Pentingnya Keistimewaan Wanita

gambar_blog2

Sebagai wanita yang berilmu dan berpendidikan, mempunyai kerjaya dan bijak dalam urusan seharian, …adakah anda tahu keistimewaan anda sendiri?

Sekiranya saya minta anda senaraikan apakah kehebatan yang anda miliki, keistimewaan yang anda ada, bolehkah anda menulisnya? Adakah anda boleh menyenaraikannya, atau anda tak berapa yakin yang anda mungkin ada, mungkin tidak ada keistimewaan?

Setiap manusia yang dijadikan punya keistimewaan mereka tersendiri. Punya kepandaian semulajadi, bakat terpendam dan sebagainya. Lebih-lebih lagi kaum wanita. Mereka telah dianugerahkan dengan keistimewaan hebat yang tidak ramai wanita menyedarinya. Apatah lagi, pengalaman bersama pasangan lelaki yang telah melayan buruk, menyeksa, brainwash, membuatkan minda mereka terus ‘blank’ dan hilang keyakinan dalam hidup.

Episod duka, dikecewakan, terseksa batin, pengalaman ditipu, dicurangi, akan membawa trauma dan kesan yang amat buruk di dalam hidup wanita sehinggakan ada yang menganggap diri mereka seperti kain buruk, terbuang dan tidak bernilai lagi. Sedangkan wanita sebenarnya amat berharga!

Bukan senang untuk menyedari sendiri apa yang anda miliki melainkan ada pasangan yang memberi semangat atau melalui pengalaman baru yang boleh membangkitkan kembali naluri kejayaan.

  • Persoalan inilah yang selalu membuatkan wanita tertanya-tanya, adakah dia masih mempunyai peluang untuk diingini lelaki? Tidak ada kah lelaki di luar sana yang menganggap dia layak dicintai? Mengapa pula dia selalu gagal di dalam cinta?
  • Jawapannya, anda tidak menggunakan kelebihan yang anda sedia ada sebenarnya. Jika kelebihan dan keistimewaan anda digunakan, anda akan lebih berjaya dan jauh lebih bahagia dari mereka yang tidak pernah berpengalaman seperti anda.

It’s okay, bukan salah anda sebenar… Ini kerana, anda sendiri pun tidak tahu yang anda miliki keistimewaan itu. Sememangnya susah untuk tahu melainkan ada yang memberitahu dengan terang kepada anda yang anda memiliki keistimewaan untuk bahagia, anda sebenarnya mempunyai bakat semulajadi untuk membuat lelaki jatuh cinta kepada anda. Kekurangan sedikit di sini kerana ANDA TIDAK TAHU.

JADI, bermula hari ini, cuba renungkan semula dari luaran, cuba lihat ke dalam diri anda :-

  • Apakah keistimewaan-keistimewaan yang aku ada selama ini, MESTI ADA!
  • Apakah kecantikan aku, bahagian manakah yang paling lawa dan akan menarik perhatian orang, BE HONEST!
  • Apakah yang pernah aku lakukan untuk kebahagiaan orang lain, pertolongan dan kebaikan yang pernah dilakukan, TAKKAN TAK ADA?
  • Apakah kelebihan-kelebihan yang aku miliki di dalam hidup aku, yang patut aku merasa yakin dan BANGGA?
  • Apakah bakat-bakat yang aku ada? Memasak? Menulis? Mengait? Berpidato? Master Planner? …APA SAJA, KELUARKAN!
  • Apakah sifat-sifat aku yang terbaik dan boleh disukai orang ramai? PILIH YANG TERBAIK!
  • Apakah ciri-ciri keperibadian aku yang sering kawan, keluarga dan saudara mara kata-katakan dan sukakan?

Cubalah senaraikan kesemuanya, tanya kembali teman, sahabat handai, tanya-tanyakan pada ibu dan ayah, suruh kakak, abang atau adik beradik lain jujur dengan anda dan memberitahu yang sebenar tentang kesemua yang anda ingin tahu. Setelah anda dapat tahu keisitimewaan anda, kelebihan, kebaikan dan sebagainya, HARGAILAH IA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH! Dengan cara ini sajalah anda akan kembali yakin dengan hidup anda dan pastinya anda akan mulai menyayangi diri anda sendiri. Apabila ini berlaku, apabila anda sendiri jujur suka dengan diri anda sendiri, insyaAllah semua orang di sekeliling anda juga akan menyukai anda.

PENTING : Jangan tanya apa yang baik saja agar diri kita takkan riak nanti, kena tahu juga apa yang buruk. Setiap orang pasti ada buruknya. Barulah kita akan sedar akan kelemahan kita. Setelah anda tahu apa yang buruk, berubahlah dan jadi yang terbaik! InsyaAllah hati dan jiwa anda akan lebih gembira. Bila anda gembira, cintakan hadir dengan senyum ria 😉

Menarikkan? Cubalah…

PENTING! – Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut lagi bagaimana anda boleh menjadi seorang wanita yang disukai lelaki, apa kata anda dapatkan pakej, ebook + buku-buku Brother Love dengan harga diskaun hari ini, klik di sini sekarang!

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Klik like and Share this article at your facebook…

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons