Blog Cinta & Kehidupan – Brother Love by Razzi Rahman
Blog Brother Love | Razzi Rahman | Blog Cinta

Cinta … SYOK SENDIRI ke tu?

Cinta Syok Sendiri

“Oops! Cinta Syok sendiri la aku… eee malunya weh!” 🤦‍♂️

Syok sendiri ni adalah bila kita perasan sorang-sorang haaa… ada ke tak perasaan cam tu?? — Lagi pedih bila kawan-kawan pun dah tahu kita syok kat dia, tapi dia? Tenang je berseronok dengan orang lain. Kita yang drama lebih, dia siap tak sedar pun kewujudan kita… aduhh!

Kita merajuk bila dia tak call, tak reply whatsapp, tapi kita jugak yang sibuk call dulu. Dia? Zero effort. Bila ajak jumpa, jawapan dia standard: “sibuk kerja… ada hal… keluar dengan kawan.”
Kita ternganga: “Habis tu, masa untuk aku bila?!” 😤

Sis, mari sini saya bagitau… Dia memang tak ada masa untuk you tu sis… sebab dia memang bukan kekasih you pun! 🫣

Kenapa pulak dia kena luangkan masa, kalau hati dia tak ada untuk kita? Kenapa dia nak balas mesej kalau dia memang tak berminat? Kita siapa dalam hidup dia? Oops malu lagi…🤷‍♂️

  • Kadang kita rasa, “ala… aku dah berkorban macam-macam untuk dia, of course la dia kekasih aku!”

— tapi pernah ke dia janji nak cinta kita seumur hidup? Pernah ke dia declare yang kita ni kekasih dia? Kalau tak, itu bukan cinta dik non. Itu namanya syok sendiri huhu…

Kalau dia pernah janji, pernah cakap sayang — itu cerita lain. Itu bukan syok sendiri, itu dah level dipermainkan.

Tapi kalau kita jatuh cinta kat orang yang tak pernah cintakan kita? Haa itu memang risiko. Kita bagi hadiah, bagi perhatian, siap buat pengorbanan… tapi jangan cepat claim dia “dah jadi milik kita”. Silap-silap, kita tengah berlakon drama Korea bercinta seorang diri. 🎬 haha💔

  • Sebab tu kena jelas dari awal. Hubungan ni apa? Kawan je ke? Kawan baik? Atau sekadar kawan tapi mesra? Ada harapan jadi pasangan hidup, atau sekadar drama “bertepuk sebelah tangan”?

Kalau jawapan dia samar-samar — tak apa, at least kita sedar awal. Tak adalah kita terduduk berangan, syok sendiri. Masa dah sedar awal tu bolehlah buat catwalk, cabut sambil bergaya 💃🏽, instead of jadi watak tambahan dalam hidup orang lain.

  • Dan jangan la pulak frust cam akak koyak… Kita tak boleh marah pun sebenarnya, sebab dia tak pernah janji apa-apa. Kita je yang terover feeling. Aduiii sekali lagi! 😅

So ingat ya… jatuh cinta tu tak salah. Tapi jangan sampai jatuh cinta dalam kategori paling sedih — Cinta Syok Sendiri.

Sebab kalau terus syok sendiri, silap-silap kita bukan je jatuh cinta, kita jatuh harga diri sekali. Dah la tak dapat dia, dapat malu free pulak tu kammm… 😂

Nak elak hati kena main-main dengan perasaan sendiri, elok baca ebook saya ni : “30 Hari Jaga Hati”. Confirm hati terjaga, jiwa tenang, dan yang paling penting… tak ada lagi episod syok sendiri drama melayu jam 7 petang. Hehehe!

Klik sini :

https://razzirahman.com/30harijagahati/

 

“Kita mungkin pernah terluka, tapi usah berhenti berharap untuk bahagia.”

Ikhlas ❤️
Brother Love by Razzi Rahman
➡️Ketahui lebih lanjut tentang Razzi Rahman di sini

Leave a Reply

Razzi Rahman
Razzi Rahman

Founder & Creative Director

Author • Designer • Singer

“Menulis dari hati untuk yang pernah
rasa cinta, luka, dan kehilangan.”

Pilihan Untuk Anda:
  • Ebook

    Untuk anda yang sedang sembuhkan hati dari terluka dan kecewa...

  • Lihat Semua Artikel

    Untuk anda yang mahu terus membaca pelbagai artikel yang lebih bermakna lagi.

  • Muzik Untuk Hati

    Untuk jiwa yang mahu tenang melalui bisikan lagu-lagu penuh rasa.

Artikel Pilihan ❤️

Razzi Rahman Creative © 2026
Copyrights Reserved

Information

19th Floor, Persiaran Metafasa, Section U16,
40160 Denai Alam, Selangor