1

Kadang-kadang rasa letihhhh sangat-sangat apabila beberapa kali gagal dalam cinta kemudian nak mencari cinta balik, nak mula bercinta balik bukan senang! Lepas tu, nak mula belajar mengenal balik, memikat balik, nak jaga itu nak jaga ini, rasa macam aduuuhh…. AGAIN?

  • Starting all over again tu seolah-olah satu penyeksaan sebenarnya. The process is HARD! It’s never get easy… unless kalau orang tu jenis tak ada feelings memang mudahlah kan.

Bagi mereka yang mudah sayangkan orang pulak? Macamana? Kena dilayan cam VIP, diberi sepenuh perhatian, dimanja bagai… fuhhh memang susah nak kawal sebenarnya, lebih-lebih lagi orang yang berdepan dengan kita tu giler-giler penyayang, manja, caring… habislah kita 😛

Anyway, apa yang Bro Razzi paling nak sampaikan di sini adalah tentang PELUANG yang MUNCUL, untuk kita BERCINTA LAGI… di mana, kita dah cuba elak, cuba tak nak rapat, cuba melupakan semua kenikmatan percintaan itu… tapi RASA itu tiba-tiba menjelma… inilah yang membuatkan kita tertanya-tanya,

“Masih ada ke peluang untuk aku bercinta lagi?”

Kemungkinan kerana pernah kecewa, pernah rasa sakitnya mencintai orang yang tak cintakan kita, atau pernah dicurangi, diperdaya, dikecewakan perit! ATAU sebenarnya diri sudah berpunya, LALU dalam tidak mahu lagi bercinta, … tap talilap tap tap, aihhh… ada pulak peluang baru muncul, aisehman, so nak bercinta ke tak nak ni?

Tapi bagi yang dah kahwin tu, I tak campur ya hehe… sendiri cari pasal, sendiri tanggung. Rasanya baik… tok sahlah nak gatal-gatal pi bercinta lagi ya, ‘kut-kut bermain api, nanti terbakar diri’ 😀

But seriously bagi yang masih single tu kan, rasa cinta tiba-tiba menjelma entah dari mana, sedar-sedar… “Aduuhh sayangnya aku kat dia!” haaa… memang susah untuk melawannya laa… :p

Perasaan pelik inilah yang buat ramai yang sudah berpunya pun, boleh jatuh cinta lagi… yang sudah berkahwin pun, lagi mudah jatuh cinta, lebih-lebih lagi apabila pasangannya dah tak kisahkan dia sangat. Tidak menghiraukan pasangan dia lagi… YANG BARU HADIR pula caring giler-giler, sangat  mengambil berat… cunnnn pulak tu. Love is in the air la kan… segala keletihan hilang, segala benci dilupakan begitu saja.

Selalunya, yang bukan kita plan itulah yang MENJADIK nya tuhhh adoi…

secara kronologinya :

  • bukan kita nak berkenalan dengan dia pun, maybe niat sebenar nak cari kawan lama. Kebetulan dia kenal… so minta tolong dia la kan.
  • Lagi pun maybe bila kita tengok kat dia tu, memang takkan dia nak kat kita ni la kan.
  • Apalah sangat diri kita ni, asal pun dari kampung takkan laaa dia yang moden dan sofistikated tu boleh layan kita pula kan…
  • Tetapi, hari makin hari melayan…lama-lama muncul rasa kasih.
  • Hanya dari perbualan seharian saja sudah timbul rasa sayang.
  • ….aduuhhh, bestnyaa rasa… JATUH CINTA LAGI!

Hehe… BUKAN Brother Love la yang jatuh cinta lagi ni ya, orang-orang di luar sana la kan, yang mana, entah-entah you all lagi la tak plan! Sememangnya dah memang jenis mudah mesra dan penyayang dengan semua orang…

THE GAMES! – permainan di sebalik proses percintaan tu yang buat kadang-kadang giler dibuatnya. Jiwa kita yang terus-terusan tertanya-tanya…

  • “dapat ke tak dapat ni? Dia nak kat aku ke tak? Ke dia ada orang lain yang dia minat? Tapi dia layan aku best… camana ek?”

Dia pulak,

  • “Aku suka dia, suka berkawan dengan dia… best sangat, happy… tapi aku nak kat yang lain, ishh… camana ni yang mana satu aku nak? Kan nanti aku tinggalkan yang ini… yang itu pulak tak nak kat aku?! ADOI”

Kedua-duanya pulak,

  • Peluang! Peluang! Peluang! …macam tak percaya, masih tertanya-tanya, “betul ke masih ada peluang untuk aku bercinta lagi?”

THE FACT IS…

Tuhan Allah s.w.t telah temukan kita berdua tu… atau anda dan dia tu, mestilah kerana sesuatu… I’m very sure must have something la kan! Tapi, takkan Tuhan nak bagi bergolek… siap dalam dulang… mana boleh! Dia bagi jalan je la… kitalah yang mengusahakan PELUANG itu atau kita hanya biarkan peluang itu berlalu…

  • Kita duk tanya-tanya, kita duk cakap-cakap, jodoh Tuhan beri, jodoh Tuhan bawa, tapi bila ada pertemuan, …kita TOLAK?!
  • Tuhan dah beri pertemuan itu… USAHAKAN LAH… nak jodoh datang bergolek depan rumah ke? 😛 hehehe…
  • RAMAI di antara kita hanya mahu melihat yang lain, jauh dari pertemuan yang mudah itu. Yang lebih bersifat terancang… yang duk syok, duk tengok… yang duk target punya lama tak dapat-dapat tu 😀
  • Takdir sudah sampai depan mata tu, at least cubalah kan. Jodoh itu rezeki dan REZEKI harus diusahakan barulah mendapat hasilnya!

dari dulu lagi Razzi selalu berkata, “FALLING in LOVE is EASY… BUILDING it, is HARD!”

Jatuh cinta itu mudah, membina satu kebahagiaan percintaan yang menggembirakan dan mengekalkan cinta itu yang susah. Dan yang peliknya, KITA yang tidak mahu percaya, jatuh cinta itu mudah, lantas kita yang menyusahkannya lagi dengan menolak cinta di depan mata, sebaliknya mengutamakan yang seberang sana!

Boleh bukan tak boleh nak pilih yang jauh, yang susah dan yang mana sekali pun NAMUN… cuba renung sejenak…

MENGEKALKAN cinta itu dah susah…AMAT PANJANG pula proses perjalanan cinta tu. Bukan hanya setakat nak mencari cinta atau jatuh cinta saja… Waktu bercinta lagi, kemudian bercinta dengan kaum keluarganya lagi. Mengharungi percintaan dalam rumah tangga lagi… mengharungi hidup berkeluarga dan menjaga zuriat lagi fuuuuu…. penuh dengan dugaan dan cabaran, Susah semua tu!! Jadi mengapa nak menambah lagi susah yang memang sudah menunggu?

Bila dah ada PELUANG untuk BERCINTA LAGI tu… go ahead je 😉

  • Namun tentu saja bagus kalau kita jadi yang sedikit memilih demi masa depan yang membahagiakan. Tetapi jangan memilih sampai langsung tidak mencuba.
  • Take it macam ni, orang yang kahwin 20 tahun pun boleh bercerai…Anggap ianya adalah satu proses, nasib dan takdir Allah s.w.t yang tentukan … Jika ada rezeki kita, InsyaAllah kekal hingga ke syurga.
  • Apa nak jadi untuk masa depan tu… kita berusaha, redha dan pasrah kepada Maha Esa, at least kita memberi peluang kepada diri kita sendiri. Akhir kata.. Always, believe in LOVE! 😉

p.s. : Ingin membaca berbagai-bagai lagi tulisan dari Brother Love @ Razzi Rahman? – klik di sini

Love,

Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…