Blog Cinta & Kehidupan – Brother Love by Razzi Rahman
Blog Brother Love | Razzi Rahman | Blog Cinta

Isteri perlukan belaian manja suami

Isteri perlu belaian manja suami

Mengapakah begitu benci pada isteri yang dinikahi? Apa yang telah terjadi? Kemanakah hilang rasa cinta dulu? Sudah lupakah betapa tergila-gilanya sewaktu belum dapat memiliki isteri anda dulu? …kalau diingat kembali segala sejarah lama, kisah-kisah dan pengalaman sewaktu mula nak kenal, mula bercinta, rindu serindu rindunya, tak mungkin seorang suami itu sanggup membenci isterinya, jauh sekali mahu berpisah! Betul ke tak?…

Hancur luluh hati seorang isteri apabila dia yang dulu asalnya, tidak mahu bercinta, tidak mahu membuka hati kepada mana-mana lelaki, tetapi dek kesungguhan yang ditonjolkan, usaha dan usaha lagi yang berpanjangan, keringat yang kering berjalan untuk berjumpa wanita pujaan, akhirnya hati terbuka untuk bercinta dan akhirnya menerima sebagai suami tercinta…

  • Tapi bila dah bergelar suami isteri… bahagianya hanya sementara, indahnya hanya seketika, gemilangnya lebih dari khabarnya. Tiada lagi belaian mesra, hilang sudah manis kata, lembut bahasa, yang tinggal hanya baran dan amarah tah kenapa.

Mengapa begitu? Adakah hanya kerana ada wanita lain yang lebih memukau di jiwa? Terus semua salah isteri? Mulai nampak yang tak eloknya? atau… sudah memang keperibadian yang mudah bosan bila asyik dengan yang sama? Cubalah letak sebentar diri sendiri di tempat isteri yang merasai… tak terkoyak jiwa?

  • Sedihnya terasa bila suami ada tapi macam tiada… terasa kehilangan dan kekecewaan yang tak dapat nak digambarkan. Hanya yang merasa kan mengerti peritnya.

Dimanakah lagi letaknya kekuatan seorang isteri, jika tidak terletak di samping suami? Bagaimanakah pula dengan bahagianya seorang isteri…pastilah dari kasih dan sayang yang tak terhingga dari seorang suami. Malah belaian dan sentuhan dari suami itulah yang selalu dirindui isteri. Dapat meletakkan kepala di bahu atau di dada suami pun dah terasa aman dan lega sangat kan. Apatah lagi, suami peluk pula dengan penuh mesra… terasa bahagia sekali!

Mudahkan? Untuk membahagiakan seorang isteri itu bukanlah susah mana pun sebenarnya. Hanya dengan sedikit belaian manja dan mesra, isteri sudah teruja dan bahagia. Tetapi, sebagaimana mudahnya isteri bahagia, ianya juga mudah untuk menderita, merana dan kecewa.

Hanya dengan membiarkan isteri seorang diri, langsung tidak menghiraukannya… kasar denganya, lalu dengan mudah isteri kan bersedih dan menderita. Betapa isteri akan merasa apalah kekurangan dirinya, apakah pula kesalahannya, mengapakah dia dibiarkan begitu saja?

Haa… sedih tau 😛

TAPI ini semua terjadi kepada suami-suami yang bukan di sini la kan, yang dari group lain ni, bukan anda semua. Razzi yakin semua yang kat sini, baik-baik belaka 😉 – Kerana pada asasnya, saya juga yakin ramai suami sememangnya sudah tahu bagaimana melayan dan menyayangi isteri, cuma mungkin ada sebab-sebab tertentu yang membuatkan mereka berkelakuan begitu.

Jadi, kalau boleh perkara sebegini jangan malu-malu untuk dibincangkan bersama pasangan. Kena beritahu apa yang terkeduh di hati, apa yang tak berapa nak puas hati. Penting tuu… demi kebahagiaan bersama. Kadang-kadang, bukan sengaja… tapi terlupa huhuhu 😛 …akhir kata saya doakan anda semua bahagia hendaknya dan berkekalan hingga ke syurga. Wassalam.

 

“Kita mungkin pernah terluka, tapi usah berhenti berharap untuk bahagia.”

Ikhlas ❤️
Brother Love by Razzi Rahman
➡️Ketahui lebih lanjut tentang Razzi Rahman di sini

Leave a Reply

Razzi Rahman
Razzi Rahman

Founder & Creative Director

Author • Designer • Singer

“Menulis dari hati untuk yang pernah
rasa cinta, luka, dan kehilangan.”

Pilihan Untuk Anda:
  • Ebook

    Untuk anda yang sedang sembuhkan hati dari terluka dan kecewa...

  • Lihat Semua Artikel

    Untuk anda yang mahu terus membaca pelbagai artikel yang lebih bermakna lagi.

  • Muzik Untuk Hati

    Untuk jiwa yang mahu tenang melalui bisikan lagu-lagu penuh rasa.

Artikel Pilihan ❤️

Razzi Rahman Creative © 2026
Copyrights Reserved

Information

19th Floor, Persiaran Metafasa, Section U16,
40160 Denai Alam, Selangor