Salam…puasa tak ni? hehe, mesti puasa kan. Baru best! So, orang kata bulan puasa ni kena banyak memberi, tapi… apakah pemberian istimewa untuk anda ni? Hehe kalau nak tahu…teruskan membaca! 😉
Sementara itu, Album bro Razzi dan Irfan Khairi (Razzi.Muzik) telah pun siap sepenuhnya. Ada sikit-sikit yang nak godek-godek, tweak here and there. So, insyaAllah selepas Hari Raya Aidil Fitri ni, dapat lah kami melancarkannya! 🙂
-
Di sini, I nak cerita sikit tentang lagu yang cukup bermakna buat I dan IK yang mana telah membawa kami berdua menjadi best friend forever! TRUE STORY tentang lagu REMBULAN KESIANGAN…best ni!
Kisahnya bermula pada awal-awal I mengenali bro Irfan Khairi dimana I telah join workshop Jutawan Internet 3 tahun yang lalu. As a speaker Jutawan Muda, IK telah membuka mata ramai orang, including me!. Irfan ni kelakar orangnya, itu yang kena dengan bro Razzi ni yang selalu suka berjenaka. Kami ni pun suka melawak dengan kutuk mengutuk gak la hahaha 😆
So, since then kami jadi kawan baik. IK telah banyak membantu Razzi dalam memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menjadi seorang usahawan internet yang berjaya. Alhamdulillah…hingga ke hari ini, Razzi telah dapat menjual my simple product hingga ke seluruh dunia…
TAPI, ada sesuatu yang trigger kan our true friendship tau. IK pernah bertanya pada I,
-
“Razzi, mengapa dah tak menyanyi lagi?”
-
“…ramai orang kata kat i, menyanyi tu tak baik.” jawab Razzi pada IK.
-
“Ok, tapi…lagu-lagu nyanyian you dulu telah beri semangat kat I …hingga buat I rasa mahu berjaya!”
-
Razzi terpana seketika, … “biar betul mamat ni”
Irfan menyambung lagi,
“Especially, lagu Rembulan Kesiangan tu… cukup untuk buatkan I bangkit dari rasa rendah diri. Everytime I rasa susah, I akan dengar lagu Rembulan Kesiangan untuk I bayangkan I berjaya!”
bro Razzi terus terdiam dan tak terkata apa, seorang insan telah berjaya keluar dari kemelut yang menghimpit dirinya, dengan mendengar lagu nyanyian aku??…dan dia bangkit sehingga sangat berjaya dan menjadi Jutawan muda hari ini, wow!!
kata Irfan lagi,
“Sekiranya lagu nyanyian Razzi telah memberi semangat dan kesan positif dalam diri I atau diri sesiapa pun…takkan tak baik pula? Tak mungkin tak baik! mesti baik, mesti bagus!”
Betul sangatlah kata Ik tu kan, so dari saat itulah…dengan kata-kata Ik itulah Razzi kembali bersemangat untuk menyanyi semula. TAPI, menyanyi lagu-lagu yang bersemangat la kan…tak ada nak liuk-lentuk ni. Dan sepanjang perbualan kami, kami selalu berbincang tentang muzik. Kena pula, kami taste sama. Rockers tapi bersih sikit la…So, itulah akhirnya Irfan telah menyarankan untuk menubuhkan band Razzi.Muzik!
Jadi, di hari baik dan bulan baik ini, pemberian istimewa kami itu, adalah…true story kami tadi DAN pastinya lagu Rembulan kesiangan! YES, kami ingin memberi kepada anda SECARA PERCUMA!! haa..istimewa tau, khas untuk you. Kami juga telah membuat beberapa perubahan baru agar ia lebih lagi memberi semangat kepada anda.
“Harapan kami, muga-muga dengan lagu ini anda pula yang berjaya, siapa tahu? Atau mungkin sesiapa saja di luar sana yang bakal bangkit dan BERJAYA!” 😉
So, TERIMALAH dengan ikhlas dari kami, kumpulan Razzi.Muzik sebuah lagu Versi Penuh : REMBULAN KESIANGAN – Download FREE di sini
Notes :
-
Anda juga boleh lawati Razzi.Muzik official site untuk free download atau mendengar lagu-lagu lain.
-
Segala feedback dan komen dari anda amat kami hargai. To post blog comment please click here
Ikhlas dari Razzi.Muzik,
www.razzimuzik.com
4 Comments
i pon peminat setia REMBULAN KESIANGAN tau.. 😀
ok, roger and out! hehe.. 😉
Thanks for the free download bro! Dah dengar lagu ni – it’s really different from what I remember from my schooling days… in a good way! Diberi nafas baru dan lebih “current”. Hope u guys success in your upcoming album launch! 🙂
Cek Roses, thank you for your support. Kami amat menghargainya. So, you dah dengar ke lagu ni?
Ada 8 lagu semua tu, kalau nak dengar yang lain-lain boleh ke website kami.
Wanie – Ya, for those yang pernah dengar dulu, akan rasa different la. Tapi bagi yang tidak pernah mendengarnya, ia akan jadi seperti just another new songs 🙂
You’re right, it more ‘current’ kind of karan letrik laaa 😛