Cinta & Agama

Apabila menyentuh soal agama, ianya adalah sesuatu yang amat sensitif jika tersalah tafsir. Tetapi, sesungguhnya hanya manusia yang tidak suka diminta-minta, berbeza dengan nabi-nabi kita serta para sahabat yang sentiasa mahu memberi, tanpa diminta.

Nabi Muhammad s.a.w, pernah satu ketika sengaja berlakon di dalam gelap kononnya sedang memakan sup yang sebenarnya hanyalah mangkuk kosong. Why? Ianya adalah kerana beliau mahu memberi the only soup yang dia ada itu kepada seorang fakir yang sangat lapar dan meminta sedikit makanan. Sambil fakir itu makan, beliau juga ‘makan’…

Ustaz Datuk Ismail Kamus selalu memperkatakan soal meminta atau memohon doa di dalam islam. Kata beliau, “Mintalah apa sahaja, dan doalah kepada Allah s.w.t kerana Allah SUKA kepada hambanya yang memohon doa dan meminta dariNYA. Bukan seperti manusia yang tidak suka diminta-minta”

JADI, apa kata… sempena Hari Jumaat, yang bermaksud Hari Kebesaran ini…

  • lakukan solat hajat, dan berdoalah, selepas segala doa untuk keberkatan hidup, selepas doa untuk keselamatan keluarga dan selepas kesemua doa yang penting-penting…
  • …kita sertakan doa untuk kebahagiaan di dalam perhubungan cinta kita, doakan untuk kekal hingga akhir hayat, doa kan jodoh yang berkekalan, doakan suami/isteri terus setia dan bertambah sayang…
  • Pada yang belum ditemui jodoh, amalkan solat hajat setiap hari, terus berdoa…keep praying, keep believing, JANGAN PISAHKAN Cinta dan Agama…dah dapat jodoh pun, teruskan dan amalkan doa kasih sayang.

Tapi jangan pergi belajar doa pengasih, atau guna ubat pengasih pula ya… adoi! Please ya…
Jumpa ustaz-ustaz dan belajar berbagai doa untuk cinta, untuk kasih sayang yang sejati, tulus dan ikhlas, setia pada yang satu…doa untuk rumahtangga. If not, beli buku-buku doa dan belajar berbagai doa kasih sayang, InsyaAllah berkat!

Apa yang Bro Razzi ingin katakan adalah…Cinta dan Agama satukan setiap masa. Kita selalu tertanya-tanya, mengapa kita tidak bahagia? Mengapa kita masih kesunyian? Mengapa masih belum ada jodoh untuk kita? …the answer is, usaha kita belum sampai ke tahapnya. Kembali kepada yang Maha Esa, InsyaAllah… things will be different!

p.s. : JOm solat Jumaat!

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

Share This Post

Share this article

Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *