Pernah merasa, suami tercinta berada di depan mata tetapi seperti tidak ada? Dia yang tersayang berdepan dengan kita tetapi seolah-olah entah kemana lamunannya? Apa yang kita kata, bagai berkata-kata seorang sahaja! Sudahlah terlalu lama tiada mesra, tiada lagi kata-kata cinta, semangat berkasih sayang yang menenangkan jiwa pun tah lenyap kemana…
Sebagai manusia biasa, lemah dan tidak sempurna, pastinya kita akan mengharapkan penghargaan dan kemesraan dari insan tercinta, dari kekasih, dari suami or dari seorang isteri! Dan selain cinta, kasih dan sayang, KEMESRAAN ITU pastinya adalah satu kemestian. Jika tidak ada lagi mesra-mesra, apakah itu boleh dikatakan satu perhubungan yang membahagiakan?
Bukan mahu segunung emas dan selautan permata pun. Bukan mahu bagai belangkas berkepit siang dan malam, bukan mahu bercinta berasmaradana sepanjang zaman… tetapi sekadar secubit mesra, secalit cinta, pun sudah memadai sebenarnya… …TETAPI, yang peliknya, KEMANA PERGINYA KEMESRAAN CINTA YANG DARI AWAL-AWAL DULU TERSEMAI CANTIK?
RASA itu….feel itu yang kat dalam dada ni, perlu sesekali disemai juga. Dapat merasa kasih dan sayang…dapat merasa dicintai dari KEMESRAAN… Barulah tenang rasa di jiwa, rasa diri dirindui, diingati dan diambil peduli… DIHARGAI!
Wahai Encik SUAMI, dan juga Puan ISTERI, Penting MESRA ni… it touches our hearts! – Tapi kalau segala pengorbanan, segala usaha, segala harta dan wang ringgit dilaburkan semata-mata untuk merapatkan perhubungan, memesrakan kasih dan sayang, mengekalkan percintaan, then cuba pula berbagai cara untuk membahagiakan kita bersama, …kita tidak juga dihargai, malah sudah tak ada langsung lagi kemesraannya…aihhh, geram juga!
Kita bukan malaikat yang penuh dengan kesempurnaan, sanggup terseksa jiwa sampai bila-bila…
Itu yang kadang-kadang apabila setelah segala-gala yang dilakukan tetapi tidak dihargai, nak bermesra pun jauh sekali…TIBA-TIBA muncul pula orang lain yang menghargai, mulailah rapat tuhhh… aihhh BAHAYA… 😛
Bagi pendapat Bro Razzi la kan, kadang-kadang di dalam perhubungan kalau kita terlalu baik sangat dan hanya memberi saja… pasangan kita akan mengambil kesempatan di atas kebaikan kita. Dia boleh anggap kasih sayang kita ni remeh dan berkata, “Tak apa lah…dia sure sayang aku punyaaa”
ONE MORE BAHAYA NI…OVER CONFIDENT! Tak leh juga…
- “Don’t ever take things for granted, don’t ever take your partner, easy!”
Walau sudah bersama 10-20 tahun pun kita kena terus menghangatkan perhubungan, meraikan percintaan lebih-lebih lagi dalam perkahwinan! Malah kena selalu hangat-hangatkan! Agar pasangan kita tidak merasa terbiar… atau merasa perhubungan itu sudah tiada lagi kemesraan.
- KEMANA MESRA CINTA HILANG? – Yes, kita semua faham dan tahu sebagai manusia biasa kita tidak perfect… bila dah selalu buat benda sama, tengok muka sama, bertahun-tahun lamanya, mungkin hati mulai berserabut, jiwa berubah bosan!… tengok-tengok ada pula ‘burung muda’ lagilah mudah hilang segala-gala rasa cinta! 😛
JADI, USAH tanyalah kemana mesra cinta hilang, itu tak penting, yang penting bagaimana kita atasi kemelut ini agar ianya kembali seperti biasa.
Untuk itu, kita kena sama-sama menyedari masalah ini timbul barulah bertambah lagi sebab untuk kita lebih-lebih lagi treat perhubungan atau perkahwinan kita itu dengan sepenuh kemesraan dan kasih sayang setiap masa. Beri sikit-sikit pun cukup dah, janji dapat rasa setiap hari. Bila pulang dari kerja tu suami dan isteri dapat merasa kemesraan tu. Bila lama tak jumpa tu, rasa dirindui. Bila kita lakukan sesuatu tu…dia notis dan memberi sedikit pujian atas effort kita tu pun dah cukup…
Ini…tidak, sudahlah kita punya bersungguh-sungguh rindu dan tak sabar nak jumpa, tapi bila jumpa pasangan je…dia asyik letihlah, bosanlah, tak larat nak bercakap lah, adoi… nampak sangat dah tak kisah dengan kita kan…obvious sangat yang cinta sudah hilang, …cakap pun macam mendatar je, sudah TIDAK MESRA CINTA…
All I can say about this is, percintaan, perhubungan, perkahwinan adalah satu pengembaraan yang tiada hujungnya. Ianya sentiasa berevolusi dari satu keadaaan kepada satu keadaan yang lain. Sekiranya apa yang kita ada hari ini, pudar dan hilang kehangatannya… kita harus perjuangkan dia sungguh-sungguh dan cari idea atau jalan yang terbaik untuk kembalikan kehangatan dalam kemesraan percintaan/perkahwinan. JANGAN PUTUS ASA dan hanya biar ia semakin pudar pulak!
Yang penting sebelum membuat keputusan untuk bersama, cuba bayangkan you dan dia BOLEH grow old together…like an OLD MARRIED COULPLE, nampak tak bayangan tu bersama pasangan anda dah tua-tua pun masih mesra bersama? Kalau nampak, great!
- Kalau TAK nampak…tanya pada diri sendiri, “Adakah aku mahu meneruskan perhubungan ini jika aku rasa aku takkan bahagia dan tak mungkin boleh hidup bersama sampai ke tua?”
Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
Share this article at your facebook…
p.s. Check out my 3 ebook : Miliki pakej istimewa – Koleksi 3 ebook cinta popular – KLIK DI SINI
One Comment
mungkin sudah tiba masanya untuk memulakan pengembaraan yang baru…
bro ape maksud memulakan pengembaraan yg baru?cari cinta lain???