cj22ih2e

Soalan maut ni kan haha… well sebenarnya, ada makna di sebalik tu… sebab Bro Razzi selalu sangatlah bertemu dan mempunyai client wanita yang selalu tidak percaya pada cinta lagi setelah berkali-kali terpedaya dengan lelaki. (Lelaki terpedaya dengan wanita pun ada)

Well, kita semua pun boleh lihat dalam komen-komen di facebook selalu je ada kan yang cepat-cepat menyalahkan orang dan mengatakan SEMUA lelaki tak boleh dipercayai. Awal-awal kemain lagi berjanji macam-macam, lepas dah dapat kita, dia belah gitu je. Call tak berjawab, mesej tak berbalas! Ada awek baru la tu eee….

Lelaki pula ada je cepat-cepat kata SEMUA wanita pun tak boleh dipercayai jugak! Masa kita okay, bercinta dengan kita bila kita down, datang pulak lelaki lain yang lebih berada, mulailah berbagai-bagai benda yang tak puas hati. Dulu makan kat gerai boleh sekarang dah tak boleh. Dulu dating naik bas, sekarang rimas!

At the end, SEMUA wanita / SEMUA lelaki tak boleh dipercayai… HABIS? Macamana nak buat tu, siapa nak kahwin dengan siapa sekarang?

BUT the fact is, let me ask again,

“SAMPAI KE 100 ORANG YOU ALL BERCINTA?” – Usah kata seratus la kan, puluhan orang sudahlah. Tell me,

  • “Dah berapa puluh orang you pernah bercinta dan dia curang atau mengecewakan you?”

Hakikatnya, kita baru bercinta 2-3 orang… atau paling banyak pun 10 orang, kita dah cakap ooo…memang SEMUA lelaki tak boleh percaya! Atau ooo… memang SEMUA perempuan memilih yang kaya saja! – ERRR…, 2-3 orang atau 10-20 orang tidak mewakili SEMUA ORANG yaa dik…

Entah-entah baru SEKALI kecewa kata SEMUA tak boleh percaya kut? – Sebab selalunya yang pertama kali kecewa ni, perit itu yang terasa bagaikan semua orang kecewakan kita tu hehe 🙂

  • Jangan cam tu, bawa-bawa bersabar, kalau setakat kecewa 2-3x dengan 3-4 orang tu biasalah, manusia bukan semuanya baik, tapi tak semuanya jahat. Think positive and be positive la sikit…

Cuba anggap yang nasib kita ini, mungkin kurang mendapat keberkatan dariNYa, maybe ada perkara-perkara yang kita terbuat. Atau mungkin Tuhan lebih meyayangi kita jadi dia berikan kecewa dan kecewa lagi, hingga berpuluh kali lah demi untuk kita belajar mengenal cinta yang benar-benar suci dan jujur. Dan apabila kita bertemu jodoh sebenar, pastinya kita akan amat menghargainya! Mestila kan takkan kita tak hargai setelah beberapa kali gagal.

  • But NEVER 100x laa, tak logik. Puluh pun tak logik. Yang logik beberapa kali maybe 3-4x dikecewakan, dicurangi dan sebagainya. JADI… jangan cepat kata SEMUA orang tak boleh percaya…

SO… kenyataan ini yang setakat 3-4x saja kecewa, actually cukup interesting sebenarnya, jika kita sedar kembali dari kemarahan kita yang “SEMUAAAA TAK BOLEH PERCAYA!!” hehehe… kita kembali tenang, cuba lihat, bukankah masih ramai yang boleh dipercayai? bukankah masih ramai lagi yang kita tak tahu pun ok ke tak okay ke… sebab kalau TIDAK SEMUA kalau setakat 3-4X yang terkena dari less than 10 yang tak boleh belah… MAKNANYA masih ada ramai lagi yang baik-baik la kan dan boleh dipercayai dan benar-benar mengharapkan cinta sejati. Apa yang kita perlu lakukan sekarang hanyalah Percaya!

JANGAN hilang HOPE! Teruslah berdoa dan teruslah berusaha demi mendapat cinta sejati yang dianugerahkan Ilahi, insyaAllah jika kita tak putus asa, kita akan mendapat kebahagiaan jua akhirnya. Hikmah paling besar dan terbaik buat mereka yang sabar dalam BERUSAHA dan menunggu tiba waktunya untuk bahagia dengan penuh redha.

Ikhlas,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

p.s. : Dapatkan EBOOK Promosi istimewa, BELI 1 FREE 2 karya Razzi Rahman @ Brother Love – klik di sini