Naluri wanita

naluri-wanita

1 soalan yang sama dan selalu Bro Razzi kena jawab berulang kali dari wanita adalah, apabila wanita itu, TERASA pasangan dia curang…atau merasa pelik akan perubahan boyfriend atau suami mereka. Seperti tidak biasa dan terasa seolah-olah seperti ada sesuatu yang amat berbeza sekali.

YOU SEE… Kaum wanita, selalulah percaya kepada naluri anda sendiri yang berhubung dengan minda anda. Kerana naluri wanita amat kuat bagaikan berkait dengan lelaki yang akan atau bakal dicintai. Lebih-lebih lagi kalau sudah ada rasa sayang. Kalau sudah berkahwin, lagilah kuat ikatan nalurinya.

Jadi, untuk anda mengelak dari terkecewa atau berduka, fokuskan betul-betul pada perasaan dan  naluri anda. Cuba rasakan hati nurani pasangan lelaki anda yang sebenar-benarnya.

Tip Brother Love : Cuba hela nafas yang panjang, pejamkan mata dan perlahan-lahan rasakan apakah naluri anda berkata – apakah dia jujur, ikhlas atau sebaliknya. Selami jiwa dan minda anda sedalam-dalamnya, rasakan, tanyakan….

  • “Apakah dia jodoh aku atau dia hanya menyinggah di kala sepi sahaja?”
  • “Mungkinkah dia bukan untuk aku?”
  • “Apakah dia bakal pasangan aku untuk selama-lamanya?”
  • “Apakah aku akan terkecewa cinta lagi jika aku teruskan bersamanya?”

Sebenarnya, setiap kali hati anda mulai bertanya, itu bermakna, naluri anda telah menggerakkan deria rasa dalam diri anda. Maka rasailah ia dan percaya kepada naluri anda, percaya kepada kuasa minda anda.

Jika anda kuat rasakan yang dia menipu…mungkin dia benar-benar menipu. Jika anda rasakan yang dia bukan untuk anda, mungkin benarlah dia bukan untuk anda. Maybe ianya susah untuk anda membuang perasaan minat atau sayang kepadanya yang telah lama anda minati. Tetapi, hey beb…you have to learn to accept it!…

“Some things…are not meant to be!” Kita cuba buat macam-macam, kita usaha apa sahaja, tetapi kita tetap tidak berjaya. Itu bermakna kita kena tukarkan arah perjalanan hidup kita.

Malah, mungkin kita kena ubahkan cara pemikiran kita. Kita kena cuba hidup baru…Hanya mungkin setelah kita melakukan perubahan itu, jodoh akan hadir di dalam hidup kita, insyaAllah!

Tetapi jika gagal juga di dalam cinta, you kena be happy…kerana you sudah menghampiri kejayaan! Itu yang selalu terjadi kepada bro Razzi tau, Setiap kali saya gagal bercinta, kehilangan orang saya cintai, Tuhan pasti akan menemukan orang lain yang jauh lebih baik dari sebelumnya!. So..untuk anda? saya pasti pemberian Tuhan tetap sama!

p.s. :- Artikel ini dipetik dari salah satu tip dalam buku saya 101 Nota Cinta. Jika anda ingin mendapatkan lagi nota-nota cinta yang lain yang pasti membantu dan memberi semangat di dalam perhubungan anda, sila klik di link ini –> http://www.razzirahman.com/buku

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share This Post

Share this article

Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *