August 2014 / 5 posts found
10 tip Keyakinan Cinta
Apabila kita bercakap tentang keyakinan di dalam perhubungan mungkin tidak ramai yang betul-betul yakin dengan perhungan mereka. Atau mereka ingat mereka yakin walhal masih banyak perkara yang agak samar-samar tentang masa depan anda berdua.
Di sini Bro Razzi senaraikan 10 tip keyakinan yang ada di dalam sesebuah perhubungan yang selalunya akan berakhirnya dengan sukses. Ini adalah kerana kedua-duanya telah menyumbangkan keyakinan, lalu pasangan merasa amat-amat yakin… very sure that she/he is THE ONE! – JIKA ini tidak ada, mungkin itulah sebab-sebab anda tidak merasa yakin dengan perhubungan anda.
10 tip keyakinan cinta :-

Kemana perginya MESRA CINTA?
Pernah merasa, suami tercinta berada di depan mata tetapi seperti tidak ada? Dia yang tersayang berdepan dengan kita tetapi seolah-olah entah kemana lamunannya? Apa yang kita kata, bagai berkata-kata seorang sahaja! Sudahlah terlalu lama tiada mesra, tiada lagi kata-kata cinta, semangat berkasih sayang yang menenangkan jiwa pun tah lenyap kemana…
Sebagai manusia biasa, lemah dan tidak sempurna, pastinya kita akan mengharapkan penghargaan dan kemesraan dari insan tercinta, dari kekasih, dari suami or dari seorang isteri! Dan selain cinta, kasih dan sayang, KEMESRAAN ITU pastinya adalah satu kemestian. Jika tidak ada lagi mesra-mesra, apakah itu boleh dikatakan satu perhubungan yang membahagiakan?
Bukan mahu segunung emas dan selautan permata pun. Bukan mahu bagai belangkas berkepit siang dan malam, bukan mahu bercinta berasmaradana sepanjang zaman… tetapi sekadar secubit mesra, secalit cinta, pun sudah memadai sebenarnya… …TETAPI, yang peliknya, KEMANA PERGINYA KEMESRAAN CINTA YANG DARI AWAL-AWAL DULU TERSEMAI CANTIK?

Siapa takut, lelaki atau Wanita?
Sampai 100 orang you bercinta?
Soalan maut ni kan haha… well sebenarnya, ada makna di sebalik tu… sebab Bro Razzi selalu sangatlah bertemu dan mempunyai client wanita yang selalu tidak percaya pada cinta lagi setelah berkali-kali terpedaya dengan lelaki. (Lelaki terpedaya dengan wanita pun ada)
Well, kita semua pun boleh lihat dalam komen-komen di facebook selalu je ada kan yang cepat-cepat menyalahkan orang dan mengatakan SEMUA lelaki tak boleh dipercayai. Awal-awal kemain lagi berjanji macam-macam, lepas dah dapat kita, dia belah gitu je. Call tak berjawab, mesej tak berbalas! Ada awek baru la tu eee….
Lelaki pula ada je cepat-cepat kata SEMUA wanita pun tak boleh dipercayai jugak! Masa kita okay, bercinta dengan kita bila kita down, datang pulak lelaki lain yang lebih berada, mulailah berbagai-bagai benda yang tak puas hati. Dulu makan kat gerai boleh sekarang dah tak boleh. Dulu dating naik bas, sekarang rimas!
At the end, SEMUA wanita / SEMUA lelaki tak boleh dipercayai… HABIS? Macamana nak buat tu, siapa nak kahwin dengan siapa sekarang?
BUT the fact is, let me ask again,
“SAMPAI KE 100 ORANG YOU ALL BERCINTA?” – Usah kata seratus la kan, puluhan orang sudahlah. Tell me,
- “Dah berapa puluh orang you pernah bercinta dan dia curang atau mengecewakan you?”

3 alasan MENOLAK CINTA
Pernahkah anda merasa seperti tidak logik penolakan cintanya? Alasan yang diberi membuatkan anda masih boleh question itu dan ini. Semakin anda tanya, semakin berbelit jawapannya malah semakin tak logik!
Besar kemungkinan ada sesuatu di sebalik alasan itu. Apa agak-agak? Tak apa, nanti kita jawab di hujung artikel ini. Tapi for now, apa kata kita tengok balik alasan-alasan yang biasa digunakan untuk anda berdua berpisah atau membuat keputusan untuk putus, walaupun anda berdua sebenarnya, ‘MASIH CINTA’ …masih cinta? Betul ke?
