gagal bercinta / 2 posts found

Cinta Sehidup Semati

blog_image01

Kalau tanya Razzi yang ‘Old School’ ni, yang agak traditional way ni, memang Razzi masih PERCAYA ujudnya CINTA SEHIDUP SEMATI 😀 – Sebab, saya sememangnya suka kepada surat-surat cinta, kad-kad cinta, nota cinta, gifts, flowers, chocolates all, dating bersemuka bukan dating online sebab itulah dengan isteri saya pun, kami masih ada waktu ‘DATING’ haha 😛

NAMUN, pastinya kami tetap menurut peredaran zaman dan tidak meninggalkan teknologi arus moden dan terkini.  Adakalanya saya menghantar whatsapp kepadanya, juga e-greetings yang cute-cute, emails, message, ada waktu-waktu pula isteri buatkan video slide, kenangan-kenangan manis waktu bersama, siap muatkan lagu kegemaran kami.

Moga cinta kami, sehidup semati lah kan… maksud saya harap-harapnya biarlah satu ni sajalah yang pertama dan terakhir. Masa hadapan kita tak tahu, insyaAllah dengan izinNya, kekal bersama hingga ke syurga.

JADI, buat anda yang masih ragu-ragu, kurang yakin dan tidak percaya masih adanya cinta yang sanggup sehidup semati, saya sebenarnya memahami perasaan dan pendirian anda. Dengan berbagai cabaran dan dugaan yang mudah berlaku di mana-mana zaman sekarang ini, memanglah agak risau memikirkannya.  Seperti contoh :-

Share This Post

Syukur saya masih beristeri

love8

“Siapa tak sayang bini oi!” kata P.Ramlee dalam filem lakonannya. Kata-kata ini, boleh Razzi confirm kan, YES betul… suami mana yang tak sayang isteri? Kalau tak sayang mengapa masih lagi ada isteri itu di sisinya? Pasti sudah dicerainya, jika benci sangat.

  • NAMUN, masih ada lagi pasangan yang terus kekal di dalam perkahwinan, walau perhubungan itu langsung tidak membahagiakan!

This is a true story, kerana ini terjadi pada sahabat lama Razzi sendiri, siapa tu biarlah ia kekal menjadi rahsia. Yang nak dikongsikan hari ini adalah kisah mereka ni… Pasangan suami isteri yang dulunya amat bahagia hidup bersama, dan setelah lama tak jumpa, saya dapat tahu… si suaminya ikut jalan sendiri, si isteri pula mengikut hala tujunya sendiri, mengharungi hidup berasingan setiap hari, tiada perasaan apa-apa lagi, tiada cemburu, tiada benci dan tiada cinta, tiada kasih sayang…

Share This Post