From : eBuku 101 cara mencari cinta
Teknik mental : Cara 26
 

Sesungguhnya sahabat-sahabat sekelian, bro Razzi amat berharap agar fikiran anda semua dalam keadaan tenang kerana seharusnya anda akan menempuh saat-saat seperti yang saya pernah tempuhi demi untuk mendapat kebahagiaan yang sekian lama diimpikan.

Bersedia! Pastikan anda cekal dan tabah menghadapinya. Kuatkan semangat, bersedia untuk dikecewakan. Apa yang anda perlu tanamkan dalam diri anda bahawa pertemuan, perpisahan, ajal dan maut, semuanya adalah di tangan Tuhan. Kita cuma berusaha, sekiranya anda kehilangannya, sekiranya anda gagal untuk memiliki si dia, INGAT, Dia bukan jodoh anda!
PASTI, Tuhan menyediakan yang lebih baik daripada itu kepada anda. Percayalah! Di dalam mencari cinta, anda akan tempuhi… sakit hati, marah, kecewa, berduka dan …KECEWA! Jadi, anda tidak perlu risau kerana kekecewaan itu adalah biasa di dalam pencarian cinta.

Namun, jangan sesekali takut untuk bercinta. Sirami minda anda dengan ketenangan kerana semestinya di dalam pencarian cinta, anda akan bertemu saat penderitaan itu. Banyak-banyak bersabar dan laungkan, “AKU BERSEDIA MENGHADAPI PENDERITAAN CINTA!”  …kerana sesungguhnya, penderitaan akan hadir sebelum cinta yang membahagiakan anda. Bersyukurlah dengan penderitaan itu kerana tidak lama lagi cinta akan menyusul.

Dari penglaman bro :
Saya adalah orang yang sangat setia. Jadi kesilapan saya adalah, jatuh cinta membuta tuli dan juga beranggapan yang pasangan saya juga setia seperti saya. Tetapi malang terus menimpa, berkali-kali pula pasangan saya berlaku curang! Saya terkena lagi dan kecewa…

Namun saya bertekad dan berazam bahawa saya tidak akan berputus asa mau pun mengalah dalam mencari cinta. Saya tidak pernah terfikir untuk terus berundur dari mencari cinta yang sejati malah, saya tambahkan lagi keinginan saya…. Dulu hanya mahu mencari cinta tetapi kini, saya mahu mencari cinta dengan seorang gadis yang beragama, cantik, berkulit putih cerah, tinggi lampai dan berpelajaran. Saya terus mencari cinta walaupun dikecewakan beberapa kali. Alhamdulillah…di  dalam pencarian saya, akhirnya saya telah berjaya menemui cinta itu.

tip brother love :
“Apabila anda mulai menanam tekad dan berazam untuk benar-benar mencari cinta yang sejati, sehingga dapat, dengan sendiri anda akan ada semangat yang kental dan tidak mudah berputus asa. InsyaAllah anda akan berjaya!”

==============================

eBook Razzi RahmanAnda mahu tahu lebih lagi? Mahu tahu tip dan teknik cinta brother love? Miliki eBuku 101 cara mencari cinta yang terbukti telah membantu ramai individu memiliki cinta yang diidamkan selama ini! Klik di sini untuk maklumat lanjut.

JANGAN TERLEPAS peluang memiliki PAKEJ BELI 1 FREE 2 pada harga yang sangat berpatututan. Promosi ini akan ditamatkan pada bila-bila masa sahaja, Dapatkan sekarang! klik di sini.