mm

“Adakah anda sedang menantikan your ‘Prince Charming? lelaki impian dan bakal kekasih yang akan membawa anda ke gerbang perkahwinan?”

Sudah tentu kan…bro Razzi yakin ramai yang ingin mendirikan rumahtangga secepat mungkin. BELIEVE IN YOURSELF! Yup, percaya yang anda akan menemuinya…InsyaAllah!…berjaya.

Cuma, jangan terlalu rush sangat, tergesa-gesa percaya… kerana selalunya, yang cepat dapat ni cepat juga hilang…cepat panas…cepatlah dinginnya…Slow and steady beb! Bila susah dan lambat-lambat ni…bila dapat fuhhh…terangsang! 😀

Well, terlalu cepat jatuh cinta…akhirnya, pasti terkecewa…atau mungkin tertipu…mungkin juga terjatuh cinta dengan orang yang salah…. Malah mungkin bagi wanita, terjatuh cinta pula dengan lelaki yang sudah pun berkahwin…

Nak tanya lagi, “Adakah dia kata dah divorced atau akan divorced? Atau dia masih berkahwin lagi? Adakah dia menyamar single…tak pernah kahwin? Adakah dia berkata benar? Adakah dia suami orang sebenarnya? Tak tahu?” Di sini bro Razzi bagi you all, “12 Simple tips untuk mengenal lelaki yang sudah berkahwin, menipu bujang!”

Tip 1 ~ Bila bawa kereta…lajuuuuu semacam. Tak da la nak romantik dan bawa pelan-pelan sambil berbual mesra…mata pulak asyik melilau-lilau ke kiri kanan dengan penuh sangsi. Haaa…takut kawan-kawan bini dia nampaklah tu. 😉

Tip 2 ~ Dia hanya dapat dihubungi hanya dengan nombor handphone. No Office ke rumah ke…NONE! dan hanya dapat call dia tengahari je…bila belah malam, asyik off! Then you kena tinggal voice message…tengok-tengok, dia call you balik. Haaa…keluar rumah lah tu jap, pergi kedai ke apa ke…just to call you tanpa isteri di sebelah hehe… HATI-HATI!

Tip 3 ~ Bila keluar dating…asyik-asyik tengok jam…dan sibuk je nak balik awal, walau malam masih muda! Mungkin dah kahwin lah tu…takut bini marah balik lambat kut 🙂

Tip 4 ~ Apabila keluar bersama dan bertemu kawan-kawan dia atau keluarga dia…anda hanya dikenalkan sebagai kawan sepejabat atau kawan biasa. Jauh sekali nak dikenalkan girlfriend atau kekasih… Huhuhu… nanti isteri di rumah mengamuk…takuuuuutt!! 😀

Tip 5 ~ Selalu sahaja cancel bila berjanji untuk berjumpa. Asal nak dating je, ada aje perkara yang membatalkan pertemuan tu….Beb, lelaki akan cari jalan macam-macam mana pun kerana nak jumpa girlfriend yang dia gilerkan. Kalau asyik cancel je…paling tidak ada girlfriend lain, if not, memang ada isterilah tu!

Tip 6 ~ Bila dapat pergi dating lak…asyik dating outstation je…kat luar town je. Haa…ada gak siap tanya bro Razzi, “Pasal apa boyfriend dia ni asyik bawa dia ke luar bandar saja?” …senang cite dik, dia dah kahwin lah tu…tak nak terjumpa dengan isteri dia atau kaum kerabat isteri beb. 😉

Tip 7 ~ Haa..yang ni lagi teruk, ada juga yang sanggup parking kereta dia kat mana-mana, then minta girlfriend datang ambik. Asal nak jumpa je, naik kereta girlfriend. Kereta dia langsung tak nak pakai…hmmm, apa lagi…tak nak orang cam dia bawa perempuan lain lah tu. Nanti tahu kat isteri…tidur kat luar! 😀

Tip 8 ~ Dah kenal berbulan, tapi rumah dia, anda tak tahu pun kat mana…kerja dia dimana pun tak tahu. Kat mana dia selalu pergi shopping..pun anda tak tahu, nak pergi ke rumah famili dia jauh sekali. Nak buat camana…semua tempat tu, pasti terserempak dengan isteri dia…. JADI, semua disembunyinya!

Tip 9 ~ Apabila ada office family day, gathering atau party kat office…tak pernah dia nak bawa anda. Ada je alasan, dia tak suka family daylah, dia tak nak pergilah, dia  segan dengan kawan-kawan sepejabat lah…hakikatnya? He is a married man, and its a family day…mestilah kena bawa isteri dan anak-anak! 😛

Tip 10 ~ Ada pulak sesetengah lelaki tu, selalu bawa anda keluar…tapi keluar ke tempat-tempat orang penuh sesak. Sebabnya, kalau tempat ramai orang, dia boleh jawab kat bini dia, “Ramai orang keliling abang hari tu, perempuan mana lah yang Ayang cakap tu? Semua tak lawa, tak ada pun yang abang berkenan…” haaa…kesian girlfriend. 🙁

Tip 11 ~ Kenal dah bertahun, jumpanya langsung tidak, asyik bercinta secara online, chatting, facebook, whatsapp, wechat, tah apa lagi media sosial. Logik tak? Tak logik langsung. Kalau orang yang benar-benar serius bercinta dan mahu pula mengahwini anda, surely akan jumpa selalu.

Tip 12 ~ Berjela-jela alasan yang diberi dan langsung tidak munasabah kesemuanya! Dengarlah kepada naluri anda kerana naluri sentiasa akan membisikkan kebenaran. Anda pasti akan tahu penipuannya apabila kegusaran melanda jiwa.

 😀 …so, ada yang terkena dengan anda? Kesian…

kalau ada tu, cepat-cepatlah keluar dari kemelut itu yang pasti anda akan ditinggalkan, dikecewakan. Dah ramai sangat dah girls nowadays jatuh cinta dengan suami orang…ending up with heart broken…unless you nak jadi 2nd wife? 😉

INGIN MENGENAL LEBIH LANJUT TENTANG LELAKI?

logo_small

Apa kata lapangkan masa you all separuh hari bersama Razzi Rahman dalam SESI COACH CINTA yang bakal diadakan pada 26 Oktober nanti. Di dalam sesi terhad ini, saya akan menjalankan sesi Coaching khas buat wanita sahaja yang ingin tahu lebih lagi TENTANG LELAKI dan tip & tricks LELAKI. – Tempat hanya tinggal 7 saja lagi, tempah sekarang! Sertai Sesi Coach Cinta Separuh hari bersama Bro Razzi. Anda pasti teruja. Untuk keterangan lanjut – Sila klik di sini

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com

share this article in your facebook.