Memikat Hati Lelaki

blogimage20

Memikat hati lelaki? Sanggupkah? Bolehkah? Patutkah? There you go…Persoalan demi persoalan akan timbul di minda wanita. Mengapa tidaknya, sikap pemalu sememangnya sudah sinonim dengan wanita. Apatah lagi nak suruh wanita senang-senang menghampiri lelaki untuk memikat… pasti akan ada yang berkata, “Wei… mana maruah kau sebagai wanita?” …dan mungkin juga ada yang cakap, “Takkan perigi mencari timba!” …malu! …segan!

  • Bagi wanita yang sudah berkahwin, pastilah KENA pikat hati suami selalu kan dan Razzi yakin ramai yang kat sini, dah selalu buat dah ni kan hehe… ramai isteri-isteri yang berpengalaman memikat hati suami nih… but bagi wanita yang masih single? Pasti agak sukar untuk memikat hati lelaki kerana kurangnya pengalaman. Ke ada yang terer kat sini? Hehe…
  • Pendapat saya, wanita sebenarnya harus tahu dan bijak untuk memikat hati lelaki, dan seterusnya membuatkan lelaki itu memilihnya sebagai pasangan. Kalau sudah lama bercinta pula, haruslah pula pandai memikat hati lelaki itu untuk cepat-cepat kahwin!

Sekarang cuba kita lihat wanita-wanita yang selalu kecewa dengan lelaki yang tak start-start jugak memikat mereka. Perhatikan pula kepada wanita-wanita yang sedih sangat bila lelaki idamannya, langsung tidak mengambil kisah untuk memikat dirinya… Jauh sekalilah nak bercakap soal kahwin, nak bercinta pun tak nampak gayanya… ishhh, bagai nak pecah dada, geram, kannn… 😛

Sebenarnya, untuk mengatasi masalah ini dan mengelak dari terkoyak jiwa… WANITA seharusnya bijak untuk ‘MULAKAN DULU’ – Maksud saya, memanglah lelaki kena memikat wanita… TETAPI, wanita juga harus bijak untuk membuka jalan kepada lelaki itu untuk memikatnya.

Bila bercakap tentang membuka jalan ni, banyak caranya yang boleh dibuat agar lelaki tertarik dengan sikap dan keperibadian anda! Yang paling utama, usahakan dengan bijak tanpa ‘gangguan emosi’ antara caranya :-

  • Memberi bantuan bagi hal sehariannya, juga mendengar masalahnya
  • Menyokong usahanya, membuka mindanya, berkongsi pengalaman anda
  • Tunjukkan juga nilai-nilai istimewa yang anda miliki,
  • Tampilkan apa yang dia paling mahu dalam hidupnya.
  • Berikan The best of you dengan keterampilan yang selalu memukau!

Cubalah berbagai-bagai cara lagi, untuk mendekatinya tanpa mempersoalkan tentang hati dan perasaan dulu… JANGAN mula kenal saja, terus-terus nak cerita couple, nak bercinta… uihhh, hancussss lerr 😛

Perlahan-lahan mengenali dirinya yang sebenar… silap-silap, anda tak suka pun keperibadiannya. That’s why, jangan cepat-cepat nak simpan perasaan, nak jatuh hati… sabar. Beri peluang kepada dirinya dan pastinya berilah peluang kepada diri anda sendiri untuk memahami lelaki itu samada, dia sememangnya untuk anda atau tidak. Kemudian barulah usul-usul soal hati… tengok-tengok perasaannya kemana arah tujunya. Kalau cuaca tenang, rasa cantik… barulah ‘masuk jarum’ sikit, tengok dia berminat atau tidak.

On top of all that, kalau selepas segala usaha anda telah anda lakukan… hatinya telah anda pikat dengan berbagai jalan dan cara, TAPI dia masih slow jugak, dia masih tak faham-faham jugak, langsung tak mula meluahkan rasa cinta… cuba fikir semula, adakah anda ni citarasanya ke? Mungkin dia lebih minat dengan wanita jenis lain, atau perwatakan yang berbeza?

Jika ini berlaku, ingat… ITU BUKAN SALAH ANDA! Jadi janganlah cepat putus asa dengan cinta. Ingat tu… it’s not your fault. Dah minat dia ke lain… bukan sebab anda, tetapi sebab dia lah yang auk hehe… Jadi kenalah terima yang dia bukan untuk anda, pastinya ada lelaki-lelaki lain yang minat kepada wanita seperti anda, pasti ada punya, trust me! 😉

Setiap manusia ada jenis-jenis yang disukainya. Bukan semua jenis orang suka kan. So don’t worry sangatlah kan, simple saja… mulalah membuka jalan lain pula kepada potensi-potensi lelaki yang lain. That’s why itulah pentingnya, BERSABAR jangan gopoh-gopoh awal-awal lagi dah nak jatuh hati. Buka pasaran lebih meluas agar ramai yang berminat…

  • BUT… jika benar-benar anda bertemu yang sememangnya menyukai wanita jenis anda. Tak perlu banyak pun anda memikat hatinya, dia dah tak senang duduk tergila-gila kepada anda. Dan tak akan terlalu lama masa yang diambil untuk dia terpikat dengan cara anda…

NOW you all dah tahu, bagaimana lelaki yang suka dan tak suka… bezanya, MASA yang diambil dan PERASAANNYA yang bergetar atau tidak! Simple saja… Yang penting di sini, cara anda memikat hati lelaki itu masih lagi dalam lingkungan terjaga maruah seorang wanita dan tidak keterlaluan sehingga memalukan anda pula di kemudian hari. Pikat boleh pikat, tapi pikat dengan lebih bijak… cara begitu akan menampakkan anda lebih berilmu, genius dan punya masa depan yang lebih cerah. InsyaAllah. Berjaya!

Cool? I wish you all good luck and all the best and happy hunting 😉

p/s : Bagi anda yang ingin ketahui berbagai tips memikat pasangan lelaki anda, melalui ebook 101 cara Memikat Lelaki, anda bolehlah dapatkannya sekarang! Klik di sini.

ebook02
Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

1 Comment

  • Tanda tanya

    Salam bro razzi. Sy suka someone ni. Sy dah cuba confess pada dia. Tapi die tak pernah bagi jawapan ya atau tak. Cara dia kdg2 nampak mcm suka tapi kdg2 nmpak mcm biasa2 je. Confius. Hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons