As promised!…setiap 2 hari sepanjang menjelang 15 Aug, anniversary blog “Tanya Brother Love” ini, bro akan memberi berbagai-bagai tip cinta, panduan bercinta, artikel tentang cinta, malah even kisah-kisah cinta dari pengalaman bro sendiri. 😉
So, untuk itu…bro namakan category dia adalah “CINTA 101” kira macam, photo 101, murder 101, life 101 etc. Maksudnya, tip, panduan atau pembelajaran tentang perkara tersebut lah. In our case… cinta! Jadi, Cinta 101! So for today, let’s us start dengan, “3 – 1st steps”
Pernahkah you all terfikir untuk bersiap sedia menghadapi sebuah perhubungan cinta yang serius? Atau you all hanya membiarkan saja masa berlalu pergi dengan menganggap ada jodoh…adalah!? Wei, don’t be like that arrr…ni yang bro sedih nihh… 🙁
Okey, bro pasti you all sure pernah dengar seorang gadis yang telah bertemu pasangan dan cukup sesuai pula dengannya, then bertunang then putus di tengah jalan. Pernah, kan? Kemudian gadis lain pula, bertemu jodoh, mendirikan rumahtangga tetapi belum pun setahun berkahwin, dah bercerai.
- Why?!….. Mungkin ini adalah kerana tiada persiapan diri dalam menerima situasi yang begitu menduga emosi yang tertekan. So??…penuhi hidup you all dengan panduan cinta! 😉
Langkah 1 : Kenali tentang lelaki/wanita terlebih dahulu
Before that, bro nak tanya you all… “Bolehkah kita mengandaikan perhubungan cinta itu ibarat sebuah peperangan??” Sudah tentu boleh… Contohnya, setiap negara yang berperang akan setiasa menyelidiki pihak lawan terlebih dahulu untuk mengukur kekuatan masing-masing. Sekiranya mereka terus menyerang tanpa mengetahui kelemahan pihak lawan, nescaya negara mereka akan kecundang dengan mudah.
Jadi, mengenali lelaki/wanita ‘pihak lawan’ terlebih dahulu…pastinya akan memberi kelebihan kepada anda untuk memilih dengan tepat. Dengan memahaminya lebih dari biasa juga, akan menambahkan kebahagiaan di masa hadapan. Malah anda juga dapat mengelak dari tersalah pilih pasangan hidup.
Jangan cepat jatuh cinta dulu beb, cubalah memerhati setiap gerak-geri dan tutur kata bakal pasangan hidup anda itu terlebih dahulu. Dari situ, anda akan dapat lebih mengenali diri si dia. Mulakan dengan sebuah persahabatan. Jangan takut kehilangan dia kalau anda tak bercinta…kerana kalau dia hilang juga…cantik lah tu…maknanya dia bukanlah yang terbaik untuk anda. Menghancurkan anda adalah tu. So, kenali betul-betul dulu… Jangan pakai ayat, “Redah je!” itu yang kalah pelajar AF yang guna tag line redah je tuuu… 😀
Langkah 2 : Bersedia menghadapi kegagalan
Peliklah, bersiap-sedia untuk gagal ni langkah persiapan diri? PELIK TAPI BENAR! Itulah langkah seterusnya khas buat anda bersiap untuk memiliki cinta yang sejati.
Sebenarnya, ianya adalah persiapan anda dari segi mental. Ketahanan mental amat penting demi untuk anda tabah menghadapi kekecewaan hidup. Ramai yang berkata, “Ahhh…aku tak kisahnya…aku rock!…Gua tak ada halnya…” Tetapi hakikatnya, apabila ditinggalkan dan pasangan anda pula curang, anda terkecewa, terseksa, merintih dan berduka separuh mati!
As you all knows…bro selalu terkecewa. Frust memang frust tetapi jika anda bersedia. Kekecewaan itu hanya untuk seketika! Trust me, I know!
Jadi, bersedia menghadapi kegagalan adalah salah satu cara untuk anda cekal dalam perhubungan cinta dan menemui insan yang betul-betul serius ingin bercinta dengan anda, kerana…mereka yang tidak serius akan menganggap anda terlalu susah untuk dipermainkan kerana anda begitu teguh untuk dijinakkan, TAPI bagi mereka yang serius, mereka akan lebih berusaha untuk memenangi hati anda kerana anda menampilkan diri anda sebagai seorang yang mempunyai keperibadian yang agak dingin, walaupun tidak! 😆
Langkah 3 : Menampilkan diri mengikut citarasa
Mungkin ianya berbunyi cukup mudah, tetapi sebenarnya ia agak susah ya. Yang bro maksudkan menampilkan diri mengikut citarasa ialah, BUKAN citarasa pakaian anda, BUKAN citarasa ketrampilan diri anda tetapi, citarasa orang yang bagaimana anda ingin miliki. Haa…best ni kan? Bro pun suka buat ni…
Okey, sebagai Contoh:
Sekiranya anda inginkan seorang lelaki yang segak dan tampan, berpendidikan tinggi, baik budi pekertinya dan sopan orangnya. Anda mestilah mengubah diri anda menjurus kepada keperibadian lelaki itu juga. Dan ianya mestilah bermula di belakang dia lagi, maksudnya kehidupan seharian anda mesti turut berubah!
Anda boleh ingat yang anda boleh berlakon di depannya dengan berlagak baik dan sopan. Tetapi jika tutur anda masih kasar, rumah anda masih tidak kemas dan anda juga pengotor. Tentu saja keperibadian anda itu akan terikut-ikut dan terkeluar di kemudian hari apabila anda sudah selesa dengannya. Dan itulah salah satu sebab gagalnya sesebuah perhubungan. Tengok pada pasangan pilihan anda, then berubahlah mengikut citarasa anda itu. Akhir kata dari brother love,
“Berubah KERANA INGIN BERCINTA adalah jauh lebih baik dari,
berubah KERANA CINTA!”
Alright, these are 3 – 1st steps untuk you all have thought about it dan maybe mula pratikkan di dalam kehidupan you all. I wish you all the best! Nantikan my next tip cinta!
p/s : Sekiranya anda berminat mendapatkan ebook-ebook tulisan Razzi Rahman. Klik di sini untuk maklumat lanjut. *Dan dapatkan juga 3 pemberian percuma yang cukup menguntungkan anda hari ini.
Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com
9 Comments
Salam bro…
Timer kasih atas segala tunjuk ajar bro pada entri kali ni.
Memang gua akui, antara gua dan sayang gua, gua paling emo. Emo pon bukan ape… saje nak attract die, nak tengok really ke die take care pasal kite.
Seperti yang bro jelaskan kat atas laa..
TAPI bagi mereka yang serius, mereka akan lebih berusaha untuk memenangi hati anda kerana anda menampilkan diri anda sebagai seorang yang mempunyai keperibadian yang agak dingin, walaupun tidak! 😆
Gua bukan ape… setelah dulu agak lame jugak kaciwak~ kite syok kat minah tuh… upenye die tak laa syok kite sepenuh hati.
So kali ni, gua tukar function, gua takkan show sangat yang gua sayang gile-gile kat die, sebab dah kompom dihati gua ni gua sayang kat die seikhlas mungkin.
Selalunya gua akan moody-moody… tapi tadek laa sampai gadoh teruk-teruk… sebahagian dari teknik gua utk menarik perhatian yang tersayang terhadap gua.
So keputusannye… memang amat memberansangkan. 100% memang die pandai buat gua sayang die.
Segala tips dan info yang bro curahkan, gua memang kagum dan respect.
Thanks.
Kreuger®
Hi Krueger, bro nampak je komen dari krueger ni teruja nak membacanya. Aduuuhh…pujian2 you tu begitu tinggi sekali kat bro, Alhamdulillah!
Bro cuba sedaya mungkin untuk memberi yang terbaik.
Funny jugak kan bila Krueger buat-buat cam tu 😀 tukat-tukar teknik, jual-jual mahal sikit kan. Hehe goodlah if its working dan result dia memberangsangkan, GREAT! 😉
Thank you very-very much Mr Krueger a.k.a Mr Azman. Kata-kata anda yang sebenarnya amat memberangsangkan!! Bro pulak yang teruja. Harap-harap semua merasa sebagaimana Krueger rasa 😳
p/s : For those yang email2 bro nak kan sampel ebook tu… here is the link ->>KLIK DI SINI Sorry…bro lupa lak nak tunjuk sampel dia sebelum ni 😆
Bro – kalau dlm sesebuah perhubungan tu, pasangan kita tu mampu mengubah diri kita menjadi insan yg lebih baik,dia lah yg sepatutnya kita dampingi.whereas kalau seseorang tu tukar kita jadi yg sebaliknya,hmm alamatnya bye2 je lah.apa pendapat Bro?hehe..tu petua yg i guna masa buat assessment calon suami dulu..hihi..Alhamdulillah hypothesis i terbukti 99% tepat (cewahh)..saje nak share ngan Bro and friends. 🙂
Hi Rafeah : Pendapat you selalunya at the right point. I agreed dengan you…Capricorn girl 😉 Tentu saja jika seseorang yang dapat mengubah you menjadi lebih baik, dia adalah juga seorang yang baik untuk dijadikan calon suami.
Another point is… Bro rasa, ada lebih baik kita berubah menjadi baik, NOT BECAUSE anybody make us be, or someone that we loved. Kalau boleh, the effort in ourselves tuuu awal-awal lagi berkata, “Aku nak berubah menjadi lebih bertanggungjawab kerana aku ingin menjadi seorang suami/isteri yang baik!” 😉
Something like that laa…kira macam, kita bersiap-sedia awal…untuk menghadapi kehidupan berumahtangga, sebelum kita berjumpa dengan bakal calon lagi… 😆 Apa pendapat you all?
Halloo Bro :)- ya u got the point handsome Capricorn guy (cewahh).cumanya,kdg2 sesetengah manusia ni perlukan some sort of motivation untuk berubah.ye tak.dan ada sesetengahnya pulak berubah dgn sendiri melalui pemerhatian dan mengambil iktibar atas setiap perkara positif atau negatif yg berlaku di sekeliling.itu pun boleh dikatakan effort yg diambil untuk menjadi a better person.macam yg Bro cakap.hehe..
Betul! Betul Rafeah! Ya, a loved one can be their motivation untuk berubah. 😀
Namun, ramai diantara kita hanya mengharapkan kebahagiaan kan. Tak nak bersedia menghadapi kegagalan. Bila bercinta, hanya fikir ingin dicintai, disayangi…tapi tidak berhati-hati kalau-kalau dikecewakan!!
Sebab itu, bila terluka sampai ada yang cuba bunuh diri. Itu yang bro cuba tekankan. Bukan kita mahu perpisahan…tetapi jika kita bersedia, mungkin kita tidak terkecewa sangat ATAU mungkin juga kita dapat mengelakkannya dari berlaku.
Salah satu cara bersedia ialah dengan mendalami pelbagai ilmu lah, kan. Ilmu tentang rohaniah, diri, hidup, cinta dsbnya 😉
TETAPI, malangnya ramai yang menganggap remeh…kononnya dah tahu semua selok belok bercinta dah…bila tanya, semua boleh jawab, tapi bila terkena??….
“Tahu tak bahawa setiap maklumat atau pengetahuan yang anda baca, 1x anda tidak akan ingat. Tetapi, anda perlu mengulangnya sebanyak 27x then anda akan ingat sampai bila2!!”
besttt aaa tips kali ni
as usual….gaya bro yg sempoi senang masuk terusss ke dlm otak!
hehhehhe
bro dan geng
i setuju, kita lebih bersedia utk bercinta, disayangi, dimanjakan dll
namun
hakikat kita tak penah n kalo boleh tak mau pikir kesdihan , perpisahan, keceeawaaaa
itu rasanya lumrah kot…..cuma semua mau ingat
bila 1 x kecewa,pedih sedih sakit
hmmmm nak menunggu sembuh semula may be 10x 100x kena cari penawar kot!
IXORA sayang…mana you menghilang ni? Jom laaa chatting dengan bro dan gang semua.
Ehhh…tak aci tau, awak tengok kita tak tegur. Kita tak kenal awak yang mana. Tak best lerrrr….kalau datang kat my shop di KB Mall tu, jumpalah bro jap, apa ni…kalau you segan-segan maknanya you ada feeling kat I tu 😛 …
So better you tegur bro! 😉
salam.
bro , ada cite sket, nak pendapat bro sket…
aku kenal perempuan ni dah 3 tahun..masa belajar.bila abis belajar kami break up..tapi aku tak kasi break up sebab sayangkan dia.
dia tetap dengan pendirian dia,sebab kenapa break up, dah banyak kali aku tanya. dia pun tak nak bagitau. dia kembali ke pada kekasih lama dia..
tak lama kemudian dia dan kekasih lama dia putus pulak..Becinta pulak dengan lelaki lain. Putus jugak..
baru baru ni , dia dah kerap call aku. sebab aku sayangkan dia , aku masih layan dia,aku pun tak tau status sebenar aku pada waktu tu.ada la dia tanya aku , masih sayangkan dia lagi ke? aku cakap ye!..
last last nih call dah kurang, last sms dia bagi aku “Awak thank you, thank you sangat, wish u all the best kay,take care”
ikut nada aku la kan,mcm dia nak pergi skali lagi?
aku just nk tanya, apa sebenarnya maksud dia tanya aku sayang dia lagi ke tak, dan sms dia yg bunyi mcm tuh,,
dari belajar sampai kerja aku follow dia,penat dah, doa dah mcm mcm aku doa supaya perasaan sayang kat dia hilang. tapi tetap ada…penat lah bro!!penat sangat.!!