Mungkin kita sedar dan mungkin tidak… dalam niat baik kita itu, mungkin tindakan kita hanya akan membuatkan pasangan kita menjadi menyampah dan benci dengan cara kita.
Kerana itu jugalah, kita sepatutnya, bukan hanya patut tahu cara menjaga cinta, kita juga patut tahu bagaimana cara, boleh kehilangan cinta itu, agar, kita tidak melakukan kesilapan itu di masa hadapan. 😉
Kita tidak mahu, yang sudah bercinta boleh menjadi hambar, yang baru nak memikat, terus saja ditolak dan yang baru-baru rapat tiba-tiba hilang atau tidak semesra dulu lagi. Betul tak?
Jadi, ada baiknya kita berhati-hati dan elakkan beberapa cara ini atau perangai yang tidak ramai orang boleh terima ini. Mungkin bagi anda, ianya mesti dilakukan atau mesti cakap, atau pun mesti mengajar…tetapi, sebenarnya untuk menyampaikan maksud anda kadang-kadang kita kena biarkan pasangan kita belajar melalui pengalaman. Biarkan dia tahu melalui perbuatan dan kesilapan. Kadang-kadang cara begitu lebih berkesan.
Jadi, Elakkan 8 cara ini. Moga-moga Percintaan anda terus hangat! :-
- Cara 1 : Terlalu Cemburu – Cemburu boleh cemburu kerana cemburu itu tandanya sayang, kan. Tetapi cemburu sikit-sikit sudah lah. Tak perlulah sampai naik darah, mengamuk, terjerit-jerit macam orang hilang akal. Sehingga bergaduh dan naik tangan. Cemburu sebegitu memang cara untuk HILANG CINTA, …elakkan!
- Cara 2 : Terlalu Suka Menegur – Menegur untuk kebaikan, bagus. Namun sekiranya kita asyik menegur sepanjang masa, semua yang dilakukan tak betul dan tak kena, sentiasa cuba perbetulkannya… ia pasti akan membuatkan pasangan anda menjadi teramat bosan! Sesetengah orang punya sifat seperti, “Ini tak boleh ni, aku kena tegur, biarlah kalau dia benci pun…” – hehe… like I said earlier, sometimes kita tak perlu tegur dan kena biarkan, supaya dia belajar dari pengalaman.
- Cara 3 : Tidak Berdikari – Mungkin pada awal perhubungan, pasangan anda tidak kisah dan sanggup membantu anda dalam kehidupan seharian, support anda. Tetapi, jika sekian lama bersama anda masih juga bergantung harap kepadanya dan tidak boleh berdikari, anda akan dianggap sebagai pasangan yang hanya membebankan dia. Lama-kelamaan dia akan bosan, kena pulak datang seseorang yang very independent, habislah you 😉
- Cara 4 : Tidak ada PROGRESS – Di dalam hidup kita ni, kita kena ada kemajuan atau progress. Ada pasangan yang cakap “Susah senang bersama hingga ke akhirnya” …ya laaa tu! Klau sudah bertahun-tahun masih ditakuk lama, nak kahwin tak ada budget, nak bercinta or dating or tengok movie pun pasangan yang support… Sampai bila nak susah bersama? Perangai sebegini, memang akan hilang cinta! — Berusaha bersungguh-sungguh untuk kejayaan masa depan anda. At least setiap tahun ada kemajuan walaupun sedikit itu sudah memadai untuk menunjukkan anda berusaha.
- Cara 5 : Terlalu mengongkong – Binatang lagi benci apabila ia disekat dan dikurung. Apatah lagi manusia! 😉 Sekiranya pasangan anda benar-benar cinta, tak perlu nak control dia dan sekat dia dari melakukan apa saja yang dia mahu lakukan. Free kan dia…kalau dia adalah kekasih sejati InsyaAllah dia akan terus setia pada anda walau dimana pun dia berada. Kalau tak setia tu… Alhamdulillah, anda terlepas dari seorang manusia yang hanya akan menghancurkan masa depan anda saja.
- Cara 6 : Tidak bijak membuat keputusan – Setiap kali ditanya, “Nak makan apa? Nak buat apa? Nak pergi mana?” …jawapan anda hanyalah “TAK TAHU?!” – Perangai sebegini juga akan membuatkan anda bakal kehilangan cinta. Ini adalah kerana anda mempamerkan diri yang tidak bijak membuat keputusan dan tidak tahu apa yang anda mahu dalam hidup. Seperti tiada pendirian hidup. Elakkan dari menjadi seperti ‘Lembu ditarik hidungnya’
- Cara 7 : Terlalu mengikut kata PARENTS – Hehe…sensitif isu actually kan. Some parents surelah nak anak dia ikut cara dia saja. Some bagi freedom. To me, balance it sedari awal, agar semua pihak happy. Kerana, ramai yang terlalu mengikut kata parents… bujang sampai ke tua! Bukan hilang cinta lagi dah, gelap gelita bayang cinta pun tak nampak dah! So hati-hati…
- Cara 8 : Effort Hanya sebelah pihak – Okay, this matter adalah untuk both of you! Jika hanya sebelah pihak saja yang berusaha, yang buat itu dan ini, sebelah lagi hanya menerima saja, CINTA AKAN HILANG bila-bila masa sahaja. Jika masih bersama pun, sebenarnya sudah TIADA CINTA lagi. Cinta PERLU bersama, berdua… kalau pentingkan diri sendiri saja …cara anda memang cara untuk HILANG CINTA tidak lama lagi.
Cukup ke tak? Hehe… sebenarnya, banyak lagi dan berbagai-bagai cara lagi anda boleh kehilangan cinta. So, watch out!
Elakkan kesemua cara-cara yang penuh dengan negativity ini. Jika anda berada di dalam mana-mana situasi begini, ianya masih belum terlambat untuk anda berubah. Kerana, hidup ini penuh dengan CHANCES… grab it while you can! And make that changed…
Namun jika anda telah elakkan kesemua cara ini dan juga telah elakkan banyak lagi perangai-perangai yang boleh membuatkan cinta itu hilang…somehow, hilang juga cinta itu, well itu bermakna, sememangnya anda dan dia memang Allah jadikan untuk tidak bersama dan pasti, Allah ada menyediakan orang lain yang cukup manis dan cukup masinnya untuk anda. Cuma masa hanya yang akan menentukannya… all you have to do, is to BELIEVE!
p.s : Ketahui tentang Koleksi 3 ebook cinta terlaris dari Razzi Rahman – KLIK DI SINI
Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
Share this article at your facebook…
19 Comments
tq,tips yg berguna.
masih dlm proses perkenalan, how to know he’s the one. si dia bukan jenis suka sms setiap masa.
LIZA – Kalau dia nak, dia akan sms setiap masa… 😉
but, he calls.
Laaa you kata dia tak suka sms… So I thought that is your problem la. Now you saying dia calls you setiap masa la that means dia suka you la tu 😉
bro,saya dah 2 kali putus cinta…dah serik… umur sy skrg dh 26,asal kelantan…skrg keje kat Kl..
kawan2 saya ramai dh kawin… tp sy smpai skrg fobia nk bercinta….
sy pnh suka kan seorg kawan sy….tp rupa2nya,dia baik ngn sy sbb dia nk mengorat kawan baik sy….tp last2,kawan sy reject dia…errm..smpai skrg dia xpandang sy…walaupn still berkawan ngn sy…..
tipu lah kalau sy cakap sy x cemburu tgk kawan2 sy dah kawin & bertunang….
tp xpe… myb ALLAH sedang merancang yg terbaik utk sy kan? myb ALLAH nk sy berubah ……kan?
skrng ni sy hanya bersabar & bersabar…
mujur ada kakak2 & abg2 yg memahami..(arwah mak & ayah dah meninggal)
Salam.sy ade mslh…sy ade sorg gf tp skrg xtau status gf lg ke x?sy knl dh lme tp sblm nie mmg ssh bjmpe kre cnta jrk jauh la…tp skrg kre dh ddk dkt…sy mmg syg kat die.sblm nie ktorg ape2 pn mslh kngsi la sme2 tp skrg dh xmcm dlu…niat ati nk lmar die..tp ble bgtau die sy nk ajak die tunang die ckp die dh aggp sy kwn baik je..sy sllu wat solat istikharah..yg sy dpt rse skrg sy btl2 nk kat die…tp die wat xtau..tp ble sy snyp n cbe jauhkn dri lbh kurg xsmpai smggu die plak cntact mntk tlng mcm2 smpai la skrg..tp sy jd xsmpai ati nk diamkn..mnta pndngan bro..klu bole cmne nk pkat die smule n mcmne nk tau klu die msh syg sy lg..
salam bro, dlm byk2 artikel, part ni antara saya pling suke baca sbb semua (8 cara) tu saya pernah lalui dgn ex-bf dulu. tempoh hubungan kami selama lebih krg 8 thun sia-sia begitu sahaja. saya akui seperti mana bro pernah kata, andaikata tanda2 itu telah wujud awal2 hubungan, lebih baik blah saja…cari ssorang yg lebih memahami dan menghargai pasangan, tapi apa yg saya lakukan hanya masih menunggu lagi dan melalui tempoh derita dalam percintaan. Itulah silap saya. Pendek kata,tak pernahnya bahagia.Ini kerana saya kerapkali diugut, dicabar malah dikatakan saya akan menyesal jika meninggalkan beliau dan akan melutut meminta maaf jika kembali kepadanya. Hinggalah saya terlalu penat dalam hubungan, maka saya meninggalkan dia begitu sahaja. Sebaliknya, kata2 lamanya memakan diri dia. Alhamdulillah, saya kini bahagia bersama ssorang yang sangat menyayangi saya walaupun muda 2 tahun dan insyaAllah bakal berkahwin hujung tahun ini.
FIZA – tahniah dan semoga perkahwinan Fiza nanti berkekalan sampai bila-bila.
All the best!
i’m actually confused,
bro cakap klau lelaki betul2 nak, die akan slalu msg or call tp my x dlu sgt busy keje,die tensen biase la engineer keje smpai mlm,so die mmg xde mase utk i klau sehari, 1-2 msg je,i clash dgn die sebab die ckap i xblh sabar die busy n xblh bg komitmen,
n satu lg persoalan…
mule2 lelaki nak tackle mmg caring gler tp after da dpt die kurang bg attention alasan busy sgt keje,so what should i do?kne bersabar je?patut bertenang je ke?tp bile i diam tu xmcm i xcaring ke about him?
ASMA – Lelaki busy macamana sekali pun dia akan contact. Thats it. i hold what I said. hehe…
Kalau dia masih ada rasa sayang dia akan cari masa untuk bersama the girl tak kira busy macamana sekali pun. Kalau dah tak ada effort untuk bersama atau spending time dengan girl dia, memang dia dah berminat lah.
BUSY tu hanya alasan. You sendiri pun tahu macamana kalau lelaki tengah tackle girl, caring giler right…
Habis time tu dia tak busy la? 😛
Sy baru declare dengan sorang mamat yang same tempat kerja dengan saya.. dah kenal dekat 4 bulan.. tapi baru declare couple dalam 2 minggu lepas..
dia memang tak suka sangat sms.. dari mula kenal sampai dah couple.. kadang2 geram gak reply mesej kita macam nak taknak je.. dia pernah cerita keburukan dia, dia suka clubbing.. dia harap saya boleh terima dia, dia cuba berubah tapi tak janji.. takut mungkir janji katanya..
sy cerita dengan kwn lain pasal hal clubbing tu.. lelaki jugak.. kwn sy ckp, kalau sampai sanggup mengaku keburukan diri, memang betul sayang lar..
tapi cara dia layan sy tu.. macam sy tak penting bagi dia.. sy prnh ckp psl semua tu, dia ckp mmg dia tak suka berkepit, sms sepanjang masa..
nak kata tak sayang, dia marah pulak bila orang lain cakap dia tak serius dengan sy.. dia ckp dia betul2 serius & bkn main2..
dia selalu cakap “awk rasa sy main2 ker?” sy slalu jawab kdg2 rse mcm dipermainkan sebab dia tak peduli kn sy.. bila cerita psl laki lain, dia akn jwb “kwn2 boleh lar.. jangan lebih2, tau lar ape sy nk buat nanti..”
dlm masa yg same sy dpt cerita dia contact lagi ex dia.. sy marah betul sebab dia tak bagi sy jwb call ex sy pdhal ex sy tu kwn baik dia sendiri..
sy buntu.. ape mslh dia nie? couple tapi macam tak ambik kesah je.. bila ade laki lain cuba rapat2 dengan saya, tau pulak marah..
EZA – EGO, itu je lah yang dapat saya katakan. Lelaki yang penuh dengan keegoan dan sombong dengan pendirian diri ni ramai!
Mereka ingat mereka boleh miliki girl mana pun. Dalam masa yang sama, mereka control girlfriend dia tapi dia tidak peduli. Ambil tahu bila dia rasa dia nak ambil tahu. If not dia akan busy diri sendiri dengan kawan-kawan lain.
Chances are, maybe dia juga berkawan dengan girl lain juga. SO, you kena spy la sebab kalau tanya sure takkan beritahu punya.
BUT to me, simple. Tanya diri you sendiri are you happy with this kind of relationship? Kalau tak happy dont waste your time. Break je. Kalau happy… ok lah tunggu lah.
Lelaki mesti ada rasa TAKUT girlfriend hilang, barulah dia akan mulai gabra dan akan sentiasa selalu bersama. IF not, dia buat bodoh je la kan.
bro…i kenal that guys about 6-7 months…n he is very cool guy….but xdeclare pun smpai skrg…one day die ade ckp die nak i jd his “baby” n untill now he calls me baby…die mmg xsuke bergayut on the phone..but he msg me not always but morning,lunch hour n nite…ni dianggap couple ke bro?but seriously i mmg ade menaruh perasaan die,cume i xtau ape perasaan sebenar die kat i
ASMA – You bahagia atau tak dengan keadaan sekarang ni? Kalau bahagia macam tu okay la kan, kalau tak bahagia then you better ask him direct je la or tells him apa yang you tak suka.
I happy dgn die bro,he protect me ,die bkn lelaki yg mengambil kesempatan ke ats perempuan,i terasa nak tanye perasaan die kat i bro,tp i takut die rase i bersungguh-sungguh and pressure him.x nampak beria ke bro klau i tanye?
ASMA – Tak perlu fikir banyak-banyak, if you rasa nak tanya, tanya je… if dia nak kat you dia lagi suka if you ask…. BUT jika sebaliknya, at least you know whats going on. 😉
bro..i dh tanye die anggp i ape,then die ckp die aggp i special,nak kenal i lebih n my b further for committed relationship tp die xajk i declare pun,bro rase cm mane?
bro….kiteorg xdeclare lg but he said im special to him but bile i kuar dgn die,i dpt rase yg die ade text someone ,ape patut i buat bro?
ASMA – Declare atau tidak itu tidak penting, say I love you atau kata you special pun tak penting… JIKA you masih lagi ragu dan was-was… it means you masih tidak rasakan cinta yang sebenarnya…
Kalau macam tu, it’s not true love. Apa kata you jangan layan sangat dulu dia ni. Cuba jauhkan diri seketika, tengok dia bersungguh2 atau tidak.
Jika dia bersungguh2, tell him you nak dia serius, if not tak perlu ada hubungan.