Blog Cinta & Kehidupan – Brother Love by Razzi Rahman
Blog Brother Love | Razzi Rahman | Blog Cinta

Kenapa Lelaki Susah ucapkan ‘I Love You’?

Mengapa lelaki susah ucapkan I Love You

Persoalan yang sering Bro Razzi ditanya dari ramai wanita adalah “Dia betul-betul nak kat saya tak bro? – Kalau ya, mengapa dia tak pernah cakap I love you?”

Declare tak nak, tapi bila ada balak lain kacau, marah! Haha itulah ego orang lelaki ni kan. Usah nak hairan la kut, lelaki boleh bertahun bercinta, tapi nak dengar tiga perkataan itu terasa mustahil. BUT not all men are like that la kan, ada yang ok je cakap I love you.

Realitinya, lelaki bukan tidak sayang, tetapi cara mereka mengekspresikan cinta berbeza.

Bagi lelaki, cinta itu ditunjukkan melalui tindakan, bukan kata-kata. Contoh benar cinta seperti dalam list ini:

  • Dia ambik dan hantar anda pulang setiap hari
  • Dia suka bercerita tentang anda kepada keluarga dan kawan
  • Dia nak jumpa setiap hari kalau boleh
  • Dia risau dan mengambil berat bila anda sakit
  • Dia usaha beri yang terbaik walaupun diam
  • Cepat cemburu – ini tak perlu cakap la kan 😀

 

Susahnya nak sebut I LOVE YOU

So basically, semua dalam list ni sebenarnya “I love you” la tu, versi lelaki. Ego lebih + segan sebenarnya. Haha… malu kalau ego tercalar. Tak macho arr I lap u I lap u nihhh 😊

Namun, bagi wanita yang lebih bersifat ekspresif, TANPA kata-kata “I LOVE YOU” ni kadang-kadang rasa seperti kurang dihargai. Kira macam tak ada CONFIRMATION gitu…

Lelaki pulak, standby kut-kut terjumpa awek lain yang lebih cantik haha… “Tak baikkkkk” – but mostly sebenarnya takut janji kosong. Bila mereka ucap “I love you”, mereka mahu ia datang dengan komitmen. Sebab itu mereka memilih untuk hanya mengucapkannya bila benar-benar yakin.

Kesimpulannya, jangan terlalu mengukur cinta lelaki pada ucapan. Belajarlah membaca bahasa tubuh, usaha, dan tindakan—kerana di situlah cinta mereka sebenarnya tersembunyi.

SO, ada tak tindakan dia dalam list di atas tadi? Kalau ada okey la tu… JANGAN sampai langsung tak ada, uihhh itu RED FLAG tuhhh… hati-hati jangan tension lak😉

Nak cool-cool? Healing-healing bersama bro Razzi? Jom lawati https://razzirahman.com/30harijagahati/

ebook 30 hari jaga hati

 

“Kita mungkin pernah terluka, tapi usah berhenti berharap untuk bahagia.”

Ikhlas ❤️
Brother Love by Razzi Rahman
➡️Ketahui lebih lanjut tentang Razzi Rahman di sini

executive@razzirahman.com | Bersama tajuk: Attn – Brother Love

Leave a Reply

Razzi Rahman

Razzi Rahman

Founder & Creative Director

Author • Designer • Singer

“Menulis dari hati untuk yang pernah
rasa cinta, luka, dan kehilangan.”

Pilihan Untuk Anda:

  • Ebook

    Untuk anda yang sedang sembuhkan hati dari terluka dan kecewa...

  • Lihat Semua Artikel

    Untuk anda yang mahu terus membaca pelbagai artikel yang lebih bermakna lagi.

  • Muzik Untuk Hati

    Untuk jiwa yang mahu tenang melalui bisikan lagu-lagu penuh rasa.

Artikel Pilihan ❤️

Razzi Rahman Creative © 2026
Copyrights Reserved

Information

19th Floor, Persiaran Metafasa, Section U16,
40160 Denai Alam, Selangor