Yup!!…another one year more bertambah, today is my birthday, “Happy birthday to me! Happy birthday to me!” Huaa…huaaa… 🙁
Sememangnya sejak dari lama dulu lagi, saya tak suka celebrates my own birthdays. Semuanya kerana ia mengingatkan saya yang umur saya semakin bertambah adesss…
Well, “When you’re older, you’re wiser” pesan mentor ku…
Consoling me at this hour, won’t help. 😆 just biar aje lah saya terus emotional seharian ni…memang macam ni pun. Tambah-tambah tahun ni, lagi lah…
Kepada semua sahabat-sahabat yang tidak pernah lupa sms setiap kali birthday, Thank you very much! Kepada peminat-peminat terimaksih di atas ucapan harijadi saya & sokongan anda terhadap saya and the band Razzi.Muz.Ik. Kepada yang beli hadiah-hadiah tu… saya berhutang hadiahlah dengan you all! 🙂
Sambil menulis posting terbaru kali ini, terasa sedikit sebak mulai bertandang di jiwa yang luhur merindu sebuah persahabatan yang pernah terjalin sebenarnya. Rindukan saat dan waktu bersama teman-teman di waktu menyambut harijadi saya, setahun yang silam… Saat manis, kenangan yang pasti akan mengusik jiwa saya sampai bila-bila…kerana, segala-galanya hanya tinggal kenangan….kenangan bersama teman di tepian pantai yang pasti tersemat di sanubari, selamanya…
Mungkin silap kita juga kan apabila sesuatu kejadian yang berlaku, memusnahkan sebuah impian. Kesilapan yang membawa kepada kerinduan yang teramat rindu. Rindu pada teman sejati, …rindu pada manisnya, manjanya, kasihkan tawa hilainya, dambakan kemesraan teman berbual siang dan malam….ahhh, Apa boleh buat, takdir telah menentukan begitu…
Mungkin kerana perasaan saya yang bercampur baur antara suka dan duka inilah juga maka, terhasilnya lagu terbaru kumpulan saya Razzi.Muz.Ik yang liriknya ditulis Ik, SELAMANYA.
Lagu ini, amat bermakna bagi saya, amat memberi kesan yang mendalam…malah buat pertama kali saya menerima lagu ini dari Johan Nawawi, raw lagi, tanpa lirik, tanpa muzik penuh…menitis air mata di pipi. Bukan kerana sedih…bukan kerana pilu…tetapi sebak mengenangkan seorang teman…
Teman yang sentiasa memberi sokongan kepada saya, dan sentiasa percaya yang saya akan berjaya pada suatu hari nanti, “I believe you can do it!” Itulah ucapnya selalu…sentiasa memberi semangat! Dan dalam masa yang sama, dia juga rela melepaskan kasihnya, melupakan sayangnya, rela berkorban demi kebahagiaan saya…
“Pernah tak anda memiliki teman sebegitu yang begitu luhur hatinya, begitu ikhlas niatnya…yang mana, akhirnya…anda kehilangannya?!”
Bagai dirancang, lirik lagu ini datang kepada saya pula seolah-olah si penulis lirik memahami apa yang saya rasakan. Mungkin kerana pengalaman yang telah saya lalui ini, maka terhasil pula lirik hasil nukilan Irfan Khari (IK) itu dengan cukup simple tetapi begitu menusuk kalbu kepada sesiapa sahaja yang benar-benar menghargai sebuah persahabatan. Menghormati teman sejati! Malah, pada setiap kali saya menyanyikan lagu Selamanya, pasti mata saya bergenang, mata saya berkaca… mengenangkannya…mengenangkan kehilangan teman sejati…teman yang sudah pergi…
Namun, bagi saya, seorang teman seperti dia…walau sudah lama berlalu, walau sudah tiada dalam hidup ini, tak akan saya persia-siakan pengalaman bersama…kata-katanya yang manja namun memberi erti, pasti terus akan menjadi pegangan hidup ini, semangatnya tetap akan terus bersama saya…pergi bersama, menuju bersama selamanya dan semuga ia kekal hingga ke akhirnya!
Akhir kata, “Semuga kau bahagia di sana, teman ku…” dan sebelum mengundurkan diri, terimalah dan hayatilah lagu ini :-
SELAMANYA
Download FREE ~ for PC & MP3 player (5.82mb)
Lagu: Johan Nawawi
Lirik: Irfan Khairi (IK)
Syukurku
Kepada Tuhan
Kau di sini
Dari dulu kita bersama
Teman sejati
Ku damba kamu teman
Waktu jatuh bangun
Tak kira hujan terang
Pelengkap ku
Akan kita
Pergi bersama
Menuju bersama selamanya
Akan kita
Hingga akhirnya
Gemilang bersama selamanya
Takkan ku persiakan
Ikatan ini
Selamanya…
Ikhlas dari,
Razzi Rahman.
17 Comments
You’re always very special
And you should know today
That you are wished the nicest things
That life can bring your way
Like warm and loving wishes
And happiness and cheer
And everything you need to start
Another happy year
“HAPPY BIRTHDAY BRO”
Happy belated birthday Bro!
Semoga dipanjangkan umur dan bertambah2 murah rezeki. Amiiinn…
Hepi bezzzday bro, semuga pjg umur murah rezeki. Nk2 trsebak lak sy membc artkl bro kl ni. pe2 pun lagu selamanya mmg brkualti bro good job!!
“happy belated birthday bro!”
1st time ngomen ni bro, teruja ngan posting kali ni. Trharu!!!
Lagu memang best…
Bro.. dulu saya pun punya teman sejati dan telah lama pergi…
Bila baca blog kali ni.. rasa sebak juga…
http://www.incomeautomatik2u.com
peh..lagu yang sungguh menasyikkan..sedap didengar dan penuh dengan kesenian..rasa macam nak nagis la pulak
p/s:Pertandingan terhangat dengan hadiah ps3,PSP,laptop di http://blog.strategiblog.com/2009/01/cabaran-strategiblogcom/
slamat hari jaaaadi, slamat haru jadi, slamat haaaariii jaadiiii,i,i, slamat hari jadi.apa pun bro rasa nya belum terlambat nak ucap tahun baru juga ,, semoga bro bertambah sehat , ( bukan makin tembam ya), dan dimurah kan rezeki, sucess dan terus sucess, kenangan 2008 banyak beri pengajaran,, terima kasih bro.
TQ! TQ! terimakasih kerana mengingati bro Razzi 🙂
You all memang best!
p/s : Bagi yang turut sama touching mendengar lagu SELAMANYA tuu…teruskan bertouching dengan bro 😀
Rindukan saat dan waktu bersama teman-teman di waktu menyambut harijadi saya, setahun yang silam… Saat manis, kenangan yang pasti akan mengusik jiwa saya sampai bila-bila…kerana, segala-galanya hanya tinggal kenangan….kenangan bersama teman di tepian pantai yang pasti tersemat di sanubari, selamanya…
Huhuhu.. 🙁
Takkan ku persiakan
Ikatan ini
Selamanya…
Anyway..
A year has been passed.. nice to have u as my friend bro. Really cherished our friendship. Thanks a lot for everything 🙂
_ieja
happy birthday bro… late wise! huhu… semoga berjaya! 🙂
Hepi Blated Bezzzday bro, sowi arr lambat wish u. tak sengaja..huhu
Lagu menyentuh kalbu arrr bro!!!
happy belated birthday… tera baru je join blog ni, salam kenal
Hepi belated beday bro!!!
Semoga success sokmo!!!!
Ieja ~ thank you for being a friend all these time! You are there at bad times and good times tho’ I appreciate the friendship 😉
Fara ~ Sayang…thanks k. Next time betul-betul listen to me and follow my tips tau. My articles is for real tru my ups and down. Can never be differ! 😉
Chenta ~ Thanks a lot Chenta, and thank you for being there alwizzz 🙂
Tera ~ Hi Tera, glad you join us here. Hope you selalu-selalu join okay 🙂
Dekno ~ thank you dekno, bagaimana dengan kehidupan baru dekno tu? busy betul ya agaknya. Whatever it is Im very happy for you!
Hehehe..syukur semuanya ok . Tanggungjawab dh bertambah..thanks a lot bro..Harap blog & forum bro terus maju!!!
salam bro~ mmg best lagu selamanya..bila dengar lagu tuh, teringat kenangan bersama dulu, masa blog kcat gn bro dulu, geng2 lama yg aktif berchat..masa p sambut birthday kcat, p studio, sembang2 kt blog..banyak tul kenangan gn geng2 fanatik dulu..sekarang semuanya menyepi..mana korg semua..rindu betul la bro kenangan dulu kan..
salam bro…
happy belated birthday…may this year bring lots of happiness!
p/s: am back in malaysia… 😉