Blog Cinta & Kehidupan – Brother Love by Razzi Rahman
Blog Brother Love | Razzi Rahman | Blog Cinta

8 Sebab Lelaki Rasa “Yes, She’s The One!” | Tip Apa Lelaki Nak dari Perempuan

Apa lelaki nak dari perempuan

Wanita selalu tanya, “Apa yang lelaki nak sebenarnya?” – “Kenapa lelaki cepat bosan? Kenapa cinta lelaki lain macam? Kenapa lelaki buat tak tahu?” – Apa lelaki nak dari perempuan sebenarnya?

Tapi jarang ada yang tanya balik pada diri sendiri: “Aku ni layak ke untuk dijadikan isteri?” 😏

Ramai akan cepat-cepat jawab, “Of course la layak! Aku setia, aku sayang dia, aku sanggup berkorban…”
Tapi itu jawapan kita sendiri. Apa pandangan lelaki? Itu yang kita selalu terlepas pandang.

So, jom Razzi share 8 perkara yang buat lelaki terdetik dalam hati dia — “Ya Allah, aku nak kahwin dengan dia!” ❤️

  1. Agama dulu, cinta kemudian

Kalau agama jadi asas, lelaki automatik segan nak main-mainkan you. Kalau sebab agama jodoh lambat sikit pun, trust me… itu lebih baik dari dapat jodoh yang tak kenal Tuhan.

  1. Jangan terlalu mudah

Sorry to say, kalau baru kenal dah senang diayat, senang dipegang, lagi senang dinoda… susah nak buat lelaki respect. Lelaki hargai wanita yang tahu jaga diri. Kalau pernah tersilap tapi sudah bertaubat? That’s different story — peluang tetap ada, insyaAllah.

  1. Lelaki nak rasa selamat

Dia nak percaya boleh lepaskan you ke mana-mana tanpa rasa risau. Kalau you terlalu sosial sampai buat dia insecure, itu masalah. (Tapi masa awal nak pikat, lain cerita… sikit-sikit jealous tu kasi SPICY gak ok je 😆).

  1. Pandai masak

Yes, this one klasik tapi betul! Mula-mula bercinta boleh la makan luar, tapi dalam diam nak gak merasa girlfriend masak! Takkan asyik nak order GrabFood hari-hari. Nanti lelaki ingat, kahwin esok, 5–10 tahun asyik makan order je, haru! As suami, mestilah nak rasa air tangan isteri sendiri. Simple pun tak apa, janji dari hati. Kalau masak maggi pun dia tersenyum, you’re the one lah tu 😍.

  1. Ada pendirian sendiri

Lelaki suka wanita yang bijak, matang, boleh buat keputusan. Kalau every time tanya nak makan apa pun jawab, “Up to you sayang…” lama-lama dia pun boring. Jangan jadi pengikut saja — mesti kena jadi ‘partner in crime!’

  1. Berani!

Kadang lelaki bukan berani pun. Bila jumpa wanita yang berani say NO, lelaki actually respect gila. Dia tahu — “Aha, yang ni bukan boleh buat main-main nihhh… ”

  1. Pandai urus kewangan

Straight talk — lelaki nak rasa untung bila kahwin, bukan rugi. Kalau you boros, hutang keliling pinggang, tiap bulan pokai… confirm lelaki takut nak jadikan you isteri. Nak shopping barang mahal boleh, tapi biar income you pun mahal juga. Win-win. Belum kahwin pun hutang keliling pinggang, camana lelaki nak jatuh hati? 😆

  1. Jadi wanita, bukan budak kecik

Sekarang dah nampak apa lelaki nak dari perempuan?… Simple je: lelaki nak kahwin dengan wanita, bukan budak manja yang asyik merengek. Ada pendirian, ada matlamat, ada kematangan. Bila you shine as a real woman — lelaki automatik nampak masa depan dengan you.

So, layak ke tidak? 😉

Hakikatnya, jawapan ada pada diri sendiri. I’m sure wanita akan cakap, “Habis tu, LELAKI TU LAYAK KE?” –  Sis, itu topik lain tu, hari lain😆

… Hari ini is about you girls. Tanyalah hati: “Aku ni betul-betul ready ke jadi isteri?”

Sebab bila hati kita kelam-kabut, kita mudah salahkan orang. Tapi bila hati kita tenang, cinta kita pun jadi indah. 💕

Itu sebab Razzi baru saja tulis ebook terbaru, 30 Hari Jaga Hati.
30 hari perjalanan menjaga hati — step by step untuk healing, jadi cool, confident, and akhirnya jadi wanita yang orang tak sabar nak kahwini.

Kalau hati you kuat, tenang, dan penuh cinta… lelaki pun takkan lepaskan awak lagi. Trust me 😉

Dapatkan sekarang klik di sini

 

“Kita mungkin pernah terluka, tapi usah berhenti berharap untuk bahagia.”

Ikhlas ❤️
Brother Love by Razzi Rahman
➡️Ketahui lebih lanjut tentang Razzi Rahman di sini

Leave a Reply

Razzi Rahman
Razzi Rahman

Founder & Creative Director

Author • Designer • Singer

“Menulis dari hati untuk yang pernah
rasa cinta, luka, dan kehilangan.”

Pilihan Untuk Anda:
  • Ebook

    Untuk anda yang sedang sembuhkan hati dari terluka dan kecewa...

  • Lihat Semua Artikel

    Untuk anda yang mahu terus membaca pelbagai artikel yang lebih bermakna lagi.

  • Muzik Untuk Hati

    Untuk jiwa yang mahu tenang melalui bisikan lagu-lagu penuh rasa.

Artikel Pilihan ❤️

Razzi Rahman Creative © 2026
Copyrights Reserved

Information

19th Floor, Persiaran Metafasa, Section U16,
40160 Denai Alam, Selangor