Cinta Sehidup Semati

blog_image01

Kalau tanya Razzi yang ‘Old School’ ni, yang agak traditional way ni, memang Razzi masih PERCAYA ujudnya CINTA SEHIDUP SEMATI 😀 – Sebab, saya sememangnya suka kepada surat-surat cinta, kad-kad cinta, nota cinta, gifts, flowers, chocolates all, dating bersemuka bukan dating online sebab itulah dengan isteri saya pun, kami masih ada waktu ‘DATING’ haha 😛

NAMUN, pastinya kami tetap menurut peredaran zaman dan tidak meninggalkan teknologi arus moden dan terkini.  Adakalanya saya menghantar whatsapp kepadanya, juga e-greetings yang cute-cute, emails, message, ada waktu-waktu pula isteri buatkan video slide, kenangan-kenangan manis waktu bersama, siap muatkan lagu kegemaran kami.

Moga cinta kami, sehidup semati lah kan… maksud saya harap-harapnya biarlah satu ni sajalah yang pertama dan terakhir. Masa hadapan kita tak tahu, insyaAllah dengan izinNya, kekal bersama hingga ke syurga.

JADI, buat anda yang masih ragu-ragu, kurang yakin dan tidak percaya masih adanya cinta yang sanggup sehidup semati, saya sebenarnya memahami perasaan dan pendirian anda. Dengan berbagai cabaran dan dugaan yang mudah berlaku di mana-mana zaman sekarang ini, memanglah agak risau memikirkannya.  Seperti contoh :-

rp_10love.jpgKes 1 : Kalau dulu-dulu, kita selalu dengar suami-suami sering berlaku curang, sering menduakan isteri. Tetapi kini, bukan hanya si suami yang kita dengar tetapi si isteri juga sering ada yang berlaku sumbang di belakang suami. Nanguzubillah Himinzaliq… minta jauh la kan.

rp_10love.jpgKes 2 : Ada juga kes yang kita selalu lihat dan baca, pasangan kekasih lelakinya itu sering ditangkap bersama perempuan lain, berkali-kali kantoi. Tetapi, dek kerana sayang, si gadis membuat keputusan untuk mengahwini cepat-cepat kekasihnya itu dengan harapan lelaki itu berubah. Tapi sebaliknya, bila dah jadi suami pun… tabiat lama masih tidak dapat ditinggalkannya.

rp_10love.jpgKes 3 : Ada pula si isteri yang marahkan suami yang berlaku curang, kecewa dengan kelakuan suami lalu meluahkan perasaan kepada kawan lelaki. Yang mana akhirnya, berskandal pula dengan kawannya itu. Akhirnya dia pun sama dengan lakinya, curang dan terlanjur…

rp_10love.jpgKes 4 : Ramai juga suami-suami yang sering diduga kesetiaannya oleh para ‘sarJAN’ dan single mother. Yang kebanyakannya ‘RELA’ dan tak kisah jika dia sudah beristeri. Nak bercinta saja dulu pun boleh, nak kahwin lagi suka. (Bukan semua single mother begitu ya)

rp_10love.jpgKes 5 : Tak kurang juga dugaan yang hadir kepada para lelaki-lelaki yang ‘cerah’ rupa dan masa depannya. Walaupun sudah mempunyai kekasih sejati, walaupun sudah bertunang sekali pun, bagai berderu-deru gadis-gadis, manis, cantik menawan menyerah diri, kata si gadis, “You belum berkahwin lagi kan, apa salahnya kita berkawan” …mula-mulanya kawan, dah lama, longlai lutut si lelaki dibuatnya 😉

Well, pastinya ada banyak lagi dan berbagai-bagai contoh dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh lelaki mau pun wanita dalam mencuba untuk memiliki sebuah kebahagiaan yang abadi. Sehingga, untuk mempercayai yang masih ujud cinta sehidup semati seolah-olah tidak logik dek akal lagi. Sebab itulah Razzi amat memahami situasi ini. Sesungguhnya saya amat-amat berharap agar dijauhkan segala-gala masalah seperti ini. Takut pun ada, takut tak terhandle 😀 😀

  • But anyway, to me kita kena take this matter macam ni…

Tidak ada perhubungan yang sempurna di dalam dunia ini, kerana tidak ada manusia yang sempurna di alam yang fana ini. Apa yang kita boleh buat adalah BERUSAHA, BERDOA dan BERHARAP agar takdir membawa kita kepada apa yang kita harap-harapkan, InsyaAllah.

Apa salahnya jika kita kembali percaya dengan berusaha dan berdoa. Sekurang-kurang ada juga sesuatu yang bermakna di situ daripada kita menerima saja segala-galanya sudah hancur, semua sudah habis, tak ada lagi harapan… well, kalau begitu, awal-awal lagi dah kecundang, ada baiklah juga kita percayakan sesuatu. At least something rather than nothing!

rp_10love.jpg3 point penting :

  • Kita harus percaya yang kita pasti akan berjaya bahagia, barulah kita boleh mengecapinya, kalau awal-awal lagi dah mengaku kalah… bagaimana nak berjaya?
  • Masih ujudkah cinta sehidup semati? PASTI UJUD jika bertemu dengan pasangan yang inginkan perkara yang sama, jika inginkan percintaan yang mengasyikkan, jika inginkan pekahwinan yang amat membahagiakan sampai bila-bila.
  • Yang rasa tak ujud tu, mungkin sebab bertemu dengan pasangan yang TIADA KEMAHUAN untuk kekal bersama bahagia sampai bila-bila, yang dimahunya adalah perpisahan atau perhubungan yang lain, itu logiknya kan?

Pasti cinta kan sehidup semati jika ada rasa sama-sama inginkannya. Sama-sama menerima kelemahan masing-masing, dan menghargai keistimewaan masing-masing. Sama-sama pula berusaha untuk bahagia, sama-sama berdoa dan memohon keberkatan dari Tuhan yang Esa. InsyaAllah, Cinta Sehidup Semati itu tidak mustahil boleh kita miliki.

Note : – Sekiranya anda berminat untuk membaca lebih lagi penulisan saya tentang cinta, bolehlah anda dapatkan, ebook + buku-buku Brother Love di page ini ->, klik di sini sekarang!

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Klik like and Share this article at your facebook…

Share This Post

Share this article

Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *