A dialogue : Me & Fatt

Bro ni adalah juga berjumpa sesama bloggers. Dari duk di alam cyber, langsung jumpa di alam nyata hehe…

So, hari ni bro didatangi salah seorang bloggers wanita yang bernama Fatt. Cantik orangnya, cute-cute, manis-manis, baru 23 tahun. Dressing pulak cam taste bro lah, simple, pakai tshirt putih dan tide levis jeans. Body huhhh!!…bergoncang jugak iman hehehe… (jeles gf bro ni kalau dia baca!) Sabar B, Ok 😉

Fatt adalah sorang wanita berkerjaya dan bergaji agak besar. Tujuan kedatangan beliau ialah kerana ingin meminta pandangan bro tentang …tentu saja soal cinta. 🙂 The dialogues goes like this…

  • Fatt : “Bro…apa pendapat bro jika Fatt nak mendirikan rumahtangga dalam usia muda seperti sekarang ni?”
  • Bro  :  “Eh baguslah tu…handsome tak pilihan you tu?”
  • Fatt : “Handsome lah jugak bro…tapi tak leh lawan brolah…”
  • Bro  : “Ishhh…apa yang awak mengarut ni, you dah nak kahwin dengan dia, tak perlulah compare dengan bro lak!”
  • Fatt : “Tak adalah…gurau aje.”
  • Bro  : “So, what seems to be the problem?”
  • Fatt : “Hmmm…problemnya, I nak berhenti kerja apabila sudah menjadi isteri dia bro. Okey tak?…sebabnya…”
  • Bro  : “Eh Fatt nanti dulu…bro rasa kurang bersetuju tuh. Pasal apa nak berhenti kerja? Kerja you bukannya shift ke or…sampai tak ada masa untuk suami, lagi pun gaji Fatt kan besar jugak tu for office hours!”
  • Fatt  : “Tahu bro…tapi, Fatt tengok ramai kawan-kawan yang dah kahwin, bila berkerja, suami mulailah menggatal dengan betina!”
  • Bro  : “Amboi…mulut, tak makan saman… why you think like that pulak?”
  • Fatt : “Ya lah…bila isteri berkerja, isteri ada duit…bila ada duit, suami ni mulailah budget! Duit isteri tu disuruhnya kongsi bayar-bayar apa-apa bill. Tak adil kata mereka. So, bila macam tu…suami dah ada duit lebih…bila ada duit lebih mulailah nak belanja untuk perempuan lain!”
  • Bro  : “Jadi, Fatt ingat…kalau duk rumah tu suami tak boleh cari lain lah?”
  • Fatt : “Ya lah bro…tapi Fatt pun tak sure jugak. Sebab tu datang nak minta pandangan bro lah ni…”
  • Bro  : “Hmm…habis tu, kalau tak kerja, Fatt tak ada duitlah macam sekarang nanti.”
  • Fatt : “Eh bro suami Fatt nantilah yang bagi duit. Kan tanggungjawab seorang suami tu!”
  • Bro  : “Tahu…tapi, takkan Fatt nak berharap ngan suami je beri duit kat you?”
  • Fatt : “Ya lah…nak harapkan sapa lagi.”
  • Bro  : “Tapi Fatt…bukankah Fatt hari ini penuh dengan keyakinan diri, rasa nak beli apa, you beli…rasa nak pergi mana you pergi…you berdiri gagah! And all of that is because you berdiri atas kaki you sendiri. You punya pendapatan sendiri…are you willing to lose all that?”
  • Fatt : “Nanti Fatt simpanlah apa yang diberi…pandai-pandailah bro.”
  • Bro  : “Hmmm…okeylah kalau you dah nekad cam tu, tapi…to me you seperti hidup dalam alam fantasi lah Fatt…realiti nya bukan semudah itu. Memang time sayang ni suami atau lelaki mana pun akan beri apa sahaja kat perempuan…tapi, bila dah bosan, nak dapat 5 ringgit pun susah tau!”
  • Fatt : “Mengapa pulak time sayang aje?…dia kan kahwin dengan kita, dia mesti sayang kan kita sampai bila-bilalah bro, so dia kenalah bagi duit kat kita macam-macam mana sekali pun. Itu kan dah tugas suami…”
  • Bro : “Cakap memang mudah Fatt…you sure ke suami you tu memang seorang yang suka memberi duit selalu? Dan berapa sangat yang dia sanggup beri sebulan? Takut besok dah boring…langsung dia tak nak beri kat you, amacam??”
  • Fatt : “Eleh…Fatt report je kat mahkamah syariah bro, haa cakap suami tak beri nafkah!”
    Bro  : “Yaaa….lepas tu dia pasang lawyer, Fatt nak pasang lawyer dengan apa? Even kalau Fatt menang di mahkamah sekali pun…berapa lama baru dapat result. Sementara tu, Fatt nak pakai duit mana untuk hidup?…kerja tak ada, nak makan apa? Balik minta duit dengan mak?”
  • Fatt : “Habis…duit ni segala-galanya lah bro??!”
  • Bro  : “NOoo…but, duit adalah keperluan utama Fatt! You nak masuk toilet pun you kena ada duit, you sakit pun pakai duit…nak cari kerja untuk dapat duit pun perlukan duit dulu…apa-apa sahaja memerlukan duit!”
  • Fatt : “ehhhh…Fatt tak faham lah orang lelaki ni, pasal apa pulak kena ada rasa bosan? Mengapa kena ada time sayang dan tak sayang?”
  • Bro : “Secara logiknya, Fatt sendiri pun ada waktu suka dan bosan kan? Ada Fatt makan nasi dengan lauk sama hari-hari?  Sampai masa boring, Fatt akan tukar lauk lain kan? …atau makan mee goreng ke pulak, kan? …Pakaian Fatt pun hari-hari tukar. Ada you nak pakai baju sama aje berbulan-bulan?”
  • Fatt : “Eh bro ni samakan kasih sayang suami dengan makanan dan pakaian pulak, mana boleh bro…tak acilah macam tu.”
  • Bro  : “…hehehe, aci ke aci, itulah Fatt, inilah realiti kehidupan, jangan kita hidup dalam dunia fantasi…”
  • Fatt : “Hmmm…habis, nak kena kerja jugak lah ni bro? Malasnyaaa…”
  • Bro  : “The best is…you kahwin, tapi you still kerja. Duit you adalah duit you…tak kiralah suami kata tak adil pun. You janganlah ikut kata suami yang minta duit isteri tu. So at least, kalau jadi apa-apa…nanguzubillah lah kan…you know, sekurang-kurangnya you masih ada kerja dan pendapatan sendiri. You nak menyewa rumah balik ke, you nak belanja apa-apa ke…you have your own money!…kalau you tak kerja, sekali bercerai camana nak hidup?!”
  • Fatt : “Alah apa susahnya bro, kalau terpaksa berpisah, Fatt kerja lah balik.”
  • Bro  : “ … berkata-kata memang mudah Fatt, bila you dah tak berkerja bertahun-tahun, cukup susah nak mula balik…then kena mula dari bawah balik, takkan nak jadi kuli…adoi perit beb, then nak cari kerja yang sesuai balik, kena pulak you ada anak-anak…fuuuu, bukan mudah! …bukan nak mintak lah Fatt…tapi kita kena be ready Fatt.”
  • Fatt : “Tapi bro, ramai kawan Fatt yang terus berkerja lepas kahwin…suami dia orang pasti ada girlfriend ! Alasannya, isteri dah tak ada masa untuk suami, isteri tak ambil hirau makan minum suami…baju, seluar tak berbasuh, tak bergosok…Itu yang Fatt nak berhenti kerja nak tumpu pada suami dan jaga dia betul-betul, nak beri sepenuh perhatian supaya dia tak ada nak fikir cari lain lagi…”
  • Bro  : “Tapi Fatt, kalau you duk rumah saja, lagilah senang suami you berpesta kat luar rumah!…dia lagi free nak tengok perempuan lain. Boleh cakap overtime je ke..outstation ke…apa-apa sajalah alasannya. Fatt bukan tahu, duk terperap kat rumah je…”
  • Fatt : “Eh?? Boleh ke cam tu? Hehe..betul jugak tu bro…”
  • Bro  : “At least kalau you berkerjaya, suami pun ada hormat sikit  kat you, nak buat apa-apa pun fikir 2 kali, because you ada duit sendiri. Nak keluar-keluar dengan awek pun, kang terserempak dengan kawan-kawan office you ke, dengan you sendiri ke yang berada di luar rumah. Lagipun, kalau dia nak stop you dari buat apa-apa tak boleh sangat because you are using your own money!”
  • Fatt : “hihi…tak terfikir pulak macam tu…Tak ada jalan lain ke bro untuk Fatt tak berkerja tapi punya duit untuk be ready for my future?…takut jugak kan, kut jadi apa-apa.”
  • Bro : “Hahaha…tak nak juga kerja yaa…Well sebenarnya ada cara lain…tapi seribu dalam satu lah!”
  • Fatt : “Ada bro???!!…wooo, best tu…cakaplah kat Fatt!!”
  • Bro  : “Hehehe…you kena kahwin dengan lelaki cam bro lah!”
  • Fatt : “Haaa???…camana tu?”
  • Bro  : “Kalau bro ada anak-anak…semua mesti ada simpanan pembelajaran untuk masa depan mereka. Dan semua atas nama mereka. Dan kalau bro ada isteri, duit EPF bro letakkan nama dia sebagai pewaris, rumah dan kereta pun atas nama dia, dan life insurance pun akan dibayar kepadanya, jika jadi apa-apa kat bro lah. On top of all that, isteri akan mempunyai simpanan yang dibayar kepadanya jika divorced!”
  • Fatt : “WOW BRO!!…eh, bro dah kahwin ke belum? …hehe”
  • Bro  : “Aik??…soalan tu tak relevan! Jangan tukar topik.”

Razzi RahmanYes…I wore glasses! Sometimes laa…rabun, but like I said to Fatt…Jangan tukar topik, :D Well, itulah sebahagian daripada perbualannya. Dialog kami sebenarnya panjang lagi…tetapi untuk kita renungkan hari ni bro rasa ini dah cukup. Banyak perkara yang kita boleh kongsi di sini dan fikirkan bersama, kerana ini adalah masa depan kita semua betul tak?

So, single woman? You ada dilemma seperti kawan bro si Fatt tu? Jadi, adakah you nak terus berkerja atau menumpukan sepenuh perhatian kepada rumahtangga? Kaum lelaki?…adakah you all nak isteri berkerja atau sebaliknya?

Mungkin ada teman atau sahabat anda yang mempunyai masalah yang serupa? Mungkin saudara-mara? Adik beradik? Jadi, apakah nasihat anda kepada mereka? Apakah pula pandangan anda dengan the whole conversations ini?

 “Your decisions today, is what you are tomorrow!”

p/s : Thanks Fatt kerana membenarkan bro berkongsi di blog tentang kisah you.

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com

Share This Post

Share this article

Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *