 😀

Razzi Rahman

And bagi bro, they are very cute boys and sangat nakal actually…namun, mereka selalu buatkan bro terharu kerana, punyalah manja dengan bro mereka berdua ni. Kat sana, duk tengok je gelagat mereka, itu yang buat touching tuuu…

Razzi Rahman

So, I do really enjoy staying at The Legend Resort, especially kerana biliknya yang facing the beach. Buka je balcony, terus pantai. Nice room I can say that, tak mahal…tak murah, about RM200 a night. Tak boleh lah nak compare dengan Tanjung Jara Beach Resort yang bro duduk dulu…Rm1000 a night! Tetapi yang buat lebih interesting is because I got the chance to spend my time dengan my 2 heroes and of course…my loving and special gf 😉

Razzi Rahman

Cuaca, tak berapa elok this time around…so spend masa kat beach not that long, bahaya gak laa tengok ombak memukul tu punya kuat. Jadi, I just watched my 2 kids playing and trying to build sand castle yang tak jadi-jadi 😆 hmmm…

Razzi Rahman

So we decided to stick to the swimming pool je, if not nak gak naik jet ski ke, or banana boat. Next time je laa… Kat kolam mandi, ada berbagai-bagai pandangan yang menyeksakan batin…hehehe, tapi bro masih dalam mood touching dengan Adam & Adib yang sudah semakin besar dan asyik berperang je…

Razzi Rahman

Jadi, bro tergelak sendirian tengok dia orang ni, ahhh…best betul ada those boys cam ni. They make me realised,  dia orang lah segala-galanya dalam hidup bro, ada isteri ke tak ada, ada girlfriend ke tak ada…it’s not matter, what matter’s most is them!

Razzi Rahman

Tapi kalau duk bercakar je, bro ingat nak selamkan je dia orang dalam kolam tu 😀

Razzi Rahman

Aik??…kecik-kecik dah pandai nak main mata, nak mengayat lah tu… 

Razzi Rahman

Before, bro bertolak pulang…terasa nak try belajar memanah. So memanahlah dengan Encik Syukri…very nice person, pekerja bahagian sukan dan aktivitis. Besssst…maybe memanah, I can put in my list of hobby, selain dari menunggang kuda dan menyanyi 😉

Remember tadi? Bro kata ada cerita yang mengejutkan di The Legend Resort?! …I want to start to say, This Hotel IS NOT RECCOMENDED!!! Why?…pada pukul 2 pagi dalam bro duk best-best menulis buku terbaru bro yang akan dipasarkan tak lama lagi…tiba-tiba…TIKUS melompat keluar dari tong sampah dalam bilik!!….melompat bro, fuuuuuuuhhhh Legend Resort ada tikus??….patutlah bilik busuk semacam, terpaksa minta dia orang datang spray pewangi…rupa-rupa ada tikus…giler ke apa?!!!…Kalau hotel Hong Thiang bro faham laaa…ado!!

1st time happen in my life yang dah travel around the world masa with MAS dulu…aduuuhhh, teruknya!! Terus komplen kat front desk and terus dapat tukar bilik…nasib baik…kalau tak gua saman lu orang!!! So, sorry The Legend Resort management…your staff semua are very nice and kind, polite, courteous…beautiful resort BUT…for now, your resort are banned!

“Tapi, kalau beri free dinner buffet and free stay kat resort yang lain pulak…boleh bincang laa 😀 ”

Razzi Rahman

Anyway, bro cukup tak suka meninggalkan tempat yang buat kita feel dan terharu of good old days. Touching gak lah, because…beaches memang makes me missing someone special…but what can I say…some things are just not meant to be…and I hate goodbyes!

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com



Apa komen anda? : [38] Comments


“Love is about sacrifice for happiness…happiness is about remedies!”

Walau bagaimana berjayanya anda di dalam memiliki sesebuah perhubungan, jika tiada kebahagiaan…tiadalah gunanya. Mulailah stress…tortured…letih dengan semua orang, naik malas dengan kehidupan. So, apakah yang patut kita lakukan?

REMEDIES! Sembuhkannya…Rawat hati you, bahagiakan jiwa yang bagai mati itu! Hilangkan stres yang tidak sepatutnya ada. Barulah anda akan bahagia, barulah hati mulai ceria. Kalau asyik buat rutin yang sama atau terperap di rumah saja…bukan saja badan akan jadi lemah…minda anda juga akan jadi lembab, writers like me akan dapat ‘BB’ …tau apa? Brains Blocked! 😉

Razzi RahmanHow you remedy?…macam-macam. Up to you really! Some people likes to go for bikes riding, some likes karaoke or watching movies. Most likes to go on a trips. Holiday mana-mana, like bro lah tuu…

So this week, bro just nak share some things that I do for remedy my inner feelings. To tell you all the truth“I’m not the kid’s guy kind of man.”

Tapi sometimes… spending my time with my 2 heroes, helps! Really can give me a big laughed and released stress. Especially when they turned to be cute, bossing me around, nagging me for a movies! “Dad…I’ve been waiting to watch Kunfu Panda for 10years, Dad!” …”Dad, Ironman is dying dad…you likes Ironman do you?” …”Where’s the love dad…I don’t want Icecream, I don’t want anything…jussssssst Kunfu Panda!” ….hahaha how to resist? 😀

Razzi Rahman heroes

How can you not love them? Hahahaha…bila suruh posing, siap buat aksi Kunfu Panda tu. Aihh…budak-budak zaman sekarang ni kan. They are so inteligent just being themselves! 

Razzi Rahman heroes

Yang ni aksi kunfu panda apa mende pulak ni…habis nak diterajangnya. Yang kelakarnya…orang sekeliling penuh kat belakang melihat aksi this 2 heroes! Hahaha…and aksi tekejut kat Trex Ice Age3 pun ada…hmmm besar besok ganti Brat Pitt lah Adam n Adib ni hehehe…

Tu baru Kunfu Panda bro kena nagged, belum Wall-E coming up…Ice Age 3…haaa dulu, Spiderman dengan Shrek sibukkkk aje…nagging! Memang bro pun suka sangat kartun-kartun CGI ni…my favourite la, especially Monsters.inc, The incredibles, etc… Tapi, not while Im busy, working day and night laaa…

BUT when Im free…I can watched 3 movies a day! Straight up! hehehe…so that day, one of my heroes birthday…so we went to see Kunfu Panda, Ironman, Narnia…one whole saturday at Mid Valley! Makan popcorn dengan Chicago hotdogs je la aku hari tu hahaha….

So besides merawat hati dan jiwa yang tengah kacau dengan pergi bercuti…bro suka tengok wayang! With or without anyone…cukup-cukup boring bila dah janji nak tengok wayang sekali my girlfriend, mengantuk lah, letihlah…so, bro no hal…I can just go and watched alone! That’s me….especially latest movies cam The Mummy ni coming very soon! Wooo…sure best giler! “So, GSC….gua dah promote macam-macam lu orang punya film ni…kasilah gold seat kat wa!! Fuhhh Rm40 satu seat tuuu…siap baring berlunjur.”

Razzi Rahman

Well, that’s about it! …now you all know’s some of my reality life or mine! Which is very private. But, for you guys…bro happy to shared. So, remedies guys! Hidup kita ni terlalu singkat untuk terus berduka, kecewa dan sengsara…bergembiralah! Dengan cara bagaimana kebahagiaan dan kegembiraan yang you all nak lakukan itu terserah…

Carilah, mungkin playing golf ke, memancing pun best gak, mandi pantai pun ngam, pergi ke pulau-pulau pun best…it’s one of my favourite lah tu, snorkelling kat pulau-pulau, beach parties. As long as you do things kat luar…aktiviti luaran…then you’ll remedy your inner feelings, minda pun akan lebih terbuka dan relax. 

Cuma, kalau stress dengan perhubungan…janganlah bawa partner awak pulak hehehe…itu menambahkan stress!! Tengok bro ni… “only boys out, girlfriend duk rumah hihihihihi…”

Whatever it is, always remember…

“Langit tidak selalu mendung sayang…berlalu awan kelam, reda hujannya, pelangi pasti kan menjelma!”

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com



Apa komen anda? : [28] Comments



Tiada Lagi
Amy Search

Sia sia sudah
Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda

Sampai kapan lagi
Ku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu

Tiada lagi kata cintaku
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu…

Fin.

Menikmati rasa sebuah cinta yang begitu hangat, bagaikan satu pengalaman yang tidak bisa kita lupakan. Sentuhannya, bagai dinginnya salju menyusuk masuk ke dada…bagai ingin kaku…bagai benci tapi mahu… Sayangnya, cintanya kepada si dia dengan seluruh jiwa namun…bagai tiada penghujungnya…bagai diasak kerikil…bagai benci sebencinya…

Akhirnya, kita bagai mengerti…tiada lagi…tiada lagi cinta mu…tiada lagi kasih mu…tiada lagi rasa ingin bersatu…

Pastinya…si dia telah dapat merasakan cinta di lain maya…mungkin sayang pada yang lain…mungkin cinta yang lain…Kita bagai dapat menerima…kita bagai dapat mematuhi…kita bagai mengangguk lengoh…kita bagai sepi sesepi-sepinya…jika kebahagiaan dengan yang lain impiannya…jika kehidupan dengan yang lain inginnya…

Lalu…kita mengundur diri buat selamanya, memberi laluan pada yang lebih bererti.

“Membiarkan orang yang disayangi pergi kepada orang yang dia lebih sayangi, adalah satu pengorbanan yang menjanjikan kebahagiaan sebenar di masa hadapan!”



Apa komen anda? : [33] Comments


Salam Cinta dari Brother Love 🙂 …hey bro harap you all semua happy je dan selalu bersemangat dalam menggapai cinta. Sebuah kebahagiaan itu pastinya datang dari keingingan kita serta naluri ingin mengecap nikmat cinta, kasih dan sayang, betul tak? So, salah satu cara untuk happy dan menyemarakkan rasa cinta, pastinya, holiday…

Razzi Rahman @ Brother Love

Haa…cam? Handsome tak? kikiki…baru-baru ini, bro telah pergi bercuti sesambil menenangkan fikiran di Tanjung Jara Beach Resort. Memang lawa memang cantik!…tapi tengok bro tu…bercuti pun, laptop tetap bawa, internet tetap masuk, email tetap jawab, blog tetap ON! 🙂

Razzi Rahman @ Brother Love

Hebat tak villa yang bro ambil ni? Memang cun! Depan beach betul-betul, besar dan amat selesa. Siapa pula yang ngambik gambar bro tu ya…sshh..Rahsia! Hehehe…You all nak tahu harga villa ni untuk menginap semalaman? Haaa…ni Berjaya Group YTL punya jadi memang cekik darah! Satu malam… RM1,000!!!

Razzi Rahman @ Brother Love

Tapi…LAWA! hebat dan cukup relax sekali. Dia macam Villa + Hotel mewah gitu. Luas dan buka balkoni je terus depan pantai. Bro memang happy sangat datang sini. You all yang ada masalah2 cinta tu kan…datang sini je, pasti selesai! Romantik beb…

Razzi Rahman @ Brother Love

 Bilik air dia yang bro paling suka sekali, luas sangat. Ada 4 ruang dalam 1 bilik air! Hebat tak? Ada bilik shower, bath-up, ada bilik termenung, ada ruang make-up then ruang get ready gitu…best!

Razzi Rahman @ Brother Love

Oopsss…terseksi sekejap! Relek arrr… 😛 Jom-jom makan pulak…dah lapar ni bila dah settlle “Putera berendam” …bukan puteri ekk. 😆

Razzi Rahman @ Brother Love

Ini pulak, pemandangan sebelum masuk ke restaurant dia.Tapi tang ni memang bro hangin sikit…ada ke patut, tempat cantik, resort hebat…makanan tak best langsung! Dah lah tu…macam beli kat gerai-gerai murah je…Kalau Tanjung Jara Management baca ni haaa…tolong ya! Change your chef!! 😉

Razzi Rahman @ Brother Love

Ini pulak, perjalanan masuk ke SPA dia…fuhhh memang cantik! Memang cozy, soothing and romantic!…as usual, harga SPA dia…ambik pakej la kalau nak murah which is RM1400!!!…mak oi! 😛

Razzi Rahman @ Brother Love

So…on top of all that happiness, takkan pergi holiday sorang2, boring la kan. Mestilah pergi dengan seseorang hehehe….ok, ramai yang duk tanya2 tu…there you go, itulah gambar bro dengan girlfriend! OOooppss….tergelap pulak gambar tu!

Apa-apa pun, yang penting happy! Itulah yang bro selalu katakan. Laung-laungkan! Bila you happy, apa-apa you buat pun you all akan rasa best. Tapi kalau perhubungan kita tak happy, no point kita nak menunggu lagi beb….don’t wait, MOVE ON!

Razzi Rahman @ Brother Love

www.razzirahman.com



Apa komen anda? : [33] Comments


Sudah bertahun-tahun aku melayan, menyanyi lagu ini. Memang asyik dan menyentuh hati, tetapi tidak pernah pula memberi makna apa-apa. Entah macamana kesunyian malam ini membawa aku untuk mendengar kembali lagu Pupus dari Dewa…

Liriknya tiba-tiba begitu menusuk kalbu dan sungguh bermakna sekali sehingga aku terdiam, bagaikan terhenti masa yang berlari…

*Video clip lagu ini juga begitu membuatkan hati aku cukup tersentuh sekali 🙁

Jadi, aku tujukan lagu ini kepada semua, kerana hanya yang merasa, kan mengerti…

PUPUS

By : Dewa

Aku tak mengerti … apa yang kurasa,
Rindu yang tak pernah … begitu hebatnya
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu …
Meski kau tak akan pernah tahu

Aku persembahkan … hidupku untukmu,
Telah kurelakan … hatiku padamu,
Namun kau masih bisu … diam seribu bahasa
Dan hati kecilku bicara …

Baru ku sedari …
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk seluruh hatiku …

Semoga waktu akan mengilhami isi hatimu yang beku,
Semoga akan datang keajaiban, hingga akhirnya kaupun mau

Aku mencintaimu
Lebih dari yang kau tahu …
Meski kau tak kan pernah tahu…



Apa komen anda? : [18] Comments


Razzi Rahman

Pernahkah anda mencintai seseorang sehingga anda menangis kerananya? Pernahkah anda mencintai dia sehingga anda tidak tidur, tidak dapat melelapkan mata walau sesaat? Mencintainya sedalam-dalam cinta, sehingga anda rela melakukan apa saja?

…walau terseksa batin, jiwa dan raga anda teruskan jua cinta anda kepadanya!

Bukankah lebih senang jika kita lupakan saja cinta itu? Bukankah lebih mudah jika kita mulakan sebuah percintaan baru dengan orang baru? Mengapakah awan mendung berarak hitam itu juga yang kita dambakan? Kesepian yang menusuk kalbu juga yang diimpikan?

Sesungguhnya berkata-kata adalah jauh lebih mudah dari melakukannya, kan?! Dulu ku fikir, mudah untuk aku menukar cinta. Namun kini, pabila langkah ku longlai, bagai tiada lantai untuk ku mengertak, bagai sapuan angin…aku mengaku kalah pada sepasang mata yang sangat sukar untuk ku pujuk rayu, apatah lagi memilikinya.

Hanya yang merasa kan mengerti betapa cintanya aku pada dia…walaupun dia mencintai orang lain…..ya, panjang helaan nafas ku terhembus sejuk, beku…tak bermaya…

Cinta ku ibarat semangat yang membara, melakukan apa sahaja demi kebahagiaannya. Namun cintanya tetap kepada yang lain…walaupun dia merasa betapa indahnya cinta ku bak pelangi, walau bergetar jantungnya pabila merasai cinta ku yang sehangat mentari….namun, dia tetap mencintai orang lain. Mengapakah ini bisa terjadi??

Alangkah sedih aku, walau selaut cinta kucurahkan namun sekelumit tak ku rasai balasannya. Dia langsung tidak tersentuh, tidak terasa…

Bukan salahnya, tetapi salahku yang membiarkan diri alpa dengan manjanya, manisnya… Mengapa aku harus menaruh seribu harapan pada yang tak sudi? Mengapa aku membiarkan diri terlamun cinta sepi? Bukankah hanya kesedihan yang pasti merobek hati?

Apa yang ku fahami, itulah cinta sejati…ibarat mengejar mentari, walau hangat, walau bisa membakar diri, itulah yang diimpi…

Mata ku bergenang di saat menulis artikel ini, dada ku sebak tak terperi…sedikit penyesalan melanda di hati, apa bisa ku ubati luka ini? Tiada siapa yang mengetahui…cuma yang pasti aku dalam dilemma…arah manakah yang harus ku redahi?

  • Berundur dan menikmati kesenangan tanpa kebahagiaan?
  • Hanya terus melayan saat manis, yang hanya berasaskan kebahagiaan sementara?
  • Atau terus berjuang, walau kekecewaan yang pasti menanti?

Inilah kemelut sebuah percintaan yang sulit untuk dihuraikan. Ramai yang mengalaminya…ramai yang terkecewa, namun…adakah jawapan untuk semua persoalan ini?

 Jawapan dari ku,

“Walau ku masih mencintai mu, walau ku masih menyayangi mu…ku harus melupakan mu, ku harus meninggalkan mu…ku harus merelakan kau pergi…”

— FIN —

*Maafkan Bro kerana tidak membalas banyak email persoalan cinta, kerana bulan ini begitu banyak sekali yang mengharapkan pertolongan dari bro. Sebagai membalas sokongan anda. BRO MAHU MENJAWAB PERSOALAN ANDA SECARA TERBUKA DI TOPIK INI.

*Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang  KAMUS CINTA KLIK DI SINI

*Di harap anda semua boleh bersama-sama memberi pendapat bagi situasi percintaan yang bro kisahkan disini. KOMEN ANDA KLIK DI SINI



Apa komen anda? : [75] Comments


Razzi Rahman & Catriona Ross

Pernahkah anda gagal dalam apa jua, sepanjang hidup anda? Pernahkah anda bertanya pada diri anda sendiri… “Berapa ramaikah orang yang pernah berjaya kemudian gagal seperti aku di dalam dunia ini? …dan pernahkah anda bertanya, “Masih adakah peluang ke 2 untuk aku?”

 Ada berbagai-bagai jenis kegagalan. Antaranya :-

  • Dari sumber Jakim, statistik perceraian untuk seluruh Malaysia sepanjang 2005 mencecah kepada 13,465 yang dilaporkan – Berbelas ribu orang, gagal dalam perkahwinan!

  • Sabtu 18mac 2006, Berita BERNAMA, Hampir 400ribu wanita di Malaysia adalah penganggur, 14ribu pemegang ijazah, 10ribu diploma – Beratus ribu orang, gagal mendapat kerja!

  • Dari Wikipedia, demography of US, pada Oct17 2006 penduduk Amerika berjumlah 300 Juta orang. Dan 35% dari mereka pernah dikecewakan cinta. – 105 Juta orang pernah gagal dalam bercinta.

Fuhh…berjuta-juta manusia di dunia ini pernah gagal. Peritkan apabila kita pernah berjaya, kemudian kita jatuh, dan terus gagal mendapatkan apa yang kita pernah miliki. Sedih sekali bila berbagai-bagai cara kita cuba, kegagalan juga yang kita dapat. Gagal dalam hidup, gagal dalam kerjaya, gagal dalam bercinta, gagal dalam memiliki sebuah keluarga yang sempurna…

Letih rasanya, apabila bertahun-tahun kita berusaha, kita masih ditakuk lama, paling kuat pun… sekadar itu sahaja pencapaian kita. Cukup susah untuk kembali kepada kejayaan yang silam…Di kala inilah kita mulai bertanya, “Apakah ada lagi peluang ke 2 untuk aku kembali berjaya??…”

Pada pendapat saya, TIDAK ADA!

WO!…sabar, jangan cepat bersedih, jangan sesekali putus asa. Maksud saya tidak ada peluang ke 2 untuk kembali berjaya seperti dulu, TETAPI masih banyak peluang ke 2, ke 3… dan seterusnya untuk anda kembali berjaya tetapi melalui cara yang lain, melalui saluran yang berbeza, melalui bakat yang hanya anda ketahui.

Saya menganggap kegagalan itu adalah untuk kejayaan! Apabila kita gagal, banyak yang kita boleh perbaiki diri kita untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Lagi banyak anda gagal, lagi banyak pengalaman yang anda pelajari, diri anda dan pendirian hidup anda juga akan turut berubah. Kegagalan, mematangkan kita! Anggaplah ia sebagai satu ‘equipment’ demi untuk kejayaan.

  • Kegagalan bukan untuk anda berputus ada, tetapi untuk anda berusaha lebih lagi
  • Kegagalan bukan untuk anda merasa malu, tetapi untuk anda bangga kerana berani mencuba dengan cara anda yang berbeza
  •  Kegagalan bukan bermaksud anda gagal, tetapi ia bermaksud anda belum berjaya lagi
  • Kegagalan bukan bermaksud anda tidak pandai, cuma kejayaan memerlukan cara yang anda lebih pandai
  • Kegagalan bukan kerana Tuhan membenci anda, tetapi Dia mempunyai rancangan yang lain untuk anda.

Razzi Rahman & Catriona RossDengan prinsip ini, Setelah 10 tahun, saya kembali…pastinya, bukan sebagai Razzi Rahman yang ramai kenali sebagai seorang penyanyi yang pernah popular dengan lagu Rembulan Kesiangan dan Syakila. Pernah menjejak kaki di pertandingan akhir juara lagu, pernah berlakon filem dan drama…TETAPI, Razzi Rahman kembali dengan cara yang amat berbeza… Kembali sebagai seorang usahawan yang memiliki 2 syarikat sendiri… kembali di dada-dada akhbar dan majalah sebagai seorang penyanyi, penulis dan penerbit buku sekaligus! ALHAMDULILLAH…syukur kepada Allah yang memberi rezeki.

Inilah peluang ke 2 yang telah Tuhan kurniakan kepada saya…, yang tidak pernah lekang mendoakan pertolongan darinya Allah yang Maha Esa. Anda semua juga boleh kambali berjaya. Yakin dengan kebolehan anda. Berusaha lebih keras dan impikan sesuatu yang berbeza dari sebelumnya, InsyaAllah…anda akan mendapat peluang ke 2 itu.

Tetapi, walau berapa banyak usaha sekali pun jika tidak disertai dengan doa kepada yang Maha Kuasa…segala-galanya tidak bererti apa-apa. Saya tidak henti-henti mendoakan agar Tuhan memberi kejayaan kepada saya, membuka peluang kepada saya, memberi satu peluang yang berjuta-juta orang di dunia ini impi-impikan…iaitu peluang ke 2 “The Second Chance!”

Leave your comment here :-



Apa komen anda? : [43] Comments


Next Page »

no download slot machines